Anda di halaman 1dari 34

Kajian Tindakan

Ahli Kumpulan
Nurul Hasni Binti Sukri (P95815)
Umi Rashidah Bte Ahmad Zaki (P95808)
Aiman Hazim Roosli (P95827)
Maryumi Binti Matlin (P96676)
DEFINISI

• Kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh


pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk
mengubah dan menambah baik amalan sedia ada.

• Penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam


pengajaran dan pembelajaran.

• Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran


yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.

• Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi


mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami
sesuatu perkara atau topik yang diajar.
DEFINISI
• Melaluipenyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat
bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu
penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak.

• Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi


membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya.
Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah
penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi.

• Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu


penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru
adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh
melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri
sebagai pengamal.
DEFINISI
Suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha
untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka
sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
Ebbut (1985)

Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif dilakukan oleh
peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial meningkatkan kerasionalan dan
keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri.
Kemmis & McTaggart (1988)

Pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui


perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia untuk
mengubahnya.
McNiff (1988)
DEFINISI
Satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu
sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-
masing.
Somekh (1989)

Kajian bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka
isu-isu yang mereka sukai.
Conchran-Smith & Lytle (1990)

Melibatkan pengamal (guru) untuk mencuba membaiki pengajaran mereka melalui


kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Kember & Gow (1992)
TUJUAN

memperbaiki
atau memperbaiki
memperbaiki
meningkatkan situasi di mana
amalan
kefahaman pengajaran
pengajaran
terhadap amalan dijalankan
pengajaran
Sejarah Kajian Tindakan

• Konsep ini telah dipelopori oleh John Dewey di AS pada Tahun


1920-an.

• Tidak mendapat sambutan sehingga selepas perang dunia kedua.


• Pada tahun 1946, Kurt Lewin menggunakan pendekatan kajian
tindakan dalam usaha menyelesaikan masalah setempat.
• Dalam bidang pendidikan telah dipelopori oleh
Steven Corey.
• Pada tahun 1953, beliau menggunakan
pendekatan ini dalam projek pendidikan guru-
guru sekolah.
• Kajian tindakan ketika itu didefinisikan sebagai
proses menyelidikan amalan kendiri bagi
menyelesaikan masalah dalaman guru.
• Di Australia, kajian tindakan digunakan sebagai
pendekatan untuk membantu guru dalam
mengembangkan usaha inkuiri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
• Di Malaysia, Kajian tindakan diperkenalkan
kepada guru melalui program PIER (Project
Innovation, Excellence and Research) yang
dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan
pada tahun 1993.

• Kajian tindakan dilihat sebagai penyelidikan


yang berfungsi sebagai satu pelengkap dan
boleh bergabung dengan kaedah inkuri
yang lain.
Ciri-ciri Kajian Tindakan

1. Dilakukan oleh guru/pendidik dalam konteks tugas harian


2. Banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri
3. Dilakukan secara sistematik dan rigorous
4. Dilakukan secara berkumpulan dengan membentuk kumpulan guru yang bersifat kritis
kendiri
5. Dilakukan secara berterusan dan berkembang mengikut kitar refleksi kendiri (4 kitaran)
6. Pengkaji terlibat secara langsung dalam memperbaiki dan menambahbaik kefahaman
tentang amalan
3 elemen kajian tindakan

I. Elemen Reflektif
II. Elemen Penglibatan
III. Elemen Lingkaran
Elemen Reflektif
• Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian
tindakan menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka
dan seterusnya akan menggalakkan perubahan terhadap
amalan tersebut.
• Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk
menambah baik amalan oleh individu pengamal yang
memerlukan mereka sentiasa memikir kembali segala
tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka.
• Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas
kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa
pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu perkara.
• Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap
aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak
boleh berlaku.
Elemen Penglibatan

• Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan


penyelidikan, iaitu guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut.
• Secara amnya, masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan masalah yang bersifat setempat (natural setting) dan unik.
• Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat. hal ini bermakna,
hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas
penyelesaian kepada masalah berkenaan.
• Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi
yang dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk
menilai dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya
diambil.
• Di samping itu, masalah yang dihadapi melibatkan guru
sebagai individu yang memiliki keupayaan, kepercayaan,
pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui
oleh guru tersebut.
• Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang
dihadapi, suatu penyelidikan wajar dijalankan oleh guru yang
terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan
yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh
penyelidik luar.
Elemen Lingkaran
• Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan
yang berhenti setelah penyelesaian ditemui.
• Walaupun setiap kajian akan mempunyai
suatu penghujung, namun kajian tersebut
merupakan penyelidikan yang berlangsung
dalam lingkaran yang berterusan.
• Lingkaran pertama- merancang, bertindak,
memerhati, mereflek – tidak akan berhenti,
sebaliknya akan diteruskan dengan
merancang tindakan seterusnya.
• Kajian tindakan jarang sekali memberi
penyelesaian muktamad bagi sesuatu masalah
yang dihadapi.
• Pada peringkat pemerhatian dan refleksi,
maklumat baru akan diperoleh bagi masalah
yang dihadapi, yang menuntut kajian
tindakan.
• Ada kalanya beberapa masalah baru akan
timbul yang memerlukan penyelidikan lain
dijalankan di bawah penyelidikan sedia ada.
MODEL- MODEL
KAJIAN TINDAKAN
 Model Lewin (1946)
 Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
 Model Kajian Tindakan Somekh (1989)
 Model Kajian Tindakan McKernan (1990)
 Model kajian Tindakan Johnson (2002)
Suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan
mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan
mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang
melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi
menghasilkan kitaran baru.
Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang
dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat
tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk
merancang dan bertindak.
Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas
dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada
langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti
kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara
terperinci.
Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu
diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah
melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. Pendekatan McKernan
juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.
Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam
penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana
perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama
ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun
pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-
langkah yang lebih berstruktur.
Proses Kajian Tindakan
1. Idea 2. Membina
rancangan
permulaan
tindakan

3. Melaksana Proses 4. Memerhati


tindakan kesan
pelaksanaan
tindakan

5. Mereflek
Idea Permulaan

Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea


bahawa suatu perubahan atau penambahbaikan
diperlukan dalam amalan guru.

Idea terhasil daripada keprihatinan guru terhadap


sesuatu praktikal dalam P&P.
Membina rancangan tindakan

• Penyelidik menilai situasi bagi mendapatkan maklumat untuk merancang


tindakan yang bakal diambil
• Penyelidik kemudian boleh membentuk soalan penyelidikan:

Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang topik yang diajar?
Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?
Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan
kaedah pembelajaran lain?
Melaksanakan tindakan
Memerhati Kesan Pelaksanaan

Berjaya Gagal
Mereflek

Masih boleh Mencari idea


dipertingkatkan baharu bagi
lagi kajian tindakan
seterusnya
Contoh Kajian Tindakan

Anda mungkin juga menyukai