Anda di halaman 1dari 3

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan

bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-
model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.

1. Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a


spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang
(planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke
kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek
bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Model Kurt Lewin

Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan
sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi
lagkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan
atau keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui
gambar rajah di bawah:

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau
amalan. Ini diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan.
Sekiranya langkah awal ini dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan
keputusannya akan dianggap sebagai langkah pertama sesuatu tindakan.

Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan


tinjauan atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah
kedua ini. Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan
pembetulan, penambahbaikan atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.

Secara umumnya, konsep kajian tindakan dipelopori oleh Kurt Lewin, seorang ahli psikologi
sosial Amerika Syarikat. Berdasarkan Lewin (1946), kajian tindakan ialah satu kitaran
langkah-langkah yang terdiri daripada empat langkah iaitu langkah merancang, langkah
bertindak, langkah memerhati, dan langkah mereflek terhadap keberkesanan tindakan yang
telah dilakukan. Dengan itu, Model Kurt Lewin telah dikemukakan oleh Lewin. Pengkaji-
pengkaji penyelidikan kajian tindakan yang seterusnya turut memperkenalkan model-model
kajian tindakan berasaskan Model Lewin.

Banyak model kajian tindakan telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji penyelidikan


kajian tindakan seperti Model Kajian Tindakan Lewin, Model Kajian Tindakan Kemmis, Model
Kajian Tindakan Elliot, Model Kajian Tindakan Somekh, Model Kajian Tindakan Ebbutt, Model
Kajian Tindakan McKernan, Model Kajian Tindakan Stringer. Yang berikut ialah pengenalan
terhadap model-model secara terperinci.

Menurut Lewin (1946), Kajian Tindakan ialah satu lingkaran (spiral) langkah-langkah
yang terdiri daripada empat langkah iaitu langkah merancang (plan), langkah bertindak (act),
langkah memerhati (observe), dan langkah mereflek (reflect) terhadap keberkesanan tindakan
yang telah dilakukan. Kitaran ini akan diulangi di mana hasil dapatan kitaran pertama
digunakan untuk perancangan kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang
memuaskan dapat diperolehi. Model Lewin ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 2 Model Kajian Tindakan Lewin (1946)

Anda mungkin juga menyukai