Anda di halaman 1dari 27

Tajuk 5

Penyelidikan Tindakan:
Konsep dan Model

5.1 Definisi dan konsep


5.2 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan
5.3 Kepentingan Penyelidikan Tindakan
5.4 Model Kajian Tindakan
5.4.1 Model Stephen Kemmis
5.4.2 Model John Elliot
SEJARAH AWAL

Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada 1946.


Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen
Corey, Kenneth Benne dan Hilda Taba (Teachers College,
University of Columbia)bagi menjalankan penyelidikan
pendidikan mengenai penggubalan kurikulum dan peningkatan
profesionalisme perPensyarahan.
Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950an.
Pada 1970an, penyelidikan tindakan mula mendapat perhatian
antarabangsa.
SEJARAH AWAL

Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula


melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975) yang
memperkenalkan konsep Pensyarah sebagai
penyelidik dan melihat penyelidikan tindakan
sebagai satu elemen penting dalam
perkembangan kurikulum.
Menurut Stenhouse, penglibatan aktif Pensyarah
dalam proses penyelidikan adalah suatu faktor
penting yang boleh membawa kepada
pembaharuan kurikulum.
SEJARAH AWAL

Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-76),


menyiasat penggunaan kaedah pengajaran pembelajaran
inkuiri.
Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research
Network (CARN) untuk menyokong Pensyarah-Pensyarah
yang terlibat dalam Ford Teaching Project.
Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem
pendidikan Malaysia.
Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme
perPensyarahan ialah dengan menjalankan penyelidikan
tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran
5.1 Definisi Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis


penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri
dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji
amalan yang lazim dilakukan dalam bidang
tugas mereka.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan


melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah,
guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini
boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang
diselidik) untuk memperbaiki;
Amalan sosial dan pendidikan kendiri;
Kefahaman terhadap amalan kendiri;
Situasi di mana amalan tersebut dijalankan

Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.),


Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan,
5.1 Definisi Penyelidikan Tindakan

Research is systematic self-critical inquiry atau


penyelidikan adalah suatu inkuiri kendiri yang kritis
yang sistematik
(British Journal of Educational Studies, 29(2)
Jun 1981.)

PT pula adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri


yang dilakukan dalam situasi sosial, bertujuan
untuk memperbaiki amalan-amalan dalam konteks
sosial dan pendiidkan.
5.1 Definisi Penyelidikan Tindakan

Action Research is a three-step spiral process of


(1) planning which involves reconnaissance;
(2) taking actions; and
(3) fact-finding about the result of a action.
Kurt Lewin
(1947)

Action Research is the process by which


practitioners attempt to study their problems
scientifically in order to guide, correct, and
evaluate their decisions and actions.
Stephen Corey
(1953)
5.1 Definisi Penyelidikan Tindakan

Action Research in education is study conducted


by colleagues in a school setting of the results
of their activities to improve instruction.
Carl Glickman (1992)

Action Research is a fancy way of saying lets


study whats happening at our school and
decide how to make it a better place.
Emily Calhoun
(1994)
5.1 Konsep Penyelidikan Tindakan

Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara


kolektif
Dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi
sosial
Tujuan:
i. meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan
kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri
ii.meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan
itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan
(Kemmis
dan Mctaggart, 1988)
5.1 Konsep Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan Tindakan:
- satu pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan dengan menggalakkan guru-guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan bersedia untuk mengubahnya.
- Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang
dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-
guru lain secara bersama.
McNiff (1988)
5.1 Konsep Penyelidikan Tindakan

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan


sebagai
Satu kajian terhadap situasi sosial yang
melibatkan peserta dalam situasi sosial itu
sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk
memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
5.2 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

Grundy dan Kemmis (1981)


Tiga pra syarat:

membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang


dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh
diperbaiki

mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada


urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan
merefleks

dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke


atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur
melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang
kawalan ke atas proses penyelidikan
5.2 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

Henry dan Henry (1982) menyenaraikan ciri-


ciri ini
Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan
guru, guru dengan pelajar atau guru dengan
ibu bapa
Berbentuk kitaran aktiviti - merancang,
bertindak, memantau dan mereflek serta
menjana pusingan yang berikutnya (lebih
daripada satu pusingan - Elliot(1991) berkata
sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu
tahun pengkajian
Menyumbang ke atas memajukan proses
pengajaran pembelajaran
5.2 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan
Membuat refleksi dan memperbaiki kerja
sendiri
Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
Menyebarkan dan mengongsi pengalaman
kepada peserta dan mereka yang berminat
Penglibatan dalam pengumpulan data dan
empowerment
Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu
komuniti berfikiran kritis -dilakukan oleh guru
dlm konteks harian
Penilaian dan refleksi kendiri dan
berkomitmen utk meningkatkan kefahaman
praktis utk memperbaiki amalan pendidikan
5.3 Kepentingan Penyelidikan Tindakan

mendapat sumber maklumat penting untuk


memahami amalan pengajaran guru,
amalan pembelajaran murid, keadaan
murid, suasana dalam bilik darjah dan
sebagainya;
dapat merancang huraiian mata pelajaran
dengan lebih berkesan;
dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran memudahkan
pencapaian objektif mereka dan dapat pula
memahami, mengubah dan memperbaiki
amalan sendiri;
5.3 Kepentingan Penyelidikan Tindakan

meningkatkan penggunaan bahan dan


membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;
dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik
yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup
menerima perubahan dan berupaya membuat
penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;
membentukkan budaya penyelidiakn sebagai
asas dalam membuat sebarang perancangan
untuk tindakan ; dan
merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru
yang terbabit melalui kerjasama secara
kolaboratif.
5.4 Model Kajian Tindakan

5.4.1 Model Stephen Kemmis


5.4.1 Model Stephen Kemmis

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru


menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak
ditangani.

Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang


sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Seterusnya guru melaksanakan pelan yang


dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru
terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu.
Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai
Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu
tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan
proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2)
sehinggalah masalah itu diselesaikan.
Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan
membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.
Lingkaran
pertama (cycle 1)

Merancang
Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta
berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang
perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?

Bertindak
Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Memerhati
Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci.
Catat jangkaan.

Merefleksi
Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk
mengawal jangkaan pelajar.
Lingkaran kedua
(cycle 2)

Mengubah rancangan
Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar
untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih
diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan
penyataan.

Bertindak
Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.
Memerhati
Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang
diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.

Merefleksi
Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku
mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru
lakukan?
5.4 Model Kajian Tindakan

5.4.2 Model John Elliott


5.4.2 Model John Elliott

John Elliott (1991) memberi definisi


kajian tindakan sebagai satu kajian sosial
untuk meningkatkan kualiti dan mutu
tindakan yang akan diambil terhadap
sesutu keadaan.

Kesahan sesuatu teori atau hipotesis


yang dibuat tidak bergantung kepada
kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih
bergantung kepada keberkesanan kajian
tersebut dalam membantu manusia
untuk mempunyai pelbagai kemahiran
5.4.2 Model John Elliott

Idea utama Elliott ialah penyelidik


membangunkan pemahaman peribadi ke atas
sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu
adalah penting dalam melaksanakan tindakan
(Elliott , 1987:157).

Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan


adalah satu usaha susila yang mencari dan
memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam


pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian
tindakan yang baru di mana para guru akan
menjadi penyumbang utama.
5.4.2 Model John Elliott
John Elliott setuju dengan konsep lingkaran
refleksi tindakan Kemmis tetapi John Elliot
menyatakan terdapat lebih banyak aliran
tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk
mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat
sebelum berpindah kepada lingkaran kedua.

Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model


Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih
lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat
dalam proses kajian tindakan.

Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang


lebih lengkap. Contoh model ini ialah:
Format penulisan kajian tindakan John Elliott
Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/
Model. Biasa digunakan oleh doktor
perubatan.
1.Tajuk kajian
2.Latar belakang kajian
3.Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/
Teori
4.Tinjauan : Cara fakta dan analisis
kenyataan
5.Perancangan Tindakan
Tindakan 1
Tindakan 2

Anda mungkin juga menyukai