Anda di halaman 1dari 39

PENYELIDIKAN TINDAKAN

OLEH:

RAYMOND TAWIE PHANG SUHAIMI BIN SULAIMAN

Penyelidikan tindakan adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri yang dilakukan dalam situasi sosial, bertujuan untuk memperbaiki amalan-amalan dalam konteks sosial dan pendidikan. McBride & Schostak (1994) - Penyelidikan tindakan merupakan refleksi mengenai pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan ,dan fokus utama penyelidikan tindakan adalah dalam memperbaiki amalan. Elliot dan Adelman (1976)- Satu pendekatan pendidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial dan membaiki kualiti amalan harian.

DEFINISI

Kemmis dan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian tindakan iaitu:
Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut. Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri. Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (selfreflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan.

Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa yang berlaku sebagai bukti.
Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran. Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja.Kajian tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian ke arah perubahan yang lebih besar. Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN


1. Amalan reflektif yang perlu ada dalam pengamal bidang. Kajian tindakan menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan terhadap amalan tersebut. Contohnya: Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN


2. Elemen Penglibatan Hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN


3. Elemen lingkaran Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian tersebut merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan.

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya Dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri

Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum Membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan Merapatkan tali silaturahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

Model Kajian Tindakan

Model Stephen Kemmis

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

Lingkaran Pertama
Merancang Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar? Bertindak Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Memerhati Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan. Merefleksi Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan pelajar.

Lingkaran Kedua
Mengubah rancangan Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan. Bertindak Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran. Memerhati Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar. Merefleksi Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?

Model John Elliot

Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis tetapi John Elliott mendapati lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada lingkaran kedua. Contoh konsep ini:

Figure 2: Action Research after Elliott (cited in Hopkins, 1985)

Model Dave Ebbutt

David Ebbutt mendakwa bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut iaitu dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan.
Pengertian Ebbutt adalah sama dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

Model Jack Whitehead

MODEL JACK WHITEHEAD


Guru memainkan peranan utama. Guru melaksanakan kajian ke atas kualiti P&P. Menekankan penilaian kendiri secara menyoal diri sendiri sahaja tentang masalah pendidikan guru itu sendiri Kajian Tindakan bermula dari ketidak puas hati guru sendiri mengenai amalan biasa pengajaran mereka sendiri dan mereka ingin berikhtiar dan berusaha mengatasi perasaan itu dengan menjalankan kajian tindakan bagi memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sendiri.

Skema Penyelidikan Tindakan Jack Whitehead


Persoalan dalam minda seorang guru? Apa yang menjadi fokus masalah guru? Mengapa guru perlu mengatasi masalah tersebut? Apakah yang boleh guru lakukan? Apakah jenis bukti yang dikumpul? Bagaimana guru dapat mengumpul bukti? Bagaimana guru dapat mengesan penilaian ini bermakna dan tepat?

KELEBIHAN, KEKURANGAN & ASPEK YANG MENARIK: MODEL PENYELIDIKAN OLEH JACK WHITEHEAD
KELEBIHAN Guru sendiri harus memainkan peranan utama dalam kajian tindakan Fokus kepada rasa ingin tahu berbentuk penyoalan seperti How do I improve? What I am doing? untuk memperoleh banyak maklumat berguna tentang masalah pendidikan yang dihadapi diri sendiri KEKURANGAN Tidak mendapat komen dan pandangan dari pihak luar ASPEK YANG MENARIK Menyediakan skema jawapan berbentuk ungkapan

Mengambil masa yang agak panjang kerana percuban demi percubaan perlu dilakukan.

Dapat mempertingkatkan taraf sosial pendidikan dalam kehidupan manusia akan datang

sambungan
KELEBIHAN Membantu guru lebih memahami diri sendiri dan perkembangan profesional dirinya Menghasilkan guru yang lebih berintegriti dan berkualiti. KEKURANGAN Terlalu bergantung kepada tahap komitmen guru ASPEK YANG MENARIK Masalah diselesaikan menggunakan proses penilaian kendiri

Guru harus peka kepada setiap tingkah laku dan peristiwa yang berlaku kepada murid untuk mendapatkan maklumat.

Langkah yang mudah iaitu tidak menggunakan banyak langkah - langkah yang rumit.

Menghasilkan suasana PNP yang lebih menarik dan bermakna.

Guru dan murid akan saling berinteraksi dan berhubung komunikasi 2 hala

Model Jean Mcniff

Model Kajian Tindakan Jean Mcniff


Kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri (sifat ingin tahu) yang mana melalui kajian tindakan, seseorang (atau sekumpulan orang) itu akan menyelidik serta menilai kerja/kajian mereka. Suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri, iaitu pada diri pengkaji itu sendiri.

Melibatkan kitaran proses seperti 'memerhati - mereflek - bertindak - menilai mengubahsuai. Proses ini berlaku secara berterusan. Namun begitu, walaupun kita mencapai satu tahap di mana kita berasa apa yang lakukan itu satu kepuasan, tahap itu akan membentuk satu masalah atau persoalan lain pula, dan seterusnya kitaran tersebut akan bermula lagi.

Model Kurt Lewin

Model Kurt Lewin


Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam slaid seterusnya.

Model Kajian Tindakan Lewin


Terdiri daripada langkah-langkah berbentuk spiral, yang berbentuk kitaran-kitaran yang berterusan. Langkahlangkah dalam model Lewin termasuk: Idea asal Peninjauan Rancangan Umum Perlaksanaan langkah tindakan Penilaian

1) Mengenal pasti idea


2) Pencarian fakta 3) Perancangan pelan tindakan

Langkah Model Kurt Lewin

4). Pelaksanaan tindakan


5). Penilaian tindakan yang diambil 6). Ulang pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5

7). Mengambil langkah tindakan seterusnya dan begitu berikutnya melalui beberapa kitaran.

Thanks for watching..