Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Pada asasnya tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan
pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg boleh
diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968). Orang ramai mempunyai
pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada umumnya ada berbagai-bagai perkataan
digunakan untuk menggambarkan tingkah laku – ‘aktiviti’, ‘aksi’, ‘perbuatan’, ‘bergerak
balas’, dan ‘reaksi’ (Martin & Pear, 1996). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya ada
dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah laku yang boleh
diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku covert merupakan peristiwa
peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain (Bear, Wolf and Risley, 1968).

Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? “Pengurusan tingkah laku adalah program
tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”.

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana perlu
melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku
dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan
oleh pelaksana, iaitu:

a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;


b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;
c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan
d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui
manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program
pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu setiap murid adalah unik, tiada satu cara
berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid dan proses intervensi akan dihadkan
kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid. Ini adalah disebabkan
bahawa aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait.

1
Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid perlu ditangani segera oleh
guru dengan merancang program interevensi yang sesuai. Apa yang dikatakan tingkah laku
bermasalah? Menurut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah
sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody
di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem Child ‘ menyatakan
semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam.
Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana
pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk
belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan
kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku
bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah
di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan
dengan lancar serta berkesan.

Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah
ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul dan merekod data, dan
melaksanakan intervensi. Carta di bawah menunjukkan proses pelaksanaan perubahan
tingkah laku.
P ro s e s P T L

Mengenal pasti dan


memilih tingkah laku
sasaran

Mengumpul dan merekod


data

Mengenal pasti dan


menentukan peneguhan

Melaksanakan program
intervensi

Menilai keberkesanan
intervensi

2
Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran.
Tingkah laku sasaran adalah merupakan tingkah laku yang dipilih untuk diberi keutamaan
dalam proses perubahan tingkah laku. Menurut (Zirpoli&Mellow, 2001) panduan memilih
tingkah laku sasaran adalah berdasarkan tingkah laku yang membahayakan diri dan orang
lain, mengganggu pembelajaran, terlalu kerap berlaku dan tidak bersesuaian dengan
umurnya. Guru perlu memilih hanya satu sahaja tingkah laku yang hendak dimodifikasi
supaya dapat menumpukan sepenuhnya proses perubahan tingkah laku yang dilaksanakan.
Sebagai contoh tingkah laku yang hendak dimodifikasi seperti bergerak sesuka hati di dalam
kelas ia termasuklah suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam
kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
Guru perlu membuat analisis tentang tingkah laku sasaran yang telah dipilih tadi
berdasarkan jenis tingkah laku, kekerapan tingkah laku yang ditunjukkan, berapa lama
berlaku, adakah memudaratkan, adakah tingkah laku dapat diperhatikan, diukur perlakuanya
serta dapat dinyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara
lisan atau bertulis.

Mengumpul dan merekod data


Mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di ubah adalah sangat penting.
Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ”baseline data”. Apa yang
dimaksudkan dengan ”baseline data”? Menurut SIL International, 1999 “baseline data”
adalah informasi dasar yang dihimpun sebelum suatu program dimulakan. Data ini
kemudian digunakan sebagai pembanding untuk menilai keberkesanan program. Maklumat
yang dikumpul perlu dianalisis dan mestilah berlandaskan dengan jumlah tingkah laku
tersebut dalam sehari dilakukan, bilakah waktu yang paling kerap berlaku, mengenal pasti
sama ada corak atau pola tertentu dan punca berlakunya tingkah laku tersebut. Maklumat
mengenai tingkah laku yang diperolehi melalui pemerhatian dan perlu direkodkan
menggunakan teknik-teknik perekodan yang betul.

Rekod
Naratif
Rekod
Rekod
Sampel
Masa Anekdot

Rekod
Rekod Had Teknik
Masa Naratif
Perekodan berterusan

Rekod
Rekod
Jangka 3
Masa Kejadian

Rekod
Kekerapan
Mengenal pasti dan menentukan peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku. Dalam
membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan.
Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan
tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada
masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli
yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh
berupa positif dan negatif. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong
individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Manakala peneguhan negatif berfungsi
mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif
dapat dikuatkan lagi.

Melaksanakan program intervensi


Program intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau
mengurangkan tingkah laku sasaran. Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu
fasa pra intervensi, fasa intervensi, fasa selepas intervensi.

Fasa pra intervensi:


Melalui fasa ini, guru akan mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui
pemerhatian tanpa sebarang intervensi. Rekod ini akan dijadikan perbandingan dengan
rekod selepas intervensi.

Fasa intervensi:
Fasa ini, guru memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh
program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan. Fasa intervensi
ini dijalankan sekurang-sekurang selama dua minggu supaya guru dapat mendapatkan data
yang tepat dan relevan.

Fasa selepas intervensi:


Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari
dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan
direkodkan kedalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

4
Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod
baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi
untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Baseline data kedua merupakan
pemerhatian susulan program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan
tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi
susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang
lain.

Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku


Normalisasi
Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran
mereka hampir senormal mungkin. Pengetahuan tentang pertumbuhan dan
perkembangan,kehendak, ketidakupayaan,persekitaran sebenar kanak-kanak perlu
diberi perhatian.

Keadilan
”Due Proses” ialah satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat
keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama-sama
oleh pihak profesional dan ibu bapa. Sebagai contoh tindakan yang tidak adil seperti
menempatkan murid autisme dan sindrown down dalam kelas. Sedangkan kita
mengetahui bahawa tahap keupayaan IQ murid autisme adalah sederhana berbanding
murid sindrown down yang tahap IQ yang rendah. Impaknya, murid sindrown down
tidak berminat untuk belajar dan mengalihkan perhatiannya kepada perkara yang tidak
relevan dengan aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Penghormatan
Setiap murid berkeperluan khas memiliki emosi dan perasaan yang perlu dijaga. Cara
layanan yang dilihat tidak mengikut nilai-nilai dan etika kemanusian serta tidak
menghormati hak mereka menjadi isu penting dalam pendidikan khas. Sebagai contoh,
guru menggunakan kaedah pengasingan ”time out” yang terlalu lama dan tidak
konsisten. Impaknya, murid tersebut akan ketinggalan proses pembelajaran pada
waktu tersebut dan tidakan itu juga akan memalukan serta mengaibkan murid
berkenaan.

5
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa adalah sangat penting bagi melancarkan sesuatu program yang
dilakukan. Ibu bapa perlu memantau perlaksanaan secara berterusan sewaktu murid
berada di rumah selain memberikan motivasi dan semangat kepada murid
berkeperluan khas. Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas, keperluan
khas anak, cara melayani emosi anak perlulah diterapkan dengan mengadakan sesi
perjumpaan dan bimbingan kepada para ibu bapa. Sebagai contoh mengadakan
perjumpaan dan perbincangan mengenai RPI anak mereka.

Penglibatan Komuniti
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

PENUTUP

Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa
dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan
yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar
yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi
kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu
kelancaran perjalanan kelas.
Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk
meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-
murid dan akademik di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan
jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang
dan perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka. Ibu bapa juga perlu
memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka,
mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkara-perkara
yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau
peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan motivasi. Oleh
demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar

6
ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan
perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai