Anda di halaman 1dari 2

Isu-isu yang melibatkan permasalahan kepada MBK

a)    Hiperaktif
Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang
tumpuan iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak 
hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat
tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja
sekolah.
b)   Agresif
Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat
beberapa perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan
mimpi ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku  agresif. Selain itu,
kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak
menerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan
menganggap dirinya adalah yang terbaik.

c)    Separation Anxiety
Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat
ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa
sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada
pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh
seseorang.
d)   Overdependency
Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung
kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan
sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini
terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan
sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin.
Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.

e)    Withdrawal
Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan
diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini
dijadikan sebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai