Anda di halaman 1dari 14

Tajuk 7

Sinopsis

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tajuk-tajuk dalam unit ini merangkumi konsep tingkah laku bermasalah, Jenis-jenis tingkah laku bermasalah, cara-cara mengenalpasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, serta pengurusan tingkah laku bermasalah, teknik-teknik modifikasi tingkah laku bermasalah, dan juga implikasi pengurusan tingkah laku bermasalah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Menerangkan konsep tingkah laku bermasalah serta jenis-jenis tingkah laku bermasalah 2. Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku. 3. Menghuraikan pengurusan tingkah laku serta Mengaplikasikan teknik-teknik modifikasi tingkah laku 4. Menjelaskan implikasi pengurusan tingkah laku bermasalah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

TINGKAH LAKU BERMASALAH

KonsepTingkah laku Bermasalah

Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah

Cara-cara Mengenalpasti Tingkah laku Bermasalah

Pengurusan Tingkah laku Bermasalah

Implikasi Pengurusan Tingkah Laku Ke Atas Proses P&P

100

7.1

Tingkah laku bermasalah

Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru itu, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran optima.

Murid-murid sedemikian selalunya kesukaran pembelajaran dalam kelas.

Proses-proses

mental dan pemikiran mereka tidak dicabar sehingga timbul kebosanan. Mereka menjadi gelisah, dan kadang kala hingga mengganggu rakan sekelas yang sedang tekun mendengar penerangan guru. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah boleh berbentuk positif atau negatif.

Rajah 7.1: Pelbagai tingkah laku bermasalah dalam kelas.

7.2

Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah 7.2.1 Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, tingkah laku bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkah laku murung, pengunduran diri dan pengasingan diri (1) Tingkah Laku Destruktif Tingkah laku destruktif paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. 101

Jenis-jenis tingkahlaku destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme iaitu merosakkan kerusi, meja, peralatan, telefon awam dan sebagainya, aktiviti kumpulan liar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta atau motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah. (2) Permusuhan Nyata (Overt hostility) Permusuhan nyata boleh difahamkan sebagai keadaan di mana wujud tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai sesorang. Antara situasi yang boleh menimbulkan permusuhan nyata ialah apabila seseorang itu mengalami kekecewaan, tersinggung dan mendapat penilaian yang negatif.

Mengikut ahli psikologi sosial, terdapat tiga pandangan yang utama tentang permusuhan nyata iaitu: i) Dalam setiap individu terdapat desakan yang agresif yang cenderung untuk menimbulkan permusuhan nyata. ii) iii) Permusuhan nyata disebabkan pengalaman yang mengecewakan. Tingkah laku agresif atau permusuhan nyata boleh dipelajari.

Permusuhan Nyata Suatu sifat Biologi Lorenz (1967) menegaskan bahawa permusuhan itu disebabkan oleh suatu sifat biologi yang terdapat di dalam diri setiap individu. Pendapat ini telah disokong oleh Sigmund Freud. Contohnya, kanak-kanak pada umur dua

tahun yang mula menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita. Mereka berharap orang lain akan mengalami suatu peristiwa yang malang dan mereka akan berasa seronok apabila mengetahui bahawa peristiwa itu benar-benar telah berlaku ke atas orang tersebut.

Permusuhan Nyata Disebabkan Kekecewaan John Dollard dan rakan-rakannya di Universiti Yale mengesahkan bahawa permusuhan nyata selalunya berlaku akibat kekecewaan dan kekecewaan selalunya membawa kepada suatu bentuk permusuhan nyata. Contohnya, di dalam satu situasi di mana seseorang individu berada dalam keadaan penat dan haus memasukkan syiling sebanyak RM 1.50 ke dalam mesin minuman sejuk. Selepas itu, dia pun menekan butang untuk mengeluarkan minuman itu 102

tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Ini menyebabkan timbulnya rasa kecewa kerana kehilangan wang dan keperluannya untuk mendapatkan minuman tidak dipenuhi. Akibatnya, dia mungkin menunjukkan permusuhan nyata terhadap mesin itu atau terhadap kawan yang ditemui. Permusuhan Nyata Dipelajari Permusuhan nyata boleh dipelajari daripada individu yang berhampiran, sikap masyarakat dan televisyen: o Ibu bapa yang agresif dan sentiasa menghukum anaknya sebenarnya

menunjukkan satu contoh tingkah laku yang agresif. Akibatnya, anak-anak akan belajar menjadi agresif juga (Sears, Maccoby dan Levin, 1957). Eron (1980) di dalam kajiannya, berpendapat bahawa ibu bapa kanak-kanak yang agresif merupakan individu-individu yang jarang memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka dan cenderung menghukum mereka. o

Dalam kebanyakan masyarakat, masih terdapat anggapan bahawa

suatu tindakan agresif perlu ditentang dengan tindakan yang sama. Sikap masyarakat ini menyebabkan permusuhan nyata terus berlanjutan. o

Tayangan filem di televisyen yang menunjukkan keganasan dan

pembunuhan memang banyak mempengaruhi kanak-kanak. Eron (1982) telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang agresif lebih kerap menonton televisyen secara amnya. Mereka juga cenderung untuk mencontohi watakwatak dalam televisyen yang agresif dan beranggapan bahawa permusuhan yang ditayangkan di televisyen membayangkan keadaan dalam hidup sebenar. (3) Tingkah Laku Disruptif Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas.

103

(4)

Tingkah Laku Bergantung Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Individuindividu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri.

(5)

Hiperaktif Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau aktif berbanding keadaan yang biasa. Kanak-kanak seperti ini tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan dan sukar dikawal. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami hiperaktiviti adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) Melibatkan diri dalam aktiviti secara berlebihan. Perbuatan dilakukan secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya. Gemar merungut. Tidak boleh duduk diam. Tindak balas berlebihan terhadap sesuatu rangsangan. Tingkah laku sukar diramal.

Hiperaktiviti atau hiperkinesis mungkin disebabkan oleh kecederaan otak atau makanan yang mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna atau salisilat (Feingold, 1976). Makanan yang mengandungi salisilat ialah epal, buah anggur, limau, strawberi, tomato dan minuman teh. Bagi mengatasi masalah hiperaktiviti, Feingold (1975) menggunakan makanan Kaiser-Permanente (KP) yang terdiri daripada makanan yang tidak mengandungi bahan pewarna, bahan pengawet atau salisilat sejati. (6) Tingkah Laku Bimbang Kebimbangan (anxiety) boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan kurang senang yang disebabkan oleh kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun sebab-sebab timbulnya kebimbangan adalah sukar untuk

dikenalpasti tetapi terdapat lima situasi di mana kebimbangan boleh berlaku.

104

i)

Motif yang bercanggahan. Contohnya, terdapat individu yang ingin menderma untuk membantu orang-orang miskin tetapi pada masa yang sama dia juga terpaksa menyara hidup isteri dan anak-anaknya.

ii)

Individu yang mengalami konflik antara tingkah lakunya dengan nilai sebenarnya. Contohnya, seseorang itu mengetahui bahawa mencuri adalah salah tetapi masih melakukannya kerana ia telah lama menganggur dan amat memerlukan wang.

iii)

Individu menghadapi suatu keadaan baru di mana dia terpaksa menyesuaikan diri. Contohnya, kali pertama masuk ke dalam kelas untuk mengajar.

iv)

Apabila individu menghadapi sesuatu keadaan yang mana hasilnya adalah sukar diramal. Contohnya, setelah mengambil peperiksaan tetapi masih belum pasti sama ada akan lulus atau gagal.

v)

Apabila individu menghadapi kemungkinan kehilangan seseorang yang dikasihinya. Contohnya, seseorang akan berasa bimbang apabila ibu atau ayahnya berada dalam keadaan sakit tenat.

(7)

Tingkah Laku Murung Kemurungan merujuk kepada satu-satu keadaan yang amat sedih. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidak berupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenung dan berkhayal. Antara faktor-faktor yang menimbulkan kemurungan ialah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) Masalah keluarga Kurang penerimaan oleh rakan-rakan Kegagalan dalam mencapai sesuatu yang diimpikan Kekurangan kasih sayang ibu bapa Putus hubungan percintaan

(9)

Pengunduran Diri Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yang kurang selamat atau mengancam. Kadang kala, pengunduran diri juga dilakukan untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu-satu masalah. Di 105

dalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar tidak berupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan mengundur diri apabila guru memilih pemain-pemain bagi satu satu permainan.

(10)

Tingkah Laku Pengasingan Diri Amalan pengasingan diri mungkin disebabkan oleh personaliti pelajar sendiri yang tidak gemar bercampur gaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. Dia mungkin tidak diterima oleh pelajar-pelajar lain. Pelajar seperti ini juga didapati mempunyai harga diri yang rendah yang akan mengakibatkan masalah-masalah lain yang mana pelajar berkenaan akan cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial bagi tujuan mendapatkan perhatian atau layanan guru.

7.2.2

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif (Ee Ah Meng, 2002). (1) Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal, kanakkanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atas meja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untuk melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan seperti ini akan menyebabkan murid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam makmal. (2) Tingkah Laku Murid Cepat Belajar Murid-murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu konsep dengan cepat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, muridmurid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenis gangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akan menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

106

(3)

Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik, sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia.

Oleh kerana pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan intelek yang tinggi, mereka cepat mencapai pemahaman terhadap konsep-konsep yang disampaikan. Ini menyebabkan mereka akan berasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaran guru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkan mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini bermakna proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi. (4) Tingkah Laku Murid Proaktif Murid-murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu. Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal, mereka akan ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku ini boleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan boleh berlaku.

Ringkasan Tingkah Laku Bermasalah

107

7.3

Cara-Cara Mengenal pasti Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku 7.3.1 Kaedah Berasaskan Ujian Ujian piawai seperti ujian psikologi dan ujian diagnostik yang dibina khas dapat digunakan untuk mengukur jenis dan tahap tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid. Ujian psikologi cuba mengenal pasti tingkah laku tertentu atau masalah gangguan emosi yang ditunjukkan oleh individu. Ujian diagnostik pula digunakan untuk menyediakan pandangan yang terperinci tentang komponenkomponen masalah tingkah laku dan mengenal pasti punca masalah tersebut. Ujian piawai seperti ini perlu ditadbirkan dan ditafsirkan oleh seseorang yang berkelayakan seperti kaunselor sekolah, pakar psikologi sekolah, ataupun pakar psikologi kanak-kanak. Seterusnya rawatan, teknik-teknik kaunseling atau program modifikasi tingkah laku akan digunakan untuk membantu kanak-kanak tersebut. 7.3.2 Kaedah Bukan Ujian Pemerhatian. Guru boleh membuat pemerhatian dan menggunakan senarai semak catatan anektodal, catatan kekerapan untuk merekod tingkah laku murid secara sistematik. Analisis data-data yang dikumpul melalui perkaedahan ini membantu guru membuat perancangan tindakan seterusnya untuk mengendalikan tingkah laku bermasalah tersebut. Temuduga. Guru boleh menemuduga ibu bapa, murid atau guru-guru lain untuk mendapat gambaran jelas mengenai corak tingkah laku murid secara keseluruhan Kaedah Penyelidikan seperti kajian kes, kajian dokumen, kajian rentasan dan kajian longtitudinal digunakan untuk mengkaji secara empirikal dari pelbagai sudut tentang tingkah laku bermasalah.

7.4

Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah 7.4.1 Modifikasi Tingkah laku

Modifikasi tingkah laku ialah aplikasi teori pembelajaran yang sistematik yang akan membawa perubahan yang diingini ke atas corak tingkah laku. Ada kalanya istilah "aplikasi analisa tingkah laku" turut digunakan. Dua faktor individu turut terlibat dalam modifikasi tingkah laku - faktor dalaman dan faktor luaran.

108

Faktor dalaman turut dikenali sebagai faktor penyesuaian kendiri. Individu akan melihat ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kekuatan yang diperlukan. Kekuatan itu mungkin merupakan kepercayaan kerohanian atau nilai-nilai moral yang telah disemai sejak lahir. Sebagai contoh, seorang murid anda yang berumur sepuluh tahun tahu bahawa dia perlu duduk diam semasa anda mengajar. Dia telah diberitahu dan sedar bahawa dia perlu mematuhi disiplin dalam bilik darjah supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Dia tahu bahawa berjalan semasa guru sedang mengajar adalah satu kesalahan. Oleh itu, walaupun ia suka bangununtuk bercakap dengan rakannya di belakang, ia tidak berbuat begitu. Dia perlu membuat penyesuaian kendiri, iaitu pergi ke tempat rakannya semasa pertukaran guru ke bilik darjahnya. Faktor kedua ialah faktor penyesuaian luaran, yang kadang kala dikaitkan dengan penggunaan modelling. Ambil murid-murid sepuluh tahun di atas sebagai contoh. Sekiranya dia menahan diri daripada berjalan tanpa sebab semasa anda mengajar, maka dia perlu melihat dan mencontohi tingkah laku murid-murid lain sebagai model. Dia seharusnya mengikut rakan-rakan lain mendengar pengajaran guru dengan tekun. Adakah anda bersetuju? Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik

berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif.

7.4.2

Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku

Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk modifikasi tingkah laku ialah seperti peneguhan, denda, reverse psychology, pembentukan, token economy, ubah suaian dalaman/kendiri dan ubah suaian luaran. Peneguhan Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai peneguhan (reinforcement). Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau negatif.

109

Peneguhan Positif Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan

kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Peneguhan Negatif Peneguhan negatif merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat

menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan.

Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Denda Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, menghentikan keseronokan). Skinner

berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai setengah-setengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik. Reverse Psychology Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

110

Pembentukan (shaping) Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tidak balas yang diharapkan. Teknik shaping ini adalah perlu digunakan apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.

Token Economy Token economy ini ialah satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan. Contohnya, pelajar diberi beberapa markah untuk perlakuan yang ditunjukkannya. Markah yang dikumpulkan ini boleh ditukar kepada hadiah, sijil atau surat penghargaan. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam penjualan barangan secara terus di mana menggunakan sistem ini untuk menarik pembeli untuk terus membeli.

7.4.3 Teknik

Ubah Suaian Dalaman/Kendiri ini boleh diuruskan melalui dua cara iaitu pengurusan diri dan

pengubahsuaian kognitif. Pengurusan Diri Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah berikut: Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri. Murid berusaha mengubah tingkah lakunya. Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan menggunakan senarai semak atau carta. Pengubahsuaian Kognitif Ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan kendiri. Antara langkahlangkah dalam melaksanakan teknik ini ialah: Modelling kognitif: Seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambil memberi arahan secara lisan. Bimbingan luaran: Murid melakukan tugasan yang sama di bawah bimbingan guru. Bimbingan kendiri (nyata): Murid melakukan tugasan yang sama melalui arahan kendiri secara lisan. Bimbingan kendiri (tidak nyata): Murid membisik arahan sendiri sambil menghabiskan tugasan. 111

Arahan Diri Terselindung: Murid melakukan tugasan secara membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.

Ubah Suaian Luaran (Modelling) Ia merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Teori Permodelan Bandura (1963) adalah berkaitan rapat dengan modifikasi tingkah laku melalui ubahsuaian luaran di mana Bandura telah mengemukakan teori pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai Teori Peniruan atau Teori Permodelan.

Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura adalah seperti berikut: Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Ringkasan Modifikasi Tingkah Laku

112

7.5

Implikasi Pengurusan Tingkah Laku Ke Atas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Implikasi utama dalam melaksanakan satu program modifikasi tingkah laku ialah ia dapat membawa peningkatan dalam pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang lebih kondusif.

Juga, ia adalah komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana modifkasi tingkah laku merupakan satu cara untuk mendapatkan pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada murid-murid yang bermasalah.

Satu lagi implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah ia dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dalam perbincangan kelas.

Melalui program modifikasi tingkah laku, motivasi intrinsik murid-murid juga dapat di pertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi ganjaran kebendaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif.

Justeru itu, program modifikasi tingkah laku dapat menolong menukar persekitaran sekolah, dengan menggantikan tingkah laku-tingkah laku negatif kepada positif. Pada masa yang sama, ia juga menolong meningkatkan kepuasan intrinsik muridmurid.

TUGASAN TERARAH Kenal pasti empat masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah anda. Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk menangi masalah tingkah laku murid tersebut.

RUJUKAN Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (1993). Behaviour Management. New York : Macmillan. Alberto & Troutman (1986). Applied behaviour analysis for teachers. Toronto. Child, D. (1993). Psychology and the teacher. London : Cassell.

113

Anda mungkin juga menyukai