Anda di halaman 1dari 6

PKBK2093P (TUGASAN BERKUMPULAN)

JULIANA BINTI SIMAN


ROHAYA BINTI OMAR

ANALISIS TUGASAN SARAPAN PAGI

SANDWICH TELUR MUDAH DAN AIR KOPI SUSU PANAS

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Sandwich Telur Mudah:-

• 3 atau 4 biji telur - di rebus


• 1 biji bawang Holland – di dadu kecil
• 1 biji lada hidup – dicincang halus
• 8 keping roti
• 4 keping keju chesdale
• Sedikit salad - dihiris
• 1 batang timun – dihiris nipis
• 1 biji tomato – dihiris nipis
• Sedikit margerin
• 2 sudu besar mayonis
• 1 sudu teh serbuk lada hitam
• 1/2 sudu teh garam halus

ANALISIS TUGASAN BEGI MEMBUAT SANDWICH TELUR MUDAH:

LANGKAH PERTAMA:
SEBELUM MEMBUAT SARAPAN PAGI

1. Sediakan semua keperluan dan bahan mentah yang diperlukan di atas meja dapur atau
tempat memasak.
2. Pastikan semua bahan-bahan mentah telah dibasuh dan dalam keadaan bersih.
3. Pastikan peralatan yang ingin digunakan berada di dalam keadaan yang elok dan boleh
digunakan.
4. Memakai apron untuk sebagai tujuan kebersihan dan keselamatan.
5. Guru mendemontrasikan dahulu cara membuat sandwich telur mudah

SEMASA PROSES MEMBUAT SARAPAN PAGI


SANDWICH TELUR MUDAH

1. Rebus telur sehingga masak


2. Lenyek telur dengan menggunakan garfu

3. Masukkan cili merah yang dicincang halus

4. Masukkan juga bawang holland yang didadu


5. Masukkan mayonis

6. Masukkan serbuk lada hitam

7. Masukkan garam
8. Gaulkan semua bahan sehingga sebati

9. Ambil sepasang roti, sapukan sedikit margerin di atas setiap keeping roti
10. Letakkan 1 keping cheesedale
11. Letakkan sayuran , tomato hiris, salad atau lettuce , dan hirisan timun.
12. Kemudian letakkan adunan telur tadi, ratakan
13. Kepitkan dengan sekeping lagi roti yang telah di sapukan margerin
14. Tekan permukaan roti biar ia serap dan padat

15. Potong tepi bahagian roti yang keras


16. Potong sandwich kepada 4 kepingan segitiga.

17. Guru membuat demonstrasi semula dan mengarahkan murid mengikut setiap
Langkah guru kali ini.

LANGKAH KEDUA
KOPI SUSU PANAS

Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat kopi susu panas :

Air panas
1 uncang kopi O
½ kotak susu segar saiz kecil
1-2 sdb susu pekat (ikut citarasa)
200 ml Air Panas

Peralatan :
Cawan
Sudu Cerek
Sudu

Langkah
1.Guru mendemontrasikan dulu cara membuat air kopi susu panas
2.Tuangkan air panas ke dalam cawan
3.Masukkan uncang kopi ke dalam cawan dan biarkan selama lebih kurang 3 minit
4.Keluarkan uncang kopi daripada cawan
5.Kacau air supaya warna kopi menjadi sekata
6.Tuangkan susu pekat ke dalam cawan , kemudia susu segar
7.Kacau sekali lagi
8.Air kopi susu panas dah siap
9.Guru membuat kopi susu panas semula dan mengarahkan murid mengikut setiap langkah
guru pada kali ini.

Gambar panduan membuat kopi susu panas

Anda mungkin juga menyukai