Anda di halaman 1dari 8

Penderaan Fizikal

Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan tidak sengaja


atau dipukul/dera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat
kecederaan fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau
mereka yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak.

Di bawah undang-undang Malaysia, seperti mana terdapat di dalam akta kanak-kanak 2001, seorang
kanak-kanak dikira sebagai mengalami kecederaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang
boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan dan
terdapat bukti seperti luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh,
pendarahan, luka di kulit, kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau
kehilangan rambut dan gigi. (Akta kanak-kanak 2001 seksyen 17 (2)(a) )

Dalam definisi ini, memukul kanak-kanak tidak dikira sebagai penderaan fizikal kecuali terdapat
kecederaan. Walau bagaimanapun, menggunakan disiplin fizikal tanpa penjelasan dan garis panduan
tingkah laku akan mengakibatkan peningkatan kanak-kanak yang hiperaktif dan agresif. Beberapa
negara di Eropah telah meluluskan undang-undang melarang hukuman fizikal oleh ibu bapa ke atas
kanak-kanak. Di Malaysia, hukuman sebat masih dibenarkan di sekolah.

Hukuman fizikal (rotan)


Kebanyakan ibu bapa merasakan anak mereka perlu dirotan atau merasa kesakitan bagi tujuan
mendisiplinkan mereka. ‘Simpan rotan dan manjakan anak’ adalah pepatah yang biasa digunakan
oleh ibu bapa atau pengasuh kanak-kanak. Kajian terus menunjukkan memukul kanak-kanak masih
diamalkan oleh ibu bapa di semua peringkat sosial, melibatkan kanak-kanak di semua peringkat umur
(Newson & Newson 1986, SCAN Data). Kebanyakan kanak-kanak menerima hukuman yang ringan
bagi tujuan disiplin fizikal seperti tamparan atau ditarik telinga. Walau bagaimanapun, kebanyakan
tamparan atau pukulan adalah disebabkan ibu bapa atau penjaga merasa sakit hati atau kemarahan
yang tidak terkawal. Walaupun terdapat perbezaan di antara hukuman fizikal dan penderaan fizikal,
kebanyakan ibu bapa yang mendera anak mereka bermula dengan niat untuk menjalankan hukuman
fizikal. Bagaimanapun, kecederaan adalah disebabkan oleh kehilangan kawalan ibu bapa.

Epidemiologi
Dari tahun 1999 hingga 2006, kes penderaan fizikal yang dilaporkan kepada Jabatan kebajikan
Masyarakat adalah lebih kurang 100 setahun. Di United Kingdom, 1-2% kanak-kanak telah
mengalami penderaan fizikal ketika peringkat kanak-kanak lagi. Lebih 3 juta orang dewasa (1
daripada setiap 12 orang dewasa) menyatakan bahawa mereka telah kerap kali atau kadangkala
mempunyai tanda lebam akibat penderaan fizikal semasa kanak-kanak dan 9% dari mereka
menderitai kesan jangka panjang.

Jumlah kes yang dikendalikan oleh jabatan bergantung kepada jumlah kes yang di laporkan. Laporan
kes penderaan fizikal bergantung kepada persepsi seseorang sama ada ia adalah disiplin fizikal atau
penderaan, kurang kesedaran tentang bahaya kepada kanak-kanak atau tidak peduli.
Daripada 1660 kes penderaan fizikal yang menerima rawatan di Institut Pediatrik, Hospital Kuala
Lumpur daripada tahun 1985-2006, 42% daripada pendera adalah ibu bapa sendiri. Bapa merupakan
22% daripada jumlah pendera dan 16% pendera adalah di kalangan ahli keluarga.

Cara mengenal pasti penderaan fizikal

Aduan terus
Aduan dari kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa atau orang yang prihatin
Kecederaan yang boleh dilihat
Kesan dari kecederaan tersebut, ibu bapa biasanya akan membawa anak-anak mereka ke hospital,
klinik kesihatan atau pengamal perubatan am.
Kecederaan yang dilihat secara kebetulan
Kecederaan seperti bengkak, benjol atau lebam di kesan oleh guru atau pengasuh di pusat
penjagaan kanak-kanak. Biasanya ibu bapa akan menafikan kecederaan, menunjukkan rasa tidak
puas hati atau memberi penjelasan yang tidak jelas. Guru-guru dan pengasuh di pusat jagaan kanak-
kanak dimestikan membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika mengesyaki
penderaan fizikal.
Apabila seorang kanak-kanak diperiksa untuk kecederaan yang berlaku, kadang-kala tidak terdapat
tanda kecederaan fizikal yang jelas, terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah umur kerana
mereka tidak boleh bercakap atau takut untuk bersuara.

Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika:

 Terdapat kesan bakar, bengkak, patah atau lebam di mata

 Terdapat kesan bengkak atau tanda yang kelihatan terutama selepas tidak hadir sekolah

 Takut kepada ibu bapa dan memberontak atau menangis apabila tiba masa pulang ke rumah

 Merasa takut bila dirapati oleh golongan dewasa

 Laporan kecederaan oleh ibu bapa atau penjaga

Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika ibu bapa atau penjaga:

 Memberi penjelasan yang berbeza, tidak meyakinkan atau tiada penjelasan mengenai kecederaan
anak mereka

 Menjelaskan bahawa anak mereka nakal atau sukar dikawal

 Mengamalkan disiplin fizikal yang tegas/ keras

 Mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol dan keganasan rumah tangga

 Sering mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan

 Kurang rasa tanggungjawab terhadap keperluan emosi kanak-kanak


Kecederaan Penderaan Fizikal

Kesan lebam
Bengkak, benjol atau lebam adalah tanda utama yang kelihatan jika kanak-kanak didera. Corak yang
tipikal dalam kes penderaan adalah tanda lebam yang dapat dilihat di beberapa bahagian tubuh
kanak-kanak, selalunya berbeza-beza saiz dan bentuk serta tempoh. Terjatuh dari tangga tidak akan
menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Penderaan fizikal perlu diambil kira jika terdapat bengkak
dikalangan bayi yang masih tidak boleh bergerak aktif.

Kesan bengkak, benjol atau lebam di bahagian muka, telinga, paha, punggung dan di belakang
selalunya berkaitan dengan penderaan fizikal.

Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bengkak selepas terhantuk, doktor biasanya akan
membuat pemeriksaan bagi mengesan masalah pembekuan darah jika mereka tidak mempunyai
rekod penderaan fizikal. Kadang-kala tanda lebam menyerupai peralatan yang digunakan seperti tali
pinggang dan rotan dalam kes sebegini, kecederaan bukan disebabkan kemalangan (non-accidental
injury).

Patah tulang
Patah tulang biasanya melibatkan penderaan yang lebih teruk dan merupakan kecederaan yang
serius. Patah tulang boleh berlaku di semua bahagian badan, mungkin hanya satu atau lebih
daripada satu tulang yang patah dengan umur kecederaan yang berbeza-beza. Mungkin juga tidak
terdapat tanda luaran semasa patah dan hanya dapat dikesan melalui imbasan X-ray jika patah itu
telah lama berlaku.

Bagi kes penderaan kanak-kanak, kebanyakan patah tulang berlaku di kalangan mereka yang
berusia di bawah tiga tahun. Untuk kanak-kanak yang tidak mengalami penderaan, kajian telah
menunjukkan bahawa 85% daripada yang mengalami patah tulang berlaku selepas umur 5 tahun.

Bagi penderaan fizikal, patah tulang biasanya berlaku di bahagian tulang rusuk dan tulang selangka,
di kalangan kanak-kanak berusia di bawah dua tahun, biasanya di tulang panjang.

Keretakan di tempurung kepala di kalangan kanak-kanak boleh terjadi akibat terjatuh jarang berlaku
dan mereka biasanya sihat/tidak sakit. Ini dibandingkan dengan kes penderaan di mana terdapat
pendarahan di dalam otak, kanak-kanak tidak sihat dan boleh mengakibatkan kematian. Ini adalah
kerana penderaan melibatkan hentakan yang lebih kuat berbanding dengan kes kecederaan yang
tidak disengajakan.

Terbakar dan melecur


Kecederaan akibat terbakar dan melecur biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan disebabkan
kecuaian ibu bapa di mana kanak-kanak diberi perhatian yang kurang atau diabaikan.
Kesan lecur yang dilakukan oleh orang dewasa ke atas kanak-kanak biasanya telah dirancang
terlebih dahulu contohnya lecuran dalam bentuk seperti seterika. Kanak-kanak yang telah di dera
dengan cara begini biasanya akan mengalami ketakutan dan mempunyai masalah untuk
menceritakan apa yang telah berlaku ke atas mereka.
Kesan bakar perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan jangkitan dan parut. Kanak-kanak yang
mengalami kecederaan sebegini perlu diberi perlindungan. Ahli keluarga juga mungkin perlu diberi
pertolongan.

Terdapat pelbagai jenis kecederaan akibat terbakar ataupun melecur seperti ‘contact burns’
(kecederaan yang sama bentuk dengan objek yang diguna seperti seterika), terbakar akibat puntung
rokok, terbakar akibat tercelup dalam air panas dan kecederaan akibat terbakar dengan api (pemetik
api).

‘Shaken Baby Syndrome’


Kecederaan abdomen
Sesetengah kanak-kanak di tumbuk di bahagian abdomen seperti di perut. Ini boleh menyebabkan
kecederaan organ dalaman yang penting seperti hati, pankreas dan usus. Biasanya tiada tanda
luaran di bahagian abdomen. Kanak-kanak ini mungkin akan muntah dan bahagian abdomen akan
kelihatan kembung serta kelihatan tidak sihat. Kanak-kanak ini perlu dibawa ke hospital bagi
mendapatkan rawatan dengan segara. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Kesan/akibat
Antara akibat penderaan fizikal atau emosi ialah:

 Sikap hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang menjadi perbuatan ganas/kasar.

 Tidak boleh faham perasaan orang lain.

 Masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah.

 Menyalahkan orang lain.

 Lemah dalam perhubungan sesama sendiri, akademik dan juga pekerjaan.


Jawatankuasa Pengurusan dan rehabilitasi
Tujuan utama jawatankuasa ini adalah:

 Untuk mengujudkan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak

 Untuk menyediakan keperluan masa depan

 Untuk mengelakkan penderaan dari terus berlaku

Semakan akhir : 27 April 2012

Penulis : Dr. Irene Cheah

Penyemak : Dr. Tang Swee Ping

Penderaan Kanak-Kanak
Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun,
sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan
pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi
impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan
perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara
amnya.

Mitos dan Realiti Penderaan Kanak-kanak


Apakah Penderaan Kanak-kanak?

Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual,
kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau
komersial

 Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau
kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah menyebabkan
kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi ‘survival’, perkembangan atau harga diri. Ini
adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-
kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak – WHO
Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.

 Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :

 Penderaan fizikal

 Penderaan seksual

 Penderaan emosi

 Pengabaian
Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak

1. Penderaan fizikal

 Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau
kematian)

 Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman,


tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang
mencederakan kanak-kanak.

 Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan
kanak-kanak atau tidak.

 Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan

 Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal

 Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakupayaan untuk mengendalikannya

 Buli, dan “shaken baby syndrome” adalah sejenis penderaan fizikal

2. Penderaan Seksual
 Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang
dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil
tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:

 Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan
undang-undang.

 Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah

 Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan
menyokong mereka untuk membesar

3. Penderaan emosi

 Biasanya sukar untuk dibuktikan

 Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:

 Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah)

 Tabiat suka mengenakan orang lain

 Memperkecil dan memalukan

 Menolak perawatan

 Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap

4. Pengabaian

 Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak
memberi keperluan asas

 Fizikal – (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat


perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)

 Perubatan – (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental)

 Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau


menawarkan perkhidmatan khas)

 Emosi

 Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak

 Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi

 Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah

 Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap kemiskinan sebelum kes dilaporkan
sebagai kes pengabaian.
Apakah ukuran permasalahan ini di Malaysia?

 Penderaan kanak-kanak berlaku di mana-mana termasuk di Malaysia, bagaimanapun ianya masih


kurang dilaporkan sama seperti mana-mana bahagian lain di dunia. Kes yang dilaporkan ini
hanyalah sebahagian kecil berbanding dengan kes-kes penderaan yang tidak dilaporkan.
Seterusnya sila lihat perbezaan dalam bilangan kes yang dilaporkan mengikut negeri ( lihat jadual
di bawah), yang mana mungkin menunjukkan insiden penderaan dalam negeri yang sebenar
dengan bilangan yang tinggi atau kadar laporan kes yang tinggi atau jumlah populasi dalam negeri
yang tinggi.

 Data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat


Tahun

Jum
Negeri 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
lah

Perlis 10 29 17 16 26 21 16 26 30 44 235

Kedah 25 14 21 33 33 39 63 26 66 102 422

P.Pi
106 130 125 75 85 130 131 154 131 184 1251
nang

Perak 72 118 105 79 85 80 131 145 172 147 1134

Sela
212 201 300 349 327 412 368 474 446 498 3587
ngor

KL 353 343 191 112 127 269 153 287 415 435 2685

NS 118 80 46 24 39 40 55 67 124 147 740

Me
57 41 35 51 36 24 65 64 26 31 430
laka

Johor 109 111 119 116 126 115 156 126 115 91 1184

Pa
17 23 17 5 25 27 8 38 56 91 307
hang

T’ganu 23 17 21 17 24 20 17 33 16 41 229

Kelan
46 54 20 24 24 11 31 51 14 8 283
tan

Sara
NA NA 24 31 14 17 19 144 189 180 618
wak

Sabah NA NA 63 NA 65 36 176 21 0 6 367

La
1 0 3 2 0 1 1 0 0 0 8
buan

Jum
1149 1161 1107 804 1036 1242 1390 1656 1800 2005 13480
lah

Tahun 2000 2001 2002 2003

Jenis Pen
L P J L P J L P J L P J
deraan

Terbiar 50 21 71 35 35 70 53 68 121 50 48 98

Penga
99 84 183 154 149 303 189 168 357 184 205 389
baian

Fizikal 175 187 362 155 132 287 182 172 354 200 210 410

Seksual 24 234 258 26 225 251 22 302 324 28 402 430

Emosi 3 21 24 22 34 56 15 17 32 5 27 32

Lain-lain 12 24 36 36 33 69 31 23 54 13 18 31
Jumlah 363 571 804 428 608 1036 492 750 1242 480 910 1390

Nota : L = Lelaki P = Perempuan J = Jumlah

Semakan Akhir : 27 April 2012

Penulis : Dr. Irene Cheah

Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesom

Jadual 1: Statistik Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia dari tahun 2013-


2017 Jenis Penderaan 2013 2014 2015 2016 2017 Jantina kanakkanak L P
J L P J L P J L P J L P J Penderaan Fizikal 570 564 1134 639 578 1217 584
583 1167 738 565 1303 866 762 1628 Penderaan Emosi 21 35 56 21 38 59
25 47 72 37 61 98 23 38 61 Penderaan Seksual 64 1029 1093 60 924 984
57 921 978 56 978 1038 118 1279 1397 Pengabaian pengawasan 76 341
417 48 402 450 36 349 385 38 400 438 110 305 415 Pengabaian hak asasi
551 525 1076 678 631 1309 826 690 1516 913 914 1827 945 879 1824
Lain-lain pengabaian 173 103 276 133 143 276 155 180 335 139 143 282 71
100 171 Jumlah mengikut jantina 1455 2664 1579 2716 1683 2770 1921
3061 2174 3363 Jumlah kes penderaan 4119 4295 4453 4982 5537
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Anda mungkin juga menyukai