Anda di halaman 1dari 4

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan

dalam proses perubahan.Memilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa
iaitu dengan mengenalpasti masalah-masalah seperti masalah yang membahayakan diri
dan orang lain, Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain,
masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain,masalah yang tidak sesuai
dengan umurnya ,masalah yang terlalu kerap berlaku,masalah yang terjadi akibat kurang
mahir dalam bidang-bidang tertentu,masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan
diri daripada berinteraksi dengannya (Zirpoli & Mellow, 2001). Menganalisis tingkah laku
sasaran berdasarkan jenis tingkah laku,kekerapan berlaku,jangka masa berlaku,tahap
keterukan,jumlah keseluruhan tingkah laku,Mempertimbangkan kemungkinan arah
perubahan sama ada meningkat atau mengurang.Seterusnya memastikan tingkah laku
dapat dibuat pemerhatian dan memastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.Tingkah
laku sasaran dinyatakan dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

2..2 Mengumpul dan merekod data
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul
maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul
dikenali sebagai baseline data.Tujuan mengumpul data adalah untuk mengetahui jumlah
tingkah laku tersebut dalam sehari,mengetahui waktu tingkah laku paling banyak
berlaku.Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu dan
mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.
Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod
melalui teknik-teknik seperti Rekod naratif, Rekod anekdot, Rekod naratif Berterusan,
Rekod kejadian (Event recording), Rekod kekerapan,Rekod jangka masa (Duration),
Rekod had masa (Interval) dan Rekod sampel masa.
2.3 Melaksana intervensi
Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya,
barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku
tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil
perhatian dahulu, iaitu:
i. Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
ii. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
iii. Bila tingkah laku itu berlaku?
iv. Kekerapan tingkah laku itu berlaku.
v. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
vi. Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?
Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan
corak tingkah laku itu itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang
hendak dilaksanakan. Progam intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi
untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku yang dibincangkan dalam tajuk
berikutnya.
Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:
i. Fasa pra intervensi
ii. Fasa intervensi
iii. Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi
Dikenali sebagai baseline period, iaitu guru akanmengumpul semua maklumat tentang
tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi . Rekod baseline data ini
akan djadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.
Fasa intervensi
Setelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi,
guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program
intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra
intervensi terdahulu) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi
ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama dua minggu.
Fasa selepas intervensi
Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang
dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus
diperhati dan direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

2.4 Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti
rekodbaseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan
sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Gambaran rekod penilaian
intervensi adalah seperti berikut.


Kekerapan 30

25


20

. . . . .


15

. . .

.


10

.

.

.


5

.

. .

.

.


0 .

.

.

Hari I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J
__Baseline data 1__ ______________ Intevensi ______________ __Baseline data 2 _
(Fasa pra intervensi) (Fasa intervensi ) (Fasa selepas Intervensi)
Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi
dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh
murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba
strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.
Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku
Meningkatkan Tingkah Laku dengan peneguhan positif,peneguhan negative,pembentukan
(shaping),kontrak, ekonomi token,modeling, rantaian (chaining) dan
pengaburan/pelunturan (fading).Cara Mengurangkan Tingkah Laku penghapusan
(extinction), time-out, kejemuan (satiation),hukuman/dendaan,
disensitisasi, overcorrection dan Response cost.
Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model
a. biofizikal
b. psikodinamik
c. behavioral
d. persekitaran























Rujukan
Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Insitut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.
Mertler, C.A. (2006). Action Research: A guide for the teacher researcher (2
nd
ed.). Upper Saddle
River, NJ: Pearson, Merrill Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai