Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SHAHIZAM BIN MOHD NOOR


PROGRAM : PISMP PEND. JASMANI (AMBILAN JAN 2011)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA
NAMA PROJEK : PROJEK PALANG BERGAYUT (PARALLEL BAR)
TEMPOH PELAKSANAAN : 17 JULAI 2014 5 OGOS 2014

OBJEKTIF

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk memenuhi objektif-objektif seperti:-
1) Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan melakukan aktiviti
kesihatan dan kecergasan fizikal.
2) Menyediakan kemudahan yang selamat dan sesuai untuk digunakan oleh murid-murid.
3) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam aspek Pendidikan Jasmani sebagai salah satu
sumbangan kepada sekolah.
4) Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi antara guru pelatih dengan warga sekolah.
5) Meningkatkan kerjasama antara warga sekolah dalam menjaga infrastruktur yang disediakan di
sekolah.





STRATEGI PELAKSANAAN
1) Pada 14 Julai 2014, guru pelatih dan guru pembimbing, Puan Fauziah dan Encik Jacob Paul
telah membuat perbincangan tentang projek-projek yang boleh dijalankan sebagai projek
berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami telah
bersepakat untuk menyediakan kemudahan palang bergayut kepada murid Tahun 1 sebagai
projek internship kami di sekolah ini. Projek ini sangat bertepatan dengan opsyen kami iaitu
Pendidikan Jasmani.
2) Kami membincangkan mengenai pelaksanaan projek yang akan dilaksanakan. Perbincangan ini
merangkumi aspek membersih, mengecat, dan memasang palang bergayut tersebut.
3) Kami membuat tinjauan untuk melihat struktur palang yang akan dipasang. Terdapat tiga
struktur palang yang akan dipasang. Kami juga melihat kawasan padang untuk dipasangkan
palang bergayut tersebut nanti.
4) Pada 17 Julai 2014, kami memulakan kerja-kerja membersihkan palang bergayut. Kerja-kerja
ini dijalankan kerana palang bergayut sedikit berkarat serta perlu dibersihkan sebelum proses
mengecat dilakukan.
5) Pada 18 Julai 2014, kami mengecat struktur palang bergayut yang telah dibersihkan. Peralatan
berus dan cat disediakan oleh mentor memudahkan kerja-kerja mengecat dilakukan. Struktur
palang bergayut dicat menggunakan warna kuning dan biru.
6) Pada 22 Julai 2014, kami membersihkan kawasan untuk dipasangkan struktur palang ini.
Kerja-kerja membersihkan termasuklah meratakan tanah dan membuang rumput supaya
kawasan kemudahan ini selamat dan selesa untuk digunakan.
7) Pada 5 Ogos 2014, kerja-kerja menanam struktur dilakukan. Kerja-kerja ini dilakukan dengan
kerjasama guru pembimbing serta pembantu am sekolah. Tiang-tiang struktur ditanam dan
disimen supaya kukuh untuk digunakan.

REFLEKSI PROJEK

1) KEKUATAN PROJEK
Alhamdulillah saya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi dengan kurniaNya dapatlah saya
menyiapkan tugasan projek ketiga kami di SKTJ ini dengan jayanya. Tugasan projek kedua ini
adalah berkaitan dengan membina palang bergayut Parallel Bar bagi kegunaan murid-murid
SKTJ terutamanya tahun 1. Inilah yang terbaik mampu saya lakukan serta persembahkan dalam
tugasan projek ini. Hasil usaha saya dibantu oleh beberapa rakan perjuangan saya yang lain yang
bersama-sama saya untuk mengerah keringat dan tenaga untuk merancang dan melakukan kerja-
kerja sebelum, semasa dan selepas melaksanakan projek ini. selain itu, kami turut dibantu oleh
guru dan warga SKTJ dalam membantu membina palang bergayut Parallel Bar ini. semasa
melaksanakan projek ini, terdapat beberapa kekuatan telah dikenalpasti oleh saya semasa
melaksanakan projek tersebut.

Antara kekuatan yang telah dikenalpasti semasa saya melaksanakan projek ini adalah
berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti projek. Projek yang telah dijalankan ini telah berjaya
disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Walaupun projek ini kelihatatan
memerlukan jangka masa yang agak lama untuk melaksanakan, tetapi kami bertiga telah
bersemangat untuk menyiapkannya secepat yang mungkin untuk melakukn aktiviti projek yang
lain pula dan akhirnya kami dapat menyiapkannya sebelum kami tamat fasa internship di sekolah
tersebut. Secara tidak langsung kami telah berjaya untuk meninggalkan kenangan kami di sekolah
tersebut melalui projek yang telah dijalankan ini (palang bergayut). Selain itu, melalui projek ini,
saya juga dapat meningkatkan mutu prestasi kerja saya bersama-sama rakan saya yang lain.
sepanjang proses untuk menyiapkan palang bergayut ini, saya telah banyak berkerjasama untuk
berbincang mengenai langkah-langkah perancangan untuk melaksanakan projek ini. kami banyak
berkomunikasi bersama guru pembimbing kami selaku ketua projek ini untuk melaksanakan projek
tersebut. Disamping itu, kekuatan yang seterusnya yang dapat saya perolehi melalui projek ini
adalah meningkatkan inovasi kami. Idea untuk membina palang bar ini telah diutarakan oleh guru
pembimbing salah seorang daripada kami bertiga. Jika sebelum ini kami hanya melakukan projek-
projek yang berkaitan dengan keceriaan dan kebersiha stor dan projek ini berbeza berbanding

dengan projek lain. Projek ini telah membuka pengetahuan dan pandangan baru kepada saya untuk
menghasilkan sesuatu peralatan yang inovasi dan boleh digunapakai oleh semua murid-murid.
Kegunaan peralatan yang inovasi ini secara tidak langsung dapat membantu seseorang guru dalam
melaksanakan proses P&P mereka dengan lebih berkesan dan lancar. Seterusnya, kekuatan yang
terakhir yang dapat saya perolehi ialah dapat meningkatkan sikap tanggungjawab yang harus ada
pada seorang guru apabila diberi tanggungjawab dan amanah. Pada mula, saya beranggapan
bahawa projek ini sangat sukar untuk dilaksanakan, tetapi setelah berkerjasama dengan rakan-
rakan saya yang lain semasa projek ini saya merasakan bahawa sikap tanggungjawab dalam diri
saya telah meningkat. Saya beranggapan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak sekolah dan
guru pembimbing kami harus dilakukan dengan ikhlas dan syukur akhirnya kami telah berjaya
melaksanakannya dengan berjaya.


2) KELEMAHAN PROJEK
Walaupun terdapat pelbagai kekuatan yang diperolehi oleh saya dalam melaksanakan projek ini
tetapi masih terdapat beberapa kelemahan telah dikenalpasti semasa saya bersama-sama guru lain
dalam melaksanakan projek ini. Antara kelemahan-kelemahan yang telah saya dan rakan-rakan
yang lain kenalpasti sepanjang melaksanakan projek ini adalah berkaitan dengan masa pelaksanaan
projek. Projek yang dilaksanakan ini sangat memerlukan kerahan tenaga yang banyak untuk
menjayakannya. Tambahan pula kami hanya melakukan projek tersebut bertiga sahaja pada bulan
ramadhan. Walaupun projek ini telah berjaya disiapkan sebelum kami menamatkan fasa internship
kami, mungkin beberapa proses awal boleh dilakukan untuk mengurangkan kerja kami semasa
membina palang bergayut tersebut. Selain itu, kami juga mengenalpasti kelemahan projek ini dari
segi penyediaan peralatan untu melaksanakannya. Semasa projek ini dilaksanakan, kami hanya
dapat melakukan sedikit aktiviti pada setiap hari keran kekurang peralatan untuk melakukannya.
Kelemahan ini secara tidak langsung akan memberi kesukaran kepada kami untuk menyiapkan
projek tersebut dengan lebih cepat lagi tetapi walaupun kami menghadapi masalah berkaitan
dengan peralatan yang tidak mencukupi, kami juga berjaya menyipkan projek tersebut tidak
melebihi tempoh masa yang ditetapkan. Kami berjaya membina palang bergayut sebelum kami
menamatkan fasa internship yang mana ianya menjadi kenangan kami di sekolah berkenaan.


3) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi pelaksanaan projek seperti ini akan datang, terdapat beberapa penambahbaikkan yang ingin
saya cadangkan dalam laporan ini. Antara penambahbaikkan yang saya ingin cadangkan ialah dari
aspek masa pelaksanaan. Mungkin pelaksanan projek ini boleh dilakukan awal supaya tidak
terkena dalam bulan ramadhan kerana mungkin tempoh masa untuk melaksanakan projek ini
megambil masa yang singkat jika dilakukan selain bulan ramdhan. Selain itu juga, objektif saya
mencadangkan projek ini dirancang dan dilakukan awal kerana semua guru juga dapat
menggunakan peralatan tersebut semasa proses P&P terutamanya guru pendidikan jasmani tahun
satu. Projek palang bergayut ini banyak mempunyai kaitan dengan sukatan yang terkandung dalam
matapelajaran tahun tersebut. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya peraltan seperti ini boleh
dipelbagaikan dan divariasikan lagi. Dengan langkah tersebut, saya berpendapat murid-murid juga
akan turut berminat dan lebih seronok ketika melakukan aktiviti menggunkan peralatan tersebut.
Akhir sekali, cadangan terakhir saya adalah berkaitan dari segi keselamatan. Mungkin pihak
sekolah boleh meletakkan aspek-aspek keselamatan yang harus dipatuhi oleh murid-murid semasa
menggunakan peralatan tersebut. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sekarang sering mencuba
sesuatu di luar jangkaan kita. Oleh itu dengan adalah papan label keselamatan ini, risiko ini dapat
dikurangkan daripada berlaku.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya menyiapkan projek palang bergayut
Parallel Bar ini walaupun menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dijangka. Namun
atas kerjasama pihak sekolah yang memberikan kami masa dan ruang dapat juga kami menyiapkan
tugasan projek ini. Akhir kata, saya sekali lagi mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan saya sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam proses saya melaksanakan tugasan projek ini. Tanpa bantuan
daripada mereka tidak mungkin kami dapat melaksanakan tugasan projek ini dengan baik dan saya
juga akan mengambil peluang melalui tugasan projek yang dilakukan oleh saya ini untuk
memperbaiki cara pengelolaan dan kepimpinan dengan lebih baik dan bertanggungjawab lagi
supaya saya dapat menjadi seorang guru yang dapat melaksanakan aktiviti dan amanah sekolah
kepada saya apabila bergelar seorang guru kelak.

LAMPIRAN PROJEK PALANG BERGAYUT (SEMASA)

























Guru pelatih sedang menbersihkan palang yang hendak digunakan sebelum mengecat
palang tersebut
Seorang guru pelatig sedang mewarnakan bahagian atas palang berjalan kaki tersebut
dengan warna biru



























Proses untuk mencantikkan lagi bahagian palang yang sudah dicat
Seorang guru pelatih sedang mewarnakan bahagian bawah palang tersebut dengan warna
kuning

































LAMPIRAN PROJEK PALANG BERGAYUT (SELEPAS)

Anda mungkin juga menyukai