Anda di halaman 1dari 3

MENGURANGKAN MASALAH KOMUNIKASI MURID SINDROM DOWN DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH PICTURE EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM (PECS)



Oleh :
Nurul Imani binti Abd Halim
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

1.0 PENDAHULUAN
Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji adalah mengfokuskan kepada kaedah Sistem
Komunikasi Pertukaran Gambar (KKPG) untuk mengatasi masalah komunikasi murid sindrom
down. Hasil daripada kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji akan digunakan untuk
meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1988
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Oleh itu, arah haluan, asas dan sumber aspirasi bagi
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan adalah merujuk kepada falsafah
tersebut (Tajul dan Noraini, 1992). Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi
falsafahnya semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu.

Secara umumnya, terma Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan yang disediakan
untuk kanak-kanak dengan keperluan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007).
Pendidikan Khas juga adalah satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid bekeperluan khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas,
peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan
murid. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992). Menurut Culatta dan Tompkins (1999), pendidikan
khas ialah pendidikan yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas juga
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum
yang standardize atau biasa.

Manakala, Hallahan dan Kauffman (1977) dalam Azad dan Norsayyidatina (2010),
menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-
keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Berdasarkan kepada
definisi Hallahan dan Kauffman, bahan-bahan khas, teknik pengajaran, peralatan atau
kemudahan diperlukan untuk murid tersebut. Menurut Mohd Najib (2006) pula, pendidikan khas
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku
atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa. Oleh itu, berdasarkan kepada
definisi dan pendapat beberapa sumber, pengkaji merumuskan bahawa Pendidikan Khas
merujuk kepada pendidikan yang disediakan kepada murid bekeperluan khas dalam pelbagai
kategori masalah dengan menggunakan bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang sesuai
dengan murid.

Apabila berbicara tentang peluang pendidikan, pengkaji menyedari hakikat bahawa
murid bekeperluan khas juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita setanding dengan murid
normal. Oleh itu, mereka juga perlu diberi peluang yang sama rata dengan murid normal
supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan
mereka mempunyai kecerdasan kognitif setanding dengan individu yang sempurna malah
mereka mampu melebihi pencapaian murid yang normal (Lokman & Nurul Qistin, 2009).

Hakikatnya, perbezaan dalam kalangan murid merupakan satu norma dalam
pendidikan. Perbezaan ini mewujudkan pelbagai kebolehan serta kemampuan dalam menjalani
kegiatan fizikal, menyelesaikan masalah, ingatan, mengurus dan mengawal emosi serta
berkomunikasi dan bergaul dengan rakan sebaya (Santrock, John W., 2008). Namun, terdapat
kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak
biasa, misalnya keupayaan kognitif yang terhad, kesukaran berinteraksi atau berkomunikasi.
Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah ketidak upayaan dari
segi fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, masalah emosi dan tingkah laku,
masalah pembelajaran, terencat akal atau pintar cerdas (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel, 2009). Kanak-kanak ini dikategorikan sabagai murid bekeperluan khas.





Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat dan
misi
Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009.Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk
Pelajar Bekeperluan Kha. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil 24, 73-87
Culatta, R.A. & Tompkins, JR., 1999. Fundamentals of Special Education.
Mohd Najib Ghaffar & Sanisah Jahaya. (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas
dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education
Azad Athahiri Anuar & Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan Pendidikan Inklusif dal
Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia. International Conference on Learner Diversity
2010. Procedia Social and Behavioral Sciences.Fakulti Pendidikan. UKM.

Anda mungkin juga menyukai