Anda di halaman 1dari 13

ETD 1213 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK : KECELARUAN TINGKAHLAKU MURID-MURID.

NAMA : AMELIA ZULAIKHA BINTI MOHD AZMAN


NO.TELEFON :_________
BIL. : NO. 08

NAMA PENSYARAH

EN. ROSLI HJ HASAN

TARIKH HANTAR

12 MAC 2012

ISI KANDUNGAN

BIL
1.

2.

3.

4.

5.
6.
7.
8.

PERKARA
1.0 PENGENALAN
1.1 : DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
1.2 : DEFINISI MASALAH TINGKAHLAKU
2.0 : MASALAH TINGKAHLAKU
2.1 : TINGKAHLAKU POSITIF
2.2 : TINGKAHLAKU NEGATIF
2.3 : KRITERIA MASALAH
2.4 : FAKTOR MASALAH
3.0 : KLASIFIKASI MASALAH
3.1 : DSM-IV
3.2 : ACHENBACH DAN EDELBROCK
4.0 : KAEDAH MASALAH
4.1 : PERANAN KELUARGA
4.2 : KEMAHIRAN IBUBAPA
4.3 : PENDIDIKAN ANAK-ANAK
5.0 : CARA APLIKASI
6.0 : PENUTUP
7.0 : LAMPIRAN
8.0 : RUJUKAN

MUKA SURAT
1

2-4

5-6

8
9
10
11

1.0 PENGENALAN.

1.1 DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN.


Psikologi pendidikan merupakan penggabungan bidang psikologi dan pendidikan
iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan meliputi
segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long
(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku
pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah.
Manakala,Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik
terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
pendidikan.

1.2 DEFINISI KECELARUAN TINGKAHLAKU MURID-MURID.


Tingkahlaku adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang,
dan boleh dilihat oleh orang lain. Ia merupakan respon atau tindak balas individu
terhadap apa yang berlaku sama ada dalam dirinya sendiri ataupun di persekitaran.
Contohnya jika kanak-kanak gembira, tindakan yang dibuat oleh kanak-kanak itu untuk
menzahirkan perasaan tersebut seperti tersenyum, menepuk tangan atau melompat
dianggap sebagai tingkahlaku.
Terdapat dua jenis tingkahlaku, iaitu yang boleh dilihat (overt) dan tidak boleh
dilihat (covert).Tingkahlaku yang boleh dilihat termasuklah tingkahlaku verbal
(penggunaan bahasa) dan tingkahlaku motor (pergerakan badan). Tingkahlakutingkahlaku ini boleh dilihat dan diperhatikan oleh individu lain.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), ia merupakan sebarang perbuatan yang
dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ataupun separa sedar. Tingkahlaku adalah
manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Manakala tingkah laku bermasalah pula, Mohd.Nazar Mohamad (1990),
mentakrifkannya sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
terutama dalam bilik darjah.

2.0 MASALAH TINGKAH LAKU


Masalah tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu masalah tingkah laku positif dan
masalah tingkah laku negatif. Masalah tingkah laku bermaksud ada gangguan tingkah
laku terhadap murid-murid tersebut. Sebagai contoh suka bermusuhan, mempunyai sikap
tidak peduli, suka mengganggu orang lain, selalu bosan dalam kelas, malah jika kanakkanak itu terlalu cepat belajar dan suka mendahului rakan-rakannya dalam pembelajaran
juga adalah merupakan salah satu tingkah laku bermasalah juga.

2.1 MASALAH TINGKAHLAKU POSITIF.


Ianya merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan,
cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif ataupun secara ringkas ianya dipanggil
hiperaktif positif. Walaupun perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif
dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh,murid
tersebut terlalu kerap bertanya sewaktu sesi pembelajaran dijalankan dan ia akan
menggangu konsentrasi murid-murid yang lain. Selain itu, masalah ini juga akan
menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran. Hal ini akan
mengakibatkan gangguan emosi terhadap guru dan murid lain. Sebagai contoh, murid
bermasalah ini kerap memberikan pendapatnya terhadap apa yang diajari oleh gurunya,
dan murid-murid lain akan berasa rendah diri kerana bagi mereka, murid yang
bermasalah ini lebih pandai dari mereka dan mereka akan lebih berminat bertanya
kepada rakan sekelas mereka tersebut berbanding memberikan perhatian sewaktu guru
sedang mengajar.
Selain itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas
juga menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya guru
tersebut kurang bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal muridmurid. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini apabila
diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang masih
sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya dengan lebih
awal.
Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati ,
dapat mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru boleh memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid
sepenuhnya.

2.2 MASALAH TINGKAHLAKU NEGATIF


Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku
mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku
distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif
mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui
sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai
atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan
permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan
ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku
destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun
televisyen.
Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak
dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan
menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan
juga murid yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini
memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh
terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan.

2.3 KRITERIA-KRITERIA KANAK-KANAK BERMASALAH


Antara kriteria-kriteria untuk mengenal pasti masalah tingkah laku kanakkanak ialah (i) ketidakbolehan dan ketidakupayaan pelajar yang tidak dapat
dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor deria, kesihatan dan intelek,
(ii) suasana yang penuh kerisauan dan tidak gembira, (iii) tingkahlaku dan
perasaan yang kurang sesuai dalam keadaan normal, (iv) sering menunjukkan
gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi
dan sekolah, (v) Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan
dengan orang laininterpersonal relationships seperti dengan rakan sebaya, guru
dan lain-lain, dan (vi) keadaan ini termasuk kanak-kanak Schizophrenic yang
tidak mengenal realiti dan masalah sosial akibat gangguan emosi yang teruk.

2.4 FAKTOR-FAKTOR MASALAH TINGKAH LAKU


Faktor-faktor penyebabnya masalah tingkah laku ialah :
2.4.1

FAKTOR BIOLOGI
Genetik ialah unit-unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada
anak-anak mereka. Kerosakan gen ini membawa kepada masalah jiwa.

2.4.2

FAKTOR PSIKODINAMIK
Masalah berlaku disebabkan konflik dalaman diri yang wujud
dalam bentuk tidak disedari seperti proses represi, ingatan memilukan.
Akibatnya berlaku tingkah laku seperti histeria, kesedihan, kerisauan dan
kemurungan.

2.4.3

FAKTOR PEMBELAJARAN
Hasil dari pembelajaran yang tidak sesuai sama ada secara
langsung atau tidak langsung menyebabkan fobia atau kemurungan

3.0 KLASIFIKASI MASALAH TINGKAHLAKU

Ianya terbahagi kepada dua iaitu menurut DSM-IV (Dragnostik + Statistikal Manual of
Mental Disorders of the American Psychiatric Association) dan Achenbach & Edelbrock.

3.1 DSM-IV
Masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkahlaku, kriteria
membuat dianogsis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan psikologis.
Masalah tingkahlaku dilihat sebagai :
3.1.1

TINGKAHLAKU YANG MENGGANGGU


Iaitu tingkahlaku yang bermaksud ingin mendapat perhatian orang
lain. Sebagai contoh merayau-rayau, mengejek rakan lain dan tidak
mahu mendengar arahan guru ataupun ibu bapa.

3.1.2

TINGKAHLAKU KURANG MATANG


Misalnya sering menangis, tantrums, terlalu bergantung kepada
rakan. Juga,mungkin tidak faham apakah tingkahlaku yang sesuai
untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti
bercakap dengan kawan-kawan.

3.1.3

TINGKAHLAKU BERULANGAN
Sesetengah kanak-kanak misalnya kanak-kanak
autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti
gerakan tangan dari depan mata rocking dan lain-lain.

3.1.4

TINGKAHLAKU AGRESIF
Bermaksud kanak-kanak tersebut sering mencederakan rakan lain
ataupun orang lain dan sering merosakkan harta benda.

3.1.5

MENARIK DIRI DARI SITUASI SOSIAL


Bermaksud individu yang terlalu segan dan takut untuk berhadapan
dengan orang lain dan melibatkan diri dengan situasi sosial.
Sebagai contoh, sengaja mengelakkan diri dari bermain dengan
murid lain dan atau berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.

3.2 ACHENBACH DAN EDELBROCK

Mereka pula mengklasifikasikan tingkahlaku bermasalah kepada dua bahagian, iaitu:


3.2.1

TINGKAHLAKU EXTERNALIZING
Bermaksud ditujukan kepada orang lain dan persekitaran bersifat
impulsive dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering
mengganggu orang lain. Individu ini sentiasa menonjol dengan
permasalahan tingkahlaku sehingga menjejaskan pembelajaran dan
perhubungan sosial. Contohnya perlakuan mereka tidak duduk
di tempat duduk sendiri, menjerit, lari mengelilingi bilik darjah,
mengganggu rakan, memukul, berkelahi atau bergaduh, tidak
menghiraukan arahan guru,mencuri, merosakan harta benda vendalisme,
berbohong dan sering marah-marah.

3.2.2

TINGKAHLAKU UNTERNALIZING
Bermaksud ditujukan kepada diri sendiri yang bersifat
mengasingkan diri, selalu sedih, terlalu pemalu, lebih berfokus kepada
ketakutan dan fantasi. Keadaan ini jarang disedari oleh guru kerana ianya
tidak mengganggu orang lain tetapi ianya menjejaskan pembelajaran dan
perhubungan sosial yang normal.

4.0 KAEDAH MENANGANI MASALAH TINGKAHLAKU KANAK-KANAK.


Namun pun begitu, masalah tingkahlaku kanak-kanak ini dapat diatasi dengan beberapa
kaedah, iaitu :

4.1 PERANAN SISTEM KEKELUARGAAN


Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang dialami oleh individu ataupun
tingkahlaku bermasalah dapat dikesan dengan tepat dalam keluarga berkenaan.
Ahli keluarga individu yang bermasalah boleh membantu dalam situasi keluarga
mereka yang bermasalah.

4.2 MEMBINA KEMAHIRAN IBUBAPA


Kekerasan merencatkan perkembangan potensi kanak-kanak. Jiwa mereka yang
tertekan dipenuhi dengan rasa takut. Justeru itu, kelembutan dan kemesraan dari
ibu bapa adalah merupakan pendekatan yang terbaik.

4.3 PENDIDIKAN ANAK-ANAK


Tanggungjawab ibu bapa amat besar sekali dalam pendidikan anak-anak
bermula sejak tahun kelahiran anak hingga dewasa. Cabaran yang akan ditempuh
oleh anak-anak masa sekarang amat hebat dan mereka tidak akan dapat
menghadapinya tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa melalui pendidikan yang
berteraskan kepada Islam. Justeru itu, ibu bapa perlu melazimkan anak-anak
dengan adab susila dan asas rohani yang tinggi melengkapkan mereka dengan
ilmu pergaulan.

5.0 CARA APLIKASI DALAM BILIK DARJAH


Namun pun begitu, terdapat beberapa cara-cara mengaplikasikan kaedah
menangani masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Yang pertama, guru perlulah
memberikan peneguhan positif. Iaitu bermaksud, berfungsi sebagai ganjaran yang
mendorong murid melakukan tingkahlaku yang baik secara berulang. Contohnya, jika
murid yang bermasalah itu menunjukkan tingkahlaku yang baik dan rajin di dalam kelas,

guru hendaklah memujinya dan memberikan ganjaran kepadanya. Hal ini akan
membuatkan murid berasa gembira kerana tingkahlaku dia yang baik mendapat perhatian
guru dan akan berusaha untuk memberikan tingkahlaku yang baik itu berulang kali.
Selain itu, guru boleh menjadikan murid yang bermasalah tadi, sebagai model.
Iaitu bermaksud, murid tersebut dijadikan sebagai model untuk menyelesaikan sesuatu
masalah berkaitan kepada rakan sekelasnya yang lain. Contohnya, panggil murid yang
bermasalah itu datang ke hadapan untuk menyelesaikan soalan yang rumit dan terangkan
kepada rakan sekelas yang lain. Hal ini akan membuatkan murid yang bermasalah pintar
cergas itu akan berasa dihargai dan tidak bosan duduk di dalam kelas.
Seterusnya, guru sendiri perlulah lebih peka terhadap kebolehan anak muridnya
sendiri. Iaitu bermaksud, jika murid tersebut menunjukan sesuatu kebolehannya di dalam
kelas, guru hendaklah berusaha lebih untuk memperkembangkan kebolehan murid
tersebut. Contohnya, jika seseorang murid ini lebih gemar bercerita, guru hendaklah
membantunya untuk memperkembangkan lagi kebolehannya itu dengan cara
menggalakkan dia memasuki pertandingan bercerita atau pidato dan sebagainya. Hal ini
akan membuatkan murid rasa gembira dan justeru itu dapat meningkatkan tahap
keyakinan dirinya sendiri.

6.0 PENUTUP
Tuntasnya, masalah tingkahlaku ini dapat dibendung sekiranya guru dan ibu bapa
memainkan peranan mereka dalam membantu kanak-kanak. Teori pembelajaran
Vygotsky juga mampu memberikan kesan kepada perkembangan. Penilaian perlu
difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru
perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang

sepatutnya diberi. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada
pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan
semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai
objektif.
Akhir sekali, Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran
dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi
pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

9
7.0 LAMPIRAN

10

8.0 RUJUKAN

1. http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/implikasi-teori-vygotsky-ke-atas.html.
2. http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/tingkah-laku-bermasalah.html

11

Anda mungkin juga menyukai