Anda di halaman 1dari 9

Penulisan Akademik: Kepentingan Permuafakatan Guru, Ibu Bapa Dan Komuniti Untuk

Memperkasakan Peranannya Menerusi Strategi-Strategi Yang Efektif Bagi Menghadapi


Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Di Malaysia.

1.0 Pengenalan

Pada abad ke-21 ini, negara menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat
daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (Informatian And Communications Technology). Antara cabaran negara adalah
untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi
bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini memerlukan sokongan padu
daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi
dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu, Partnership for 21st Century Skills (p21.org) telah
merangka P21 Framework Definitons (2015) sebagai model atau rangka kerja bagi abad ke-
21 untuk membantu pendidik dan pelajar mengintegrasikan kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21. Model ini mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang perlu
diperolehi oleh pendidik dan pelajar (Rohani,Hazri,Zohir, 2017).

2.0 Cabaran Pendidikan Abad ke-21 Di Malaysia

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang


menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang
pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru
menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan
semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini
pengetahuan tentang kandungan kurikulum dan kompetensi terhadap pedagogi supaya kekal
relevan dengan keperluan semasa dan akan datang (Rohani,Hazri,Zohir, 2017).

3.0 Konsep Permuafakatan Guru, Ibu Bapa Dan Komuniti

Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk permuafakatan adalah melibatkan


perundingan, persetujuan atau permesyuaratan bersama terhadap sesuatu perkara
atau kesepakatan pendirian atau perundingan antara satu pihak dengan pihak yang
lain untuk memenuhi keperluan bersama (Baharum, 2005). Permuafakatan guru, ibu
bapa dan komuniti adalah sangat penting untuk memperkasakan peranannya

1
menerusi strategi-strategi yang efektif bagi menghadapi cabaran Pendidikan abad ke-
21 di Malaysia. Konsep permuafakatan ibu bapa, guru dan komuniti merupakan satu
bentuk hubungan timbal balik dalam usaha usaha untuk mencapai matlamat
pendidikan dan memenuhi keperluan bersama. Semua pihak yang terlibat secara
langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak
ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan ini. Malah perubahan dalam
pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan
(Halim Tamuri,Hanani, 2017).

4.0 Kepentingan Permuafakatan Guru, Ibu Bapa Dan Komuniti

4.1 Pencapaian Matlamat Sistem Pendidikan Negara

Hubungan tiga dimensi antara guru, ibu bapa dan komuniti yang wujud
melalui permuafakatan pendidikan penting untuk mencapai matlamat sistem
pendidikan negara seperti yang dinyata dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018) iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

Permuafakatan dalam bidang pendidikan antara guru dan ibu bapa


adalah satu perhubungan yang saling memerlukan antara satu dengan yang
lain untuk membentuk masa depan anak-anak melalui pencapaian dalam
bidang akademik. Sehubungan itu, Institusi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru(PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Hal ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha
meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah untuk
menghadapi cabaran Pendidikan abad ke-21 (Ali, 2001).

2
Bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan baik, guru dan
ibu bapa juga perlu melatih diri untuk mencari tahu dan menyelami ciri-ciri
murid-murid mereka. Selain guru sebagai pelatih atau pemudah dalam kelas,
ibu bapa juga seharusnya menggunakan sumber dan peluang yang sesuai
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan setiap murid-
murid membina pengetahuan sendiri dan mengulang kaji di rumah (Habib Mat
Som,Kamaruzaman, 2011). Aspirasi dan harapan ketiga-tiga pihak ini terhadap
masa depan murid-murid memainkan peranan penting terhadap kejayaan
murid dalam Pendidikan abad ke-21 di sekolah. Dengan aspirasi dan harapan
yang tinggi daripada ibu bapa, anak-anak mereka dapat diasuh dengan
sempurna (Dawi, 2002).

4.2 Pembentukan Sahsiah Dan Disiplin Murid-murid


Permuafakatan antara guru, ibu bapa dan komuniti juga penting untuk
membentuk sahsiah dan disiplin dalam murid-murid. Bagi merealisasikan
matlamat tersebut, murid-murid perlu diasuh dengan cara yang baik dan
sentiasa mendapat perhatian serta dorongan daripada ketiga-tiga pihak ini
akan mencapai prestasi yang lebih tinggi. Hal ini kerana, masalah disiplin
murid-murid merupakan isu yang tidak dapat ditangani oleh pihak sekolah
sahaja. Masalah ini memerlukan kerjasama ibu bapa dan guru dan komuniti
mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membendung perkara yang
berkait dengan masalah disipin murid. Gejala sosial seperti merokok, membuli,
vandalisme dan budaya ponteng sekolah yang melibatkan murid juga dapat
diatasi dengan adanya pemantauan oleh ketiga-tiga pihak ini. Perjumpaan
boleh diadakan antara ketiga-tiga pihak ini untuk memberikan penjelasan
tentang masalah-masalah yang dihadapi dan masa depan anak-anak mereka
(Halim Tamuri,Hanani, 2017).

4.3 Kewujudan Suasana Dan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif

Permuafakatan antara guru, ibu bapa dan komuniti juga penting untuk
mewujudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang sempurna.
Penglibatan sekolah, guru, keluarga, PIBG, masyarakat, organisasi kerajaan
dan pihak swasta amat diperlukan untuk menambah naik kemudahan pendidik.

Mereka bertanggungjawab dalam membangunkan persekitaran


pembelajaran yang selamat dan positif untuk semua murid untuk mengelakkan
risiko keselamatan, dan mewujudkan susun atur bilik yang menyokong
pembelajaran serta memberi akses kepada murid berkeperluan khas dalam

3
menguruskan pengalaman pembelajaran yang pelbagai untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif untuk semua murid di
dalam kelas(K.P,2013). Prosedur dan dasar bilik darjah adalah satu bahagian
penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Guru menilai dan melaksanakan teknik-teknik pengurusan bilik darjah
yang berkesan dengan cara yang konsisten. Guru juga akan menggunakan
rutin harian dan prosedur yang memaksimumkan masa pengajaran. Guru juga
bertanggungjawab merancang pengajaran jangka masa panjang dan jangka
masa pendek sebagai menyediakan rancangan pangajaran harian untuk
jangka masa pendek dan rancangan pengajaran tahunan untuk jangka masa
yang panjang (Daleng, 2014).

PIBG juga merupakan wadah untuk mempertingkatkan kerjasama dan


perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. PIBG
mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian
Pelajaran Malaysia(KPM) dalam usaha menyediakan prasarana, kemudahan
dan suasana sekolah yang kondusif dan sesuai dengan Pendidikan abad ke-
21 (Syed Ismail,Ahmad Subki, 2016).

Sokongan dan sumbangan kewangan daripada komuniti, terutamanya


pihak swasta akan dapat menambah baik kemudahan pendidikan, seperti
kemudahan prasarana, bahan bantu belajar, kemudahan teknologi serta
komputer dan kemudahan pendidikan yang lain. Kemudahan-kemudahan
pendidikan ini amat perlu bagi membolehkan murid belajar dalam suasana
yang kondusif dan meperoleh akses kepada pendidikan yang lebih mudah
(Daleng, 2014).

4.4 Penguasaan Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


Masyarakat dunia kini hidup dalam suasana global yang kompleks dan
dikelilingi dengan kemudahan teknologi yang mampu memberikan impak dan
transformasi kepada masyarakat kepada dunia ICT. Dalam konteks ini, murid
turut terlibat dalam mengalami arus perubahan ini, di mana anak-anak perlu
diberi pendedahan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) oleh
ibu bapa, guru dan komuniti. Hal ini penting untuk membentuk serta
mengekalkan minat murid untuk belajar bersedia untuk berhadapan dengan
dunia sebenar. Pendedahan ini adalah penting supaya anak-anak mengetahui
kebaikan dan keburukannya sewaktu akhlak mereka masih boleh dibentuk
(Syed Ismail,Ahmad Subki, 2016).

4
pemupukan rasa minat dan ingin tahu pelajar adalah amat diperlukan
untuk membolehkan pelajar boleh memberikan kesinambungan untuk
pembelajaran meski pun berada di luar institusi persekolahan. Oleh itu, pelajar
perlu mempunyai ciri fleksibel untuk mempelajari sesuatu ilmu dan demi
menghadapi sebarang cabaran yang mendatang (Shamsiah,Mahani,Anisah,
2017).

Ketiga-tiga pihak ini perlu bersedia menerima perubahan dan dapat


mengurus perubahan dengan cekap serta berkesan agar pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid. Meraka
boleh memberi bantuan kemudahan peralatan TMK yang dapat meningkatkan
aktiviti KBAT dan menyediakan pakar untuk memberikan khidmat nasihat dan
latihan penggunaan TMK dalam KBAT. Mereka juga perlu memahami psikologi
pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan mahir dalam menggunakan
teknologi terkini. Hal sedemikian akan membantu lagi pengurusan sekolah
dalam meghadapi cabaran abad ke 21. Pelajar juga merupakan golongan
komuniti yang perlu bersedia berhadapan dengan cabaran dan persaingan
pada abad ke 21 (Nasruddin,Badrul hisham, 2016).

Menyedari kepentingan permuafakatan antara ketiga–tiga pihak


tersebut memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran
dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, sejajar dengan
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi
pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -
2025 (Asmah, 2015).

4.5 Mengatasi Masalah Murid-murid Dalam Kemahiran Berkomunikasi Dengan


Komuniti Luar

Sementara itu, permuafakatan antara ketiga-tiga piahk ini penting untuk


membantu pihak sekolah mengatasi cabaran yang dihadapi oleh murid dalam
pendidikan abad ke-21 terutamanya dalam aspek komunikasi. Kerjasama
antara sekolah dengan masyarakat sangat diperlukan kerana sekolah adalah
institusi Pendidikan yang ditubuhkan berlandaskan kehendak masyarakat.
Terdapat beberapa langkah yang dapat dilaksanakan untuk membendung
cabaran yang dihadapi olwh murid-murid dalam menguasai kemahiran
berkomunikasi (Manap, 2001).

Antaranya adalah kemudahan-kemudahan seperti dewan, padang dan


gelanggang pula boleh dipinjam untuk kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh

5
pertubuhan-pertubuhan masyarakat. Sebagai sebuah sekolah saling memberi
perkhidmatan kepada masyarakat dan komuniti setempat, maka sekolah dan
komuniti perlu mengatur aktiviti yang akan membolehkan semua pelajar
berinteraksi dengan komuniti setempat dalam kawasan sekolah dengan penuh
keharmonian untuk membantu pelajar menghadapi cabaran dalam Pendidikan
abad ke-21 yang menekankan komunikasi dan bersosial dengan yakin (Syed
Ismail,Ahmad Subki, 2016). Oleh hal yang demikian, para murid-murid
berupaya membentuk hubungan yang positif dengan komuniti di sekitar
mereka. Hal ini kerana, pendidikan yang dilaksanakan oleh guru di sekolah
seharusnya membawa perubahan kepada seseorang individu, terutamanya
dalam pembentukan norma dan nilai dalam masyarakat (Sang, 2007).
Di samping itu, khidmat bakti dengan masyarakat di sekitar sekolah
juga boleh diadakan untuk memupuk kerjasama antara guru-guru, ibu bapa
dan komuniti.Program anak angkat, majlis forum, seminar, dan dialog dengan
ibu bapa yang diadakan membolehkan masyarakat memberi idea dan
pandangan mereka untuk membantu pihak sekolah memperkasakan
peranannya menerusi strategi-strategi yang efektif bagi menghadapi cabaran
Pendidikan abad ke-21 (Ali, 2001).

4.6 Menjaga kebajikan Dan Membasmi Kemiskinan


Kerjasama dan permuafakatan guru-guru dan komuniti, terutamanya
penglibatan organisasi swasta amat penting dalam membantu murid yang
kurang berkemampuan. Kemiskinan keluarga merupakan salah satu sebab
ada antara murid yang hadir ke sekolah dalm serba kekurangan. Hal ini kerana,
mutu dan kualiti kemudahan-kemudahan pendidikan yang dibekalkan oleh ibu
bapa untuk anak-anak mereka sememangnya banyak bergantung kepada taraf
sosioekonomi ibu bapanya (Manap, 2001).
Dengan adanya bantuan kewangan daripada komuniti akan
membolehkan murid ini dibantu agar mereka dapat meneruskan persekolahan
dengan lebih baik dan beban keluarga mereka dapat dikurangkan. Pemberian
biasiswa daripada pihak swasta perlu dipermudahkan bagi membolehkan
murid yang layak serta berprestasi tinggi menerima pendidikan berkualiti dan
mencapai potensi mereka sepenuhnya. Program ini dapat ditingkatkan dengan
memperluaskan pelbagai pilihan pendidikan berkualiti kepada murid daripada
latar belakang yang kurang bernasib baik (Sang, 2007).

6
Dalam bidang kebajikan, PIBG turut memainkan peranan dengan
membantu murid-murid miskin menjelaskan bayaran yuran tertentu yang
dikenakan oleh pihak sekolah. Di samping itu, pihak PIBG boleh menderma
buku-buku latihan, kasut dan pakaian sekolah untuk disumbangkan kepada
murid yang memerlukan. Jelaslah bahawa PIBG merupakan satu-satunya
saluran permuafakatan antara guru dan komuniti. Dalam menghadapi abad ke-
21 ini, dunia pendidikan menjadi semakin mencabar. Justeru, peranan PIBG
harus diletakkan pada landasan yang benar dan harus berfungsi secara
proaktif. Sekolah perlu sentiasa memaklumkan tentang kemajuan program
sekolah dan maklumat-maklumat terkini kepada ibu bapa dan murid demi
manfaat semua dalam hubungan timbal balik antara sekolah dan PIBG (Salleh,
2001). Hal ini akan mengurangkan kadar keciciran dalam pendidikan dan
meningkatkan peluang untuk murid tersebut mencapai masa depan yang
cerah.

5.0 Kesimpulan
Kejayaan murid-murid dalam pendidikan abad ke-21 banyak bergantung
kepada sokongan atau permuafakatan guru, ibu bapa dan komuniti yang terlibat.
Tanpa sokongan daripada anggota masyarakat, maka permuafakatan ini akan gagal.
Kegagalan permuafakatan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekalan
tenaga kerja untuk memacu pembangunan negara. Permuafakatan guru, ibu bapa dan
komuniti dalam pendidikan abad ke-21 adalah satu perhubungan yang saling
memerlukan antara satu dengan yang lain. Hubungan ini adalah hubungan timbal balik
kerana ketiga-tiga pihak ini akan mendapat manfaat daripada perhubungan tersebut.
Permuafakatan penting untuk membentuk masa depan anak-anak dan membantu
negara dalam membekalkan guna tenaga demi memacu pembangunan negara seperti
yang direncanakan oleh kerajaan (Syed Ismail,Ahmad Subki, 2016).

Secara keseluruhannya, kita melihat bahawa guru-guru, ibu bapa dan komuniti
perlu berusaha untuk mewujudkan permuafakatan yang baik untuk menghadapi
cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha untuk mewujudkan permuafakatan
tidak mudah kerana memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh oleh semua
pihak supaya perkara yang dihajat akan tercapai. Semuanya dilakukan untuk
merealisasikan pembangunan insan, masyarakat dan negara pada masa hadapan.
Bagi meneruskan kelangsungan permuafakatan yang baik dan efektif, segala langkah
yang dirancang untuk menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 harus berkesan

7
dan setiap ahli mengambil bahagian kerana akhirnya mereka akan berasa seronok
apatah lagi permuafakatan itu membuahkan hasil (Dawi, 2002).

8
6.0 Rujukan

Ali, A. R. (2001). Mengurus sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
SDN.BHD.

Asmah, W. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Buletin


Anjakan:Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia, pp. 1-5.

Baharum. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Daleng, P. A. (2014). Transformasi pendidikan dan pembangunan modal insan. Selangor:


PTS Publications&Distributors.

Dawi, A. H. (2002). penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books.

Habib Mat Som,Kamaruzaman. (2011). Komitmen Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Dan
Inovasi Berkesan. Masalah Pendidikan, 99-119.

Halim Tamuri,Hanani. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kepelbagaian Budaya:


Harapan Dan Cabaran. Jurnal Pendidikan, 1-18.

Malaysia, K. P. (2018, Mac 18). Falsafah Pendidikan Malaysia. Diakses Pada Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-kebangsaan

Manap, Y. A. (2001). Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama. Bestari


Koleksi Guru Johor, JPN Johor, pp. 15-33.

Nasruddin,Badrul hisham. (2016). Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad ke-21


Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi , 1-25.

Rohani,Hazri,Zohir. (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad Ke-21 dalam


Pengajaran dan Pembelajaran (Integrated Model of Infusing 21stCentury Skills in
Teaching and Learning) . Jurnal Pendidikan Malaysia, 1-13.

Salleh, A. H. (2001). Keguruan dan Perguruan di Malaysia:Keperihalan Kini dan Arah yang
Dituju. KONPEN V6, 6-8.

Sang, M. S. (2007). Ilmu Pendidikan untuk KPLI(Komponen 3:Profesional Keguruan)


Sekolah Rendah . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN.BHD.

Shamsiah,Mahani,Anisah. (2017). Siri Pendidikan Guru: Pengantar Pengajian Profesional.


Selangor: Oxford Fajar SDN.BHD.

Syed Ismail,Ahmad Subki. (2016). Pengantar Pengajian Profesional. Selangor: Sasbadi


SDN.BHD.

Anda mungkin juga menyukai