Anda di halaman 1dari 2

Panduan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian:

1. Nyatakan beberapa faktor yang perlu diberi perhatian apabila menyediakan


satu jadual spesifikasi ujian (JSU). (70 markah)
JSU adalah jadual penentu ujian yang mengandungi item isi kandungan,
tahap kemahiran dan jenis soalan. Sebelum memulakan ataupun merancang sesuatu
ujian, guru haruslah menyediakan satu JSU yang tepat sebagai panduan bagi
menggubal soalan. Pembinaan JSU merupakan suatu kondisi yang kritikal sebelum
membina sesebuah ujian. Ketepatan JSU menjamin keputusan yang cemerlang dan
ketepatan dalam mengukur keberkesanan p&p, dan sebaliknya. Oleh yang demikian,
JSU dilengkapi dengan enam prinsip yang menjadi panduan tetap dalam membina
JSU yang tepat.

Guru hendaklah jelas


dan spesifik mengenai kemahiran bahasa dan juga aspek bahasa yang ingin diuji. Hal
ini diperolehi melalui kajian, pemahaman, dan penghayatan yang mendalam terhadap
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Kajian terhadap HSP memberi gambaran yang
menyeluruh mengenai kehendak dan objektif penggubalan sesuatu kurikulum. Berikut
merupakan antara fokus utama dalam menganalisis sesuatu sukatan pelajaran.
Setelah mengkaji dan memahami HSP, guru seterusnya harus menganalisis
HSP bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai sesuatu kurikulum.
Analisis ini dijadikan petunjuk kepada pemilihan pengetahuan serta kemahiran yang
bakal diuji di samping menentukan tahap kesukaran sesuatu soalan. Kebiasaannya, hal
ini berkait rapat dengan Taksonomi Bloom. Taksonomi ini menjadi rujukan dalam
membina sesuatu soalan. Aras yang hendak diuji haruslah mengikuti dan mematuhi
taksonomi bagi memastikan soalan yang digubal adalah tepat dan memenuhi
kehendak sesuatu ujian. Para guru haruslah mengelak daripada mereka suatu soalan
secara semberono kerana mungkin merugikan kedua belah pihak; guru dan pelajar.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993) ujian yang baik tidak boleh dibina dengan
sewenang-wenangnya, malah memerlukan perancangan yang teliti. Perancangan yang
baik dan teliti adalah langkah pertama dalam membentuk ujian yang berkesan.
Pembinaan soalan melibatkan pelbagai jenis soalan mengikut kemampuan dan
tahap calon yang bakal mendudukinya. Antara jenis soalan yang popular adalah
seperti kerja kursus, amali, esei, subjektif, dan juga objektif. Namun, bagi pelajar-
pelajar tahap satu mahupun tahap dua, aras soalan yang paling sesuai bagi mereka
adalah pada soalan yang berbentuk objektif dan juga subjektif. Sungguhpun ada juga
soalan yang memerlukan mereka membuat karangan, soalan tersebut adalah sesuai
pada tahap mereka mengikut kemampuan yang telah dianalisis.
Bilangan item merujuk kepada jumlah soalan yang bakal digubal mengikut
taksonomi Bloom. Seperti yang dibincangkan sebelumnya pada bahagian wajaran.
Bilangan soalan yang bakal dikemukakan mempengaruhi cara guru mengajar dan
memberi penekanan terhadap sesuatu tajuk. Tajuk-tajuk yang diberi penekanan lebih
secara logik faktanya merupakan soalan utama sesebuah ujian. Bilangan item ataupun
soalan yang bakal digubal mengikut tajuk dan sukatan ini dikira sebagai mana
formula berikut.
Pembinaan sesuatu soalan dan penentuan aras kesukarannya haruslah dirujuk
kepada isi kandungan serta HSP. Kedua perkara inilah yang menentukan tahap
kemampuan dan keupayaan murid untuk menjawab sesuatu soalan. Guru haruslah
memerhati dan menilai sejauh mana potensi murid, bukannya membina sesuatu soalan
berdasarkan sifat “syok sendiri”. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bagi
memastikan pencapaian pelajar setara dengan apa yang diharapkan.
2. Senarai dan terangkan secara ringkas butir-butir yang terkandung dalam JSU.
(30 markah)
Jadual Penentuan Ujian (JPU) atau pun lebih dikenali sebagai Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang mengandungi ujian tentang
topik-topik pelajarandan perlu dibina setelah guru dapat menetapkan jenis dan
kandungan ujian yang hendak dibina. Ujian yang dibina boleh berbentuk objektif,
esei, amali, kertas kursus dan lain-lain manakala pemberatan (%) pada kandungan
aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran
itu diajar. Menurut Najib (1997), Jadual Spesifikasi Ujian dinyatakan juga sebagai
jadual penentu ujian (JPU) yang mengandungi item isi kandungan, tahap kemahiran
dan jenis soalan JSU dibina sebelum ujian ditulis. Seharusnya ia hendaklah dibina
sebelum pengajaran dimulakan, (Mehrans dan Lehman, 1973). JSU akan menjadi
panduan kepada pensyarah supaya item yang dibinamerangkumi semua kandungan
pengajaran daripada awal hingga akhir.Dengan demikian, JSU seharusnya dibina
seawal mungkin. Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina
spesifikasi ujian(Kubiszyn dan Borich, 2003). Linn dan Grunland (2000) menyatakan
walaupun prosesnya mengambil dan memakan masa yang lama, tugas yang
dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akanmembolehkan kerja
persediaan lebih mudah pada masa depan. MenurutPPK (2001), JSU dapat membantu
guru melalui perancangan tajuk atau kemahiran yang akan diuji mengikut aras
kognitif dalam Taksonomi Bloom. Di dalam Jadual Spesifikasi Ujian juga, bilangan
soalan dipaparkan untuk setiap topik. Menurut Zimmaro (2004), JSU adalah
merupakan jadual atau matriks yang mewakili bilangan item dalam ujian mengikut
topik pelajaran dan aras kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai