Anda di halaman 1dari 40

Perancangan Ujian

Perancangan pembangunan negara memerlukan blue print bagi memastikan


hala tuju pembangunan negara tersebut. Perancangan ujian adalah seperti
perancangan pembangunan negara. Oleh itu, perancangan ujian memerlukan satu
blue print juga. Blue print ini mengandungi maklumat setiap aspek pembinaan
ujian dan dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Tyler (1991)
menyarankan empat perkara harus dijadikan asas merancang ujian iaitu (1)
Pembentukan objektif dalam bentuk tingkahlaku yang diharapkan; (2) Penentuan
pengalaman belajar dan isi pelajaran yang boleh digunakan untuk mencapai
perubahan dalam tingkahlaku; (3) Mengorganisasi pengalaman pelajar supaya
kesan kumulatif mewujudkan kecekapan dalam perubahan tingkahlaku; (4)
Mentaksir pengalaman pelajar sama ada berkesan atau sebaliknya.

3.1 Langkah-langkah Perancangan Ujian


Perancangan ujian hendaklah dimulakan dengan menentukan tujuan dan isi
ujian. Kemudian, JSU dibentuk dan diikuti dengan pembinaan soalan. Seterusnya
membina dan menyemak item, membina dan menyemak skema pemarkahan,

26

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

mentadbir ujian, memeriksa item, menganalisa item dan melaporkan dapatan.


Rajah 3.1 di bawah menunjukkan langkah-langkah yang lebih terperinci dalam
perancangan ujian.
Menentukan tujuan dan isi ujian
Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian
Membina dan menyemak item
Membina dan menyemak skema
Mentadbir ujian
Memeriksa item
Analisis item
Melapor

Rajah 3.1: Langkah-langkah perancangan ujian

3.1.1 Menentukan tujuan dan isi ujian


Perancangan ujian hendaklah dimulakan dengan menentukan tujuan dan isi
ujian. Ini berkaitan dengan objektif pengajaran di dalam kelas yang harus diasaskan
kepada objektif kurikulum seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Biasanya, objektif pengajaran berdasarkan dokumen rasmi daripada
Kementerian Pelajaran dalam bentuk Sukatan Pelajaran yang diterjemahkan
daripada matlamat di peringkat nasional kepada objektif pengajaran di peringkat
kelas.

Perancangan Ujian l

27

Di samping objektif pengajaran, objektif ujian juga perlu diberikan perhatian


dalam pengajaran. Kedua-dua objektif ini perlu diintegrasikan dalam pengajaran
dalam kelas. Oleh itu, dalam merancang ujian, guru perlu mengenalpasti apakah
tujuan ujian dijalankan. Adakah tujuan pengukuran untuk mengukur tahap
kecerdasan, kemahiran atau tahap pemahaman pelajar tentang pembelajaran.
Misalnya, di sekolah ujian pertengahan penggal diadakan bagi menguji
pemahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar oleh guru dalam jangka waktu
tertentu. Ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar, di samping datadata yang diperolehi akan dapat digunakan oleh pihak sekolah dalam merangka
strategi untuk mengatasi kelemahan pelajar. Justeru, ini akan membantu guru
memilih strategi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan pelajar. Jika
tumpuan ujian untuk ujian pertengahan penggal, bermaksud guru harus tahu
membataskan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji sehingga
setengah penggal kepada pelajar.

3.1.2 Membina Jadual Spesifikasi Ujian


Langkah kedua ialah menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU
ialah satu bentuk blue print yang dapat membantu guru menyediakan soalan
mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan bagi menyediakan satu ujian yang
mempunyai keutuhan dan kesahihan yang tinggi (Ragbir Kaur, 2007). Guru
perlu menyediakan JSU yang lengkap yakni mengandungi lajur-lajur topik
pembelajaran, peruntukan masa pengajaran, aras kemahiran dan kesukaran
serta bilangan soalan bagi setiap topik. Ciri-ciri utama JSU ialah aras kesukaran,
peruntukan peratusan item yang hendak diuji, kandungan topik, aras kemahiran,
bilangan soalan dan bentuk serta tempoh ujian.JSU digunakan bagi membantu
guru menggubal soalan ujian berdasarkan isi kandungan atau tajuk dalam
sukatan pelajaran, aras kemahiran domain kognitif, aras kesukaran, bentuk item
dan bilangan item ujian yang hendak dibina selaras dengan pembahagian jam
pengajaran topik-topik tertentu. Guru harus membina JSU mengikut langkahlangkah pembinaan JSU yang tepat seperti dalam Rajah 3.2 di bawah.

28

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial


1. Memilih dan menyenaraikan
isikandungan dan topik yang hendak diuji

2. Menentukan format ujian

3. Menentukan jenis, pemberatan soalan


dan bilangan soalan

4. Menentukan aras kemahiran

5. Menentukan aras kesukaran


Rajah 3.2: Langkah-langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

3.1.2.1 Memilih dan menyenaraikan isi kandungan dan topik yang


hendak diuji
Langkah pertama dalam pembinaan JSU ialah guru perlu mengkaji skop
dan kedalaman pengajaran sesuatu tajuk mengikut topik yang hendak diuji. Guru
perlu mengkaji sukatan pelajaran secara menyeluruh bagi memperolehi maklumat
tentang kurikulum yang dibina. Oleh itu, aspek skop dan kedalaman pengajaran
bagi sesuatu topik, pendekatan yang diambil dalam pengajaran sesuatu topik,
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain, kompleksiti
sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu topik perlu
dikaji oleh guru. Lazimnya, kajian tentang sukatan pelajaran akan membantu
guru menentukan jumlah jam pengajaran bagi topik-topik dan sub topik tertentu.
Ini akan membantu guru menentukan jumlah pemberatan bilangan soalan yang
hendak dibina bagi topik-topik dan sub topik tersebut. Biasanya, topik-topik yang
dipilih bergantung kepada objektif ujian yang hendak dijalankan.

Perancangan Ujian l

29

Setelah menganalisis kandungan objektif pengajaran dan tujuan ujian


dijalankan, guru perlu mengisi bahagian lajur kandungan dalam JSU. Tajuk
utama dan pecahan tajuk atau sub tajuk dimasukkan dalam JSU.

3.1.2.2 Menentukan format ujian


Setelah kajian tentang isi kandungan ujian yang hendak dijalankan, guru
perlu memikirkan format ujian. JSU yang lengkap harus mengandungi maklumat
mengenai format ujian, tujuan ujian, bilangan item, jenis item dan peruntukan
masa. Oleh itu, guru akan menentukan format ujian yang hendak dijalankan.
Biasanya, jika ujian merupakan peperiksaan pertengahan penggal, akhir tahun
atau peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, format ujian hendaklah
mengikut standard yang telah ditetapkan. Standard telah ditetapkan bagi
memastikan kebolehpercayaan ujian yang hendak ditadbir bagi membandingkan
pencapaian pelajar. Jika tujuan ujian adalah bagi menguji pemahaman pelajar
iaitu ujian formatif maka format ujian bergantung kepada matlamat guru.
Penentuan format ditentukan oleh guru sendiri. Muka surat depan JSU hendaklah
mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:

Tujuan Ujian : Peperiksaan Penggal Pertama


Mata pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5
Jenis Item

: Soalan Objektif dan Subjektif

Bilangan item : 40 soalan objektif dan 6 soalan subjektif


Masa Ujian

: 1 jam 30 minit

3.1.2.3 Menentukan Jenis, Pemberatan dan Bilangan Soalan

Lazimnya, bagi penilaian sumatif seperti ujian pertengahan penggal, akhir


tahun ataupun UPSR, jenis soalan telah ditentukan secara standard kebangsaan.
Oleh itu, guru akan menentukan bilangan soalan objektif dan lain-lain berdasarkan
panduan standard yang telah ditetapkan. Namun, bagi penilaian formatif pula
soalan ditentukan oleh guru. Walau bagaimanapun, bagi menentukan jenis soalan

30

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran
sama ada kognitif, psikomotor, afektif atau sosial serta peringkat objektif
pengajaran yang ingin diukur. Misalnya dalam tajuk Pendidikan Sivik dan
Kenegaraan, objektif dalam huraian sukatan pelajaran ingin mengukur domain
kognitif pada peringkat aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis
objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis subjektif yang
berbentuk memilih tindakan yang harus dilakukan oleh pelajar.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran,
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak
diukur. Oleh itu, jumlah soalan adalah penting kerana ia akan mempengaruhi
kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Salah satu kaedah untuk
menentukan jumlah bilangan soalan ialah bergantung kepada pemberatan jumlah
masa yang diperuntukkan bagi mengajar topik-topik utama dan sub topik dalam
sukatan pelajaran bagi sesuatu tajuk.
Bagi mendapatkan pemberatan peratusan jam pengajaran ialah:
Peratusan jam
pengajaran tajuk
tertentu

Jumlah jam untuk interaksi


Jumlah masa keseluruhan

100

Jumlah jam interaksi bagi satu-satu topik boleh diperolehi dalam sukatan
pelajaran atau melalui pembahagian jumlah jam pengajaran dalam satu tahun bagi
sesuatu mata pelajaran. Biasanya, guru akan menyediakan rancangan mengajar
tahunan pada awal tahun bagi sesuatu mata pelajaran dengan berpandukan kepada
sukatan dan huraian matapelajaran. Oleh itu, peruntukan jumlah jam dalam satu
tahun akan dibahagikan kepada topik dan sub topik.
Jadual 3.1 menunjukkan bagaimana cara pengiraan peratusan tumpuan
kepada topik-topik tertentu dalam JPU. Kemudian, guru akan mengira bilangan
soalan yang perlu dibina bagi topik-topik dan sub topik tertentu. Misalnya bagi
mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6 yang standard, jumlah bilangan soalan
objektif ialah 40 manakala 6 soalan berbentuk alternatif lain seperti padanan,
struktur, isi tempat kosong dan lain-lain. Oleh itu, cara pengiraan bilangan soalan
adalah seperti di bawah:

31

Perancangan Ujian l

Bilangan soalan
bagi tajuk 1 a

Bil.

Tajuk

1.

C
Jumlah

Peratusan sub tajuk 1a


Jumlah peratusan

Sub
tajuk

Jam
interaksi

Peratusan

1a
1b
2a
2b
2c
3a
3b
7

1 jam
2 jam
1 jam
3 jam
1 jam
1 jam
1 jam
10 jam

10
20
10
30
10
10
10
100

x
Bilangan
soalan
objektif
4
8
4
12
4
4
4
40

40
Bilangan
soalan
struktur
2
3
1
6

Jadual 3.1: Peratusan pembahagian jam interaksi tajuk dan bilangan soalan objektif dan
subjektif

3.1.2.4 Menentukan aras kemahiran


Seterusnya, guru perlu menganalisis objektif pengajaran berdasarkan
sukatan pelajaran serta huraian sukatan pelajaran. Tujuan analisis dijalankan
ialah bagi menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji serta tahap
kesukaran ia diuji. Ini bertujuan menentukan aras kemahiran yang hendak diuji.
Lazimnya, aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada aras kognitif oleh
Bloom dan rakan-rakan (1989). Enam aras kognitif berdasarkan Bloom ialah
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Di peringkat
sekolah rendah, aras kognitif yang sering diberi tumpuan ialah aras pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi. Walau bagaimanapun, kini aras analisis juga sudah
mula diperkukuhkan di sekolah rendah khususnya dengan aktiviti penyelesaian
masalah. Oleh itu, guru harus mahir dalam menentukan aras kemahiran tersebut.
Jadual 3.2 menunjukkan kata kunci bagi mengenal pasti aras kemahiran yang
dikehendaki.

32

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

Aras
Kognitif

Tafsiran Aras Kognitif

Pengetahuan Menguji, mengingat kembali


fakta

Kefahaman

Aplikasi
Analisis

Sintesis

Penilaian

Memahami, menukar dan


menjelaskan fakta, konsep,
prinsip, faham maklumat utk
guna situasi baru
Menggunakan fakta, konsep
untuk menyelesaikan masalah.
Sesuatu yang kompleks
dipecahkan kepada yang
kecil, bezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal antara
bahagian, kenali struktur
organisasi. membanding dan
menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan
perhubungan
Mencantumkan,
menggabungkan dan
mengintegrasikan fakta-fakta
yang berkaitan
Membuktikan, menilaikan,
mengkritikan, merumuskan
atau memberi pendapat
sesuatu pernyataan, ciptaan

Kata Kerja
Manakah, Apakah, Siapakah,
Bilakah, Berikan, Senaraikan,
namakan, pilih, kenalpasti,
labelkan
Huraikan, Jelaskan,
Terangkan, Tukarkan,
Mengapa.
Tafsirkan, Asingkan,
Bahagikan, Klasifikasikan
Bezakan,Bandingkan,
Tafsirkan, Asingkan,
Bahagikan, Klasifikasikan,
kaitkan

Gabungkan, Merekabentuk,
Bentukkan, Kumpulkan,

Nilaikan, Rumuskan,
Tafsirkan, Ulaskan, Buktikan,
Kritikan, Komenkan

Jadual 3.2: Kata Kunci Aras Kemahiran Domain Kognitif

Lazimnya, maklumat di atas akan digunakan bagi mengisi lajur pertama,


kedua dan aras kemahiran. Guru perlu merujuk kepada hasil pembelajaran
yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi

Perancangan Ujian l

33

menentukan jenis aras kemahiran yang diperlukan. Lazimnya kata kunci pada
hasil pembelajaran. Misalnya hasil pembelajaran tajuk Sayangi diri iaitu:

1. Menjelaskan kepentingan cara mendisiplinkan diri.

2. Menghuraikan kepentingan dan menguruskan masa.

3. Mengurus diri dan masa secara bertanggungjawab.

Bagi hasil pembelajaran menjelaskan menunjukkan aras kemahiran yang


hendak dicapai ialah kefahaman. Bagi hasil pembelajaran menghuraikan,
aras kemahiran juga kefahaman manakala kata kunci mengurus diri ialah aras
kemahiran aplikasi.

3.1.2.5 Menentukan aras kesukaran


Nisbah aras kesukaran item yang ideal dalam sesuatu ujian ialah 5:3:2. Ini
bermakna item hendaklah dimulakan dengan item aras rendah iaitu dalam nisbah
5 atau 50 peratus daripada bilangan soalan. Kemudian, diikuti dengan 30 peratus
item aras sederhana dan 20 peratus item aras tinggi. Aras kesukaran mudah,
item adalah berkaitan dengan apa. Aras sederhana pula berkaitan dengan
bagaimana dan aras tinggi berkaitan dengan mengenai. Guru juga boleh
merujuk kepada aras kemahiran yang ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran
sebagai panduan mengenalpasti aras kesukaran yang hendak dicapai. Guru perlu
membahagikan jumlah soalan mengikut pembahagian tajuk (seperti yang telah
dikira dalam Jadual4) mengikut jumlah soalan aras kesukaran. Nisbah aras
kesukaran soalan yang paling sesuai dalam sesuatu ujian ialah 5:3:2. Sekiranya
jumlah soalan objektif ialah 40 soalan, 20 soalan hendaklah dari aras rendah, 12
soalan aras sederhana dan 8 soalan aras tinggi. Pembahagian juga bergantung
kepada jumlah soalan bagi tiap-tiap tajuk.Namun, bilangan soalan dan jenis
akan ditentukan selepas pengelasan aras kemahiran dilakukan berdasarkan tajuktajuk pengajaran mengikut kehendak ujian yang akan dijalankan. Jadual 3.3
menunjukkan contoh JSU yang lengkap.

3.1.2.6 Tujuan JSU


Pembinaan JSU sebagai salah satu langkah penyediaan soalan ujian bagi
guru. Ini akan memudahkan guru menyediakan soalan-soalan ujian dengan

34

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

memenuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh


itu, JSU boleh dijadikan panduan kepada penggubal soalan. Ini kerana antara
aspek penting yang dimasukkan dalam JSU ialah topik dan huraian sub topik di
samping objektif hasil pembelajaran turut dikaji bagi memastikan aras kemahiran
dan kesukaran yang ingin dicapai dalam sesuatu topik dibuat mengikut kehendak
sukatan pelajaran. Matlamat utama sistem pendidikan di Malaysia ialah bagi
memenuhi hasrat yang ingin dicapai di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, pembinaan JSU juga memastikan ujian tidak dibina secara
sembarangan sebaliknya mengikut sukatan, huraian dan kehendak ujian
dijalankan. Guru akan memastikan ujian yang dibina adalah berdasarkan
kehendak soalan yang dibina. Ini akan mengelakkan soalan ujian yang dibina
berulang, atau terlalu kerap dikeluarkan sebaliknya berdasarkan JSU yang
telah dibentuk selepas guru mengkaji kehendak ujian dan sukatan pelajaran. Di
samping itu, JSU juga memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian terjamin.
Ini kerana aras kemahiran dan kesukaran yang dibina adalah berdasarkan kajian
terhadap kandungan pelajaran. Malah, selepas ujian dikendalikan oleh guru, nilai
kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga dibuat.
Guru juga memastikan taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang. Jika
mengikut standard pembinaan item ujian, aras kesukaran hendaklah mengikut
nisbah 5:3:2. Oleh itu, penggunaan JSU akan dapat menjamin nisbah aras
kesukaran soalan dipatuhi oleh guru ketika menyediakan soalan. Aras kesukaran
ujian juga akan dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh
pembina lain.
Selain itu, JSU yang dibina juga dapat menentukan bidang dan pemberatan
ujian yang seimbang. Pembahagian bilangan soalan objektif dan subjektif dapat
dibahagikan mengikut jam interaksi topik dan subtopik tersebut. Soalan ujian
juga dapat dibuat mengikut topik atau subtopik yang telah diajar. Misalnya jika
tujuan ujian ialah untuk menguji pencapaian pelajar pada pertengahan tahun,
maka guru dapat menyediakan soalan mengikut pembahagian jam interaksi bagi
topik-topik yang telah diajar.

4
31

1.3 Jenis rumah

1.4 Kepentingan

2.1 Latar belakang


kawasan setempat

2.2 Identiti setempat

2.3 Masyarakat setempat

Jumlah

3.

4.

5.

6.

7.

Aplikasi

Analisis

Aras Kemahiran

Sintesis
M

Jadual 3.3: Contoh Jadual Spesifikasi Ujian Yang Lengkap

1.2 Faktor yang


mempengaruhi jenis
rumah di Malaysia
dan negara lain

2.

Pengetahuan Kefahaman
5

1.1 Perkembangan corak


petempatan manusia.

1.

% jam
interaksi

Topik

Bil

Penilaian
M

40

10

Bil.
soalan
objektif

1.5

0.5

Bil.
soalan
lain-lain

Perancangan Ujian l

35

36

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

3.1.3 Membina dan menyemak item


Setelah guru menyediakan JSU, guru perlu meneruskan langkah ketiga
iaitu membina dan menyemak item. Item-item soalan yang dibina hendaklah
didasarkan kepada aras kemahiran yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran.
Begitu juga bilangan item mengikut kesukaran. Oleh itu, JSU dijadikan panduan
untuk menentukan bilangan soalan mengikut pembahagian topik pelajaran yang
hendak diuji, menentukan aras kemahiran dan araskesukaran yang dikehendaki.
Item-item yang dibina haruslah mengikut prosedur pembinaan item yang baik.

3.1.3.1 Item Objektif


Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan
tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas yang
tepat. Jawapan yang diberikan pendek iaitu dalam bentuk perkataan, angka atau
frasa dan hanya terdapat satu sahaja jawapan yang betul. Jawapan yang sama
akan diberi markah yang sama oleh sesiapa sahaja yang memeriksanya. Jadual
3.4 menunjukkan ciri-ciri item objektif aneka pilihan yang baik. Item objektif
biasnya dibina dalam dua jenis kumpulan iaitu (a) Jenis bekalan dan (b) Jenis
pilihan. Item ujian objektif jenis bekalan merupakan item respons bebas yang
memerlukan calon memberi jawapan pendek atau melengkapkan ayat dengan
perkataan yang tepat seperti item mengisi ruang kosong dan padanan. Item jenis
bekalan boleh dibina dalam bentuk soalan atau kenyataan.

a. Contoh item objektif jenis bekalan berbentuk soalan ialah seperti berikut:

(i) Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan? ______

(ii) Apakah ibu Negara Indonesia? ________________

b. Contoh item objektif jenis bekalan berbentuk pernyataan pula ialah seperti
berikut:

(i) Malaysia mengalami iklim ____________________

(ii) Nama ibu Negara Malaysia ialah _______________

Item objektif jenis pilihan pula merupakan item respons tetap yang
memerlukan calon menanda, membulat, menggaris atau menyesuaikan gerak

Perancangan Ujian l

37

balas yang tepat. Beberapa contoh item objektif jenis pilihan ialah item aneka
pilihan, item betul atau salah, item padanan dan item pengelasan.
Item objektif aneka pilihan mengandungi empat aspek iaitu stimulus, stem,
opsyen dan distraktor. Stimulus merupakan rangsangan kepada pelajar bagi
menjawab soalan. Namun, tidak semua item objektif aneka pilihan mempunyai
stimulus. Contoh item objektif aneka pilihan jenis ayat tidak lengkap, soalan dan
cantuman adalah seperti berikut:

Ujian ini digunakan untuk mengukur kecekapan


pelajar.

Stimulus

Melibatkan penggunaan alat yang konkrit


seperti penggunaan radas.
Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah
seperti pemerhatian atau laporan kendiri.

1. Ciri-ciri dalam penyataan di atas adalah merujuk


kepada ujian .....
Stem

A daya

B prestasi
C personaliti

Opsyen

Jawapan

D kepantasan

Opsyen A, C dan D adalah distraktor kepada soalan tersebut. Distraktor


hendaklah dipastikan agar berfungsi sebagai penganggu kepada pilihan jawapan
yang tepat. Contoh item objektif jenis pilihan bentuk soalan ialah seperti berikut:
2. Apakah sumber semula jadi yang paling UTAMA di negeri Sarawak?

A. Gas

B. Besi

38

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

C. Balak

D. Petroleum
Contoh item aneka pilihan bentuk cantuman pula seperti berikut:
1. Haiwan yang berdarah panas dan bertelur ialah....
I itik

II buaya

III burung

IV kelawar

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV

Jadual 3.4 menunjukkan beberapa ciri-ciri pembinaan item objektif jenis


pilihan aneka pilihan yang baik yang harus dipatuhi oleh guru.
Bil.

Ciri ciri

Panduan umum

Isi kandungan dan kemahiran yang - Pastikan soalan menguji satu


sepatut diuji
hasil pembelajaran yang penting
- Pastikan soalan menepati JSU
dari segi kandungan dan aras
kemahiran

Pokok soalan/stem

- Pastikan soalan menguji lebih


daripada hanya pengetahuan
fakta
- Pokok soalan mengemukakan
satu permasalahan yang jelas
sahaja
- Pokok soalan mengandungi
maklumat yang relevan sahaja

Perancangan Ujian l

39

- Kehendak dan aras soalan dapat


diperjelaskan/ ditingkatkan lagi
dengan gambarajah, senario,
stiuasi sebenar, jadual dan lainlain
- Pokok soalan harus dalam
bentuk positif
- Dicadangkan bilangan item
berbentuk negatif (contoh
KECUALI hanya meliputi 5%
daripada jumlah keseluruhan
bilangan item bagi sesuatu
kertas peperiksaan
- Jika soalan negatif, perkataan
negatif dalam pokok soalan
perlu ditonjolkan
- Perkataan yang hendak
ditonjolkan dalam pokok soalan
seperti bukan, paling dan
bilangan (contoh: dua) perlu
dihitamkan
3.

Pilihan jawapan

- Distraktor harus berfungsi dan


munasabah
- Pilihan jawapan harus
homogeny
- Pilihan jawapan dalam
lingkungan sukatan pelajaran
- Semua pilihan jawapan selaras/
selari dari segi tatabahasa
dengan pokok soalan

40

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial


- Tiada pembayang jawapan pada
pilihan jawapan (verbal clues)
- Tiada pembayang jawaban pada
soalan lain
- Elakkan dari menggunakan
pilihan jawaban semua di atas
atau tiada jawapan yang betul
- Pilihan jawapan harus hampir
semua panjang
- Pilihan jawapan disusun
mengikut kronologi/ numerik/
abjad/panjang/pendek
- Perkataan yang berulang- ulang
dalam semua pilihan jawapan
dipindah ke pokok soalan
- Terdapat 4 pilihan jawapan A, B,
C dan D sahaja ditetapkan utk
setiap soalan
- Bilangan item cantuman
tidak melebihi dari 5% dari
keseluruhan soalan objektif
- Empat elemen (I, II, III dan IV)
disedaiakan
- sebagai pilihan bagi soalan
berbentuk pelbagai cantuman/
gabungan
- Empat elemen (I, II, III dan IV)
dicantum dan disebarkan secara
seimbang.

Perancangan Ujian l

Penggunaan petikan, rajah, istilah


dan tatabahasa

41

- Untuk semua soalan, rajah,


jadual, peta dan petikan
diletakkan selepas pokok soalan/
stem dan dinomborkan jika
melebihi Satu
- Penggunaan bahasa mudah
difahami
- Struktur bahasa dan istilah betul/
sesuai
- Ejaan betul dan tekal
- Singkatan perkataan (akronim)
digunakan dengan betul dan
telah dinyatakan sebelumnya

Sebaran jawapan adalah secara


rawak

- Petikan atua bahan rujukan


harus dinyatakan sumbernya
- Sebaran jawapan tidak ada pola
pada senarai jawaban
- Bilangan A, B, C dan D hampir
sama banyak

Jadual 3.4: Ciri-ciri item objektif aneka pilihan yang baik

Item objektif jenis pilihan kedua ialah item betul atau salah. Item betul atau
salah juga mempunyai tiga bahagian utama iaitu stimulus (jika ada), pernyataan
dan jawapan pilihan dalam bentuk Betul atau Salah. Item jenis ini amat
sesuai digunakan untuk menguji fakta yang mengkehendaki pelajar menentukan
sama ada pernyataan yang diberikan Betul atau Salah.
Contoh-contoh item betul atau salah ialah seperti berikut:
1. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah
dalam kotak yang disediakan.

42

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.

Tar ialah mata wang yang digunakan di India.

Bijih timah banyak dilombong di Sri Langka.

2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia terletak di negeri Pahang.


A. Betul
B. Salah
3. Ikan paus ialah satu jenis amfibia.

Betul

Salah

Terdapat lapan prinsip pembinaan item bentuk Betul atau Salah iaitu:

1) Arahan hendaklah jelas bagaimana harus pelajar menandakan jawapan.


Contohnya menandakan A bagi jawaban yang betul dan B bagi jawaban
salah.

2) Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbungabunga supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3) Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak
mengikut sistem tertentu untuk mengelak daripada pelajar meneka
jawapan.

4) Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud
pernyataan) supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang
sama.

5) Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas beul


atau yang jelas salah.

6) Elakkan daripada memberi pernyataan betul lebih panjang daripada


pernyataan salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

Perancangan Ujian l

43

7) Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah


dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

8) Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan


pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka
jawapan.

Selain item betul dan salah, item mengisi ruang kosong juga antara
pilihan item objektif di peringkat sekolah rendah. Item mengisi ruang kosong
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang
mengandungi ruang kosong untuk diisi oleh pelajar. Item ini amat sesuai bagi
menguji fakta yang mengkehendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
Beberapa prinsip menyediakan item mengisi ruang kosong yang harus dipatuhi
oleh guru ialah:

1) Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong
dalam kertas soalan atau kertas jawapan yang disediakan.

2) Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbungabunga supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

3) Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan


dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran
yang sama.

4) Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang


penting sahaja.

5) Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam


sesuatu pernyataan, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6) Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan supaya


perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

Contoh-contoh item objektif jenis pilihan bentuk mengisi tempat kosong pula
ialah seperti di bawah:
1. Malaysia mempunyai ___________ wilayah persekutuan.
Item padanan juga antara pilihan yang digunakan oleh guru di peringkat
sekolah rendah. Item padanan juga mengandungi dua set maklumat yang perlu

44

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

dipadankan oleh pelajar. Kedua-dua set maklumat mungkin terdiri daripada


perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan
maklumat dlam set pertama mempunyai perkaitan dengan maklumat dalam set
kedua. Item ini sangat sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar
mengaitkan fakta dan konsep. Enam prinsip utama pembinaan item berbentuk
padanan yang harus diikuti oleh guru ialah:

1) Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu
ke satu atau padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud
sahaja.

2) Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbungabunga supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

3) Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan


perkataan) supaya setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang
sama.

4) Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan


padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.

5) Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu


maklumat supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6) Bilangan padanan tidak terlalu banyak (maksimum lima padanan)


supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari
padanan.

Contoh-contoh item objektif jenis pilihan padanan ialah seperti berikut:


Sesuaikan negara dan ibu negara yang berkaitan.
Negara

Ibu Negara

Thailand
Malaysia
Filipina
India
Indonesia

Bombay
Manila
Bangkok
Kuala Lumpur
Jakarta

Perancangan Ujian l

45

Item objektif sukar dibina kerana mengandungi banyak elemen namun


mudah diperiksa berbanding item subjektif.

3.1.3.2 Kelebihan dan kelemahan Item Objektif


Di antara kelebihan-kelebihan item objektif ialah mengandungi ciri
keobjektifan yang tinggi. Ini kerana kertas jawapan boleh diperiksa dengan
mudah dan tepat. Sesiapa sahaja yang memeriksa kertas jawapan ujian objektif
akan memberi markah yang sama untuk jawapan yang sama.
Selain itu, ujian item objektif mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
kerana banyak item dalam pelbagai bidang boleh ditadbirkan dalam masa ujian.
Di samping itu, ujian kesahan dan kebolehpercayaan boleh dijalankan hasil
daripada dapatan ujian tersebut.
Di samping itu, ujian objektif dapat digunakan untuk menguji isi kandungan
mengikut topik-topik pelajaran dalam mana-mana aras kemahiran. Melalui ujian
objektif, semua isi kandungan berdasarkan aras kemahiran boleh disediakan
dengan mudah dalam JSU. Ini juga memastikan ujian objektif mempunyai
kesahan isi kandungan yang tinggi. Ini kerana, ujian yang dibuat benar-benar
memenuhi kehendak aras kemahiran dan kesukaran yang dihasratkan dalam
sukatan pelajaran.
Ujian objektif juga mudah ditadbir serta mudah diperiksa. Ini menjadikan
ujian objektif mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi. Mutu ujian objektif
juga boleh dikawal melalui ujian pra. Kesesuaian item boleh dinilai melalui
analisis indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Oleh itu, guru akan dapat
mengenalpasti item yang baik, kurang baik dan patut dibuang. Di samping itu,
item yang terlalu sukar atau mudah juga boleh diperbaiki.
Salah satu kelemahan ujian objektif ialah sukar untuk dibina walaupun ia
mudah diperiksa. Ini kerana, bagi memastikan ujian objektif bermutu tinggi, masa
yang agak lama diperlukan. Walaupun item dibina menggunakan JSU sebagai
panduan namun ujian pra perlu dilakukan. Ini bagi memastikan indeks kesukaran
dan indeks diskriminasi item yang dibina adalah tinggi.
Selain itu, ujian objektif tidak sesuai digunakan bagi menguji bidang kognitif
aras kemahiran yang lebih tinggi iaitu sintesis dan penilaian. Memang diakui agak

46

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

sukar membina item dari aras kemahiran sintesis dan penilaian. Pilihan jawapan
yang disediakan juga agak terhad menyebabkan ujian ini turut mendorong calon
yang tidak tahu menjawab item mencuba nasib dengan meneka jawapannya.
Ini tidak dapat menunjukkan impak sebenar daripada hasil pembelajaran dan
pengajaran seperti yang dihasratkan dalam sukatan pelajaran.
Di samping itu, ujian objektif juga tidak dapat menguji kemahiran calon
menyusun dan menghuraikan idea serta pendapatnya melalui tulisan. Selain itu,
ujian objektif juga menghadapi kemungkinan kebolehpercayaan yang rendah
khususnya apabila calon telah berlatih menjawab item-item ujian tersebut dalam
masa-masa lalu.

3.1.3.3 Item Subjektif


Item subjektif membolehkan pelajar memberi respon yang lebih terbuka
dan tidak spesifik seperti item objektif. Lazimnya, item subjektif digunakan
untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mengukur penguasaan
manganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat
keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi
kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang
atau pendek jawapan tersebut. Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada
berjawapan pendek, sederhana atau panjang. Justeru, prinsip penyediaan item
esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan tersebut.
Beberapa prosedur penulisan item subjektif yang baik yang harus dipatuhi
oleh guru ialah:

1) Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran,


supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran tersebut.

2) Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar
perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam
kertas jawaban.

3) Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbungabunga, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

Perancangan Ujian l

47

4) Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang
diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

5) Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka


struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

6) Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan


markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

7) Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat)


daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih
banyak soalan boleh diberikan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif, iaitu (a) jenis respon terhad dan (b)
jenis respon lanjutan. Item respon terhad adalah soalan yang menentukan bentuk
dan batasan kandungan respon calon. Biasanya, soalan jenis ini memerlukan
calon memberikan respon secara ringkas. Oleh itu, calon mungkin dikehendaki
menjawab dalam satu frasa, satu atau beberapa ayat sahaja. Lazimnya, kata
tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item
berkenaan. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan
ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang
berlainan.
Item jenis respon terhad memerlukan pelajar memberi jawapan pendek
yang memberi peluang kepada calon menyampaikan pendapat, hujah atau idea
sendiri. Dengan jawapan yang terbatas, pemeriksaannya dapat diselaraskan
dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut.
Beberapa contoh item subjektif jenis respon terhad ialah seperti berikut:

1. Senaraikan lima kepentingan penilaian dalam pendidikan.

i.
ii.
iii.

iv.

v.

48

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

2. Apakah rumusan anda berdasarkan pemerhatian ujikaji di atas?


Jawapan :

Item subjektif jenis respon lanjutan berbentuk lebih terbuka. Soalan jenis
ini melibatkan soalan jenis perbincangan. Ia dapat memberi peluang kepada
calon menjawab secara bebas dengan menghuraikan idea serta pendapatnya
sendiri. Soalan ini sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran,
daya kreativiti, keaslian idea, imaginasi serta aras kemahiran kognitif tinggi iaitu
aras analisis, sintesis dan penilaian.
Seperti item objektif, soalan subjektif boleh dibina dalam semua aras
kemahiran kognitif. Jadual 3.5 menunjukkan beberapa contoh-contoh soalan
subjektif mengikut aras kemahiran kognitif.
Aras Kemahiran

Contoh-contoh Soalan Subjektif

Pengetahuan

- Senaraikan dua ciri khas penilaian.

Kefahaman

- Siapakah yang memainkan peranan utama dalam usaha


mencapai kemerdekaan negara?
- Terangkan dengan menggunakan contoh-contoh
yang sesuai mengenai aras kemahiran dalam bidang
pendidikan.

Aplikasi

- Huraikan kepentingan pentaksiran dalam pendidikan.


- Cadangkan satu inovasi sistem pentaksiran dalam
pendidikan mengikut pendapat anda.

Analisis

- Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Alam Sekitar bagi


mencadangkan langkah mengatasi pencemaran alam
sekitar.
- Bezakan maksud penilaian dan pentaksiran.
- Bandingkan kebaikan ujian objektif dan subjektif.
- Analisakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan
dan kebolehpercayaan sesuatu ujian.

Perancangan Ujian l

Sintesis

Penilaian

49

- Bagaimanakah Jadual Spesifikasi Ujian dapat


diaplikasikan dalam perancangan ujian?
- Rancangkan langkah-langkah yang boleh
mempertingkatkan prestasi dalam pembelajaran Bahasa
Melayu.
- Kritik tentang pelaksanaan KSSR di sekolah rendah.
- Nilaikan amalan pentaksiran di sekolah.

Jadual 3.5: Contoh-contoh soalan subjektif mengikut aras kemahiran dalam bidang kognitif

3.1.3.4 Kelebihan dan kelemahan soalan subjektif.


Salah satu kelebihan soalan subjektif ialah mudah digubal dan cepat disediakan
walaupun pemeriksaan jawapan soalan subjektif mengambil masa yang agak
lama. Soalan subjektif amat sesuai digunakan oleh guru bagi tujuan menguji
kemahiran calon menulis, menyusun dan mengintegrasikan idea-idea. Ini
membolehkan guru menilai tahap aras kemahiran pelajar serta mengetahui tahap
pemikiran pelajar. Selain itu, soalan subjektif juga amat sesuai digunakan untuk
menguji kefahaman pelajar dalam bidang afektif seperti sikap dan daya kreativiti
calon.
Selain itu, soalan subjektif juga sesuai untuk menguji kemahiran berbahasa
calon. Di samping itu, memandangkan bentuk soalan tidak dibekalkan
dengan pilihan jawapan, maka calon tidak mudah meneka jawaban. Ini akan
menggalakkan calon menggunakan perkataan sendiri bagi menjawab soalan
subjektif.
Beberapa kelemahan-kelemahan soalan subjektif pula ialah (a) Bilangan
soalan subjektif yang boleh diuji dalam satu masa ujian adalah terhad dan tidak
menyeluruh. Hanya topik tertentu dapat diuji. Oleh itu, kebolehpercayaan
soalan akan jadi rendah. (b) Kadang kala calon dapat meramal soalan yang akan
dikeluarkan melalui rumusan soalan-soalan lepas. Ini kerana topik yang dapat
diuji dalam satu masa ujian terhad. Oleh itu, ini akan menggalakkan guru membina
item subjektif mengikut giliran. (c) Soalan subjektif yang kecil bilangannya adalah
kurang sesuai digunakan untuk penilaian sumatif. (d) Soalan subjektif kurang
sesuai digunakan untuk menilai aras kemahiran bidang kognitif khususnya bagi

50

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

calon yang mempunyai kemahiran bahasa yang lemah. Kelemahan bahasa calon
akan membataskan keupayaan calon menghuraikan pandangan, idea mahupun
kreativiti mereka walaupun jika diuji secara lisan perkara sebaliknya berlaku.
Secara tidak langsung, ini telah menjejaskan peluang calon yang mempunyai
kemahiran bahasa yang lemah. (e) Kemungkinan ciri keobjektifan soalan
subjektif rendah jika pemeriksa kurang cekap memeriksa kertas jawapan calon.
Ini kerana pemeriksa yang berbeza kemungkinan akan memberikan markah yang
berbeza. Oleh itu, di Institut Pendidikan Guru, sistem moderasi digunakan bagi
meningkatkan keobjektifan markah yang diberikan oleh pemeriksa yang berbeza.
Kertas jawapan yang sama akan diperiksa oleh pemeriksa dan moderator bagi
meningkatkan keobjektifan pemeriksaan kertas jawapan tersebut.

3.1.4 Membina dan menyemak skema


Langkah seterusnya dalam perancangan ujian ialah guru perlu membina
skema pemarkahan ataupun peraturan memberi markah (PMM). Peraturan
memberi markah adalah opsyen atau jawapan yang betul atau tepat kepada itemitem yang diuji. Oleh itu, satu set soalan ujian tidak lengkap jika tidak disertakan
dengan skema pemarkahan. Guru juga perlu menyemak skema yang dibina agar
bertepatan dengan kehendak soalan ujian yang dibina. Apa yang lebih penting
ialah skema pemarkahan tersebut adalah relevan bagi menjawab soalan ujian.

3.1.4.1 Tujuan Skema Pemarkahan


Skema pemarkahan perlu disediakan oleh guru bagi memastikan pemeriksa
mempunyai panduan bagi memeriksa jawapan calon. Ini akan memastikan
kebolehpercayaan pemeriksaan skrip jawapan tersebut kerana walau pemeriksa
berbeza namun panduan pemeriksaan skrip jawapan adalah sama. Oleh itu, skema
pemarkahan bertujuan menyediakan jawapan yang tepat atau betul terhadap
soalan yang dikemukakan. Ini juga dapat meningkatkan lagi kesahan pemeriksaan
skrip jawapan oleh pemeriksa. Memandangkan skema pemarkahan sudah
disediakan. Tujuan skema pemarkahan dibina juga bagi tujuan mengesahkan
kesahihan ujian. Di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, bagi ujian
struktur dan esei, moderasi dijalankan bagi memastikan kesahihan pemeriksaan
skrip jawapan. Pemeriksa akan memeriksa skrip jawapan dan begitu juga
moderasi dibuat dengan pensyarah pakar atau ketua jabatan. Kedua-dua markah

Perancangan Ujian l

51

yang diberikan akan dibandingkan. Sekiranya perbezaan markah bagi tiap-tiap


bahagian melebihi 2 maka pemeriksa dan pemoderasi akan duduk bersama bagi
menentukan markah yang sepatutnya diperolehi oleh calon.

3.1.4.2 Skema Pemarkahan


Skema pemarkahan bagi soalan objektif mudah disediakan. Setiap item
hendaklah mempunyai satu sahaja jawapan betul dan paling tepat. Oleh itu, ketika
membina item-item objektif, guru harus mempertimbangkan ketepatan jawapan
utama namun distraktor dapat memainkan peranan dengan baik. Lazimnya,
untuk soalan objektif, kertas jawapan disediakan. Calon diminta menandakan
jawapan pada kertas jawapan dan akan disemak oleh pemeriksa. Dengan adanya
skema jawapan bagi soalan objektif, pemeriksa yang berbeza akan memberikan
markah yang sama bagi jawapan yang betul. Justeru, soalan objektif mempunyai
keobjektifan yang tinggi.
Bagi soalan subjektif, ia mempunyai ciri keobjektifan yang rendah kerana
wujud kesulitan memeriksa jawaban calon dengan tepat. Walaupun pemeriksa
cekap dan berpengetahuan, namun kadang kala tidak terlepas daripada pengaruh
unsur-unsur subjektif seperti kesan halo dan kesan horn khususnya bagi
pemeriksa yang telah mengenal identiti atau prestasi calon semasa memeriksa
kertas jawabannya. Namun, pengaruh unsur-unsur subjektif tersebut dapat
dikurangkan jika terdapat satu skema pemarkahan yang wajar.
Justeru, di dalam proses pembinaan skema pemarkahan bagi soalan
subjektif, tiga perkara utama dipertimbangkan iaitu (a) kriteria kandungan; (b)
kriteria pengelolaan dan (c) kriteria proses. Kriteria kandungan mernagkumi
aspek maklumat atau pengetahuan yang berkaitan dengan penulisan. Kriteria
pengelolaan pula merangkumi aspek penggunaan bahan dengan tepat dan
kemahiran menghuraikan idea-idea secara logik dan matang. Perkara berkaitan
dengan aspek ketepatan, munasabah, kelengkapan, konsisten, keaslian, daya
cipta dalam teknik penulisan pula merupakan kriteria proses. Namun, umumnya
terdapat dua cara memberi markah bagi ujian jenis esei iaitu cara analitik dan
holistik.

52

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

Cara Analitik
Cara pemarkahan analitik sering digunakan dalam pemeriksaan awam.
Unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan
proses diperiksa secara berasingan. Ini akan memberi markah yang tinggi kepada
calon jika ketiga-tiga unsur terdapat dalam jawapan calon. Misalnya, dalam
suatu ujian karangan bagi subjek Bahasa Melayu, markah dibahagikan kepada
tiga komponen iaitu:
Isi (kriteria kandungan )

15

Bahasa (kriteria pengelolaan)

15

Teknik (kriteria proses)

Jumlah

35

Ataupun dalam satu ujian Sejarah mengenai faktor-faktor penentangan


kepada Malayan Union, skema pemarkahan bagi markah berjumlah 12 markah
telah dibahagikan seperti berikut:
1 fakta

1 markah

1 fakta + huraian

2 markah

1 fakta + huraian + contoh

3 markah

4 fakta + huraian + contoh

12 markah

Cara Holistik
Kaedah kedua pemeriksaan bagi soalan subjektif esei ialah secara holistik.
Kaedah holistik banyak digunakan terutamanya bagi menguji tahap pemikiran
tinggi (higher order thinking skills). Rasional menggunakan cara holistik untuk
menentukan pencapaian calon dalam ujian subjektif adalah berdasarkan kepada
andaian bahawa keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian
sesuatu jawaban berbentuk esei. Satu skema dibentuk seperti dalam Jadual 3.6:

Perancangan Ujian l

Gred
Gred A
75 100%

Gred B
60 74%

Gred C
40 59%
Gred D
30 39%

Gred E
0 29%

53

Keterangan
- Takrif yang tepat terhadap soalan yang dipilih
- Bahasa lancar dan bersih dalam segala aspek kesalahan.
- Terdapat beberapa keragaman bahasa. Susunan dan
pengelolaan sangat menarik
- Cukup dan berkembang dengan contoh-contoh yang
sesuai.
- Hujah sangat logik dan dapat memperlihat ciri-ciri
kematangan fikirannya.
- Takrif terhadap soalan yang dipilih masih tepat.
- Isi cukup dan pengolahannya agak menarik
- Bahasa memuaskan, keragaman bahasa agak kurang
sedikit.
- Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam
penulisan.
- Takrif terhadap soalan yang dipilih agak kurang tepat.
- Isi kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak.
- Terdapat kesalahan bahasa yang tidak dapat dimaafkan.
- Takrif terhadap soalan kurang difahami.
- Isinya terpesong sisi. Pengelolaanya agak lemah dan
kurang teratur.
- Terdapat kesalahan bahasa yang tidak dapat dimaafkan.
- Penggunaan perbendaharaan kata dan bahasa
membayangkan penguasaan bahasanya yang kurang
cekap.
- Takrif terhadap soalan tidak difahami langsung.
- Isinya terpesong terus. Pengolahan sukar difahami.
- Perbendaharaan katanya banyak yang salah dan
penguasaan bahasanya lemah, susunan ayat kelam
kabut.

Jadual 3.6: Pertimbangan Memberi Gred Berdasarkan Skema Pemarkahan Holistik

54

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

Melalui kaedah holistik, dua jenis skala digunakan iaitu skala ordinal dan
nominal. Skala ordinal ialah dengan cara:

1) Memeriksa setiap skrip calon secara keseluruhan.

2) Menyusun skrip-skrip calon engikut prestasi calon iaitu dari prestasi


baik ke prestasi buruk.

3) Menentukan berapa peratus calon yang patut diberikan gred A, B, C, D


dan sebagainya.

4) Memberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah


dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.

Selepas itu, pemeriksa hendaklah membaca skrip-skrip kali ketiga untuk


membuat pengubahsuaian gred-gred yang telah diberikan. Dengan cara demikian,
mutu pemeriksaan kertas jawapan esei dapat dikawal dan ciri keobjektifan
pemeriksaan kertas jawapan dapat dipertingkatkan. Proses pemarkahan secara
holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif. Mutu pemarkahan
bergantung kepada kecekapan pemeriksa serta pengalaman pemeriksa dalam
memeriksa kertas jawapan bagi subjek tersebut. Oleh itu, tahap pengalaman
pemeriksa adalah perkara subjektif yang mungkin akan mempengaruhi kesahihan
markah yang diberikan. Namun, panduan melalui skema pemarkahan akan dapat
meningkatkan kesahihan pemeriksaan kertas jawapan. Satu lagi kaedah bagi
meningkatkan kesahihan pemeriksaan kertas jawapan tersebut ialah dua atau
tiga orang pemeriksa memeriksa kertas yang sama. Bagi pemeriksa yang baru,
lazimnya satu mesyuarat penyelarasan dibuat dan ketua pemeriksa akan memberi
panduan serta taklimat kaedah memeriksa skrip-skrip jawaban calon.

3.1.5 Mentadbir Ujian


Pentadbiran ujian meliputi tiga peringkat utama iaitu peringkat persediaan,
pelaksanaan dan penyelesaian. Peringkat persediaan ialah peringkat sebelum
ujian dijalankan. Lazimnya di sekolah, setiausaha peperiksaan dan jawatankuasa
peperiksaan akan memastikan persediaan bagi menghadapi peperiksaan seperti
peperiksaan pertengahan penggal dan akhir tahun. Walau bagaimanapun bagi
ujian bulanan, lazimnya guru subjek akan menguruskan pentadbiran ujian
tersebut. Di peringkat Institut Pendidikan Guru, unit peperiksaan memainkan

Perancangan Ujian l

55

peranan besar dalam pentadbiran ujian. Langkah persediaan yang perlu dibuat
meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang disediakan. Begitu juga
tempat peperiksaan dan tempat duduk calon. Tempat duduk calon hendaklah
disusun mengikut nombor angka giliran calon dan peraturan peperiksaan jika
peperiksaan tersebut peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM. Begitu juga
peperiksaan yang dikendalikan di Institut Pendidikan Guru. Di samping itu,
segala kemudahan seperti kertas jawaban, gunting, jam dinding, benang, pelan
tempat duduk calon, dan alat-alat lain yang diperlukan.
Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk ke bilik atau
dewan peperiksaan sehingga masa tamat. Apabila calon masuk ke bilik
peperiksaan iaitu 15 minit sebelum masa peperiksaan, kertas jawaban, soalan
akan diedarkan oleh pengawas peperiksaan. Sebelum calon mula menjawab
soalah, arahan hendaklah diberi dengan jelas oleh ketua pengawas. Peraturanperaturan menduduki peperiksaan dibacakan bagi memastikan calon mengikut
arahan peperiksaan. Kemudian, sepanjang peperiksaan berlangsung, pengawaspengawas peperiksaan akan mengawal dan memastikan calon tidak meniru.
Ketua pengawas dan pengawas hendaklah menyemak identiti calon serta angka
giliran mereka. Ketua pengawas hendaklah memberitahu calon akan masa ujian
lima belas minit sebelum ujian tamat. Bila masa sudah berakhir, arahan untuk
berhenti menjawab hendaklah diberikan kepada calon.
Peringkat seterusnya ialah peringkat penyelarasan. Peringkat ini dilakukan
dengan mengutip skrip-skrip jawapan calon mengikut angka giliran. Kertaskertas jawapan yang tidak digunakan lagi oleh calon juga hendaklah dikutip dan
dikumpulkan agar dilupuskan menggunakan kaedah hancur oleh mesin tertentu.
Bilangan kertas jawapan calon hendaklah betul jumlahnya, dimasukkan dalam
sampul kertas jawaban dan dilekatkan dengan tanda SULIT. Selepas itu, barulah
calon dibenarkan untuk meninggalkan bilik peperiksaan. Ketua Pengawas akan
mengutip sampul kertas jawapan yang sudah dilekatkan dengan tanda SULIT dan
menyerahkannya kepada unit peperiksaan.

3.1.6 Memeriksa Item


Di peringkat sekolah, pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR, SPM dan STPM akan dilakukan oleh panel pemeriksa yang dilantik
mengikut kepakaran masing-masing. Skema pemarkahan yang telah disediakan

56

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

akan dijadikan panduan ketika memeriksa skrip jawapan. Ketua pemeriksa


akan memainkan peranan memberikan taklimat dan latihan penyemakan skrip
jawapan tersebut. Di peringkat Institut Pendidikan Guru, pemeriksaan skrip akan
dilakukan oleh pensyarah terlibat. Oleh itu, lazimnya pemeriksa adalah individu
yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Moderasi akan dibuat
iaitu dua atau tiga pensyarah akan memeriksa skrip jawapan yang sama bagi
meningkatkan kesahihan markah yang diberi bagi jawapan calon.

3.1.7 Analisis Item


Selepas selesai skrip jawaban diperiksa, analisis item perlu dibuat. Beberapa
perkara mengenai analisis item ialah seperti berikut:

1) Memastikan item dan ujian yang dibina sesuai digunakan.

2) Menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada
item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan
pelajar.

3) Menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pendai


daripada pelajar lemah.

4) Hasil item analisis boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti item


berkenaan.

5) Menghasilkan pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item,


Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian Dan Indeks
Kesahan Ujian.

6) Perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai/sah bagi


sesuatu tujuan tertentu.

Analisis item dimulakan dengan memastikan item dan ujian yang dibina
sesuai untuk digunakan. Oleh itu, sebenarnya bagi item objektif, sepatutnya
ujian pilot dibuat bagi memastikan item yang dibina benar-benar dapat menguji
kehendak soalan. Kemudian, kesesuaian item dari segi aras kesukaran dinilai
sama ada item terlalu mudah atau sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Analisis
ini dapat dibuat apabila guru membuat ranking keputusan ujian daripada yang
tertinggi hingga yang terendah. Guru akan dapat mengenalpasti jika soalan

Perancangan Ujian l

57

tersebut terlalu mudah atau sukar untuk sesuatu kumpulan melalui jumlah yang
menjawab betul bagi kumpulan tinggi dan rendah. Selain itu, guru juga boleh
mengira indeks kesukaran dan diskriminasi bagi item berkenaan. Melalui indeks
diskriminasi dan kesukaran yang diperolehi, guru dapat menentukan sama ada
item terlalu sukar atau mudah. Item yang baik dan item yang perlu diperbaiki
ataupun dibuang.

3.1.7.1 Indeks Kesukaran Item (p)


Indeks kesukaran item dapat menentukan kualiti sesuatu item. Indeks ini
menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item itu mudah
dijawab atau susah untuk dijawab. Nilai indeks kesukaran ialah dari 0.00 hingga
1.00. Bagi ujian berbentuk objektif iaitu soalan betul atau salah, isi tempat
kosong, padanan dan beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan
nisbah bilangan calon yang menjawab betul bagi sesuatu item kepada jumlah
calon yang menjawab item tersebut.

p=

Bilangan calon yang menjawab betul


Bilangan calon yang menjawab

Misalnya item 1 dijawab betul oleh 50 orang calon daripada 80 orang


jumlah calon yang menjawab item tersebut. Nilai p ialah 50 80 = 0.63. Nilai
p 0.63 menunjukkan aras kesukaran bagi item 1 ialah mudah. Rujuk Jadual 3.7
bagi pengelasan item mengikut aras kesukaran. Jika tiada seorang pun calon
menjawab item dengan betul, nilai p akan menjadi 0. Ini menunjukkan item
tersebut adalah terlalu sukar manakala jika nilai p ialah 1, ini menunjukkan
item tersebut terlalu mudah. Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma,
pembina soalan harus diingatkan bahawa soalan yang terlalu mudah atau terlalu
sukar tidak dapat memberikan maklumat psikometrik yang bermakna. Oleh itu,
soalan-soalan ini tidak dapat membezakan di antara pelajar yang lebih rendah
keupayaan dengan yang lebih tinggi keupayaannya.

58

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial


Nilai (p)

Pengkelasan item

0.00 0.20
0.21 - 0.40
0.41 0.60
0.61 0.80
0.81 1.00

Terlalu Sukar
Sukar
Sederhana sukar
Mudah
Terlalu Mudah

Jadual 3.7: Aras kesukaran dan pengelasan item

Semakin ramai calon menjawab betul, ini menunjukkan soalan tersebut


semakin mudah (Wood, 1960). Misalnya, sekiranya 75% pelajar menjawab
soalan dengan betul, ini menunjukkan nilai p = 0.75. Walau bagaimanapun, nilai
p juga merupakan nilai yang relatif kepada sesuatu kumpulan yang mengambil
ujian. Nilai p akan berubah mengikut keupayaan pelajar tersebut dan juga boleh
berubah jika kumpulan yang sama menduduki ujian kali kedua.
Jika bilangan calon terlalu ramai, lazimnya guru akan mengumpulkan calon
dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Lazimnya, kumpulan rendah
dan tinggi dibentuk 30 peratus daripada jumlah calon (Mok Sok Sang, 1994).
Misalnya jika terdapat 200 orang calon menduduki peperiksaan, 30 peratus
daripada 200 bagi kumpulan tinggi dan rendah ialah 60 orang. Oleh itu pengiraan
indeks kesukaran adalah seperti berikut:
p = BT + BRJ
di mana:
BT = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab betul item tersebut.
BR = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab betul item tersebut.
J

= Jumlah calon dalam kumpulan tinggi dan rendah.

Misalnya jika 40 daripada 60 calon dalam kumpulan tinggi menjawab item


1 dengan betul berbanding Cuma 23 daripada 60 orang kumpulan rendah yang
dapat menjawab betul. Indeks kesukaran ialah:
p = 40+23120 = 0.53

Perancangan Ujian l

59

Oleh itu, nilai indeks kesukaran ini membawa maksud bahawa item 1 adalah
sederhana sukar.
Bagi soalan subjektif (misalnya esei), indeks kesukaran dikira sebagai
nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh (Nitko, 2004).
Berikut adalah kaedah pengiraan indeks kesukaran tersebut:

p=

Markah purata
Julat Markah Penuh

Misalnya dalam satu ujian markah bagi 10 orang calon bagi item subjektif
nombor 2 yang mempunyai markah maksium iaitu 10 markah ialah seperti
berikut:
Pelajar
Markah

P1
7.5

P2
8.0

P3
9.0

P4
6.0

P5
8.5

P6
8.0

P7
7.5

P8
6.5

P9
5.5

P10
9.0

Markah purata bagi 10 orang calon tersebut ialah:


Markah purata = 7.5+8.0+9.0+6.0+8.5+8.0+7.5+6.5+5.5+9.010

= 7.55

Julat markah penuh = Markah maksimum markah minimum


= 10 0 = 10

Maka, indeks kesukaran ialah:


p = 7.5510 = 0.755
Ini menunjukkan aras kesukaran item ialah pada tahap mudah. Melalui
nilai indeks kesukaran tersebut, guru akan dapat menjadikannya panduan bagi
membina iteim yang lebih baik. Di samping itu, guru juga dapat mengenal
pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati item-item
tersebut tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar. Selain itu, guru
juga dapat mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagianbahagian kurikulum iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan tidak boleh dikuasai

60

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

oleh pelajar. Guru juga boleh memberi maklum balas kepada pelajar tentang
kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. Nilai
indeks kesukaran juga boleh membantu guru merangka pemulihan atau ulangkaji
yang hendak dijalankan khususnya jika nilai indeks kesukaran diperolehi selepas
ujian bulanan.

3.1.7.2 Indeks Diskriminasi (d)


Indeks diskriminasi ialah satu ciri item yang menjelaskan kebolehan
sesuatu item untuk mengukur kepekaan perbezaan individu. Dalam kata lain,
indeks diskriminasi dikira bagi tujuan menentukan perbezaan keupayaan calon.
Mehrens dan Lehmann (1991) mencadangkan pengiraan indeks diskriminasi
seperti berikut:
1) Langkah yang pertama ialah dengan membahagikan calon kepada tiga
kumpulan iaitu prestasi tinggi, sederhana dan rendah. Kemudian, bilangan
calon yang menjawab betul dalam kalangan kumpulan prestasi rendah dan
begitu juga dalam kalangan kumpulan prestasi rendah.
2) Kemudian barulah indeks diskriminasi dikira menggunakan formula berikut:

d=

BT - BR
2
j
2

di mana:
BT = Bilangan calon kumpulan prestasi tinggi yang menjawab betul.
BR = Bilangan calon kumpulan prestasi rendah yang menjawab betul.
J

= Jumlah calon kumpulan tinggi dan rendah.

Misalnya, jika seramai 7 daripada 10 orang calon dalam kumpulan prestasi


tinggi dapat menjawab item 2 manakala hanya 3 daripada 10 orang calon dalam
kumpulan prestasi rendah dapat menjawab item tersebut. Nilai d boleh dikira
seperti berikut:

Perancangan Ujian l

61

Nilai d = 7-312 (20)


= 0.4

Dalam kes ini, nilai indeks diskriminasi menunjukkan item yang baik.
Nilai indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Item yang
mempunyai indeks diskriminasi positif menunjukkan calon berpencapaian
tinggi lebih ramai dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul daripada calon
berpencapaian rendah. Biasanya, memang guru akan mengandaikan bahawa
calon berpencapaian tinggi akan dapat menjawab soalan dengan betul berbanding
calon berpencapaian rendah. Jika indeks diskriminasi hampir kepada 1.00, ini
bermakna soalan tersebut baik untuk penilaian rujukan norma sebab ia dapat
membezakan calon berpencapaian tinggi dan rendah.
Jika item tersebut mempunyai nilai indeks diskriminasi negatif yang
menghampiri -1.00 soalan ini dikatakan tidak baik untuk penilaian rujukan
norma sebab ia songsang dalam membezakan pencapaian calon. Jika nilai indeks
diskriminasi menghampiri negatif, ini bermakna lebih ramai calon berpencapaian
rendah menjawab dengan betul bagi item tersebut berbanding calon berpencapaian
tinggi. Jadual 3.8 menunjukkan aras diskriminasi dan pengelasan item.
Menurut Hanna dan Dettmer (2004), soalan-soalan yang dibina oleh guru
hendaklah mempunyai indeks diskriminasi di antara 0.00 hingga 0.50. Namun,
menurut pandangan Mehrens dan Lehmann (1991), indeks diskriminasi perlu
melebihi 0.20 manakala Nitko (2004) pula menyatakan soalan perlu mempunyai
indeks diskriminasi melebihi 0.30.
Nilai (d)
0.00
0.11
0.21
0.31
0.41

0.10
0.20
0.30
0.40
1.00

Pengkelasan item

Keputusan

Tidak baik
Kurang Baik
Sederhana Baik
Baik
Sangat Baik

Dibuang
Tulis item semula
Ubah suai item
Perbaiki/guna
Guna item

Jadual 3.8: Aras Diskriminasi dan Pengelasan Item dan perkara yang perlu dilakukan terhadap
item

62

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

Pengiraan nilai indeks diskriminasi dibuat bagi membolehkan guru


mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati
soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar dalam
kumpulan pandai. Selain itu, guru juga dapat mengenal pasti dan melaporkan
kekuatan serta kelemahan bahagian-bahagian kurikulum. Di samping itu, ia juga
akan memberi maklum balas kepada pealjar pandai tentang kelemahan mereka
bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. Ia juga dapat mengenal pasti soalan yang
bias kepada sesuatu kandungan seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa
pengajaran dan pembelajaran.

3.18 Pelaporan
Pelaporan penilaian merujuk kepada markah atau skor penilaian terhadapnya
dilaporkan. Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilaian dari masa
ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan
pencapaian murid.

3.1.8.1 Tujuan Pelaporan


Pelaporan perlu dibuat selepas selesai sesuatu ujian bagi tujuan berikut:
1) Penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran
guru iaitu adakah pengajaran guru berkesan ataupun tidak kepada pelajar.
2) Keputusan ujian dijadikan sebagai alat untuk mencari punca kelemahan
murid. Keputusan tersebut memberi peluang kepada guru untuk mengenal
pasti kelemahan pelajar dan membantu guru memberi maklumbalas.
3) Ujian tersebut bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pencapaian
guru.
4) Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
5) Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
6) Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan
7) Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak
dalam peperiksaan besar.

Perancangan Ujian l

63

8) Bagi membuat klasifikasi/ pembahagian murid.


9) Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah- sekolah
terbaik.
10) Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.
Pelaporan akan dapat membantu guru dan pelajar menyediakan langkahlangkah pemulihan untuk meningkatkan kelemahan-kelemahan tertentu. Melalui
pelaporan yang dibuat juga dapat membantu guru membimbing setiap pelajar
untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran dalam usaha membimbing
pelajar. Selain itu juga, ia akan membekalkan rekod dan laporan yang boleh
membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu. Ia
juga dapat menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif. Penerima
pelaporan bagi ujian di peringkat sekolah ialah guru besar, guru, pelajar, ibu bapa
dan kaunselor. Keputusan ujian peringkat kebangsaan pula ialah Kementerian
Pelajaran Malaysia, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, guru besar, guru, ibu
bapa, pelajar dan majikan. Majikan juga menerima pelaporan bagi keputusan di
peringkat kebangsaan seperti keputusan SPM, STPM bagi tujuan permohonan
pekerjaan oleh pelajar. Selain itu, guru besar dan guru ianya berfungsi untuk
mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan
keputusan seperti program ulangkaji dan sebagainya. Jadual 3.9 menunjukkan
tujuan penerimaan pelaporan bagi penerima laporan.
Penerima
laporan
Kementerian
Pelajaran
Malaysia

Tujuan Laporan

- Menilai tahap dan pencapaian pelajar.


- Perbandingan pencapaian pelajar.
- Menilai keberkesanan kurikulum.
Jabatan
- Menilai tahap dan pencapaian pelajar
Pelajaran
- Perbandingan pencapaian pelajar.
Negeri
- Menentukan program lanjutan.
Pendidikan - Membandingkan pencapaian pelajar.
Bahagian dan - Menentukan program lanjutan seperti program peningkatan
Daerah
sahsiah pelajar.

64

l Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

Guru Besar
Guru

Pelajar

Ibu bapa

Kaunselor

Majikan

- Merancang program sahsiah kepada pelajar


- Membuat keputusan tentang sukatan pelajaran, kaedah
pengajaran dan pembelajaran
- Mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar
- Mengulangkaji tajuk yang tidak dikuasai
- Mengetahui kemajuan akademik dari masa ke semasa
- Menunjukkan kelemahan/ kemahuan pelajar.
- Membantu anak- anak dalam pelajaran seperti menghantar
kelas tambahan, mengubah pelakuan anak.
- Mengeratkan hubungan dengan sekolah
- Memberi bimbingan dan kaunseling
- Memberi motivasi
- Menasihati pelajar dalam bidang yang sesuai dengan
pencapaian.
- Memberi maklumat tentang pencapaian pelajar
Jadual 3.9: Penerimaan dan tujuan pelaporan

Anda mungkin juga menyukai