Anda di halaman 1dari 5

Model Pembelajaran Bidang Tajuk Tahun Standard Kandungan

: : : : :

Inkuiri Penemuan Benda Hidup Persaingan Tumbuhan 6 Murid dibimbing untuk : 1.2 Memahami persaingan adalah salah satu bentuk interaksi antara benda hidup.

Standard Pembelajaran

Murid berupaya untuk : 1.2.1 Menyenaraikan faktor persaingan tumbuhan

Objektif

Pada akhir pembelajaran murid dapat 1. Menyatakan ruang sebagai faktor persaingan antara tumbuhan.

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan 1.1 Pemerhatian Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. CADANGAN AKTIVITI Guru memaparkan gambar yang menunjukkan kawasan hutan. Murid membuat pemerhatian berdasarkan gambar yang dipaparkan. CADANGAN KOMUNIKASI 1. Apakah yang kamu dapat perhatikan? Cadangan jawapan murid: -Gambar pokok/ hutan 2. Bagaimanakah keadaan pokok dalam gambar tersebut? Cadangan jawapan murid: -Ada pokok yang tinggi dan ada yang rendah. *Lampiran A. 2. Imaginasi Meramal Membuat hipotesis Indikator Amalan 2.1.1 Menghasilkan idea-idea Murid diminta untuk menyatakan sebab terdapat pokok yang tinggi dan rendah. 1. Mengapakah pokok yang kamu perhatikan ada yang tinggi dan rendah. Cadangan jawapan murid: Pokok yang tinggi mendapat cahaya matahari, air, nutrien

baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik)

dan ruang yang cukup. Pokok yang rendah tidak mendapat cahaya matahari, air, nutrien dan ruang yang cukup. Murid membuat hipotesis dengan bimbingan guru. 2. Ramalkan faktor persaingan antara tumbuhan. Cadangan jawapan murid: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ruang.

3. Perkembangan Menguji hipotesis Indikator Amalan 3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan tiga pasu yang mempunyai bilangan anak pokok yang berlainan. Pasu A : 10 anak pokok kacang hijau Pasu B : 5 anak pokok kacang hijau Pasu C : 3 anak pokok kacang hijau Murid diminta memerhatikan keadaan anak pokok di dalam setiap pasu. Murid merekodkan pemerhatian di dalam jadual yang disediakan. Pasu
Ketinggian Anak pokok Selepas seminggu

1. Berdasarkan pemerhatian kamu, pasu yang manakah mempunyai bilangan anak pokok yang paling banyak, sedikit dan paling sedikit. Cadangan jawapan murid: Pasu A, B dan C. 2. Bagaimanakah keadaan anak pokok di dalam Pasu A? Cadangan jawapan murid: Anak pokok mati. 3. Bagaimanakah keadaan anak pokok di dalam Pasu B? Cadangan jawapan murid: Anak pokok layu. 4. Bagaimanakah keadaan anak pokok di dalam Pasu C? Cadangan jawapan murid: Anak pokok hidup subur.

*Lampiran B.

2.

4. Tindakan Membuat kesimpulan Indikator Amalan 4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus.

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan.

1. Berikan sebab kepada keadaan anak pokok di dalam pasu seperti yang kamu nyatakan. Cadangan jawapan murid: Pasu A :Anak pokok mati kerana persaingan yang sengit untuk mendapatkan ruang. Pasu B :Anak pokok layu kerana persaingan untuk mendapatkan ruang. Pasu C :Anak pokok hidup subur kerana kurang persaingan untuk mendapatkan ruang.

Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian yang diperolehi. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ruang. Pentaksiran Std Pemb : 6/1/1/1.1 KPS1 KPS4 KPS7 SMS2

Refleksi Nilai dan Sikap Bekerjasama, jujur dalam merekod hasil dapatan

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B Nama : ________________________________________________ Kelas : _______________

Jadual Pemerhatian:

PASU KEADAAN ANAK POKOK

Anda mungkin juga menyukai