Anda di halaman 1dari 8

FAIL 13

STRUKTUR ILMU HURAIAN BERDASARKAN PERSPEKTIF DIMENSI PROSES


KOGNITIF DAN DIMENSI PENGETAHUAN

Pengajaran kandungan sesuatu matapelajaran lebih kukuh apabila ia dikaitkan dengan


Pengetahuan dan Kemahiran.

Terdapat pelbagai pegertian dan kefahaman tentang

pengetahuan dan klasifikasi pengetahuan mengikut ahli falsafah, ahli phisikologi sains dan ahli
pendidikan. Pada amnya, pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu fhenomena
akan terhasil daripada kombinasi pengalaman, persepsi, data, maklumat dan interprensi
peribadi seseorang. Berikut merupakan jenis-jenis struktur/dimensi pengetahuan.
i.

Pengetahuan Fakta

ii.

Pengetahuan Konsepsi

iii.

Pengetahuan berkaitan Prosedur

iv.

Pengetahuan Metakognitif

Gabungan diantara empat struktur tersebut dan 6 aras Taksonomi Bloom, sebuah struktur
ilmu akan dibuat berdasarkan topik dan subjek yang diajar. Antara aras Taksonomi Bloom
adalah seperti berikut:
i.

Pengetahuan

ii.

Kefahaman

iii.

Aplikasi

iv.

Analisis

v.

Sinthesis

vi.

Penilaian

Dengan mengabungkan perspektif dimensi proses kognisif dan dimensi pengetahuan, saya
akan membuat sebuah struktur ilmu pada Penghasilan Penulisan Kreatif dan Bukan
Kreatif dengan membuat huraian berdasarkan struktur pengetahuan. Setiap struktur
pengetahuan akan dibincangkan dengan 6 aras dari Taksonomi Bloom.

Guru merancangkan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tingkatan satu menurut
Struktur Ilmu ini. Pdp ini akan dijalankan di kelas selama selama satu minggu (4 hari, 60 minit).
Beberapa hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru dalam mengenalpasti pencapaian
akademik pelajar semasa pdp dijalankan. Setiap hasil pembelajaran akan dihuraikan pada
setiap perbincangan aras dibawah.

1.0 ARAS MENGINGATI


Fakta menyenarai
Konsep mengenali
Prosedur mengingati
Metakognitif - mengenal pasti
Hasil pembelajaran yang disediakan pada aras ini adalah: pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) perlu menyenaraikan (B-aras) kepelbagaian
pekerjaan wanita (C) sekurang-kurangnya 8 dari 10 pekerjaan (D) dalam masa 5 minit
(C) dari puzzle yang dipaparkan di slide. (ms 24 dlm nota)
Diberi keratan akbar yang dipotong dalam beberapa ayat ( C ), dalam masa tidak lebih
3 minit ( C ), pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) dapat menyusun (B) sekurang-kurangnya
3 ayat daripada 5 ayat (D) untuk menjadikan sebuah petikan
Pada permulaan pdp satu puzzle akan dipaparkan depan pelajar dalam bentuk power
point. Pelajar akan diberi arahan untuk menyenaraikan (pengetahuan fakta) perkataan yang
tersembunyi dalam puzzle tersebut dalam masa 5 minit. Pelajar perlu mengenalpasti apakah
tajuk yang akan diajar oleh guru hari ini mengikut jawapan / perkataan yang mereka mencari
daripada puzzle. Dalam usaha mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi, pelajar akan
diteliti tentang kepelbagaian pekerjaan wanita di sekitar kawasan mereka tinggal.
Seterusnya, guru akan memaparkan 4 kebaikan kebaikan warga wanita yang telah
berkahwin pergi bekerja di slide yang disediakan. Satu petikan mengenai kebaikan warga
wanita yang telah berkahwin pergi bekerja akan diberikan kepada pelajar. Pelajar perlu
membaca dengan senyap (Bacaan Mentalis) dalam 2 minit sebelum guru mula berbincang.

Guru akan menghuraikan setiap ayat yang terkandung dalam petikan bagi
memperkenalkan kerangka sesebuah petikan. (isi penting, huraian, contoh, ayat akhir).
Seterusnya, guru akan memberikan keratan kertas yang mengadungi ayat isi, ayat-ayat huraian,
ayat contoh dan ayat akhir kepada setiap kumpulan bagi pelajar dapat menyusun dan jadikan
ia satu petikan yang baik dalam masa 2 minit. Pelajar perlu mengingati ajaran guru mengenai
pembentukkan petikkan sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Guru akan betulkan
ayat murid jika tersalah susun dan menerangkan lagi supaya mereka dapat faham dan teliti
dengan kerangka petikan.

2.0 ARAS MEMAHAMI


Fakta meringkaskan
Konsep mengelaskan, diklasifikasikan
Prosedur menjelaskan
Metakognitif - meramalkan
Hasil pembelajaran yang disediakan pada aras ini adalah: pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) perlu mengelaskan (B-aras) ayat-ayat yang
dipaparkan dalam slide mengikut jenis ayat (C) sekurang-kurangnya 80% tepat dari 10
ayat (D) dalam masa 10 minit (C).
pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) perlu menjelaskan (B-aras) ciri-ciri ayat yang
dikategorikan seperti ayat permulaan petikan, ayat huraian, ayat contoh dan ayat akhir
(C), sekurang-kurangnya 5 ayat dari 10 ayat (D) yang dipaparkan dalam slide dalam
masa 5 minit (C).
Pelajar akan diterangkan lagi jenis dan ciri-ciri ayat bagi mewujudkan sesuatu petikan.
Guru akan menerankan ciri-ciri ayat dengan memberi contoh ayat yang releven kepada setiap
jenis ayat. Guru akan menyoal pelajar dengan beberapa soalan yang berteraskan pdp pada hari
tersebut. Kaedah ini dapat menyediakan satu platform kepad pelajar bagi menjawab kekeliruan
mereka dalam memahami jenis ayat. Antara soalan yang ditanya oleh guru adalah seperti
berikut:i.

Apakah yang anda faham mengenai kerangka karangan?

ii.

Apakah unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah kerangka karangan?

iii.

Apakah kebaikan membuat kerangka karangan sebelum menulis sebuah


karangan?

Seterusnya, Pelajar akan diberikan satu senarai ayat yang mengandungi ayat permulaan
petikan, ayat huraian, ayat contoh dan ayat mengakhiri petikan. Guru akan meminta pelajar
untuk mengelaskan setiap ayat mengikut jenis-jenis ayat dalam kumpulan. Pelajar perlu
mendapat 80% tepat daripada 10 ayat yang disenaraikan dalam jadual. Pelajar perlu
bekerjasama dengan kumpulan untuk dapat mengelaskan ayat dengan tepat.
Selepas itu, wakil dari setiap kumpulan akan diwajibkan untuk menjelaskan mengapa
ayat-ayat yang disenaraikan dalam jadual diklasifikasikan di bawah jenis tersebut. Pelajar
perlu memberi huraian yang teliti dan mudah difahami. Pelajar perlu menjawap mengikut
kefahaman mereka dengan menhuraikan ciri-ciri jenis ayat yang dipilih. Pelajar juga perlu
memberi contoh ayat yang selain daripada jadual.

3.0 ARAS MENGAPLIKASI


Fakta bertindak balas (menulis)
Konsep menyediakan (mencari idea)
Prosedur menjalankan (mempersiapkan)
Metakognitif penggunaan teknik (ciri-ciri ayat)
Hasil pembelajaran yang disediakan pada aras ini adalah: pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) perlu menulis (B-aras) satu petikan kelebihan warga
wanita pergi bekerja (C) dengan merujuk kepada isi yang diberikan oleh guru (C).
Panjang petikan pelajar tidak kurang daripada 20 patah perkataan (D). Petikan perlu
dipersiapkan (B-aras) dalam masa 30 minit (C).
Pelajar akan diberi satu isi kelebihan warga wanita yang berkahwin pergi bekerja. Isi
tersebit akan ditulis dalam papan hitam di hadapan pelajar. Guru akan mengarahkan pelajar
untuk tuliskan sebuah petikan mengenai kelebihan warga wanita yang berkahwin pergi
bekerja. Petikan yang ditulis oleh pelajar perluh dilengkapkan dengan isi penting, huraian,
contoh dan ayat yang mengakhiri isi petikan.

Pelajar juga perlu mengingat semula ciri-ciri ayat dan menggunakan teknik
pembinaan petikan sebelum menulis petikan. Pelajar perlu melengkapkan petikan tersebut
dengan ayat permulan iaitu isi bagi petikan serta huraian yang teliti. Pelajar juga perlu
menberikan contoh situasi kelebihan warga wanita pergi bekerja mengikut kefahaman mereka.

4.0 ARAS MENGANALISIS


Fakta memilih (dari senarai)
Konsep membezakan (kelebihan dan keburukkan)
Prosedur mengintegrasikan
Metakognitif meruntuhkan
Hasil pembelajaran yang disediakan pada aras ini adalah: pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) perlu membezakan (B-aras) kelebihan dan
keburukkan warga wanita bekerja selepas berkahwin (C) sekurang-kurangnya 3 faktor
tepat dari 5 faktor (D) dalam masa 10 minit (C) dari senarai jadual yang dipaparkan
dalam slide.
Guru akan memaparkan satu senarai jadual dalam bentuk slide sebelum memulakan
pdp. Pada mulanya, pelajar diberi masa 5 minit untuk membaca ayat-ayat yang terkandung
dalam senarai jadual tersebut. Jadual itu dilengkapi dengan faktor-faktor kelebihan dan
keburukkan warga wanita pergi bekerja.
Pelajar akan diberi masa untuk memilih faktor yang betul dan senaraikan dalam jadual
yang diedarkan dalam kelas mengikut kategori iaitu kelebihan dan keburukkan warga wanita
bekerja. Pelajar perlu membuat tugasan secara berpasangan. Mereka perlu senaraikan mengikut
keutamaan .
Selepas itu, guru akan menyemak jawapan pelajar dengan membuat perbincangan
dalam kelas. Guru juga akan membaca setiap faktor dan pelajar perlu menjawab faktor tersebut
dimasukkan di bawah kategori kelebihan atau keburukkan. Pelajar perlu menjawab mengapa
ia dikategorikan dibawah kategori yang dipilih.
Seterusnya, guru memberi tugasan dalam kumpulan bagi membandingkan kelebihan
dan keburukkan warga wanita bekerja selepas berkahwin. Guru akan mengagihkan dua

kumpulan dan memberikan satu kategori kepada satu kumpulan (kumpulan A: Kelebihan &
kumpulan B: Keburukkan). Guru memaklumkan pelajar bahawa Debat akan dilangsungkan
selepas perbincangan kumpulan bagi membandingkan kedua kategori tersebut.
Pelajar diberi masa untuk mencari isi dan huraian yang lengkap berserta contoh situasi
bagi faktor-faktor yang dipilih. Pelajar perlu bekerjasama antara satu sama lain dengan
memberi idea atau pendapat mereka berdasarkan perbincangan mereka. Pelajar perlu memilih
tiga orang pendebat yang mewakili kumpulan mereka bagi aktivi seterusnya.
Guru bersama pelajar akan mengaturkan kedudukan kelas untuk melaksanakan Debat.
Guru akan menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar sebelum
memulakan Debat. Tiga orang wakil dari kedua-dua kumpulan akan memulakan pendebatan
apabila guru memberi isyarat untuk mula. Pelajar pelajar yang lain perlu mengambil nota
daripada pendebatan tersebut serta dikehendaki salin dalam buku nota. Pelajar-pelajar dari dua
kumpulan yang berbeza kategori akan membandingkan kelebihan dan keburukkan warga
wanita bekerja setelah berkahwin dengan mengintegrasikan bukti dan maklumat yang
relevan.

5.0 ARAS MENILAI


Fakta menyemak
Konsep menentukan, memastikan
Prosedur menilai, mengganggap
Metakognitif mengimbas kembali
Hasil pembelajaran yang disediakan pada aras ini adalah: pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) perlu menyemak (B-aras) faktor-faktor yang
mendorong warga wanita yang berkahwin utuk bekerja (C) dari satu keratan akbar yang
diedarkan dalam kelas (C). Sekurang-kurangnya 3 faktor perlu disemak dari 5 faktor
(D) dalam masa 10 minit (C).
Guru akan mengedarkan satu salinan fotokopi keratan akhbar kepada semua pelajar
dalam kelas. Pelajar perlu membaca secara senyap (Bacaan Mentalis) bagi memahami
maklumat yang terkandung dalam petikan keratin akhbar. Setersnya pelajar perlu membaca

dengan bersuara (Membaca Mekanis) seorang demi seorang mengikut pilihan guru. Guru akan
membetulkan kesilapan pelajar serta mendidik mereka untuk membaca dengan betul.
Seterusnya, guru memberitahu pelajar untuk memyemak faktor-faktor yang
mendorong warga wanita yang berkahwin untuk bekerja. Pelajar perlu menyemak setiap faktor
dari petikan keratan akhbar serta salin dalam buku nota. Pelajar perlu menyalin faktor-faktor
tersebut dalam bentuk peta minda. Iatu faktor perlu ditulis di tengah dan huraian serta
maklumat sokongan perlu ditulis di sekitar faktor mengikut turutan. Kaedah ini membantu
pelajar dalam mengimbas kembali pembentukkan petikkan yang belajar dalam kelas. Guru
menanya soalan-soalan berikut sebagai panduan untuk membina peta minda.
i.

Senaraikan faktor-faktor yang mendorong kepada pekerja wanita yang


berkahwin untuk bekerja.

ii.

Pada pendapat anda, adakah wanita yang bekerja selepas berkahwin


akan membawa kepada kesinambungan yang positif dalam sesebuah
keluarga?

6.0 ARAS MENGHASILKAN


Fakta menjana, menghasilkan
Konsep berhimpun, mengumpul
Prosedur merekabentuk
Metakognitif - mewujudkan
Hasil pembelajaran yang disediakan pada aras ini adalah: pelajar tingkatan 1 Harmoni (A) perlu merekabentuk (B-aras) satu pelan kehidupan
bagi wanita janda yang berumur muda dalam masa 1 jam yang diberikan (C). Fakta
hendaklah ditulis dari 5 hingga 7 isi (D).
Sebelum menghakhiri sebuah pdp dalam kelas, guru mencadangkan pelajar untuk
mengumpul maklumat mengenai wanita janda. Pelajar perlu menjana maklumat daripada
pelbagai sumber seperti media bercetak dan juga tidak bercetak. Pada hari esok, pelajar perlu
membawa maklumat mengenai tugasan yang diberikan pada hari sebelumnya.

Pada permulaan pdp guru akan memberitahu pelajar untuk menghasilkan satu pelan
kehidupan bagi wanita janda yang berumur muda. Pelajar diberitahu untuk mengumpul
maklumat dari sumber yang dicari dan perbincangan antara ahli kumpulan. Pelajar akan
merekabentuk satu pelan kehidupan bagi wanita janda yang berumur muda berteraskan
pemerolehan maklumat dari hasil perbincangan dalam masa yang diberikan.
Seterusnya, wakil dari setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja kumpulan
iaitu pelan tersebut yang diwujudkan dalam kertas majung. Pelajar yang lain akan mendengar
serta menanya soalan bagi mendapat penjelasan yang cukup teliti. Guru juga akan
membetulkan pembentangan mereka jika menjumpa kesilapan yang perlu diperbaiki.

Anda mungkin juga menyukai