Anda di halaman 1dari 16

GGGR6243 PEMIKIRAN TINGGI DALAM

PENDIDIKAN SAINS

PENGHASILAN ITEM KBAT

NAMA PENSYARAH :
DR KAMISAH BINTI OSMAN

NAMA :

THARRMANTHIRAN A/L UTHAYAKUMARAN

(P105228)

1
Tumbuhan Tahun 4

Bahagian A

Arahan : Sila pilih jawapan yang sesuai.

1. Rajah 1 menunjukkan 1 penyiasatan.

Ramalkan apakah yang akan terjadi selepas satu minggu.

2. Rajah 2 menunjukkan satu pemerhatian yang dibuat pada sepasu pokok bunga
yang digantung terbalik di halaman rumah.

2
Rajah 2

Mengapakah pucuk tumbuhan ini tumbuh ke arah tersebut?

A. Pucuk bergerak balas terhadap udara

B. Pucuk bergerak balas terhadap graviti

C. Pucuk bergerak balas terhadap carbon dioksida

D. Pucuk bergerak balas terhadap matahari

3. Rajah 3 menunjukkan satu pemerhatian yang dibuat terhadap sebatang anak

pokok yang ditutup dengan kotak hitam yang berlubang selama satu minggu.

Rajah 3

Apakah kepentingan jenis gerak balas ini kepada tumbuhan?

A. Membantu tumbuhan mendapatkan air yang mencukupi

B. Membantu tumbuhan mendapatkan udara yang mencukupi

C. Membantu tumbuhan mendapatkan garam mineral yang mencukupi

D. Membantu tumbuhan mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi

4. Rajah 4 menunjukkan satu peringkat pertumbuhan biji benih kacang hijau.

Rajah 4

3
Mengapakah proses fotosintesis tidak dapat dijalankan pada peringkat ini?

A. Belum matang

B. Tiada daun hijau

C. Udara tidak dapat diserap

D. Akar tidak cukup panjang

5. Apakah yang terjadi kepada gula yang berlebihan dalam tumbuhan?

A. Disingkirkan daripada tumbuhan

B. Ditukar kepada kanji untuk disimpan

C. Ditukarkan kepada karbon dioksida untuk dibebaskan

D. Digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanan yang baharu

6. Rajah 5 menunjukkan susunan radas yang disediakan untuk satu penyiasatan

Rajah 5

Berdasarkan susunan radas dalam Rajah 5, apakah hipotesis bagi penyiasatan ini?

A. Tumbuhan memerlukan air untuk menjalankan proses fotosintesis

B. Tumbuhan memerlukan klorofil untuk menjalankan proses fotosintesis

C. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis.

D. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis

4
7. Rajah 6 menunjukkan satu tumbuhan pasu yang dimasukkan ke dalam sebuah
kotak hitam.

Rajah 6
Di manakah lubang perlu dibuat supaya tumbuhan akan tumbuh menegak dengan
subur?

A) P

B) Q

C) R

D) S

8. Rajah 7 menunjukkan tumbuhan yang diletakkan dalam keadaan mendatar.

Rajah 7

Apakah yang anda dapat diperhatikan selepas seminggu?

A. Pucuk dan akar akan membengkok ke bawah

B. Pucuk dan akar akan membengkok ke atas

C. Pucuk akan membengkok ke bawah dan akar akan membengkok ke atas.

D. Pucuk akan membengkok ke atas dan akar akan membengkok ke bawah.

5
Bahagian B

Arahan : Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan

1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan untuk mengkaji gerak

balas tumbuhan

Rajah 1

a) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian yang dibuat?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

b) Pada pendapat kamu, antara rangsangan air dengan rangsangan tarikan graviti,
akar akan bergerak balas terhadap rangsangan yang mana satu?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

c) Beri alasan bagi pendapat kamu di (b).

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

6
2. Rajah 2 menunjukkan satu proses hidup tumbuhan.

Rajah 2

a) Terangkan mengapa gas yang dihasilkan penting kepada manusia dan kehidupan
lain

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

b) Ramalkan apa yang akan berlaku kepada kehidupan lain jika tumbuhan tidak
menjalankan proses tersebut.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

3. Sekumpulan murid menyimpan dua pasu pokok berdaun hijau di dalam almari
gelap selama 24 jam supaya kanji pada daun habis digunakan. Mereka kemudian
menyediakan susunan radas seperti Rajah 3. Larutan kalium hidroksida digunakan
untuk menyerap karbon dioksida. Kedua-dua pasu didedahkan di bawah sinaran
matahari selama 4 jam. Sehelai daun daripada setiap pokok dipetik dan kehadiran
kanji diuji dengan larutan iodin. Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperoleh.

Rajah 3

7
Daun dari set Kehadiran kanji
P Tiada kanji
Q Ada kanji
Jadual 1

a) Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan ini?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

b) Adakah proses fotosintesis dijalankan oleh pokok dalam serkup kaca P?

Tandakan (/) pada jawapan yang betul.

Ya Tidak

Beri alasan kamu.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

c) Adakah proses fotosintesis dijalankan oleh pokok dalam serkup kaca Q?

Tandakan (/) pada jawapan yang betul.

Ya Tidak

Beri alasan kamu.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

8
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(1 markah)

4(a) Rajah dibawah menunjukkan Puan Siti melakukan sepasu pokok di tepi tingkap
dapurnya.

i) Selepas lima hari, ramalkan kedudukan pokok itu. Lakarkan pada rajah di atas.
(1 Markah)
ii) Berikan alasan kamu.

_________________________________________________________________
(1 Markah)

b) Rajah di bawah menunjukkan pokok menjadi layu apabila diletakkan di dalam

rumah walaupun disiram setiap hari.

Nyatakan satu faktor yang menyebabkan pokok menjadi layu.

___________________________________________________________________

(1 Markah)

BAHAGIAN A

9
Justifikasi soalan 1

Soalan ini terletak pada aras menilai dalam aras kesukaran taksanomi bloom. Saya
menyatakan begitu kerana soalan ini memerlukan murid menganalisis segala
keperluan pokok dan meramalkan keadaannya selepas seminggu.

Justifikasi soalan 2

Soalan ini terletak pada aras memahami dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan bahawa kerana murid perlu memahami fakta berkaitan keperluan
asas bagi tumbuhan sebelum menjawap soalan ini. Soalan ini memerlukan murid-
murid memahami dengan jelas setiap yang telah dipelajari sebelumnya untuk
menjawab soalan aras ini.

Justifikasi soalan 3

Soalan ini terletak pada aras memahami dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan bahawa kerana murid perlu memahami fakta berkaitan pelbagai
jenis gerak balas tumbuhan sebelum menjawap soalan ini. Soalan ini memerlukan
murid-murid memahami dengan jelas setiap yang telah dipelajari dan tujuannya
sebelumnya untuk menjawab soalan aras ini.

Justifikasi soalan 4

Soalan ini terletak pada aras menganalisis dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan bahawa kerana murid perlu menganalisis keadaan semasa pokok
tersebut lalu memberikan sebab keadaannya. Soalan ini memerlukan murid-murid
mengkaji dengan jelas setiap yang tercatat dalam soalan tersebut untuk menjawab
soalan aras ini.

Justifikasi soalan 5

10
Soalan ini terletak pada aras memahami dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan bahawa kerana murid perlu memahami fakta berkaitan proses
fotosintesis sebelum menjawap soalan ini. Soalan ini memerlukan murid-murid
memahami dengan jelas setiap yang telah dipelajari dan kesannya sebelumnya
untuk menjawab soalan aras ini.

Justifikasi soalan 6

Soalan ini terletak pada aras menilai dalam aras kesukaran taksanomi bloom Saya
menyatakan begitu kerana murid perlu memecah, mencerakinkan dan mengupas
fakta-fakta untuk mengkaji keperluan sesuatu tumbuhan bertumbuh secara subur
dan menegak secara mendalam termasuklah membandingkan dan membezakan
fakta dan maklumat tentang keperluan tumbuhan yang diperolehi daripada gambar
dan jawapan. Gambar dan jawapan soalan ini diberi dalam situasi supaya dapat
menguji kebolehan murid mengenalpasti isi tersirat da isi tersurat yang terdapat
dalam gambar serta jawapan yang telah diberikan pada soalan ini.

Justifikasi soalan 7

Soalan ini terletak pada aras mengaplikasi dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan begitu kerana soalan ini meminta murid menyelesaikan masalah
baru iaitu membentuk lubang yang baharu supaya tumbuhan akan tumbuh menegak
dan subur. Ciri soalan ini lebih kepada ‘problem-solving’. Masalah yang diberi
diselesaikan oleh murid dengan caranya tersendiri dengan mengemukakan idea
tersendiri menggunakan fakta dan pengalaman membuat penanaman. Aras ini
memerlukan murid memahami situasi yang diberi dan perlu menggunakan
kemahiran berfikir serta mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada murid.
Barulah murid dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan pendapatnya sendiri.

Justifikasi soalan 8

11
Soalan ini terletak pada aras menilai dalam aras kesukaran taksanomi bloom. Saya
menyatakan begitu kerana soalan ini memerlukan murid menganalisis segala
keperluan pokok dan meramalkan keadaannya selepas seminggu.

___________________________________________________________________

BAHAGIAN B

Justifikasi soalan 1 a)

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap menilai dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Hal ini kerana, bagi menyelesaikan soalan ini murid
perlu menilai sesuatu, membuat pertimbangkan ataupun justifikasi untuk mencapai
atau mendapatkan kesimpulan. Murid perlu mengenalpasti apakah faktor yang
gerak balas tersebut berlaku dengan menganalisis gambar yang diberi dengan teliti.
Dengan ini, murid perlu menilai dan pemprosesan data yang diterima daripada
soalan tersebut.

Justifikasi soalan 1 b)

Soalan ini terletak pada aras menganalisis dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan bahawa kerana murid perlu menganalisis keadaan semasa pokok
tersebut lalu memberitahu apakah rangsangan yang menyebabkan keadaan
tersebut. Soalan ini memerlukan murid-murid mengkaji dengan jelas setiap yang
tercatat dalam soalan tersebut untuk menjawab soalan aras ini.

Justifikasi soalan 1 c)

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap menilai dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Hal ini kerana, bagi menyelesaikan soalan ini murid
perlu menilai sesuatu, membuat pertimbangkan ataupun justifikasi untuk mencapai
atau mendapatkan kesimpulan.

Justifikasi soalan 2 a)
12
Soalan ini terletak pada aras mengingat dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan begitu kerana soalan ini hanya memerlukan murid mengenalpasti
fakta berdasarkan definisi ataupun kata kunci yang diberi. Oleh itu, pelajar hanya
mengingat proses fotosintesis yang telah dipelajari serta definisinya untuk memilih
jawapan yang betul. Seterusnya, saya juga menyatakan sebegitu kerana soalan ini
secara langsung kepada jawapan dan murid-murid tidak perlu berfikir panjang untuk
mendapatkan jawapan.

Justifikasi soalan 2 b)

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap menilai dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Hal ini kerana, bagi menyelesaikan soalan ini murid
perlu menilai sesuatu, membuat pertimbangkan ataupun justifikasi untuk meramal
atau membuat kesimpulan.

Justifikasi soalan 3 a)

Soalan ini terletak pada aras memahami dalam aras kesukaran taksanomi bloom.
Saya menyatakan bahawa kerana murid perlu memahami fakta dan maklumat yang
telah diberu dalam soalan sebelum menjawapnya. Soalan ini memerlukan murid-
murid memahami dengan jelas setiap yang ditunjukkan dalam soalan untuk
menjawab soalan aras ini.\

Justifikasi soalan 3 b)

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap menganalisis dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Saya menyatakan begitu kerana murid perlu memecah,
mencerakinkan dan mengupas fakta-fakta untuk mengetahui dan memberikan
justifikasi tentang keadaan semasa pokok tersebut. Tambahan pula, kata kerja ‘Beri
alasan’ membuktikan bahawa murid perlu menganalisis situasi yang diberi.

Justifikasi soalan 3 c)

13

alasan’ membuktikan bahawa murid perlu menganalisis situasi yang diberi

Justifikasi soalan 3 d

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap menilai dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Hal ini kerana, bagi menyelesaikan soalan ini murid
perlu menilai sesuatu, membuat pertimbangkan ataupun justifikasi untuk mencapai
atau mendapatkan kesimpulan. Murid perlu mengenalpasti apakah faktor yang
gerak balas tersebut berlaku dengan menganalisis gambar yang diberi dengan teliti.
Dengan ini, murid perlu menilai dan pemprosesan data yang diterima daripada
soalan tersebut.

Justifikasi soalan 4 a(i)

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap mencipta dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Saya menyatakan begitu kerana murid perlu memecah,
mencerakinkan dan mengupas fakta-fakta untuk mengetahui dan memberikan
justifikasi tentang keadaan semasa pokok tersebut. Seterusnya, murid-murid perlu
membuat keputusan daripada justifikasi yang telah dicarikan lalu melukiskan
kedudukan pokok dengan meramalkannya.

Justifikasi soalan 4 a(ii)

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap menganalisis dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Saya menyatakan begitu kerana murid perlu memecah,
mencerakinkan dan mengupas fakta-fakta untuk mengetahui dan memberikan
justifikasi tentang keadaan semasa pokok tersebut. Tambahan pula, kata kerja ‘Beri
alasan’ membuktikan bahawa murid perlu menganalisis situasi yang diberi.

14
Justifikasi soalan 4 b)

Saya menyatakan bahawa soalan ini terletak pada tahap menganalisis dalam aras
kesukaran taksanomi bloom. Saya menyatakan begitu kerana murid perlu memecah,
mencerakinkan dan mengupas fakta-fakta untuk mengetahui dan memberikan
justifikasi tentang keadaan semasa pokok tersebut. Tambahan pula, kata kerja ‘Beri
satu faktor’ membuktikan bahawa murid perlu menganalisis situasi yang diberi.

SKEMA JAWAPAN

15
Bahagian A

1) C 2) D 3) D 4) B
5) B 6) A 7) A 8) D

Bahagian B

1. a) Akar bergerak balas terhadap air

b) Air

c) Air merupakan keperluan asas tumbuhan

2. a) Oksigen yang dihasilkan diperlukan oleh manusia dan hidupan lain untuk

bernafas.

b) Semua hidupan yang lain tidak dapat hidup.

3. a) Kehadiran kardon dioksida.

b) Tidak. Tiada kanji pada daun.

c) Ya. Ada kanji pada daun.

d) Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses

fotosintesis.

4. a) i) Pucuk pokok menghala ke tingkap.

ii) Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya.

b) Tiada cahaya matahari bagi tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis

untuk menghasilkan makanan.

16

Anda mungkin juga menyukai