Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan / Teori :
Batuan dikelaskan kepada tiga jenis batuan iaitu batuan igneus, batuan enapan
dan batuan metamorfik. Batuan igneus terbentuk akibat penyejejukan magma dari
dalam kerak bumi. Batu enapan terjadi daripada pemendakan bahan-bahan di dalam
laut, sungai atau tasik atau dari pemendapan partikel mineral yang diangkut oleh air,
udara atau ais. Igneus dan enapan akan bertukar kepada batuan metamorfik apabila
didedahkan kepada suhu yang tinggi atau tekana atau kedua-dua sekali.
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahanbahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka
batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis
asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula
lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti
besi, aluminium dan magnesium.
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan.
Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada
batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini
disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter
hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut
atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut
adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses
pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini
terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang
kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan
mertgalami proses penghabluran semula.
Prosedur :
1. Sampel batuan yang terdapat di makmal diperhatikan.
2. Ciri-ciri setiap sampel batuan direkodkan dengan menggunakan Jadual 2.
3. Jisim setiap sampel batuan dikenalpasti dengan menggunakan formula jisim/isi
padu.
4. Daripada data yang telah dikumpul, nama-nama untuk setiap sampel batuan
dikenal pasti.
5. Teknik yang lain turut digunakan untuk mengelasifikasikan atau menamakan
setiap sampel batuan.
Keputusan :
Jisim
Isipadu
Ketumpatan
cm
g/cm
Granite Grey
50
20
2.5
Anthracite coal
70
15
4.67
Pegmatite
50
10.0
Quartz Sandstone
110
40
2.75
Kimberite
110
38
2.89
Limestone
70
35
2.00
Garnet Schist
100
30
3.33
Coal
60
50
1.20
Marble
53
20
2.65
Batu
Di samping itu, sebanyak 3 jenis sampel batuan lagi dikenal pasti dan
dikategorikan di bawah kumpulan batu malihan. Ketiga-tiga batu tersebut dapat
mendapat tahu bahawa kebanyakan batu tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan, rata
dan panjang. Ciri-ciri ini membuktikan batu-batu merupakan batu metamorfik. Hal ini
kerana, batu ini mengalami tekanan dan suhu yang tinggi, supaya menghimpit hablur
menjadi rata dan panjang. Ini menyebabkan batu tersebut menjadi keras dan stabil.
Kesimpulan :
Setiap batu-batuan (batu beku, batu endapan , batu malihan ) mempunyai ciri-ciri
spesifiknya. Jadi, ciri-ciri batu tersebut menentukan penggunaannya dalam kehidupan
seharian.
Rujukan :
hamilton, C. &. (2008). Rock Classification Chart. Didapatkan Mac 11, 2013,
daripada
http://www.scienceviews.com/geology/rockclassificationchart.html