Anda di halaman 1dari 4

Amali 1.

Mengenal pasti batuan Teori dan Pengenalan Batu-batuan boleh diklasifikasi kepada tiga jenis : batu igneus, batuan endapan, dan batuan metamorfisis. Batu igneus adalah batuan yang terbentuk akibat pembekuan magma; Batuan endapan adalah terbentuk dari proses pengendapanbahan lepas (fragmen) dalam laut,sungai, atau tasik atau bahan pengendapan seperti partikal mineral yang terangkut dari tempat asalnya oleh air, angin atau ais.Batuan metamorfisis terbentuk daripada batuan igneus atau batuan endapan yangtelah mengalami haba tinggi atau gabungan haba dan tekanan tinggi. Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c) batuan metamorfosis.

Batu Igneus Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan. 2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

BAHAN : Batu pasir, batu granit,batu basalt,batu marmar,batu kapur,batu granit merah.

RADAS : Silinder penyukat, penimbang gram, kamera.

Pemboleh Ubah Dimanipulasi : Jenis Batu Bergerak Balas : warna, berat,isipadu,kekilatan,kekerasan, lapisan,tektur dan coran. Dimalarkan : Lokasi batu ditemui.

Produser. 1. 6 jenis sampel batu-batuan yang diambil dari kawasan sekeliling tempat tinggal. 2. Perbezaan setiap batu dibincangkan dalam jadual di bawah. 3. Ketumpatan batu/batuan berkenaan diselidik dengan menggunakan hubungan batu/jisim. 4. Jenis batuan itu dinamakan dengan menggunakan kaedah data yang dikumpul. 5.Teknik-teknik mengklafikasi atau proses menamakan batuan boleh juga dinamakan.

KEPUTUSAN PEMERHATIAN. Jenis batu Batu pasir Granit Putih Kelabu Kelabu 4g 3cm3 8g 7 cm3 Tidak berkilat Berkilat sedikit Pecah jika Lapisan Berpasir ditekan keras sama Lapisan batu batu kecil Basalt hitam 3g 3cm
3

Warna Berat Isipadu Kilauan Kekerasan Lapisan

Tekstur

Corak

Putih berbiji

Tidak licin

Berbatu halus

Berkilat

keras

Lapisan kelabu dan hitam

Kasar

Hitam bergerigi

Marmar

Putih

2g

2cm3 2cm3 5cm3

Berkilat

Keras

Tiada lapisan

Licin

Putih bercorak

Batu kapur granit

Putih

2g

Kelam

Keras

Tiada lapisan

Kasar

Putih

Merah

4g

kelam

Keras

Tiada lapisan

kasar

Sama

Anda mungkin juga menyukai