Anda di halaman 1dari 6

Sekolah cemerlang memerlukan kepimpinan cemerlang.

Bincangkan
hujah ini dengan memberikan justifikasi yang menunjukkan pentingnya
kepimpinan guru besar dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Jelaskan bagaimana guru besar dapat merealisasikan usaha melahirkan
sekolah yang cemerlang

Pendahuluan

Guru Besar adalah orang yang paling bertanggungjawab di sekolah sama ada ia
berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran atau pelaksanaan semua dasar dan
amalan persekolahan. Seorang guru yang hebat memerlukan kualiti kepimpinan
untuk mengurus dan mentadbir sekolah untuk melancarkan pengurusan sekolah.
Murid yang berkualiti juga dapat dijana melalui guru besar yang mempunyai
kepimpinan yang baik. Selain itu, pelaksanaan dasar yang berkesan secara berkesan
dan inovatif juga sangat memerlukan kepimpinan guru besar yang berkesan.
Guru-guru besar perlu berfikiran jauh, proaktif dan berani untuk membuat perubahan
dalam minat dan masa depan murid. Guru besar juga perlu tahu bagaimana untuk
membimbing guru untuk meningkatkan keupayaan sekolah untuk menjadi cemerlang
dalam membentuk insan yang berguna. (Md Mohtar B Manan,2014) Dengan ini, kita
dapat membuat kesimpulan bahawa guru besar merupakan seorang insan yang
sangat penting yang akan mempengaruhi produktiviti sekolah tersebut. Jika guru
besar tidak dapat mempengaruhi suasana sekolah, beliau tidak akan dianggap
sebagai pemimpin yang baik.

1.0 Kepentingan kepimpinan guru besar dalam meningkatkan kecemerlangan


sekolah.

Mengikut Diksha Kashyap (2016), guru besar merupakan seorang individu yang
sangat penting dalam organisasi sekolah. Beliau memberitahu bahawa terdapat
lapan peranan guru besar yang menjadikan mereka penting. Antara peranan yang
diberitahu oleh beliau ialah, guru besar merupakan tulang belakang untuk sesebuah
sekolah dari pelbagai aspek. Ini bermaksud guru besar merupakan pemimpin,
pengarah urusan, penyelaras rakan dan ahli falsafah untuk sesuatu sekolah. Jika kita

1
abaikan guru besar, sudah tentu sekolah tersebut tidak akan dapat menunjukkan
kecemerlangan.

Selain itu, guru besar juga bertindak sebagai tukang kebun sekolah. Guru besar
merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menyemai kasih sayang dan
bimbingan dalam kalangan warga sekolah. Jika guru besar dapat menyemai
nilai-nilai yang baik, sekolah tersebut akan menjadi harmoni dan guru-guru akan suka
untuk bekerja dalam sekolah tersebut. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa guru besar
merupakan orang yang membawa suasana kerja yang positif dalam sesebuah
sekolah.

Ketiganya ialah, guru besar bukan hanya pemimpin pentadbiran sekolah dan
pengurusan tetapi beliau juga pemimpin masyarakat. Hal ini kerana beliau memimpin
warga sekolah yang mewakili sebuah masyarakat yang besar yang terdiri daripada
latar belakang yang berbeza. Jika kita melihat suasana sekolah, kita dapat melihat
gambaran masyarakat di sekolah tersebuat. Oleh itu, apabila guru besar meminpin
wakil masyarakat, beliau dianggap sebagai pemimpin masyarakat. Kita juga dapat
mengatakan bahawa masyarakat di sekeliling akan melihat guru besar sebagai
pemimpin kerana beliau akan mempunyai kepimpinan yang baik semasa meminpin
sekolah. Ini selaras dengan jenis kepemimpinan semula jadi.

Guru besar dianggap penting kerana beliau merupakan seorang yang berwawasan.
Beliau merupakan seorang yang mempunyai semangat yang tinggi, pentadbir yang
berkebolehan. Oleh itu, guru besar boleh dianggap sebagai tokoh berwawasan bagi
pelajar dan masyarakat. Warga sekolah dapat melihat beliau sebagai seorang yang
mempunyai visi dan misi yang sangat baik.

2.0 Bagaimana guru besar dapat merealisasikan usaha melahirkan sekolah


yang cemerlang

Pertama sekali, sebagai seorang guru besar, beliau sendiri kena sedar akan kuasa
beliau. Guru besar perlu tahu apakah bidang kuasa beliau dan tahu bagaimana untuk

2
menggunakan kuasa tersebut dengan efisyen. Apabila guru besar sedar, ini akan
memberikan satu kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul oleh beliau. Jika
seseorang guru ingin menjadi seorang guru besar yang efisyen, beliau perlu
mengetahui tentang dirinya dan sekitar beliau. Ini akan menjadi motivasi kepada diri
sendiri untuk memimpin sekolah tersebut.

Keduannya ialah, seorang guru besar perlulah proaktif dan menekankan


permuafakatan dan persamaan. Guru besar pelulah membina suasana yang baik
untuk semua warga sekolah (Berry, 2002). Guru besar juga boleh berkongsi
tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan
kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada
pemimpin sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat
memberikan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, serta sedar
dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki
amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya ialah, guru besar yang berkepimpinan boleh berkongsi wawasan dan
matlamat yang sama. Ini bermaksud warga sekolah akan mempunyai persamaan dan
dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi. Ini juga menunjukkan bahawa
pentadbiran sekolah mengamal pengurusan secara konsisten, berdasarkan piawai
disiplin yang ditentukan oleh sekolah. Dengan ini, warga sekolah akan bekerjasama
dan melibatkan diri secara sepenuhnya dalam aktiviti sekolah untuk kemajuan
bersama. Ini akan memotivasikan warga sekolah untuk mencapat matlamat yang
ditetapkan bersama. Apabila warga sekolah berkongsi matlamat, mereka akan
menganggap semua yang lain sebagai keluarga dan memberikan komitmen mereka
yang tinggi. Secara tidak langsung, guru besar akan menjadi model kepada guru lain
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan (Management Study Guide, 2011).

Guru besar yang baik juga perlu memastikan bahawa guru menggunakan teknik dan
kaedah yang terkini untuk mengajar murid. Guru besar boleh menghantar guru ke
kursus yang diadakan dan minta mereka untuk mengaplikasinya dalam kelas (The
Wing Institute, 2017). Mereka juga akan mengajar guru lain supaya semua guru dapat
mengaplikasinya. Dengan ini, guru-guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru untuk mengajar dengan menggunakan kaedah

3
mengajar yang terkini. Beliau juga boleh selalu mengawasi guru dan prestasi murid.
Guru besar dan guru-guru akan mengawas kemajuan murid berpandukan kepada
kehendak dan objektif pengajaran. Guru besar dapat menentukan sejauh mana
tujuan sekolah telah dicapai.

Seterusnya, guru besar perlu mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid,
kegiatan sukan, persatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya. Melalui penyeliaan ini,
beliau dapat tahu bagaimanakah disiplin murid yang ada di sekolah tersebut dan
prestasi mereka secara menyeluruh. Ini akan membolehkan guru besar untuk
mengambil langkah yang seterusnya untuk meningkatkan prestasi sekolah tersebut.
Contohnya, jika disiplin murid kurang memuaskan, beliau dapat berbincang dengan
guru disiplin dan guru kelas untuk mengetahui apakah masalah murid. Dengan ini,
guru besar dan guru-guru lain dapat berbincang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah yang dihadapi. Ini akan menyebabkan sekolah tersebut untuk mendapat
nama yang baik dan meningkatkan prestasi sekolah tersebut.

Guru besar juga perlu membentuk hubungan yang baik dan berkesan dengan pihak
luar seperti ibu bapa dan organisasi-organisasi untuk melahirkan sekolah yang
cemerlang. Jika pihak luar bekerjasama dengan sekolah sudah tentu murid akan
dapat mencapai kemajuan yang lebih baik. Contohnya, apabila ibu bapa selalu
terlibat dengan aktiviti sekolah, guru dapat bekerjasama dengan ibu bapa untuk
membantu anak mereka untuk belajar dengan baik. Jika sekolah bekerjasama
dengan organisasi luar yang dapat membekalkan peruntukan, mereka akan dapat
peralatan atau bahan yang memudahkan pembelajaran murid. Ini sekaligus
meningkatkan prestasi murid dalam semua aspek.

Kesimpulan

4
Kesimpilanya, kepimpinan ketua sekolah mempunyai kesan yang besar terhadap
perkembangan sekolah. Dalam erti kata lain, prestasi sekolah itu, boleh ditentukan
dengan melihat bagaimanakah guru besar sekolah tersebut memainkan peranan
sebagai pemimpin yang baik. Oleh itu, guru besar perlulah mempunyai kepimpinan
yang baik supaya dapat menyumbang dengan baik untuk sekolah beliau.

Bibliografi

Berry, M.A., (2012). Healthy School Environment and Enhanced Educational


Performance. Diperolehi dari:

https://www.ciriscience.org/a_314-Healthy-School-Environment-and-Enhanced-E
ducatio nal-Performance

Diksha Kashyap, (2016). Headmaster: Importance and Qualities of a Headmaster.


Diperolehi dari:

http://www.yourarticlelibrary.com/essay/headmaster/headmaster-importance-and
-qualities-of-a-headmaster/63735/

Management Study Guide, (2011). Leadership and Motivation. Diperolehi dari:

https://managementstudyguide.com/leadership-motivation.htm

5
Md Mohtar B Manan, (2014). Leadership Characteristicsof Excellent Headmaster.

Diperolehi dari:

http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.835.3737&rep=rep1&t
ype=pdf

The Wing Institute, (2017). Teacher Competencies. Diperolehi dari:


http://www.winginstitute.org/quality-teachers-compentencies

Anda mungkin juga menyukai