Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan video tersebut:

a. Nyatakan kebaikan/kelebihan kaedah PdP yang diaplikasikan oleh guru Sejarah


tersebut.

kaedah PdP yang diaplikasikan oleh guru Sejarah tersebut adalah kaedah
pembelajaran koperatif dan kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah bagi mengajar topik Mari
Belajar Sejarah kepada murid-murid tahun 4.

Antara kebaikan kaedah PdP yang diaplikasikan oleh guru Sejarah tersebut adalah
dapat mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep gali cari yang dipelajari di dalam
kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan
menyeronokkan. Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu
pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk
belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta
maklumat. Aspek keselamatan juga diberi penekanan sepanjang tempoh pembelajaran di
tapak arkeologi sekolah tersebut. Selain itu, pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar
bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan
masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai kaedah gali cari.

Antara kelemahan kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang diaplikasikan oleh
guru Sejarah tersebut adalah masa yang diperuntukkan untuk murid melaksanakan aktiviti
gali cari di tapak arkeologi sekolah tersebut adalah terlalu
singkat. Ini menjadikan murid-murid tidak mendapat pendedahan yang lebih mendalam
mengenai bidang arkeologi.

b. Berikan cadangan penambahanbaikan kaedah tersebut.

Bagi mengatasi kelemahan tersebut adalah aktiviti ini perlu dilaksanakan sepanjang
tahun secara berkala agar murid- murid didedahkan dengan kaedah gali cari dan
pengetahuan mengenai sejarah. Ini dapat membantu murid-murid memahami bidang
arkeologi yang dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4. Masa untuk melaksanakan
aktiviti ini perlu lebih lama, terutamanya semasa sesi penerangan agar murid-murid
mendapat pengetahuan yang secukupnya mengenai prosedur gali cari.

c. Cadangan 1 aktiviti PLBD yang sesuai dilaksanakan oleh guru Sejarah

Antara aktiviti PLBD yang sesuai diaplikasikan oleh guru Sejarah adalah 1 Murid 1 Muzium.
Aktiviti IMIM merupakan satu program pembangunan sahsiah murid dan guru di sekolah
yang menggalakkan setiap murid dari Tahap 2, Tahun 4 di sekolah rendah dan di sekolah
menengah dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 melawat sekurang-kurangnya sebuah
muzium dalam tempoh satu tahap persekolahan. Penggunaan muzium sebagai salah satu
kaedah pembelajaran secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kebergantungan
kepada modul buku dan masalah kebosanan kerana muzium dapat memberikan
pengalaman baharu melalui himpunan koleksi yang menarik dan unik.

Anda mungkin juga menyukai