Anda di halaman 1dari 7

facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009).

Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna facebook boleh mempamirkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi. Pengguna facebook juga boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama, bertukar-tukar pandangan dan gambar, mencari artis yang di minati dan berhubung dengan mereka secara maya dengan pengguna lain.

Facebook merupakan satu jaringan sosial yang di perkenalkan pada 4 februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College. Akan tetapi, dua bulan kemudian, penggunaannya diperluas ke universiti lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua univeristi yang termasuk dalam Ivy League. Sehinggalah akhirnya facebook boleh di gunakan di seluruh dunia. semua penggunan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook (Riri Satria, 2008). Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50% penggunanya aktif mendaftar masuk ke facebook setiap hari. Ertinya paling tidak ada 175 juta pengguna setiap 24 jam sekali. Facebook juga memiliki jumlah anggota hingga 350 juta di dunia. Lebih dari 35 juta pengguna facebook mengemaskini statusnya setiap hari. Gambar yang dimasukkan di facebook telah meningkat 100%, saat ini sekitar 2,5 juta gambar telah dimasukkan ke laman facebook setiap bulan. Lebih dari 700,000 perniagaan mengaktifkan halaman penggemar di facebook . Statistik menunjukkan peratusan pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki. Pengguna facebook seluruh dunia sehingga Februari 2010 ialah seramai 316,402,840 (statistik jaringan sosial, 2010). 2.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas.. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mempunyai facebook, rancangan di TV3 mempunyai facebook, Awal Shaari mempunyai facebook, Perdana Menteri Dato Seri Najib pun mempunyai facebook yang sudah mempunyai hampir tiga puluh ribu orang rakan dan ramai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai facebook. Penggunaan facebook boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah penggunaannya juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, univeristi, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari pengaruh, menambah kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat,

sekadar berkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawankawan lama dan macam-macam lagi. Ungkapan satu musuh terlalu banyak dan seribu kawan terlampau sedikit menemukan iklimnya di jaringan sosial seperti facebook. Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris. Setiap kali kita masuk ke laman facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman facebook mereka. Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana facebook menjadikan kumunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama facebook. Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang sesuai di tempat yang menarik, pasti ramai yang akan memberi cadangan yang menarik. Melalui facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang, contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan. Sudah tentu laman sosial yang dimaksudkan itu adalah facebook (Salman, 2010).

Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaian pengguna menggunakan facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu taksub dengan facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat dijangkakan. Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut. Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya. 3.0 FACEBOOK SEBAGAI TEMPAT PENYEBARAN FITNAH Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah di ruangan facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang (UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positif namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com). Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak untuk bermain Games Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah. Sebagai siswa-siswi yang bertanggungjawab kita perlu pandai menguruskan masa untuk menggunakan jaringan sosial ini agar digunakan dengan betul dan sesuai pada waktunya. Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti facebook bukan perjuangan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana mereka takut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan facebook, dapat menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yang terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan. Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan seseorang dijatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika ditanya kepada pakcikpakcik di kedai kopi, makcikmakcik dipasar dan juga budakbudak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa

itu facebook. Facebook bukan sahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium ini boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini. Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka? Contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat didalam shout box facebook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang yang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataankenyataan yang bodoh di dalam facebook? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegehhegeh merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komenkomen kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang mereka lakukan. Dan setelah kontorversi yang dilakukan oleh mereka mendapat bantahan orang ramai barulah mereka terhegeh hegeh hendak meminta maaf. Mereka sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pengguna facebook sebelum ini yang telah ditahan pihak berkuasa kerana kesilapan yang dibuat oleh mereka, bukannya terhegehhegeh meminta maaf setelah melakukan kontroversi. Walaupun mereka semua ini sudah memohon maaf diatas tindakan tidak berakal mereka ini, belum tentu semua orang akan memaafkan mereka. Memang benarlah pepatah orangorang tua, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sampai bilabila perbuatan mereka akan dikenang oleh orang ramai. Malah ada yang menunggu masa untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Usaha menjatuhkan seseorang melalui facebook sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isuisu seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di facebook sekarang dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah atau pendapat anda di facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.

4.0 FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN. Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya memanfaatkan jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui facebook ini melalui perbincangan, forum atau isu yang menarik yang boleh dibincangkan bersama rakan-rakan. Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diartikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun khutbah-khutbah yang dilakukan ahli agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tidak terbendung lagi, maka aktiviti syiar juga berkembang sesuai dengan era ini. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur, 2009). Selain daripada itu, penghantaran nota kuliah dan perkongsian ilmu pengetahuan yang baru boleh diwujudkan melalui facebook. Video-video yang menarik dan bermanfaat boleh dikongsi bersama rakan-rakan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada dan mengetahui mengenai perkembangan isu semasa di seluruh dunia. penggunaan facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku. Melalui facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran makanan. Seperti kegemaran makan nasi ayam penyet. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan Kumpulan Nasi Ayam Penyet. Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai maklumat yang menarik tentang nasi ayam penyet dan pengalaman makan nasi ayam penyet. Ia semestinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi. Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti Google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.

5.0 FACEBOOK MAMPU MEWUJUDKAN HUBUNGAN SATU MALAYSIA Apa yang kita sedia maklum, telah wujud facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat. Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat). Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya. Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan, beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysiainsider, 2010). Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam facebook 1 Malaysia. 6.0 KESIMPULAN Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan keburukan facebook yang kita boleh perolehi. Sebenarnya

semua bergantung kepada cara kita menggunakan facebook tersebut. Penggunaan facebook yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunaan facebook yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik. Hubungan antara rakyat di Malaysia juga akan lebih harmoni dan sejahtera apabila semua rakyat Malaysia mempunyai semangat perapaduan 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai