Anda di halaman 1dari 15

KEBERKESANAN TEKNIK “PITaP” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENJAWAB ESEI SEJARAH STPM

YATIMAN BIN KARSODIKROMO


SYLVESTER MICHEAL MIJEL

SMK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


2018

1
Keberkesanan Bengkel “PITaP” Dalam Meningkatkan Kemahiran
Menjawab Esei Sejarah STPM

YATIMAN BIN KARSODIKROMO


SYLVESTER MICHEAL MIJEL
SMK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan teknik “PITaP” dalam usaha
mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam menjawab soalan esei Sejarah bagi ketiga-tiga
penggal. Kumpulan sasar melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 6 UTM di Sekolah Menengah
Kota Samarahan, Sarawak. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 21 orang
perempuan. Fokus kajian timdakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis
jawapan esei Sejarah dengan mengenalpasti kriteria-kriteria yang perlu ada dalam jawapan
pelajar. Tinjauan awal terhadap latihan menjawab soalan esei Sejarah, di dapati pelajar tidak
dapat memberi jawapan mengikut tahap yang dikehendaki. Kesemua pelajar mendapat
keputusan gagal dalam ujian bulanan 1 dan ujian diagnostik. Pelaksanaan kajian: Pendekatan
kajian dokumen dan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan soal selidik serta bengkel telah
digunakan dalam kajian ini. Satu jenis instrumen kajian digunakan iaitu Soal Selidik
Keberkesanan Teknik “PITaP” yang dihasilkan oleh pengkaji sendiri. Data soal selidik di
tadbir dan dianalisis secara online menggunakan perisian Google Forms for
Windows.Dapatan soal selidik menunjukkan tahap keyakinan pelajar untuk lulus cemerlang
meningkat dari 16% (4 orang) kepada 76% (19 orang), manakala 100% calon mengatakan
bengkel ini sangat membantu mereka dalam menjawab soalan esei Sejarah. Selepas tiga
penggal STPM dilaksanakan, teknik ini telah berjaya membawa kelulusan 100% kelulusan
kepada pelajar malah pelajar juga mendapat gred yang lebih baik.

Kata Kunci:Bengkel PITaP, Bengkel Sejarah STPM, Cemerlang STPM, Sejarah STPM,

1.0. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran/Isu Lalu

Sejak 2012, sukatan pelajaran yang baharu dikenali sebagai Sistem Modular mula digunakan
menggantikan sukatan pelajaran yang lama (Sistem Terminal). Menurut Majlis Peperiksaan
Malaysia, sukatan pelajaran ini memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran
sejarah seperti kemahiran menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional
dalam kalangan calon. Di dalam sistem modular, pelajar akan diuji melalui peperiksaan
penggalan. Kemahiran menjawab soalan esei merupakan satu kemestian bagi pelajar Tingkatan
Enam. Mereka di kehendaki menjawab empat soalan esei dengan masa yang diperuntukkan
hanya tiga puluh minit bagi setiap esei tersebut. Semasa menjawab didapati pelajar masih

2
terpengaruh dengan cara menjawab di peringkat SPM. Pelajar mempunyai kemahiran
menjawab yang amat rendah. Pelajar hanya mampu menyatakan isi dalam bentuk pengetahuan
dan kefahaman tetapi gagal dalam memberi huraian di peringat aplikasi, analisis mahupun
sintesis. Waima, isi-isi yang dikemukakan turut terikat kepada fakta yang diingat atau dihafal
semata-mata.
Masalah-masalah tersebut merupakan satu halangan besar untuk memperoleh markah
esei yang terbaik. Walaupun saya mengesan beberapa masalah seperti pelajar tidak bersedia,
penggunaan bahasa yang kurang tepat dan sebagainya tetapi kajian ini memfokuskan kepada:
a. Kelemahan calon dalam menulis pengenalan
b. Kelemahan calon dalam mengemukakan isi-isi jawapan
c. Kelemahan dalam menggemukkan taakulan
d. Kelemahan calon dalam mengemukakan penutup yang baik

Dengan mengenal pasti elemen-elemen yang diperlukan dalam jawapan esei secara
tersusun, satu langkah mengatasi masalah tersebut perlu dilakukan kerana matlamat akhir
peringkat STPM adalah mendapat keputusan yang cemerlang.

2.0. Isu Keprihatinan/Fokus Kajian

Fokus kajian ini melihat kepada cara atau teknik yang perlu dikuasai oleh murid melalui
bengkel yang dipanggil “PITaP”. PITaP merupakan singkatan kemahiran menulis pengenalan,
isi, taakulan dan penutup. Akronim ini merupakan satu cara pelajar perlu sentiasa ingat apabila
menjawab soalan esei, mereka perlu ada kesemua perkara tersebut. Teknik ini diharap mampu
membantu pelajar menjawab mengikut kriteria-kriteria jawapan yang dikehendaki dalam rubik
penskoran. Di akhirnya, bengkel ini diharap dapat membantu pelajar lulus dengan cemerlang
atau setidak-tidaknya lulus dalam peperiksaan sebenar STPM nanti.

3.0. Objektif Kajian

3.1. Objektif Umum


Meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei Sejarah secara klinikal melalui teknik
“PITaP”

3.2. Objektif Khusus

3.2.1. Murid dapat menguasai kemahiran menjawab pengenalan mengikut tiga


kriteria ditetapkan.
3.2.2. Murid dapat menulis isi penting berserta dengan isi-isi sampingan dan
contoh-contoh yang sesuai (sekurang-kurangnya 4 isi dan 1 contoh (jika
berkenaan)
3.2.3. Murid dapat menguasai kemahiran menaakul secara logik dan jelas
dalam perenggan isi.
3.2.4. Murid dapat menguasai kemahiran menulis rumusan yang bermakna di
bahagian penutup.
3.2.5. Murid mencapai sekurang-kurangnya gred lulus (C) dalam peperiksaan
sebenar.

3
4.0. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar Tingkatan 6 UTM yang terdiri daripada 4 lelaki dan 21
perempuan STPM sesi 2017. Mereka mempunyai pencapaian markah yang rendah dalam ujian
bulanan 1 dan Ujian Diagnostik yang telah diadakan pada Mac 2016 yang lepas.

5.0. Pelaksanaan Kajian

5.1. Tinjauan Masalah


Ketika latihan menjawab soalan esei Sejarah, di dapati pelajar tidak dapat memberi jawapan
mengikut tahap yang dikehendaki. Ini selaras dengan dapatan kajian oleh Haslina & Mastura
(2016) yang mengatakan pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang setaraf dengan tahap
pelajar STPM. Pelajar juga sangat terikat dengan isi-isi fakta yang dihafal melalui nota atau
buku-buku rujukan semata-mata. Hasmah & Narimah (2016) berpendapat, pelajar tidak dapat
melihat peristiwa-peristiwa secara keseluruhan atau urutan berterusan. Ringkasnya pelajar
hanya memuntahkan kembali isi-isi yang diingati sahaja.

Semakan terhadap markah ujian 1 dan Diagnostik turut mendapati pelajar gagal
menyatakan isi utama secara jelas pada setiap perenggan isi. Pelajar juga gagal mengemukakan
isi-isi sampingan sebagai huraian. Pelajar juga gagal menggabungkan setiap isi sampingan
menjadi isi yang bersatu bagi membentuk satu gagasan perenggan isi yang bermakna. Pelajar
juga gagal mengemukakan isi-isi contoh yang relevan dengan isi utama dan terakhir pelajar
gagal mengemukakan idea berbentuk aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian iaitu pemikiran
aras tinggi (KBAT). Aplikasi KBAT dalam jawapan pelajar seharusnya diterjemahkan dalam
menaakul sesuatu isu atau esei iaitu mampu berfikir secara lebih matang dalam membuat
keputusan, mampu membuat pertimbangan dan penilaian. Menurut Anida Hussain (2016),
teknik KBAT yang digunakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dalam penyediaan skema
jawapan pelajar amat sukar. Oleh itu, bagi mendapatkan jawapan yang dianggap setaraf STPM,
masalah-masalah tersebut perlu diatasi bagi mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik.

5.2. Analisis Tinjauan Masalah

Analisis pemerhatian ini dilakukan melalui semakan latihan-latihan esei, ujian bulanan
dan diagnostik yang diberi kepada pelajar. Empat aspek utama diberi perhatian dalam analisis
ini iaitu kebolehan pelajar menulis pengenalan, menulis perenggan isi, taakulan dan penutup.
Aspek ini sangat penting kerana berkait langsung dengan aspek pemarkahan esei iaitu
pengetahuan (8 markah), taakulan (6 markah) dan komunikasi (6 markah).

Pada bahagian pengenalan, pelajar gagal mengemukakan sama ada definisi konsep, latar
belakang dan penegasan soalan. Malah pelajar turut gagal menjawab kata tugas dalam soalan
seperti bandingkan, bincangkan, sejauh manakah dan lain-lain. Di bahagian isi, di dapati
pelajar hanya mempunyai pengetahuan yang terhad terhadap sesuatu fakta. Pelajar gagal
mengusai isi-isi pelajaran dengan baik. Mereka hanya memberi fakta yang diingat tanpa
memberi huraian. Huraian pula pada aras yang rendah iaitu berbentuk pengetahuan dan
kefahaman. Pelajar gagal memberi jawapan pada aras taakulan yang lebih tinggi. Ini

4
menyebabkan jawapan mereka tidak setaraf dengan apa yang dikehendaki pada peringkat
STPM. Pelajar juga gagal memberikan contoh-contoh yang sesuai pada isi. Mereka gagal
mengaitkan isi utama dengan sokongan isi-isi huraian dan isi contoh. Mereka tidak berani
mencerakin isi jawapan. Kemahiran mencerakin merujuk kepada pemikiran kreatif dan
melahirkan idea yang asli. Gagasan baru ini terbentuk apabila ilham atau pengetahuan sedia
ada digabungkan dan dicerna. Pemikiran kreatif melibatkan proses-proses seperti menjana
idea, menghubung kait, membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, mensintesiskan,
mengitlak dan membuat gambaran mental. Ini bermakna pelajar sangat lemah dalam membuat
taakulan. Di bahagian penutup, terdapat pelajar yang tidak menulis. Pelajar gagal menunjukkan
kefahaman terhadap soalan atau tajuk, gagal memberi pandangan berdasarkan fakta.

Berdasarkan Ujian Bulanan 1 dan Ujian Diagnostik, saya dapati markah murid di bawah
30 markah. Markah murid ditunjukkan seperti Jadual 1 di bawah:

Jadual 1:

Analisis keputusan Ujian Bulanan dan Ujian Diagnostik

Sebelum Bengkel
Tema1 Diagnostik
BIL NAMA % Gred % Gred
14 F 11 F
1 Responden 1
2 F 16 F
2 Responden 2
2 F 14 F
3 Responden 3
10 F 7 F
4 Responden 4
4 F 14 F
5 Responden 5
14 F 13 F
6 Responden 6
9 F 19 F
7 Responden 7
7 F 11 F
8 Responden 8
9 F 13 F
9 Responden 9
12 F 11 F
10 Responden 10
7 F 11 F
11 Responden 11
13 F 20 F
12 Responden 12
9 F 13 F
13 Responden 13

5
9 F 9 F
14 Responden 14
9 F 16 F
15 Responden 15
11 F 7 F
16 Responden 16
9 F 9 F
17 Responden 17
7 F 14 F
18 Responden 18
9 F 12 F
19 Responden 19
6 F 10 F
20 Responden 20
7 F 13 F
21 Responden 21
4 F 21 F
22 Responden 22
10 F 14 F
23 Responden 23
2 F 13 F
24 Responden 24
10 F 13 F
25 Responden 25

Berdasarkan analisis Jadual 1 di atas, di dapati hampir semua pelajar gagal dengan
markah tertinggi hanya seorang iaitu 21 markah. Sangat menakutkan apabila 100% (25 orang)
pelajar gagal. Lanjutan daripada keputusan tersebut, saya mengedarkan satu lagi soal selidik
bertujuan mengenal pasti kelemahan calon dalam menjawab soalan esei Sejarah. Saya
membina sendiri soal selidik berasaskan kepada kriteria yang perlu ada dalam jawapan esei
sejarah. Soalan selidik ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman murid dalam empat
perkara iaitu pengenalan, isi, penaklukan dan penutup. Sebanyak 12 soalan dikemukakan.
Pelajar hanya perlu menandai jawapan 1. Ya, 2. Tidak dan 3. Tidak Pasti. Soal selidik ini
dijalankan secara dalam talian menggunakan perisian Google Forms. Kaedah ini dipilih kerana
peratus jawapan pelajar akan terus dipamerkan dengan tepat. Hasil kaji selidik ditunjukkan
pada Jadual 2.

6
Jadual 2:

Analisis Soal Selidik Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Menjawab Soalan Esei Sejarah
Sebelum Bengkel
Bil Perkara Sebelum
Ya Tidak T.Pasti
1 Adakah anda tahu cara menulis definisi konsep 18 4 3
(72%) (12%) (12%)
2 Adakah anda tahu cara menulis latar belakang dalam 15 4 6
pengenalan (60%) (16%) (24%)
3 Adakah anda tahu cara menulis penegasan/kata kunci 15 5 5
terhadap soalan dalam pengenalan (60%) (20%) (20%)
4 Adakah anda tahu dalam perenggan isi sekurang-kurangnya 22 1 2
terdapat tiga perkara utama (88%) (4%) (8%)
5 Adakah anda tahu cara menulis isi utama 12 6 7
(48%) (24%) (28%)
6 Adakah anda tahu isi utama perlu disokong dengan isi-isi 16 6 3
sampingan (64%) (24%) (12%)
7 Adakah anda tahu isi utama perlu disokong dengan contoh- 17 3 5
contoh (jika sesuai) (68%) (12%) (20%)
8 Adakah anda tahu cara membuat taakulan dalam perenggan 9 12 4
isi (36%) (48%) (16%)
9 Adakah anda mempunyai kemahiran dalam membuat 0 18 7
taakulan (0%) (72%) (28%)
10 Adakah anda mengaplikasikan kemahiran menaakul semasa 7 10 8
menjawab (28%) (40%) (32%)
11 Adakah anda menulis perenggan penutup dengan baik 4 6 15
(16%) (24%) (60%)
12 Adakah anda yakin boleh lulus dengan cemerlang? 4 6 15
(16%) (24%) (60%)

Dapatan kaji selidik menunjukkan untuk elemen pengenalan, skor menunjukkan 72%
mengetahui cara menulis definisi konsep, 60% mengetahui cara menulis latar belakang kajian
dan 60% cara menulis penegasan isi tetapi sebenarnya murid hanya tahu bahawa mereka perlu
menulis pengenalan tetapi bukan mahir dalam menulis kandungan pengenalan seperti definisi
konsep, latar belakang dan penegasan.

Bagi bahagian isi, soal selidik di tanda dengan soalan pada nombor 4, 5, 6, 7, dan 8.
Dapatan menunjukkan bahawa semua pelajar mengetahui mereka perlu mengemukakan tiga
isi utama dalam perenggan isi. Namun, 13 orang murid(52%) menyatakan mereka tidak tahu
cara menulis isi utama. Walaupun pelajar mengetahui dalam perenggan isi memerlukan isi-isi
sampingan dan contoh tetapi dalam jawapan sebenar pelajar gagal mengemukakan perkara
tersebut. Demikian juga dalam bahagian isi, 16 orang (64%) menyatakan tidak tahu menulis
taakulan dalam perenggan isi.

Soal selidik yang memberi fokus kepada keupayaan murid membuat taakulan di nyatakan
melalui soalan bernombor 9 dan 10. Dapatan menunjukkan bahawa 25 orang murid (100%)
tidak mempunyai kemahiran dalam membuat taakulan. Mereka juga menyatakan 72% (18
orang) tidak mengaplikasikan taakulan dalam jawapan. Kegagalan mengaplikasikan taakulan
7
tidak membantu pelajar membentuk konsep kandungan keseluruhan sesuatu bab (Hasmah &
Narimah, 2016).

Soal selidik mengenai kemahiran dalam membuat penutup dinyatakan dalam soal selidik
no 11. Dapatan menunjukkan bahawa 21 orang murid (84%) tidak menulis penutup dengan
baik dan tidak tahu bagaimana menulis dengan baik.

Soal selidik turut mendapatkan pandangan pelajar mengenai tahap keyakinan mereka
sama ada boleh lulus dengan cemerlang atau sebaliknya. Dapatan menunjukkan 21 orang
(84%) tidak yakin boleh lulus dengan cemerlang.

5.3. Tindakan (rawatan) yang dijalankan

 Tindakan dan aktiviti yang dirancang adalah dengan mengadakan Bengkel Teknik
Menjawab Soalan Esei Sejarah.

 Jangka masa yang digunakan 2 - 4 jam bergantung pada keupayaan pelajar. Boleh juga
dijalankan secara dalam kelas dalam kumpulan lebih kecil mengikut masa pengajaran
dan pembelajaran.

 Proses pelaksanaan adalah seperti berikut:


o Memulakan Bengkel dengan Rubrik Pemarkahan
o Rubrik Pemarkahan perlu dijelaskan kepada pelajar satu persatu meliputi
perkara-perkara yang terkandung dalam aspek Pengetahuan, Taakulan dan
Komunikasi.
o Kriteria dan julat markah juga diterangkan

 Menyediakan soalan-soalan yang lebih memberi fokus kepada sub-sub kemahiran yang
lebih khusus (kemahiran menulis pengenalan, kemahiran menulis isi, kemahiran
menaakul dan kemahiran menulis penutup dalam menjawab soalan esei).

 Mengadakan ujian/latihan pada setiap sub kemahiran untuk menguji kefahaman calon
serta keberkesanan bengkel.

8
5.4. Pelaksanaan Tindakan & Pemerhatian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti

Penyelidik menjalankan latihan berfokus kepada semua murid dengan memberi latihan seperti
berikut:

LANGKAH 1: MEMPERKENALKAN RUBRIK PENSKORAN ESEI


Aktiviti 1  Guru memulakan bengkel dengan menerangkan skor pemarkahan iaitu:
(15 minit)  Pengetahuan dan Kefahaman: 8 markah
 Taakulan: 6 markah
 Komunikasi: 6 markah
 Tujuannya supaya pelajar sedar bagaimana esei mereka dinilai.
 Guru meminta pelajar mencatat atau memerhatikan kriteria-kriteria
yang dikehendaki dalam jawapan.

LANGKAH 2: MENULIS PENGENALAN


Aktiviti 2  Guru menerangkan tiga perkara yang perlu ada dalam pengenalan iaitu:
(15 minit) 1. Mengenal pasti sama ada perlu definisi konsep atau latar
belakang,
2. Memberi gambaran awal keseluruhan jawapan
3. Membuat penegasan terhadap soalan

Aktiviti 3  Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil


(15 minit)  Guru mengedarkan contoh-contoh soalan dan contoh pengenalan
 Guru meminta pelajar mengenal pasti definisi atau latar belakang,
gambaran awal isi dan penegasan terhadap soalan dalam contoh esei
yang diberi.
 Wakil kumpulan membentangkan dapatan masing-masing.

Aktiviti 4  Guru mengedarkan beberapa contoh soalan lagi


(15 minit)  Pelajar secara individu membuat pengenalan mengikut tiga kriteria
yang di tetapkan
 Guru meminta beberapa orang pelajar menulis hasil jawapan
 Guru dan pelajar bersama-sama menilai jawapan pelajar

LANGKAH 3: MENULIS ISI


Aktiviti 5  Guru menerangkan tentang cara menjawab esei yang perlu mempunyai
(15 minit) perkara berikut:
1. Satu isi satu perenggan dan isi pertama mestilah pada ayat pertama
2. Mengemukakan isi-isi sampingan, sekurang-kurangnya empat isi
sampingan
3. Mengemukakan isi contoh mengikut kesesuaian konteks
4. Mengemukakan isi taakulan dengan mengaitkan kepada konteks
jawapan pada ayat akhir.

9
* Pelajar perlu diingatkan untuk memberi sekurang-kurangnya tiga isi utama
dalam jawapan atau paling maksimum 4 isi utama (tertakluk kepada masa
30 minit)

Aktiviti 6  Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil


(15 minit)  Guru meminta pelajar mengenal pasti isi utama, isi sampingan, isi
contoh dan taakulan dalam perenggan.
 Wakil kumpulan membentangkan dapatan masing-masing.

Aktiviti 7  Guru memberi beberapa contoh soalan dan meminta pelajar membuat
(15 minit) isi-isi jawapan mengikut kriteria yang di tetapkan.
 Pelajar secara individu membuat latihan menulis isi mengikut tiga
kriteria yang di tetapkan
 Guru meminta beberapa orang pelajar menulis hasil jawapan
 Guru dan pelajar bersama-sama menilai jawapan pelajar
*Lakukan perkara yang sama untuk perenggan isi yang seterusnya

LANGKAH 4: MENULIS TAAKULAN


Aktiviti 8  Guru menerangkan kepentingan menulis taakulan
(15 minit)  Guru menerangkan maksud taakulan adalah proses membuat
pertimbangan logik berasaskan faktor sebab dan akibat.(Satu bengkel
berasingan diperlukan untuk membincangkan tentang taakulan)
 Guru menerangkan tiga aras taakulan iaitu aras tinggi, aras sederhana
dan aras rendah.
 Guru memberi beberapa petikan contoh.
 Pelajar dibimbing cara membuat taakulan berdasarkan contoh situasi

Aktiviti 9  Guru memberi beberapa contoh perenggan isi.


(15 minit)  Pelajar secara individu diminta membuat taakulan menggunakan idea
mereka sendiri
 Pelajar membentangkan hasil takulan mereka.
 Guru membimbing jawapan pelajar

LANGKAH 5: MENULIS PENUTUP


Aktiviti 10  Guru menerangkan cara menulis penutup yang baik.
(10 minit)  Ditulis pada perenggan akhir dan wajib di buat oleh pelajar
 Tidak melebihi tiga ayat
 Menulis secara ringkas dan padat
 Menegaskan sekali lagi kehendak soalan atau menegaskan kata tugas
soalan.

Aktiviti 11  Guru meminta pelajar secara individu menulis rumusan berdasarkan


(10 minit) jawapan esei yang telah dibincangkan.
 Guru meminta beberapa orang pelajar menulis rumusan di papan tulis
 Guru memberi bimbingan kepada pelajar.

10
5.4. Ujian Pos Soal Selidik

Selepas bengkel menjawab soalan diberi, saya mengemukakan sekali lagi soal selidik yang
sama iaitu menguji tahap kefahaman pelajar terhadap cara menjawab soalan esei sejarah.

Analisis Soal Selidik selepas bengkel teknik menjawab soalan dijalankan dinyatakan
seperti pada Rajah berikut:

Jadual 3:

Analisis Soal Selidik Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Menjawab Soalan Esei Sejarah
Selepas Bengkel
Bil Perkara Selepas
Ya Tidak T.Pasti
1 Adakah anda tahu cara menulis definisi konsep 23 2
(92%) (8%)
2 Adakah anda tahu cara menulis latar belakang dalam 22 3
pengenalan (88%) (12%)
3 Adakah anda tahu cara menulis penegasan terhadap soalan 20 5
dalam pengenalan (80%) (20%)
4 Adakah anda tahu dalam perenggan isi sekurang-kurangnya 25
terdapat tiga isi utama (100%)
5 Adakah anda tahu cara menulis isi utama 24 1
(96%) (4%)
6 Adakah anda tahu isi utama perlu disokong dengan isi-isi 25
sampingan (100%)
7 Adakah anda tahu isi utama perlu disokong dengan contoh- 24 1
contoh (jika sesuai) (96%) (4%)
8 Adakah anda tahu cara membuat taakulan dalam perenggan 15 2 8
isi (60%) (8%) (32%)
9 Adakah anda mempunyai kemahiran dalam membuat 9 4 12
taakulan (36%) (16%) (48%)
10 Adakah anda mengaplikasikan kemahiran menaakul semasa 15 2 8
menjawab (60%) (8%) (32%)
11 Adakah anda menulis perenggan penutup dengan baik 19 1 5
(76%) (4%) (20%)
12 Adakah anda yakin boleh lulus dengan cemerlang? 19 6
(76%) (24%)
13 Adakah bengkel ini membantu anda dalam menjawab soalan 25
esei (100%)

Dapatan daripada soal selidik yang dijalankan selepas bengkel menunjukkan tahap
pemahaman pelajar mengalami peningkatan. Ini bermakna pelajar semakin memahami setiap
elemen yang perlu ada dalam jawapan mereka. Sebanyak 76% (19 orang) mempunyai
keyakinan untuk lulus dengan cemerlang. Bagi mengukur keberkesanan Bengkel PITaP, 25
orang(100%) menyatakan bengkel ini telah membantu mereka dalam menjawab soalan esei.

11
Saya juga membuat analisis markah pelajar selepas bengkel melalui keputusan
peperiksaan percubaan dan Peperiksaan P1, P2, P3 dan keseluruhan. Pada setiap penggal
sebelum peperiksaan, bengkel ini diulang semula bagi mengingatkan pelajar. Dapatan
ditunjukkan pada jadual 4 seperti berikut:

Jadual 4:

Analisis keputusan Keputusan Peperiksaan Percubaan dan Penggal 1 Selepas Bengkel

Selepas Bengkel
Perc P1 P.1 P2 P3 Kes

BIL NAMA % Gred Gred Gred Gred Gred

1 Responden 1 65 B C B- F C+

2 Responden 2 63 B- B- A- F B-

3 Responden 3 51 C C+ B- C- B-

4 Responden 4 60 B- B C+ D+ B-

5 Responden 5 59 B+ B+ B+ C B

6 Responden 6 66 B B A- A A-

7 Responden 7 56 C+ F C+ C+ B-

8 Responden 8 83 A B B C B

9 Responden 9 43 D+ B- B- F C+

10 Responden 10 58 C+ B C+ B- B

11 Responden 11 43 D+ B- B- C- B-

12 Responden 12 56 C+ A- A F B

13 Responden 13 43 D+ C B C+ C+

14 Responden 14 41 D+ B A- A- A-

15 Responden 15 44 D+ B D+ F C+

16 Responden 16 34 D C+ C C- C+

17 Responden 17 35 D B- B- F B-

12
18 Responden 18 45 C- B- B C B-

19 Responden 19 61 B- B A- B- B+

20 Responden 20 35 D D C F C+

21 Responden 21 43 D+ A A C A-

22 Responden 22 66 B C+ A- B B+

23 Responden 23 26 F F A- F C

24 Responden 24 61 B- B- A- C+ B

25 Responden 35 59 C+ B A- C+ B

Berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan Penggal 1, P1, P2, P3 dan Keseluruhan


di dapati keputusan peperiksaan sangat memberangsangkan. Rumusan dinyatakan dalam jadual
5 seperti berikut:

Jadual 5:

Rumusan gred murid sebelum dan selepas menghadiri bengkel “PITaP”


Sebelum
Jenis Pep A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F TH BIL.C
Bulanan 1 25 25
Diagnostik 25 25
Selepas
Percubaan 1 3 4 5 1 1 6 3 1 25
Penggal 1 2 1 8 6 3 2 1 2 25
Penggal 2 2 8 1 3 5 3 2 1 25
Penggal 3 1 1 1 2 4 4 3 1 8 25
Keseluruhan 3 2 6 7 6 1 25

13
5.5. Refleksi Kajian
Refleksi daripada bengkel PITaP di terjemah melalui Soal Selidik di mana pelajar
menunjukkan tahap kefahaman yang lebih baik. Pada keseluruhanya, kefahaman pelajar dalam
menulis pengenalan dan isi bertambah baik tetapi masih terdapat peratusan yang agak tinggi
bagi skala tahap “Tidak” dan “Tidak Pasti” bagi kriteria taakulan (Rujuk Jadual 3). Ini
membuktikan bahawa menulis taakulan memerlukan sentuhan lanjut untuk diberi perhatian.

6.0.Cadangan untuk Kajian Seterusnya

Walaupun bengkel ini telah berjaya meningkatkan kemampuan pelajar dalam menjawab soalan
esei Sejarah tetapi maklum balas pelajar selepas bengkel memperlihatkan perkara-perkara
berikut boleh dicadangkan untuk kajian akan datang.

6.1.Guru perlu mengajar bagaimana markah diberi untuk esei yang dihasilkan
berdasarkan elemen Pengetahuan dan Kefahaman (8 markah), Taakulan (6 markah)
dan Komunikasi (6 markah). Bengkel telah berjaya menarik minat dan perhatian
pelajar untuk menguasai kemahiran secara lebih mendalam.

6.2.Mengaplikasikan taakulan dalam penulisan dianggap sesuatu yang baru bagi pelajar
walaupun perkara ini sebenarnya telah dipelajari mereka secara tidak langsung.
Guru adalah diseru agar menggunakan dua waktu pengajaran dalam kelas untuk
melaksanakan aktiviti ini. Kemahiran menaakul boleh dibahagikan kepada aras
tinggi, sederhana dan rendah. Oleh itu, setiap pelajar perlu dibimbing menguasai
aras kemahiran tinggi.

6.3.Dalam usaha meningkatkan daya berfikir pelajar, guru perlu menggalakkan soalan-
soalan aras tinggi (critical thinking) dalam kelas untuk sesi soal jawab bersama
pelajar. Satu pendekatan terancang perlu dilaksanakan secara spesifik untuk melatih
pelajar menghujahkan fakta/huraian isi. Ini dapat dilakukan melalui “perlawanan
hujah” ketika di dalam kelas.

Rumusan Kajian
Secara umumnya, pelajar telah menguasai kemahiran menulis esei melalui Teknik
“PITaP”. Keputusan pelajar dalam peperiksaan STPM turut menunjukkan peningkatan yang
menggalakkan.

Penutup
Penulis berharap kajian kecil ini dapat memberi inspirasi dan impak yang besar kepada pelajar-
pelajar, khususnya dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian yang dijalankan mungkin boleh
diaplikasikan kepada sekolah-sekolah lain. Selepas ini penulis berhasrat untuk membuat satu
kajian bagaimana mengatasi masalah membuat taakulan secara lebih terancang. Penulis
berharap kajian seumpama yang lebih baik dapat dikongsi dari pegkaji-pangkaji yang lain.

14
BIBLIOGRAFI

Anida Hussain (2016). Aplikasi 2T (Tema & Topik) Dalam Penulisan Esei Pengajian Am.
Koleksi Kajian Tindakan. SMK Tinggi Kajang.
Daud, N. B. M., Ahmad, A. R., & Yakub, N. M. (2016, January). Pembelajaran berteraskan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran sejarah. In Proceeding 7th International Seminar on Regional
Education (Vol. 1, pp. 352-360).
Haslina Abdul Jalil & Mastura Bachik, (2016). Menjawab Sejarah Secara Matang. Koleksi
Kajian Tindakan. SMK Tinggi Kajang.
Hasmah Kamardin & Narimah Zakaria, (2016). Penggunaan Peta Minda Bagi Meningkatkan
Prestasi mata pelajaran Sejarah Pra U 17 SS3. Koleksi Kajian Tindakan. SMK Tinggi
Kajang.
Manual Kajian Tindakan, (2008), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, (2013), Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Putrajaya, Malaysia.

15

Anda mungkin juga menyukai