Anda di halaman 1dari 2

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE (Virtual Learning

Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran
dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah
dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan
boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan awan (cloud
based). Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24
jam sehari, 7 hari seminggu!
Maklumat lanjut layari laman web berikut:
http://1bestarinet.net/

Kelebihan VLE:
1) Memudahkan proses P & P
2) Guru dapat menilai hasil kerja murid di mana sahaja asalkan ada akses internet.
3) Penyimpanan data tanpa had - jimat kapasiti 'hard disc'
4) Pihak sekolah dapat berkomunikasi dengan komuniti secara terus.
5) Berasaskan konsep Blog - Mudah digunakan
6) Mesra Pengguna - banyak widget
7) Penilaian yang cekap dan efficient dapat dilaksanakan.

Kekurangan VLE:
1) Memerlukan akses internet.
2) Agak lembap terutama setelah diletak pelbagai jenis widget.

3) Murid berkemungkinan akan hilang kemahiran menulis jika terlalu banyak tugasan yang
berasaskan kemahiran menaip.

Anda mungkin juga menyukai