Anda di halaman 1dari 8

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)

ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (9-16)

Penggunaan kemahiran membuat penutup dalam


pengajaran dan pembelajaran

The Use of Closure Skill in Teaching and Learning

Fakhrul Anwar Mohd Sabri


Fakulti Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Corresponding author email: raimaru27@gmail.com

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk pengkaji memperbaiki kelemahan yang terdapat pada pengajaran makro yang pertama
iaitu pada bahagian kemahiran penutup. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam
menggunakan kemahiran penutup pada penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan
kemahiran guru dalam menarik minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di
samping untuk mengubah cara pengajaran guru supaya lebih menarik dan berkesan. Sampel kajian terdiri daripada
11 orang pelajar dari kelas Kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 (KPD 3026). Pengkaji telah
menggunakan Borang Bimbingan Kemahiran Penutup untuk mengumpul data. Dapatan menunjukkan bahawa
pengkaji telah mempraktikkan kemahiran penutup dalam pengajaran.

Kata Kunci : kemahiran membuat penutup, pengajaran, pembelajaran

Abstract
The purpose of this study is to investigate the weaknesses of the first macro teaching in the closing skills section.
This study also aims to enhance teacher’s ability to use closing skills at the end of the teaching and learning
sessions as well as to enhance teacher’s interest in engaging students in teaching and learning in the classroom
while also changing the way teachers teach to be more interesting and effective. The study sample consisted of 11
students from the Teaching, Technology and Assessment 2 classes (KPD 3026). Researchers have used the
Closing Skills Guidance Form to collect data. The findings show that researchers have practiced closing skills in
teaching.

Keywords : closure skill, learning, teaching

PENGENALAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan satu komponen yang amat memberi kesan dalam
perkembangan ilmu seseorang individu. Guru memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan kesan yang bagus terhadap perkembangan
akademik murid. Kecenderungan murid untuk meminati satu-satu mata pelajaran tertentu sering
dikaitkan dengan ‘siapakah guru yang mengajar?’ dan ‘bagaimanakah cara guru itu mengajar?’
(Stronge, 2018). Menurut Abd. Ghaffar (2003), kemahiran penutup dalam pengajaran adalah amalan
yang dilakukan oleh seseorang guru sebelum sesebuah pengajaran berakhir. Pelajaran perlu diakhiri
secara teratur dan baik dan guru perlu mengadakan aktiviti ringkas yang bersesuaian untuk mengakhiri
pelajaran. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis kelemahan yang terdapat pada kemahiran
membuat penutup dalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk mengatasi masalah tersebut.

KAJIAN LEPAS

Penutup merupakan perkara yang penting dalam sesebuah pengajaran. Para pendidik perlu sentiasa
berfikiran kreatif dalam menjadikan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu berkesan. Menurut
Hallinger (2010), guru perlu mengimplimentasikan penambahbaikkan yang radikal dalam bidang
pendidikan, maka aspek kualiti guru adalah menjadi isu yang kritikal. Selain daripada itu, kemahiran

9
Penggunaan kemahiran membuat penutup dalam pengajaran dan pembelajaran

penutup juga memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi agar apa yang ingin dinilai dan
disampaikan dapat dilakukan dengan jelas dan berkesan. Jika tiada komunikasi yang berkesan antara
guru dan pelajar, maka pengajaran akan terganggu (Affizal dan Rafidah, 2009). Kesimpulannya,
kemahiran membuat penutup adalah amat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
menilai kefahaman murid serta memastikan mereka faham dengan apa yang telah diajarkan.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada pembentangan makro pengajaran yang pertama pada 14 Oktober 2019, pengkaji telah
mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri serta pengajaran yang diberikan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah hasil daripada
penilaian para murid dan pensyarah daripada pemerhatian mereka. Antara kelemahan dan
kekurangan yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji adalah pengkaji kurang mempraktikkan beberapa
kemahiran yang perlu diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti
kemahiran menggunakan set induksi, kemahiran menggunakan slaid, dan juga kemahiran merancang
pengajaran. Perkara ini menyebabkan pengkaji tidak dapat menarik perhatian murid dan seterusnya
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar. Murid-murid kurang fokus dan
kelihatan tidak bersemangat kerana tiada rangsangan yang menjadikan mereka tertarik untuk fokus
pada topik pembelajaran.

Selain daripada itu, pengkaji juga kurang mempraktikkan kemahiran penutup di pengakhiran
pengajaran. Pengkaji tidak menguji terlebih dahulu pengetahuan sedia ada murid-murid terhadap
topik pengajaran yang ingin dijalankan pada hari tersebut. Kurangnya pendedahan ini menyebabkan
pengkaji menjadi kelam kabut dalam melaksanakan sesi pengajaran makro yang pertama. Murid-
murid juga kelihatan sedikit tertanya-tanya pada permulaan pengajian. Selain daripada itu, pengkaji
juga menayangkan video yang terlalu lama tentang Buli iaitu selama enam minit pada permulaan
pengajaran yang membuatkan video tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai set induksi.

ISU KEPRIHATINAN

Isu keprihatinan merupakan satu perkara yang diutamakan dalam kajian ini. Isu ini merupakan proses
mengenal pasti amalan yang bermasalah iaitu isu dalam bilik darjah yang menjadi perhatian (Akhiar
Pardi, 2011). Setelah melakukan pengajaran makro yang pertama, pengkaji telah mengenalpasti
beberapa kelemahan dan masalah yang menyebabkan pengajaran tersebut menjadi kurang berkesan.
Antara kelemahan yang paling ketara yang dapat pengkaji kenalpasti setelah ditegur oleh pensyarah
adalah berkenaan kemahiran membuat penutup. Kemahiran penutup adalah kemahiran yang
diaplikasikan pada penghujung sesi pengajaran. Melalui kemahiran penutup, guru dapat menilai
kefahaman murid-murid tentang topik pengajaran yang dijalankan pada hari tersebut.

Terdapat dua jenis kemahiran penutup yang perlu dilaksanakan oleh guru iaitu penutup kognitif dan
juga penutup sosial. Penutup kognitif adalah penutup yang menumpukan kepada kognitif atau
pemikiran murid. Menurut Habibah dan Kamariah (2009), kemahiran penutup jenis kognitif
bertujuan untuk mengarah kepada pengukuhan apa yang telah dipelajari dan memfokus perhatian
murid kepada fakta penting yang dipelajari atau beberapa segmen pelajaran.

Antara cara untuk melaksanakan penutup kognitif adalah seperti membuat rumusan atau kesimpulan
tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis. Guru juga
boleh memberikan kerja bertulis yang perlu dilakukan oleh murid di dalam bilik darjah. Selain
daripada itu, guru juga boleh memberikan aktiviti pengayaan kepada murid. Di samping itu, guru
juga boleh menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari oleh murid.

10
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (9-16)

Manakala kemahiran penutup yang kedua pula adalah penutup sosial. Penutup perkaitan sosial pula
dilakukan untuk menimbulkan rasa penguasaan dalam diri pelajar, membangkitkan rasa ingin tahu
dan motivasi pelajar serta memberikan peneguhan positif kepada pelajar (Noraini & Shuki, 2009).
Kemahiran penutup sosial bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar
supaya mereka ingin terus belajar. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan
teknik peneguhan.

OBJEKTIF

Objektif Umum

1) Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk pengkaji memperbaiki kelemahan yang terdapat pada
pengajaran makro yang pertama iaitu pada bahagian kemahiran penutup.

Objektif Khusus

Objektif khusus bagi kajian tindakan ini adalah

1) untuk meningkatkan kemahiran guru dalam menggunakan kemahiran penutup pada penghujung
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
2) untuk meningkatkan kemahiran guru dalam menarik minat murid terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, dan
3) untuk mengubah cara pengajaran guru supaya lebih menarik dan berkesan.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar kursus Pengajaran, Teknologi dan
Penaksiran 2 (KPD3026), iaitu seramai 11 orang.

PELAKSANAAN

Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan pra-pelaksanaan iaitu tinjauan masalah serta pelaksaan
sebenar kajian tindakan yang dilaksanakan berdasarkan model pilihan kajian tindakan.

TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan soal selidik.

Pemerhatian

Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid-murid
menunjukkan sikap kurang berminat dengan apa yang telah dipelajari. Tumpuan kelas juga tidak terarah
kepada objektif pembelajaran kerana pengkaji tidak mengaplikasikan kemahiran penutup dengan baik.
Justeru, pengkaji tidak dapat menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap topik yang telah
dipelajari.

11
Penggunaan kemahiran membuat penutup dalam pengajaran dan pembelajaran

Soal Selidik

Dalam kajian ini juga, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik dan borang-borang ini diedarkan
kepada 11 orang murid yang berada di dalam kelas dari awal bermulanya proses pengajaran dan
pembelajaran sehingga akhir. Pengkaji menggunakan alat ujian yang dikenali sebagai Borang
Bimbingan Kemahiran Penutup iaitu borang yang sedia ada dan digunapakai oleh pengkaji-pengkaji
yang membuat kajian mengenai kemahiran menutup pengajaran Soal selidik ini diedarkan bertujuan
untuk mendapatkan maklum balas daripada murid-murid berkenaan dengan kemahiran yang digunakan
oleh pengkaji di dalam kelas.

Ada
Ada Tidak
Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup (Tidak
(sesuai) Ada
sesuai)
Kemahiran Penutup: Perkaitan kognitif

1. Membuat rumusan

2. Mengulangi isi-isi penting

3. Menjalankan aktiviti penilaian

4. Mencadangkan aktiviti susulan


5. Menjalankan aktiviti pengukuhan
Kemahiran Penutup: Perkaitan sosial

1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar

2.Memberi peneguhan positif

3. Mewujudkan perasaan ingin tahu

4. Memotivasikan perasaan ingin belajar

5. Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan


Sumber : Modul Praktik Pengajaran Mikro (1999)

FASA-FASA GELUNGAN

Kajian ini telah menggunakan model kajian tindakan yang dipelopori oleh Kemmis dan Mc Taggart
(1988). Huraian kajian tindakan yang dijalankan adalah merujuk kepada kitaran fasa gelungan model
berikut.

12
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (9-16)

Gelungan Kajian Tindakan

Rajah 1 : Model Kemmis dan Mc Taggart, (1988)

Merancang

Berdasarkan analisis daripada pengajaran makro yang pertama, pengkaji mendapati bahawa antara
kelemahan yang ketara adalah pengkaji membuat kemahiran penutup yang lemah. Setelah
berbincang dengan pensyarah, pengkaji telah mengetahui bahawa kemahiran penutup yang lemah
telah menyebabkan sesi penutup pengajaran tidak dilakukan dengan berkesan. Oleh yang demikian,
pengkaji telah mempersiapkan diri dengan kemahiran penutup yang lebih teratur dan menyusun sesi
pengajaran dengan lebih berstruktur berbanding pengajaran makro pertama. Berikut adalah
perancangan yang telah dilakukan :-

PERKARA PENERANGAN
Masa 30 Minit
Murid Terlibat 11 orang murid Kelas KPD3026
Kemahiran Fokus Kemahiran Penutup
Pendekatan/Model/Kaedah Pengajaran Pendekatan Konstruktivisme
Alat Bantu Slaid, Video
Alat yang digunakan untuk memungut data Borang Bimbingan Kemahiran Penutup
Pengajaran Berpusatkan Pelajar serta
Perancangan Pengajaran Menggunakan Slaid, Video, Kertas dan Papan
Tulis

Melaksana Dan Mencerap

Setelah melakukan perancangan, maka pengkaji telah melaksanakan pengajaran makro yang kedua
bagi melihat hasilnya. Pada kali ini, pengkaji telah menyediakan set induksi dan beberapa aktiviti
yang lebih teratur berbanding pengajaran makro yang pertama. Pelaksaan pengajaran makro yang
kedua merangkumi perkara berikut :-

13
Penggunaan kemahiran membuat penutup dalam pengajaran dan pembelajaran

1) Set Induksi

Pada permulaan pengajaran, pengkaji telah menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan


dengan aktiviti buli. Kemudian pengkaji telah bertanyakan pada murid apa yang mereka tahu
tentang aktiviti tersebut. Murid kelihatan lebih teruja untuk meneka kerana tertarik dengan
gambar yang ditunjukkan.

2) Penerangan

Pada fasa ini, pengkaji memberi penerangan kepada murid tentang definisi buli, ciri-ciri
pembuli, ciri-ciri mangsa buli dan juga kesan-kesan buli.

3) Perbincangan

Pengkaji bertanyakan soalan dan meminta murid berkongsikan pengetahuan sedia ada tentang
buli serta pengalaman mereka tentang buli. Pengkaji juga telah menayangkan satu video
berkaitan buli dan kemudian meminta murid-murid untuk menyenaraikan ciri-ciri pembuli,
mangsa buli dan juga kesan-kesan buli.

4) Penilaian

Pengkaji menggunakan sesi soal jawab sebagai cara untuk menilai kefahaman murid tentang
topik yang diajarkan.

Setelah tamat sesi pengajaran, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik bagi menilai
kekuatan, kelemahan, serta apa yang perlu ditambah baik dalam sesi pengajaran yang akan
datang.

Menganalisis dan Mereflek

Setelah mengutip semula borang soal selidik, pengkaji telah melakukan analisis dan membuat
pengiraan terhadap data yang didapati.

Ada
Ada Tidak
Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup (Tidak
(sesuai) Ada
sesuai)
Kemahiran Penutup: Perkaitan kognitif

1. Membuat rumusan 11

2. Mengulangi isi-isi penting 11

3. Menjalankan aktiviti penilaian 11

4. Mencadangkan aktiviti susulan 10 1


5. Menjalankan aktiviti pengukuhan 9 2
Kemahiran Penutup: Perkaitan sosial

1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar 11

2.Memberi peneguhan positif 9 1 1

14
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (9-16)

3. Mewujudkan perasaan ingin tahu 11

4. Memotivasikan perasaan ingin belajar 11

5. Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang 10 1

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

DAPATAN KAJIAN

Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan ciri-ciri
yang telah dikenal pasti. Pemerhatian merupakan kaedah yang membolehkan pengkaji menilai
sesuatu perkara yang ingin dinilai dan mampu membantu pengkaji untuk membuat perbandingan
antara hasil pengajaran makro yang pertama dan yang kedua.

Melalui data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa untuk komponen pertama iaitu penilaian
perkaitan kognitif, terdapat tiga item yang dinyatakan dalam komponen tersebut dan murid
keseluruhannya seramai 11 orang menanda pada petak ‘Ada (Sesuai)’ pada item yang item yang
pertama kedua dan ketiga. Pada item keempat, seramai 10 orang murid menandakan pada petak ‘Ada
(Sesuai)’ dan seorang murid menanda pada petak ‘Tidak ada’. Pada item kelima pula, Seramai
sembilan orang murid menanda pada petak ‘Ada (Sesuai)’ dan juga dua orang murid menanda pada
petak ‘Ada (Tidak Sesuai)’.

Pada bahagian item perkaitan sosial pula, item pertama, ketiga dan keempat mendapat tandaan penuh
pada petak ‘Ada (Sesuai)’ manakala pada petak kedua, sebanyak sembilan orang murid menanda
pada petak ‘Ada (Sesuai)’ dan seorang murid menanda pada petak ‘Ada (Tidak Sesuai) dan seorang
murid menanda pada petak ‘Tidak Ada’. Item kelima pula pula mendapat tandaan seramai 10 orang
murid pada petak ‘Ada (Sesuai) dan satu orang murid menanda pada petak ‘Tidak Ada’.

Secara kesimpulannya, berdasarkan hasil dari borang soal selidik, pengkaji telah melakukan
peningkatan dalam membuat pengajaran makro. Pengkaji juga telah melaksanakan komponen yang
penting dalam melakukan kemahiran penutup pengajaran.

REFLEKSI DAN RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah membantu pengkaji untuk meningkatkan kemahiran dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana melalui kajian ini, pengkaji telah dapat melihat
kelemahan, kekuatan dan perkara-perkara penting yang perlu ditambahbaik agar dapat menambah
kualiti sesi pengajaran yang akan diadakan pada masa akan datang. Pada pengajaran makro yang
pertama, pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran dengan sangat-sangat tidak memuaskan. Hal
ini kerana pengkaji tidak menitikberatkan soal bagaimana untuk menarik perhatian murid serta
keberkesanannya dalam memberi kefahaman kepada murid.

Namun begitu, setelah meneliti kelamahan pada pengajaran makro yang pertama dan setelah
mendengar nasihat dan teguran dari pensyarah serta bimbingan dari rakan-rakan, pengkaji telah
merangka semula rancangan pengajaran untuk sesi pengajaran makro yang kedua. Pengkaji telah
membuat susunan perancangan yang lebih teratur dan berstruktur agar murid-murid dapat faham
tentang topik yang diajarkan. Pengkaji juga memberi perhatian terhadap kemahiran penutup kerana
kemahiran itu adalah kekurangan yang paling ketara yang ditegur oleh pensyarah pada sesi
pengajaran makro yang pertama.
Justeru, pengkaji telah menambah baik segala kekurangan yang telah dikenalpasti pada pengajaran

15
Penggunaan kemahiran membuat penutup dalam pengajaran dan pembelajaran

makro yang pertama. Pengkaji juga telah membuat soal selidik bagi menilai perbezaan antara
pengajaran makro yang pertama dengan pengajaran makro yang kedua. Hasil daripada daripada soal
selidik yang dijalankan, responden menyatakan bahawa pengkaji telah memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada pengajaran makro yang pertama.

Kesimpulannya, segala ilmu yang telah dipelajari melalui kajian ini perlulah dimanfaatkan agar dapat
membantu keberkesanan dalam menyebarkan ilmu.

CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Kajian tindakan yang akan pengkaji lakukan seterusnya adalah tentang kemahiran menggunakan set
induksi. Berikut adalah cadangan tentang kajian akan datang :

1) Pengkaji akan menyediakan video ringkas tentang topik yang akan diajar pada awal sesi
pengajaran agar murid menjadi lebih fokus dan tertarik.

2) Pengkaji perlu menyediakan aktiviti yang lebih menarik yang mampu memberi kesan kepada
murid supaya seronok dalam mempelajari topik yang diajarkan

Pengkaji berharap bahawa kajian ini mampu memberi manfaat seterusnya mampu menjadikan sesi
pengajaran lebih menarik dan berkesan.

RUJUKAN

Abd. Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Affizal Ahmad, & Rafidah Sahak. (2009). Teacher-student attachment and Teachers’ attitudes towards work .
Kubang Kerian: Universiti Sains Malaysia

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan
pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Hallinger, Philip & Heck, Ronald. (2010). Collaborative leadership and school improvement: understanding the
impact on school capacity and student learning. School Leadership and Management.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin
University Press.

Khailani, A. J., & Ishak, A. S. (1999). Modul praktik: pengajaran mikro. Selangor:Tekno Edar.

Maznah Abd. Samad, Boon Pong Ying, Rafidah Ruhani, Lee Hah, Chuah Kim Hwa & Noriati Ab. Rashid.
(2006). Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Ilmu pendidikan modul 3/3, unit 2/2 – Refleksi pasca
praktikum dan penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia

Rahil, M., Habibah, E., & Kamariah, A. B. (2009). Amalan pengajaran berkesan. Shah Alam: Karisma
Publications

Shuki Osman, & Noraini Idris. (2009). Pengajaran dan pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill.

Stronge, J., H. (2018). Qualities of effective teachers. ASCD.

16

Anda mungkin juga menyukai