Anda di halaman 1dari 9

1

Kembara Ilmu 2 Memberi pengalaman baharu pelajar Pra-U,


SMK Kota Samarahan

Cuti Pertengahan Penggal 2 bermula 11 September hingga 16 September 2014 di
manfaatkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6, SMK Kota Samarahan bagi menjalankan aktiviti
Kembara Ilmu 2. Kembara Ilmu 2 merupakan program kali ke-2 yang dianjurkan di bawah
kokurikulum PPU SMK Kota Samarahan. Program ini bertujuan untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Dalam lawatan tersebut di
harap dapat membuka minda pelajar tentang pembangunan dan kemajuan Malaysia
khususnya di Semenanjung Malaysia. Lawatan juga untuk menambah ilmu pengetahuan
khususnya terhadap tempat-tempat pilihan yang dilawati selain menjalin muhibah antara
Sarawak dengan Semenanjug Malaysia dan ini menepati hasrat menjalin integrasi senegara.

Peserta rombongan mula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 2
petang. Selain pengetua, Pn Catherine @ Fiziah Abdullah, ibu bapa pelajar turut
menghantar anak-anak mereka. Peserta berkumpul di KLIA2 sebelum menaiki bas khas
untuk menginap di INTAN, Bukit Kiara selama 2 malam.

Ibu bapa turut menghantar pelajar-pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Turut bersama adalah Pengetua Pn.Catherine @ Fiziah Abdullah.

Sedia menanti penerbangan Suasana di dalam bas persiaran

2




12 September 2014
Lawatan hari ini adalah mengunjungi sekolah pusat Tingkatan 6 iaitu di SMK Petaling Jaya
Selangor. SMK Petaling Jaya Selangor merupakan sekolah pusat Tingkatan 6 pertama di
Semenanjung Malaysia. Rombongan kami tiba pada jam 9 pagi . Kami di bawa ke bilik kuliah
bagi menikmati jamuan pagi dan seterusnya sesi perkongsian maklumat antara kedua-dua
sekolah. Kami juga berpeluang melihat persekitaran sekolah tersebut.

Peserta rombongan merakan kenagan Guru menandatangai buku pelawat
di INTAN di SMK Petaling Jaya, Selangor

Guru dan pelajar dari SMK Kota Samarahan dan SMK Petaling Jaya merakamkan
kenangan bersama

3



Peserta rombongan menikmati jamuan yang disediakan oleh SMK Petaling Jaya, Selangor.

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Penolong Kanan Ting.6, SMK Kota
SMK Petaling Jaya menyampaikan Samarahan meyampaikan ucapan
ucapan aluan.

Acara bertukar-tukar cenderamata sebagai simbol kerjasama & integrasi senegara.


4



Pelajar PPU beresempatan berdialog dengan rakan tingkatan 6 di SMK Petaling Jaya

Pada sebelah petang rombongan lawatan merehatkan diri di Desa Water Park . Pelajar
berpeuang mandi-manda sebelum berkunjung ke Mid Valley untuk makan petang .

Peluag melepaskan kepenatan belajar dan berjalan dimafaatkan sepenuhnya di Desa
Waterpark


5


Dalam kunjungan ke Mid Valley, pelajar berkesempatan merakam kenangan di pameran
kemerdekaan.

13 September 2014
Peserta rombongan pada hari ini menuju ke Putrajaya sebagai destinasi lawatan. Beberapa
tempat menarik di kunjungi selain mengelilingi tasik Putrajaya bagi menyaksikan keindahan
tasik. Pelajar juga berpeluang melihat dan melawati tempat-tempat menarik sekitar Kuala
Lumpur seperti Mid Valley, Sogo, pengalaman menggunakan LRT dan Komuter.

Rombongan lawatan merakam kenangan di Puterajaya

6



Menikmati keindahan dan pusat pentadbiran Putrajaya

Selain menikmati pemandangan sekitar putrajaya , pelajar juga menikmati pemandangan
melalui Cruise

Sambil menaiki cruise kami merakamkan gambar berlatar belakangkan keindahan masjid
Putrajaya

7



Kami juga turur mengunjungi Zoo Negara .

Berpeluang menaiki LRT dan komuter merupakan penaglaman baharu bagi sesetengah
pelajar

14 September 2014
Hari ini beberapa distinasi lawatan dijalankan antaranya adalah di Bali Seni Negara

Kami juga turut mengunjungi Balai Seni Visual Negara

8


15 September 2014
Hari ini terdapat tiga lokasi lawatan yang penting iaitu di ASWARA, UNIKL dan Parlimen
Malaysia. Rombongan kami bergerak seawal jam 8 pagi menuju destinasi pertama iaitu
ASWARA. Kami di beri taklimat khas oleh pegawai ASWARA. Seterusnya kami ke UNIKL,
selain di beri taklimat kami juga di beri sedikit jamuan ringan. Selesai sahaja di UNIKL kemi
meneruskan perjalanan ke Parlimen Malaysia. Di sini kami melawat sekitar Parlimen, selain
melawat pameran dan taklimat.

Kunjungan Ke ASWARA memberi banyak ilmu kebudayaan kepada para peserta

Lawatan ke UNIKL membuka minda kami tentang program-program dan peluang pendidikan
yang ditawarkan

Lawatan ke Parlimen Malaysia menambah pengetahuan Pengajian Am kami. Taklimat khas
telah di sampaikan kepada kami.

9



Selama ini kami hanya melihat gambar dan cerita mengenai Parlimen Malaysia melalui buku
tatapi lawatan ini mendekatkan kami kepada keadaan yang sebanar.


Kami menamatkan lawatan pada 16 September 2014.Lawatan seperti ini memberi banyak
pengetahuan luar kelas kepada pelajar dan wajar dijalankan. Sehubungan itu, kami
mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang kususnya YB.Muhammad Ali Mahmud
Adun N.13 Muara Tuang dan YB Pn.Rubiah Binti Wang, Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan.

Anda mungkin juga menyukai