Anda di halaman 1dari 3

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DT50303, SEKSYEN 2

PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Persekitaran boleh mempengaruhi kematangan seseorang. Bahaskan merujuk
kepada kajian literature.

Menurut Oxford Essential Dictionary, kematangan bermaksud bersikap seperti orang dewasa.
Akan tetapi maksud yang terdekat tentang kematangan adalah.

“The success of an individual exclusively depends on the art of managing emotions which
comprises practical skills and the skill to handle people”. Goleman (1998).

Kematangan diri seseorang boleh dipengaruhi melalui biologi. Menurut Arnold Gesell psikologi
Amerika, teori yang dikemukan oleh beliau adalah berupa teori kematangan. Teori ini
merupakan satu tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Dr. Raghir
(2008) mengatakan bahawa perkembangan fizikal, kognitif dan sosial seseorang itu berlaku
pada kadar yang berlainan oleh pertumbuhan kematangan.

Manakala, Haliza Hamzah (2009) berpendapat kematangan ini berlaku mengikut aturan
prinsip pertumbuhan dan perkembangan. Arnold Gesell juga menyatakan biologi ini adalah
penggerak utama terhadap perkembangan seseorang. Tambahan lagi, ia adalah salah satu
penyumbang atau faktor utama dan menentukan proses pembelajaran. Dengan kata lain,
kematangan biologi adalah proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor genetik.

Akan tetapi, pernyatan oleh Arnold Gesell telah diulas oleh beberapa tokoh psikologi
seperti Bornfenberner (1979). Beliau mengatakan persekitaran adalah salah satu faktor yang
mempengaruhi kematangan seseorang. Seseorang individu itu akan mengalami, memahami apa
yang berlaku dan memerhati, meneroka dan menguji maklumat yang diterima. Ini adalah satu
proses yang membawa seseorang itu ke arah kematangan.

Kesimpulannya, proses kematangan ini bukan sahaja boleh dipengaruhi oleh biologi
malah boleh dipengaruhi melalui persekitaran seseorang. faktor-faktor persekitaran dan
kebudayaan memainkan peranan dalam kematangan seseorang dan bertindak sebagai
pengaruh sekunder yang dapat diubahsuai dalam kemajuan dan perkembangan diri seseorang.
Mengapa seseorang guru perlu mengetahui dan memahami prinsip-prinsip
tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Prinsip tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak ini amatlah penting bagi seseorang guru.
Hal ini kerana, ia adalah suatu asas pemahaman kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Seperti dalam artikel oleh Azizi Yahya dan Jainuddin Abu Bah (2010) mengatakan pengetahuan
mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua
pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Tanpa prinsip ini, guru-guru akan
menghadapi masalah untuk memahami perlakuan pelajar mereka.

Menurut Farah Aziz (2020) dalam artikel beliau „Perkembangan kanak-kanak : Apa yang
anda perlu tahu‟ beliau menyatakan memantau dan mengawasi pembangunan kanak-kanak
adalah penting untuk memastikan kanak-kanak memenuhi „pencapaian perkembangan‟ mereka.
Kepentingan prinsip ini dijadikan satu garis panduan untuk meramal tingkah laku pelajar
dengan betul semasa proses pembelajaran berdasarkan strategi pengajaran yang digunakan
sesuai dengan tahap pelajar.

Melalui pemahaman dan pengetahuan prinsip ini, ia dapat membantu guru-guru dalam
mengaplikasikan teori pengajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif
pengajaran. Akhir sekali, prinsip ini membantu dari segi pemilihan dan kepenggunaan teknik
penilaian yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran, set induksi, serta aktiviti PdP dalam
keadaan bilik darjah yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai