Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI ‘COURSE HERO’

Menurut Andrew Grauer (2006), laman web ini adalah salah satu medium pembelajaran di
mana ia membantu pelajar dan pendidik dengan menyediakan bahan kajian dan kursus dalam
talian, tunjuk ajar, dan akses kepada komuniti pendidik. Course hero merupakan syarikat laman
web teknologi pendidikan Amerika yang berpusat di Redwood City, California, yang
mengendalikan platform pembelajaran dalam talian untuk pelajar mengakses sumber pengajian
khusus kursus yang disumbangkan oleh komuniti pelajar dan pendidik di seluruh dunia.

Course Hero adalah platform pembelajaran dalam talian di mana anda boleh mengakses
sumber pengajian khusus kursus yang disumbangkan oleh komuniti pelajar dan pendidi

Selain itu, course hero adalah platform di mana pembelajaran secara talian yang
membolehkan pelajar mengakses sumber pengajian khusus kursus yang disediakan dan
disumbangkan oleh komuniti pelajar, pendidik, professional tutor dan mana-mana tenaga
pengajar yang sesuai dengan pemilihan kursus oleh pengguna dalam talian. Sama ada
menguasai mata pelajaran teras atau meneroka kemahiran baru, course hero memberi peluang
kepada pelajar untuk menerokai pembelajaran atau kemahiran baru dan belajar dengan lebih
berkesan dan berjaya, mahupun di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Course hero umpama perpustakaan secara digital yang mempunyai dokumen dengan
lebih daripada 40 juta sumber pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, course hero
menyumbangkan pembelajaran dan pengajaran secara online dan merapatkan jurang digital
antara pelajar di seluruh dunia terutama sekali pada masa ‘Pandemik Covid-19’ yang memberi
kesan terhadap pelajar yang terpaksa belajar secara online di rumah dan menyukarkan mereka
mencari bahan secara lisan. Course hero telah melakukan yang terbaik untuk menyokong
pelajar dan pendidik pada masa yang tidak menentu ini dengan cara menyediakan bahan
pembelajaran.
Definitions.net. STANDS4 LLC, 2020. Web. 8 Nov. 2020.

https://www.definitions.net/definition/course+hero

Copyright © 2020. Course Hero, Inc.

https://www.coursehero.com/about-us/

Anda mungkin juga menyukai