Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 3 )

TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


EDUP3053

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NURUL FATIHAH BINTI MUSTAFFA

NO. KAD PENGENALAN: 970711-01-6170

ANGKA GILIRAN: 2017192340163

KUMPULAN: C9

NAMA PENSYARAH AKADEMIK: PUAN NURULHANA BINTI HUSSAIN

TAJUK TUGASAN PROJEK: PENULISAN ESEI

TARIKH SERAHAN: 24 SEPTEMBER 2018


PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya


menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada segi pembacaan dan pengumpulan
maklumat serta ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan NurulHana, yang banyak
membantu dan menjadi pembimbing sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
membantu saya mencari bahan dan memberi informasi untuk menyiapkan tugasan ini. Terima
kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung
khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral kepada saya.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui
dengan lebih mendalam tentang penulisan penilaia media pengajaran dan pembelajaran.
Segala tunjuk ajar tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.


ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i

ISI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PENILAIAN MEDIA DAN SUMBER PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DIGITAL KUMPULAN FEB 1-2

3.0 PENILAIAN MEDIA DAN SUMBER PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DIGITAL KUMPULAN CAHAYA 2

4.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN 3


DAN PEMBELAJARAN
5.0 KESIMPULAN 4
6.0 BIBILIOGRAFI 5
7.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk membuat ulasan terhadap penilaian media dan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang telah dibina dan penilaian media pengajaran yang
dihasilkan oleh kumpulan Cahaya. Media pengajaran yang dibina menggunakan perisian
Hyperdocs. Instrumen penilaian yang digunakan ialah borang penilaian yang meliputi
beberapa aspek penilaian seperti pengisian hyperdocs, persembahan dan persembahan
media pengajaran.

Media pendidikan merupakan suatu alat atau perantara yang berguna untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru digesa untuk bergerak seiring
dengan kehendak murid masa kini. Menurut Shahwiran Shahrany (2002) menyatakan bahawa
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.

2.0 PENILAIAN MEDIA DAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL


KUMPULAN FEB

Media pengajaran yang telah dihasilkan oleh ahli kumpulan saya yang diberi nama
FEB ialah perisian Hyperdocs. Hyperdocs secara umumnya merupakan alat untuk
menghubungkan suatu bahagian dalam slide, file, program ataupun pada laman web dengan
bahagian yang lain untuk sesuatu topik tertentu. Hyperdocs yang telah dihasilkan oleh
kumpulan saya bertemakan Patriotisme. Hyperdocs ini dipecahkan kepada beberapa isi
kandungan yang terdiri daripada;
Pengenalan

Penerokaan

Penerangan

Pengaplikasian

Perkongsian

Refleksi

Perluasan

Rajah 1: Isi kandungan Hyperdocs


Bagi kandungan pengenalan, kami telah mengunakan perisian Google Slide untuk
murid mendapat gambaran awal tentang apa yang akan mereka pelajari dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada hari tersebut. Seterusnya, bagi kandungan
penerokaan, murid akan melayari laman Web Wix.com yang telah dibina sebagai satu
platform untuk murid mencari nota dan sumber bagi topik pembelajaran. Kemudian, bagi
kandungan penerangan, murid akan menghasilkan ulasan tentang apa yang telah dipelajari
menggunakan perisian Google Form. Kandungan yang keempat iaitu pengaplikasian, murid
diminta untuk menggunakan perisian Booksie bagi menjawab soalan yang diberikan.
Seterusnya, yang kelima, murid akan berkongsi hasil tugasan melalui perisian Edmodo. Yang
keenam, bagi kandungan refleksi, murid akan mengakses laman Padlet dan ditugaskan untuk
menyelesaikan Teka Silang Kata dan membuat refleksi pembelajaran di ruangan Padlet. Akhir
sekali, bagi kandungan perluasan, murid akan mengumpul semua hasil tugasan mereka
dalam perisian Booksie sebagai rujukan mereka kemudian hari.

3.0 PENILAIAN MEDIA DAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL


KUMPULAN CAHAYA

Kumpulan cahaya menggunakan perisian Hyperdocs bertemakan Kemasyarakatan.


Antara kemahiran yang diterapkan ialah kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis. Seterusnya, bagi pengisian Hyperdocs, dari aspek isi kandungan, kreativiti dan
inovatif, kaitan kandungan dengan PdP dan kandungan hyperdocs mengikut aspek yang
diberikan dalam Tugasan 3 hyperdocs adalah cemerlang.

Kemudian, dari segi persembahan, ahli kumpulan Cahaya menyampaikan


penggunaan perisian Hyperdocs dengan cemerlang. Kemudian, dari aspek interaksi dengan
pelajar lain adalah baik dan dari segi aspek aktiviti-aktiviti yang dikendalikan adalah
cemerlang.

Seterusnya, dari segi persembahan media pengajaran, kumpulan ini menunjukkan


kecanggihan perisian, kreativiti dan inovatif, pembinaan perisian berdasarkan Prinsip Casper
dan pengaplikasian dalam bilik darjah dengan baik sekali. Hal ini dibuktikan dimana kumpulan
ini menggunakan perisian seperti Youtube, Toondoo, Padlet, Google Forms dan Google Docs.
Perisian - perisian tersebut mampu meningkatkan minat murid untuk mempelajaran tentang
sesuatu topik. Ini juga akan meningkatkan lagi keberkesanan proses PdP sekaligus membina
nilai kreativiti dan inovatif dalam diri murid dalam penghasilan tugasan yang diberikan.
4.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Antara kelebihan yang dapat diketengahkan dalam penggunaan media pengajaran


dan pembelajaran secara digital ini dapat meningkatkan prestasi murid-murid disamping
memberi pendedahan kepada guru dan murid tentang penggunaan teknologi dan
media sebagai bahan bantu mengajar. Murid bukan sahaja dapat menerima maklumat tetapi
berupaya untuk mencipta sesuatu yang baru secara kreatif dan kritis melalui media
pembelajaran ini.

Selain daripada itu, penggunaan animasi, visual dan bunyi akan dapat menarik minat
murid untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini secara tidak
langsung akan dapat membantu murid untuk mengingati apa yang dipelajari pada hari
tersebut. Menurut Benjamin (1998), animasi meningkatkan kebolehan pengguna untuk
mengkonstruk pengetahuan mereka.

Sementelahan itu juga, kandungan perisian yang dihasilkan dengan tersusun dapat
merangsang minat dan menambahkan pengalaman serta pengetahuan apabila murid boleh
mengakses hiperlink di dalamnya. Sebagai contoh video, audio, gambar dan animasi dipetik
daripada beberapa laman web dengan tujuan ia dapat menjelaskan tentang bagaimana
semangat patriotisme dan hidup perpaduan di Malaysia.
5.0 KESIMPULAN

Jelaslah disini bahawa media pengajaran dan pembelajaran mempunyai potensi yang
tinggi dan cerah pada masa hadapan sejajar dengan kehendak kerajaan untuk
membangunkan lagi infrastruktur teknologi maklumat di negara ini dengan salah satunya
memberi penekanan kepada bidang pendididikan.

Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran berasaskan teknologi maklumat


berbentuk multimedia dan perlu diberi perhatian agar murid tidak berasa bosan dengan
kaedah tradisional melalui 'chalk and talk' sahaja. Perkembangan teknologi yang begitu pesat
pada hari ini menjadikan pembelajaran berasaskan media merupakan satu inovasi yang
utama dalam pendidikan.
BIBILIOGRAFI

Effa Madiha Mohd Saidin, Bryan Chew Ching Gee dan Nurul Fatihah Mustaffa. (2018).
Patriotisme: Sayangi Malaysia. Diakses daripada
https://padlet.com/nurulhana1/36wc0hep3vih

Mohd Suhaimin Isnen. (2017). Konsep 6c dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak-21).
Diakses daripada http://www.cikgusuhaimin.com/2017/11/konsep-6c-dalam-
pembelajaran-abad-ke-21.html

Mohd Musa Bin Mahidi. (2011). Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan E-Peta
Minda Bertajuk “The Reactivity Series Of Metals And Its Applications” untuk Kimia
Tingkatan Lima. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia). Universiti
Teknologi Malaysia.

Norasiah Abdullah. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Selangor:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati Abdul Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Sdn. Bhd.

Nur Syuhada’ Sabri, Muhammad Ezam Abdullah dan Nurul Aishah Mohamad Hazali. (2018).
Kemasyarakatan. Diakses daripada https://padlet.com/nurulhana1/36wc0hep3vih

Rozinah Jamaluddin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai