Anda di halaman 1dari 30

EDUP3053 TEKNOLOGI UNTUK

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DING ANAK GIRI


Sarjana Pengurusan Pendidikan, UPSI

0198277246
apairemias@yahoo.com.my
Teknologi

– “Teche” (Greek) bermaksud kemahiran


– “Texera” (Latin) bermaksud to construct or to weave

(Saettler,1968)

Teknologi yang dikaitkan dengan persembahan seni dan hasil kreativiti


(Naim,
2000)
Pendidikan

“Proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek,


sosial dan emosi serta memambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan
dan pengalaman. Proses ini dapat memberikan kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupan, membantu dan mendorongnya bertindak
dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan
negara”.
Mak Soon Long & Lee Shock (1988)
Teknologi Pendidikan

“Bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk


manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan
pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dn manusia yang
terlibat melakukan nya”
(Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan, 1979)

Teknologi Pendidikan: (i) teknologi pengajaran dan - guru


(ii) teknologi pembelajaran - murid
Konsep Technological Pedagogical
Content Knowledge (TPACK)
TPACK

– Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge - CK)


CK merupakan pengetahuan pengajar terhadap kandungan yang akan
disampaikan kepada pelajar.
Pengajar perlu menguasai kandungan seperti konsep, teori, idea-idea,
rangka kerja, keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang diperlukan ke
arah membangunkan pengetahuan itu (Koehler & Mishra, 2009).
TPACK

– Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge – PK)


PK merupakan pengetahuan tentang jenis-jenis pedagogi yang boleh digunakan sebagai
menyokong pengajaran berkesan.

Koehler dan Mishra (2008), PK merangkumi pengetahuan tentang proses serta amalan yang
digunakan dalam pengajaran.
Selain itu, pengajar perlu membuat kajian terhadap teori-teori pedagogi secara khusus agar mereka tidak lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran bagi menghasilkan suasana P&P
yang berkualiti (Archambault & Barnett, 2010). Dalam konteks kajian ini, pengajar perlu mengetahui teknik dan kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran pengaturcaraan komputer.
TPACK

– Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge - TK)


– Pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian termasuk boleh
mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau memudah cara pekerjaan
seorang pengajar (Koehler, 2011).
– Hal ini merangkumi apa sahaja pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa digunakan dalam pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog (mikroskop,
papan putih, video dan lain-lain) mahupun digital (telefon pintar, internet, persidangan video dan lain-lain).
TPACK

– Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge - PCK)


CK apabila diintegrasikan dengan PK menjadikan PCK iaitu pengetahuan teras pengajaran
yang meliputi kurikulum, penilaian dan pedagogi (Koehler & Mishra, 2009). PCK masih
mengambil kira konsep yang diperkenalkan oleh Shulman (1986) di mana ia merangkumi
pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, dan laporan yang melatari cara
penyampaian pengajaran kepada para pelajar. Shulman turut menyatakan bahawa guru
yang mengajar tanpa mengetahui aspek-aspek seperti kurikulum dan pentaksiran tidak
mampu memenuhi keperluan pembelajaran oleh para pelajar.
TPACK

– Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge - TCK)


CK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TCK. Domain TCK merupakan
pengetahuan terhadap teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani hal
pembelajaran dan bagaimana ia membantu kandungan yang sesuai apabila berlaku
perubahan pada teknologi tersebut (Koehler & Mishra, 2009).
TPACK

– Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge - TPK)


– PK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TPK. Domain TPK merupakan
pengetahuan tentang bagaimana P&P boleh berubah apabila teknologi tertentu digunakan
dengan kaedah tertentu (Koehler & Mishra, 2009). Hal ini meliputi pengetahuan pedagogi dan
kekangan pelbagai alat teknologi yang berkaitan dengan disiplin reka bentuk pedagogi dan
strategi pengajaran. Bagi menjelaskan TPK, Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa
seorang pengajar mestilah mengetahui bagaimana P&P perlu dilaksanakan mengikut
kesesuaian teknologi masa kini yang menyokong proses dan amalan pengajaran semasa.
Dalam konteks kajian ini, pendidikan pengaturcaraan komputer menghadapi cabaran yang
hebat kerana perubahan teknologi berkaitan amalan pembangunan aplikasi dan bahasa
pengaturcaraan komputer yang berlaku terlalu cepat.
TPACK

– Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Technological Pedagogical Content


Knowledge –TPACK)

– TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang dilakukan


mengikut disiplin ilmu pengetahuan pengajar di mana ia perlu difahami secara mendalam
dari sudut CK, PK, TK, PCK, TCK dan TPK (Koehler, 2011). Menurut Koehler dan Mishra
(2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam pengajaran
akan menghasilkan P&P yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau pengajar.
Justeru, hasil dapatan daripada kajian ini akan digunakan sebagai panduan pembinaan
modul P&P pengaturcaraan komputer untuk kanak-kanak.
Tajuk 2: Reka Bentuk Pengajaran

– Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran


– Peranan reka bentuk pengajaran
– Model-model reka bentuk pengajaran
Konsep Reka Bentuk Pengajaran

– Proses sistemis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-


pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian
pembelajaran.
– "Instructional technology is the theory and practice of designing development,
utilization, management and evaluation of processes and resources for
learning".
(Seels & Richey, 1994)
- "Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksanakan
dan menilai
pengajaran". (Dick & Reiser, 1989)
Reka Bentuk Pengajaran (RP)
Perkara asas RP:
– 1. Menentukan keperluan pelajar
– 2. Menentukan matlamat dan objektif
– 3. Membina prosedur penilaian
– 4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
– 5. Mencuba sistem pengajaran
– 6. Menilai keseluruhan sistem
Gustafson (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3 tumpuan:
– · Model berorientasikan bilik darjah
– · Model berorientasikan produk
– · Model berorientasikan sistem
Reka Bentuk Pengajaran (RB)
Kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran.
1. Meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
3. Memungkinkan objektifpengajaran dan pembelajaran dan hasil
pembelajaran mudah tercapai.
4. Membantu dalam proses membuat keputusan.
5. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau
selaras bagi kumpulan yang pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu
program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.
Domain-domain dalam teknologi pendidikan

– Reka bentuk
– Pembangunan
– Penggunaan
– Pengurusan
– Penilaian
Aspek penentu domain reka bentuk pengajaran

Reka Bentuk Sistem Pengajaran Strategi Pengajaran

Domain Reka
Bentuk

Reka Bentuk Mesej Ciri-ciri Murid


Reka bentuk sistem pengajaran
1.Menganalisis
Menentukan perkara akatu topik yang akan dipelajari
2.Membina
– Proses menghasilkan papan cerita dan bahan pengajaran dan
pembelajaran (pdp)
3.Melaksana
– Proses penggunaan bahan pdp
4.Menilai
– Membuat refleksi untuk penambahbaikan
Reka bentuk pengajaran
Reka bentuk Pengajaran
Model Pengajaran ASSURE

– Model ASSURE yang terbaru.


– A-Analyse learner(Analisis pelajar)
– S-State objective(Nyatakan objektif)
– S-Select method, media, ands materials(Pilih kaedah, media dan bahan)
– U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)
– R-Require learner participation(Dorong penglibatan pelajar)
– E-Evaluate and revise (Nilai dan semak)
ANALISIS

– ANALISIS PELAJAR – Menganalisis semua ciri


pelajar yang ada.
– Ciri2 umum – deskripsi umum tentang umur,
tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan
NYATAKAN OBJEKTIF

– NYATAKAN OBJEKTIF
– Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk
belajar
– Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang
sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang
dijalankan.
PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN

– PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN.


– Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini :
– Menentukan kaedah yang sesuai dengan
tugasan pembelajaran
– Memilih media yang sesuai untuk
melaksanakan kaedah yag dipilih
– Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk
media yang telah ditentukan.

GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN

– GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN


– 5 Langkah bagi penggunaan media yang baik.
Priview bahan
• Sediakan bahan
• Sediakan persekitaran
• Sediakan pelajar
• Sediakan pengalaman pembelajaran

LIBATKAN PELAJAR

– LIBATKAN PELAJAR
– Pastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran anda dirancang
bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti
membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan
sebagainya.
NILAI DAN SEMAK
Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang
sesuatu perkara.Penilaian melibatkan aspek :
Menilai pencapaian pelajar
•Pembelajaran yang dihasilkan
•Menilai media dan kaedah
•Kualiti media
•Penggunaan guru
•Penggunaan murid.
•Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3
•Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria
•Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran
•Sikap pelajar.
MENILAI KAEDAH DAN MEDIA
Antara garis panduan ketika menilai media:
•Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik
minat pelajar.
•Menyokong pemikiran tinggi(sokratik)
•Memperkembangakan kemahiran berfikir.
•Menyampai kandungan secara mendalam
•Meransang naluri ingin tahu pelajar
•Dapat melibatkan murid secara aktif
•Menghubungkaitkan bidang pelajaran
•Meningkatkan nilai murni.
Tugasan Tutorial: Berkumpulan (3-4 orang pelajar)

1. Pilih salah satu tajuk daripada DSKKP SR Bahasa Iban Tahun 4


2. Bangunkan satu RBP berdasarkan model pengajaran yang anda pilih
pada perkara 1 (ASSURE/ADDIE)
3. Bina satu senarai semak dan penilaian untuk penggunaan RBP yang
telah anda bangunkan
4. Bentangkan RBP yang kump anda telah bangunkan menggunakan
kertas mahjong pada 12 Julai 2018

Anda mungkin juga menyukai