Anda di halaman 1dari 21

ISL 5

5.0 Kebudayaan
5.1 Nyanyian / Lagu Pertubuhan
a) Lagu Rasmi Pengakap Malaysia b) Lagu Undang-undang Pengakap

Kami Pengakap Malaysia Dipercayai, taat, berguna,


Harapan nusa dan bangsa bersaudara, berbudi,
Berikrar setia kasihkan binatang,
Pada pertiwi tercinta menurut perintah,
sabar, berjimat,
Melatih generasi muda suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan,
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap c) Selamat Datang / Tinggal
Teras dipegang bersama
Selamat datang, saudara
saudari } 2X
Menolong orang setia masa
Selamat datang } 3X
Menabur bakti di mana sahaja
Ke Kursus ini
Demi Tuhan, Raja dan negara
Selamat tinggal, saudara
saudari } 2X
Berbudi, bersaudara Selamat tinggal } 3X
Taat, menurut perintah Hingga jumpa lagi
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

d) Saya Pilih Pengakap


Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia Yip pi ye ye ye } 2x
Saya pilih pengakap saja
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Cintaku semakin mendalam
ISL 5

e) We Are So Glad To Welcome You


Cinta hati saya duduk sebelah sana
We are so glad to welcome you Di mana dia anak kambing tuan
Our friends from far and near Anak kambing tuan yang makan daun
jambu
And now well tell you one and all
Di mana dia cinta hati tuan
The reason why were here
Cinta hati tuan yang pakai baju biru
May all your trouble be forgot
Let this night be the best
h) Masa Billy Masa Billy
Join in the songs we sing tonight
Be happy with the rest
Masa Billy Billy Billy }
Masa Billy U Kamba } 2X

f) Apa Guna Keluh Kesah


U Kamba Sarina poni
U Kamba Sarina pom pom pom
Apa guna keluh kesah } 2X
Pengakap tak pernah keluh kesah
Inadina dina dina }
Apa guna keluh kesah
Inadina U Kamba } 2X
There is no reason to be sad } 2X
We are always happy together
U Kamba Sarina poni
There is no reason to be sad
U Kamba Sarina pom pom pom
Onu guno katangaban } 2X
Savi-avi au insan osusa
i) Jolly Good Place
Onu guno katangaban

I come from Msia jolly good place }3x


g) Chan Mali Chan
Jolly jolly jolly jolly
Jolly good place
Chan mali chan ooi ooi }2x
Chan mali chan ketipung payung
Saya dari Msia suka hati }2x
Di mana dia anak kambing saya
Suka suka suka suka suka ..
Anak kambing saya di bawah pokok nangka hati
Di mana dia cinta hati saya
ISL 5

j) The More We Get Together m) Sayonara

The more we get together together Sayonara }2x }


together
Kita berjumpa lagi } 2x
The more we get together the happier
will be
Apa guna susah }2x }

For your friends are my friends Susah itu tak ada gunanya }2x

And my friends are your friends


n) Di Sini Senang

The more we get together the hapier will


be Di sini senang, di sana senang
Di mana-mana hati ku senang
k) Bertemu Dan Berpisah

Di sini senang, di sana senang


Bertemu dan berpisah Di mana-mana hati ku senang
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa Saudara, saudari
Berdoalah kita agar aman dan sentosa Lai, lai, lai, lai, lai, lai
Semoga kita berjumpa di lain masa Saudara, saudari
Lai, lai, lai, lai, lai, lai
[Ulang beberapa kali yang sesuai]

l) Geylang Si Paku Geylang o) Ingat Tu Remember

Geylang si paku gelang . geylang Ingat .. ingat itu remember


Geylang si rama-rama Jangan lupa itu dont forget
Pulang marilah pulang .. marilah pulang
Bersama-sama Saya sayang itu l love you
Hanya dikau, only you
ISL 5

5.2 Permainan

Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap perjumpaan atau
perkhemahan Pengakap. Dengan ini barulah Pengakap dapat bersukaria serta menambahkan
kecekapan dan pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu. Jangan mengadakan aktiviti yang
serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu.

Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan
atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dalam setiap aktiviti dan pastikan
mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu.

AKTIVITI DALAM

Diadakan di dalam bilik yang sesuai seperti Rumah Pengakap (Scout Den)

1. Lakonan Bisu

Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perlu dilakukan oleh
Pengakap)

Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah
membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka
lakonan yang dipamerkan.

2. Simpulan

Alatan: tali, bangku.

Pengakap dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. Misalnya, ketua patrol memulakan
simpulan dengan Simpul Belit di bangku, kemudian disambung dengan Buku Sila, Bunga Geti,
Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail, Simpul Lapan Berganda dan diakhiri dengan Simpul
Tindih Kasih. Aktiviti ini boleh diubah suai mengikut kreativiti/kebolehan masing-masing.

Pengakapdisuruh menutup mata mereka dengan skaf dan apabila satu nama simpulan diberi,
mereka dikehendaki membuatnya dengan pantas dan apabila sudah siap, angkat tangan dan
tunjukkan simpulan tersebut. Markah diberikan kepeda yang betul.
ISL 5

3. Permainan Kim

Deria Lihat

Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pku paying, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll.
(sediakan lebih kurang 30 jenis)

Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas surat khabar.
Setiap patrol diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi (masa boleh
disesuaikan) dan bila sampai masa, patrol itu perlu berbincang dan Ketua Patrol perlu
menyenaraikan objek yang dilihat.

Cara lain ialah dengan mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dalam kotak/karung.
Bila Pengakap sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak bercakap. Keluarkan tali itu
perlahan-lahan (pastikan Pengakap itu tidak berbincang/bercakap di antara mereka). Selepas 1
atau 2 minit, tali itu dimasukkan semula ke dalam kotak dan Pengakap itu bolehlah berbincang
dan menyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut susunan yang betul.

Deria Sentuh/raba

Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis,
penutup botol, tali pendik, getah bulat dll.

Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung/beg/kotak dan setiap Pengakap diberi masa
1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dalam
patrol tersebut menyentuhnya, mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama
objek-objek tersebut.

Deria Dengar

Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka
penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang dan lain-lain.) Jika tidak menggunakan pita
rakaman, Pengakap boleh membuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik.

Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh Pengakap. Selepas semua bunyi itu dimainkan,
mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian yang telah didengarinya tadi.
ISL 5

Deria Hidu

Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi, minyak rambut dan
sebagainya.

Pengakap dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir.
Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.

Deria Rasa

Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb.

Pengakap dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakan itu bergilir-
gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya.

4. `Baloo di mana kamu

Alatan: Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.

Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil Baloo
(beruang) dan seorang lagi bergelar Mowgli. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung
untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di
mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang
sebanyak 3 kali untuk bertanya Baloo, di mana kamu? dan boleh memukul dengan gulungan
surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab di sini setiap kali mendengar
pertanyaan Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari
tempatnya.
ISL 5

5. Kiri kanan

Alatan: Topi dan skaf Pengakap

Pengakap berdiri dalam bulatan (atau duduk) dengan rapat. Bila terdengar arahan Kiri, mereka
akan merebut topi/skaf pengakap yang duduk/berdiri disebelah kiri mereka. Kiri - Kanan boleh
digantikan dengan perkataan lain seperti Kiri Perak; Kanan Perlis dan perkataan-perkataan
boleh ditambah untuk mengelirukan Pengakap yang mengambil bahagian.

6. Melukis gadjet/projek perintis

Pengakap disuruh melukis gadget-gadget yang terdapat dalam satu perkhemahan ke dalam buku
log mereka. Selain daripada melukis gadget, mereka boleh melukis projek-projek perintis
(pioneering) seperti menara, jambatan, pintu gerbang dll.

7. Membaca peta

Alatan: Peta Topo dan kompas.

Setiap patrol diberi peta yang serupa (lebih elok setiap Pengakap diberi setiap seorang) dan
mereka diberi beberapa soalan (tugasan), misalnya: mencari grid beberapa tempat (sekolah,
masjid, balai polis dll), memberi grid kedudukan (RG) tempat itu untuk dicari dan ditandakan nama
tempat tersebut, beri bering dari satu tempat ke satu tempat, menamakan kawasan jenis
tumbuhan yang terdapat, sumber ekonomi, pekerjaan penduduk setempat, tanaman utama di
sesuatu kawasan dsb.

8. Ilmu Pengakap

Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am Pengakap, misalnya, sejarah Pengakap,


simpulan dan ikatan dll. Soalan berbentuk subjektif atau objektif boleh disediakan. Selepas
menjawab semua soalan itu, Pengakap menukarkan kertas jawapan dan memeriksa jawapan bila
pemimpin memberikan jawapan yang betul bagi soalan itu.
ISL 5

9. Kepala dan Ekor

Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan pemimpin. Apabila


pemimpin menyebut `kepala, Pengakap yang di hadapan tidak bergerak tetapi kawan-kawan
yang lain dalam barisan masing-masing akan berlari ke hadapan sambil berpusing mengelilingi
Pengakap yang di hadapan tadi, dan balik semula ke tempat masing-masing. Begitu juga apabila
pemimpin menyebut `ekor, Pengakap di belakang sekali tidak bergerak, tetapi kawan-kawaan
yang lain dalam pasukan akan berlari ke belakang sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang
di belakang tadi dan balik ke tempat masing-masing. Mana-mana pasukan yang pertama sampai
serta berbaris dengan lurus, akan diisytiharkan sebagai pemenang. Permainan ini boleh
diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli dalam barisan itu sehingga tamat permainan.

10. Harta Tersembunyi

Ahli Pengakap disuruh keluar mencari beberapa objek/benda yang telah ditentukan oleh
pemimpin seperti daun, rumput-rampai, buah-buahan dll. Pasukan yang pertama dapat
menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.

AKTIVITI LUAR

Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap.

1. Mendirikan Khemah

Pengakap diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan khemah
sendiri. Cara lain ialah mendirikan khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh Pengakap
menutup mata mereka dengan skaf dan bayangkan pada masa itu sudah malam dan keadaan
gelap gulita.

2. Latihan Kecemasan

Sebelum mengadakan aktiviti ini; pastikan semua Pengakap sudah dilatih dengan kemahiran
pertolongan cemas. Tuliskan beberapa kemalangan seperti kemalangan jalan raya, kebakaran,
lemas dll pada kertas tugasan dan serahkan kepada ketua patrol untuk menjalankan aktiviti
tersebut bersama patrolnya.
ISL 5

3. Merintis (Pioneering)

Pastikan semua Pengakap sudah mahir dengan ikatan dan simpulan. Gunakan tali yang sesuai
apabila membina sesuatu projek perintis. Pastikan projek itu selamat sebelum mencubanya.
Ketua patrol boleh merujuk kepada carta-carta atau model-model projek yang hendak mereka
bina.

Selain daripada membuat projek, Pengakap boleh juga membuat jgadjet yang berguna dalam
sesuatu perkhemahan. Ini adalah satu latihan yang amat berguna kepada Pengakap kerana ia
dapat memahirkan simpulan dan ikatan mereka.

4. Memasak

Adakan dua jenis masakan iaitu masakan dengan menggunakan alat-alat dapur dan memasak
cara hutan/`Backwoodsman. Satu peraduan boleh diadakan untuk menentukan patrol yang
cekap sekali dalam masakan.

5. Memotong Kayu

Aktiviti ini membolehkan Pengakap menunjukkan kecekapan mereka dalam pengetahuan


menggunakan kapak. Pastikan semua langkah keselamatan diambil oleh setiap Pengakap yang
menyertainya. Kayu yang dipotong itu boleh digunakan sebagai kayu api dalam perkhemahan
atau untuk gadjet/projek perintis.

6. Mengikut Jejak (Tracking)

Aktiviti ini adalah untuk menduga pengetahuan tentang tanda-tanda kejadian hutan yang boleh
dijejak dan dibinanya sendiri. Pengakap boleh memahirkan pengetahuannya dengan
menggunakan kayu, lalang/rumput, batu sebagai membina tanda-tanda kejadian hutan tersebut.

Selain daripada itu, benang atau kertas warna juga boleh digunakan. Taburkan benang atau
kertas warna mengikut jalan yang ditentukan untuk dilalui oleh Pengakap.

Cara yang ketiga ialah dengan mengheret batang kayu di atas tanah supaya ia meninggalkan
kesan. Pastikan ada kesan di atas tanah supaya Pengakap dapat menjejakinya.
ISL 5

7. Orienteering

Sebelum mengadakan aktiviti ini, adakan latihan menggunakan kompas dan peta (terutama peta
topo).

a) Route Orienteering Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan yang telah


ditetapkan. Salin perjalanan itu daripada peta yang ditunjukkan. Dalam perjalanan itu, Pengakap
ditugaskan untuk menandakan stesyen-stesyen tertentu sebagai tugasan dalam peta lakaran
mereka. Satu had masa hendaklah ditetapkan.

b) Projek Orienteering Pengakap dikehendaki mengikut satu perjalanan setelah


menyalinnya di atas peta mereka. Apabila mereka menemui satu stesyen, mereka dikehendaki
membuat sesuatu aktiviti, misalnya: mengutip duaa jenis daun, buah-buahan, serangga dll.

8. Harta Karun

Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang, gula-gula
(sebagai `Harta Karun).

Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan
diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan
lain untuk dijalankan oleh Pengakap itu. Bereng kompas boleh diberi untuk panduan Pengakap
mencari arah lain sehingga terjumpanya `Harta Karun itu.

9. Natures Hunt

Pengakap dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti serangga, daun, buah-buahan, bunga dll.
Tuliskan arahan/tugasan di kertas dan masukkan ke dalam sampul surat. Lebih elok adaakan
satu cerita, misalnya: Wahai pehlawan-pahlawan yang pengecut, tibalah masanya untuk
menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi penyakit angau dan dukun beta
berkehendakkan benda-benda sebagai ubat:- Seekor semut, seekor nyamuk, seekor belalang,
daun ketapang, lalang, buah jambu ... Benda-benda yang dikehendaki hendaklah yang boleh
didapati/perolehi di kawasan itu dan senarai yang diberi kepada setiap patrol hendaklah
berlainan/berbeza.
ISL 5

10. Night Orienteering

Aktiviti ini sama seperti Orienteering tetapi ia dilakukan pada waktu malam. Pastikan Pengakap
itu berpakaian uniform lengkap dan membawa lampu suluh: satu lampu di hadapan dan satu lagi
di belakang patrol.

11. Night Stalking

Aktiviti ini diajalankan pada waktu malam dan semua Pengakap dikehendaki beruniform lengkap.
Mereka dikehendaki mengekori seorang yang akan menjalankan beberapa gerakerja di sesuatu
tempat. Pada bila-bila masa, orang itu akan menoleh ke belakang untuk menangkap Pengakap
yang mengekorinya/yang mengintipnya. Pengakap itu pula hendaklah bersembunyi apabila
orang itu cuba menangkapny. Pada akhir aktiviti ini, Pengakap itu hendaklah melaporkan
gerakerja yang dilakukan oleh orang yang diintip itu. Sementara orang itu pula, dikehendaki
melaporkan jumlah Pengakap yang dia dapat lihat dan markah akan ditolak bagi setiap Pengakap
yang dapat dilihatnya.

12. Mata Angin

Sebelum itu, tentukan arah mata angin yang betul iaitu UTARA< SELATAAN< BARAT dan
TIMUR. Tiap-tiap patrol berbaris menghadap ke arah UTARA. Ketua patrol berdiri di hadapan
dan Penolong Ketua Patrol berdiri di belakang patrol. Bila pengakap mendengar `SELATAN
mereka hendaklah melompat dan berdiri menghadap ke arah SELATAN. Jika didapati Pengakap
itu menghadap ke arah lain maka dia dikehendaki duduk dan permainan itu diteruskan semula.
Bila didapati semua Pengakap dalam suatu patrol itu telah dihukum duduk, patrol itu diisytiharkan
kalah.

13. Komando Lawan Komunis

Pengakap dibahgikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis. `Nyawa
mereka ialah skaf yang diikatkan di kepala mereka. Mereka dihekendaki merebut skaf yang ada
di kepala musuh mereka. Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan
mencari mereka. Apabila `nyawa dicabut, mereka diisytiharkan `mati dan terkeluar daripada
permainan. Yang `mati tidak dapat bermain lagi. Pastikan kejadian bergaduh seperti lawan
ISL 5

bersilat atau bertumbuk tidak terjadi. Bila mereka menang, wisel ditiupkan dan kehendaki
berkumpul. Kiraan mata dibuat untuk mengetahui pemenangnya.

14. Waterloo

Aktiviti ini adalah serupa dengan persaingan di atas tetapi setiap Pengakap diberi plastik/belon
yang berisi air berwarna sebagai peluru. Setiap seorang boleh diberi 3 5 beg plastik. Pengakap
dikehendaki berpakaian riadah dan permainan elok dijalankan sebelum rehat mandi. Sesiapa
yang terkena tembakan (badannya didapati basah) tidak dapat berlawan lagi atau dikira `mati.
Permainan ini boleh dimainkan pada waktu malam supaya Pengakap boleh bersembunyi atau
melarikan diri jika diserang.

15. Mengelak Pukulan

Gunakan pemukul bantal atau alat yang lembut dan buatkan satu kawasan bertali. Pengakap
boleh bergerak dengan bebas dalam kawasan bertali tersebut dalam situasi duduk. Apabila
isyarat mula dibuat (wisel), setiap Pengakap cuba memukul Pengakap lain semasa duduk. Cuba
elak pukulan yang dibuat supaya anda tidak diisytiharkan `mati atau terkeluar daripada
permainan.

16. Daftar Alat Perkhemahan

Pengakap diberi sehelai kertas dan pen. Pengakap dikehendaki menyenaraikan seberapa
banyak yang boleh peralatan perkhemahan. Masa yang diberi adalah terhad, misalnya satu
setengah minit atau dia minit. Pengakap yang paling banyak menyenaraikan peralatan dengan
tepat/betul adalah diisytiharkan pemenang.

17. Ibu Ayam

Seorang Pengakap menjadi `helang dan pemimpin/ketua patrol menjadi `ibu ayam. Pengakap
dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilih nama seekor burung. Ibu ayam akan
melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak
burung (patrol itu) berlari ke arah `ibu ayam, `helang akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam
ISL 5

hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang
sama jauh dari `ibu ayam.

18. Tampar Lutut

Pasangan Pengakap akan duduk berhadapan (menghadap antara satu sama lain) menghadap
lawan. Tiap-tiap seorang akan cuba untuk menampar lutut lawannya. Masa akan diberikan dan
jumlah tampar yang tertinggi dan yang paling rendah mengelak adalah dikira sebagai pemenang.

19. Bercerita/Membawa

Pemimpin terlebih dahulu perlu memisahkan/menjarakkan antara satu patrol dengan patrol yang
lain dan antara Pengakap dengan Pengakap dalam patrol masing-masing supaya berita yang
disampaikan tidak akan didengari bersama oleh patrol lain atau ahli lain. Pemimpin akan
memanggil semua Ketua Patrol dan memberikan satu cerita bersiri. Cerita tersebut hendaklah
sederhana panjang. Pemimpin perlu mengulang beberapa kali cerita tersebut sebelum Ketua
Patrol pulang ke patrolnya dan bercerita.

Setelah ketua patrol mendengar cerita bersiri tersebut, dia dikehendaki kembali ke patrolnya dan
menghebahkan cerita tersebut secara berbisik dari seorang (kedua) ke seorang ahli lain (ketiga)
dalam barisan yang lurus yang bermula dari depan (Ketua Patrol) sehingga selesai. Berita
tersebut hanya boleh didengari oleh pengutusnya kepada penerimanya sahaja. Ketua patrol tidak
dibenarkan memberi sebarang isyarat atau maklumat kepada orang ketiga atau begitulah antara
ahlinya. Setelah selesai berita itu disampaikan, semua ahli yang terakhir dalam setiap patrol akan
dipanggil berkumpul. Mereka akan disuruh menceritakan kembali berita/cerita yang telah
disampaikan tadi (mereka terima). Bandingkan isi cerita yang diperdengarkan dengan isi cerita
yang diarahkan oleh pemimpin. Permainan ini amat menarik jika dilakukan kepada banyak patrol.

20. Lembu Kena Kepung

Ahli patrol memegang tangan dan membuat satu bulatan. Seorang Pengakap menjadi `lembu
dan berdiri dalam bulatan. Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan
sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh
ISL 5

menahan `lembu tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. Jika `lembu itu dapat keluar
daripada kepungan itu, tukarkan ahli Pengakap lain sebagai `lembu dan begitulah seterusnya.

21. Lumba Lari Keldai Berganti-ganti

Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10 meter. Patrol-patrol dibahgikan dua kumpulan:
satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B. Bila isyarat `mula diberikan, pelari pertama
berlari merangkak songsang (ke belakang) ke arah pelari kedua pasukannya yang berada di
belakang garisan B. Pelari kedua mula berlari apabila sahaja pelari pertama melintasi garisan B.
Begitulah seterusnya bertukar ganti.

22. Elak Bola dalam Bulatan

Alatan: Bola (boleh lebih daripada satu)

Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri di dalam bulatan
yang ditandakan. Ahli Pengakap yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan bola dan
sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira `MATI. Rejaman hanya sah sekiranya terkena di
bahagian bawah lutut Pengakap yang berada dalam bulatan. Pengakap yang `terkena rejaman
itu iaitu sdah `MATI, hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan
dibenarkan mengambil bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-tubi
dengan seberapa cepat dan hendaklah digalakkan ketepatan memandang. Permainan bolehlah
diteruskan hinggalah hanya seorang Pengakap sahaja berada dalam bulatan dan dia
diisytiharkan sebagai pemenang.

23. Bola Edar /Bola Sentuh

Alatan: Bola.

Pengakap disuruh mencari tempat atau ruang sendiri dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Permainan dimulakan apabila seorang pemain mengambil bola dan cuba melempar/merejamkan
kepada Pengakap lain. Pengakap yang terkena rejaman tersebut dikehendaki duduk berdekam
di tempat terkenanya rejaman. Dia boleh mengambil bahagian semula sekiranya dia dapat
memungut bola yang datang ke arahnya sambil memungut bola tersebut lalu merejam kepada
ISL 5

Pengakap lain yang masih bebas bergerak (mesti melakukan lemparan/rejaman tersebut dari
kedudukan berdekam sahaja).

Pengakap yang belum kena rejam adalah bebas bergerak untuk mengelakkan dirinya daripada
terkena rejaman. Permainan ini tamat apabila semua pemain sudah `kena rejam dan berada
dalam aksi duduk/berdekam. Apabila hanya tinggal beberapa orang sahaja Pengakap yang
masih bebas, galakkan Pengakap menghantar bola ke sekeliling kawasan sehingga sesuatu
rejaman boleh dibuat. Untuk merancakkan permainan, bilangan bola boleh ditambah (lebih dari
sebiji).

24. Pijak Kaki

Tiap-tiap Pengakap akan cuba memijak jari kaki lawan masing-masing sambil itu cuba mengelak
jari kakinya sendiri dipijak lawan.

25. Lawan Runtun Satu Tangan

Pasangan mencekak pergelangan tangan lawan (kiri dan kanan)masing-masing. Kemudian


berpaling sisi dan cuba menarik lawannya melintasi garisan yang ditandakan.

26. Anak Lembu Degil

Seorang Pengakap membuat aksi rangkak, seorang lagi memacakkan jarinya di belakang
tengkuk lawannya yang berada dalam aksi merangkak tadi. Dia cuba menarik lawannya ke
hadapan dari `anal lembu itu serta anak lembu cuba menentangnya (menarik ke belakang).

27. Tinju Sebelah Tangan/Tampar Beruk

Setiap pasangan memegang pergelangan tangan kiri atau tangan kanan lawan masing-masing.
Tujuannya ialah cuba mencuit (menyentuh) muka lawannya. Lawannya cuba seberapa yang
boleh mengelakkan dirinya supaya mukanya tidak disentuh.
ISL 5

28. Gusti Lengan

Tiap-tiap pasangan menggenggam tapak tangan lawan dengan setiap siku berkedudukan selari
dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan yang berkedudukan bersilang di bawah tangan
yang akan bergusti. Pasangan perlulah menumbangkan tangan lawan sehingga lebah.

Projek-projek Untuk Patrol

1. Membuat wogel

2. Membuat sarung pisau/kapak

3. Membuat kotak alatan/pertolongan cemas/papan kenyataan

5.3 Malam kebudayaan

Malam Pengakap

1. Pendahuluan

Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan
pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja
yang telah dibuat semasa berkhemah dll. Malam Pengakap mungkin ada perhubungan dengan
seni budaya Pengakap atau Kebudayaan Pengakap itu sendiri, sebagaimana yang dialami.
Aturcara yang dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu adalah datangnya dari pengakap itu
sendiri seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dll. Semua itu bercorakkan seni budaya pengakap.
Untuk perhatian bahawa setiap persembahan yang dibuat oleh pengakap tidaklah seperti
persembahan yang diadakan di atas pentas. Persembahan Malam Pengakap itu hanyalah apa
yang terdaya oleh setiap kumpulan pengakap itu sendiri.

2. Campfire

Untuk makluman, Malam Pengakap berbeza sedikit corak dan aturcaranya dalam temasya
Campfire.

a. Campfire menggunakan unggun api (iaitu unggun api yang dikelilingi oleh pengakap-
pengakap yang mengambil bahagian)
ISL 5

b. Malam Pengakap tidak menggunakan unggun api hanya menggunakan obor yang
dinyalakan di sekeliling kawasan Malam Pengakap. Campfire (Unggun Api) biasanya
digunakan dalam temasya perkhemahan di hutan, di tepi pantai dan sebagainya.
Faedahnya untuk menerangi suasana perkhemahan dan menjauhkan nyamuk serta
binatang buas. Persembahannya mungkin ada persamaan dengan Malam Pengakap.

3. Persembahan Malam Pengakap atau Malam Kebudayaan Pengakap

a. Mempunyai susunan aturcara


b. Mengadakan latihan dan menguji bakat
c. Seni tari, seni lakon dan menyanyi dikaitkan dalam kebudayaan
d. Penapisan (pilihan) untuk aturcara persembahan

4. Tujuan mengadakan Malam Pengakap

a. Untuk menghilangkanrasa bosan dan melupakan segala kerja di siang hari dalam
perkhemahan
b. Melatih diri berdisiplin, terutama mematuhi arahan dan perintah ketua-ketua dengan taat
setia
c. Mencungkil bakat seseorang pengakap
d. Melatih bekerjasama dan tolong menolong
e. Menghormati orang lain (baik pada kawan atau orang tua)
f. Melatih supaya menjauhi perasaan malu dan percaya pada diri sendiri
g. Malam Pengakap bukan untuk bermegah-megah, hanya untuk diri sendiri
h. Yang penting ialah mematuhi undang-undang pengakap dalam semua perkara

5. Mengapa diadakan Malam Pengakap

Sudah menjadi satu tradisi kegiatan dalam kumpulan pengakap :-

a. Menyambut sesuatu temasya yang ada hubungan dengan pengakap


b. Meraikan tetamu atau pelawat dalam satu perjumpaan pengakap
c. Jenis Malam Pengakap diadakan :-
i. Malam Pengakap (Malam Kebudayaan Pengakap) Kumpulan
ISL 5

ii. Malam Pengakap Daerah


iii. Malam Pengakap Gabungan
iv. Malam Pengakap Negeri
v. Malam Pengakap di Jambori Pengakap

5.1 Memberi galakan secara langsung atau tidak langsung kepada Pengakap Kanak-kanak
supaya menyertai Malam Pengakap sebagai menggalak pengakap kanak-kanak.

Ada baiknya mereka dibawa bersama menyertai Malam Pengakap supaya mereka lebih awal
mendapat latihan dan galakan sebagaimana abang-abang mereka. Ini adalah kerana mereka
juga akan menjadi dewasa. Diingatkan bahawa malam pengakap tidaklah diutamakan kepada
pengakap kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung. Tetapi ianya diadakan secara
sederhana sahaja supaya mereka dapat mencontohi apa yang abang-abang mereka buat dalam
malam pengakap.

5.2 Perasaan ingin bersuka ria/gembira

Setiap AKELA (Pemimpin Pengakap Kanak-kanak) seharusnya mengambil perhatian terhadap


perasaan dan jiwa kanak-kanak. Ini adalah kerana mereka mempunyai perasaan semulajadi
ingin merasa gembira dan bersukaria dan ingin tahu sesuatu, amak berikanlah mereka suatu
hiburan tersendiri iaitu Malam Pengakap Kanak-kanak

6. Malam Pengakap Kanak-kanak

Kalau kumpulan pengakap ada Malam Pengakap, maka kumpulan pengakap kanak-kanak juga
boleh mengadakan satu temasya seumpama itu. Semasa malam pengakap kanak-kanak, AKELA
(pemimpin) mestilah berusaha dan bertanggungjawab serta bijak untuk mengubah suai acara
supaya seimbang dengan jiwa dan peringkat umur serta kebolehan kanak-kanak.

7. Perbezaan persembahan

7.1 Acara nyanyian


ISL 5

Nyanyian bagi pengakap kanak-kanak haruslah bercorak kanak-kanak. Ianya senang, mudah
dinyanyikan dengan gembira serta bersemangat/perasaan.

7.2 Senitari

Tarian juga disesuaikan dengan cara yang mudah serta bercorak kanak-kanak.

7.3 Seni lakon

Cara berlakon juga diambil perhatian, supaya kanak-kanak itu benar-benar dapat melakonkan
dengan gaya semulajadi bagi kanak-kanak itu sendiri.

Dalam tiga perkara tersebut, hendaklah dilatih dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin yang
mengendalikan acara tersebut.

8. Persediaan untuk Malam Pengakap Kanak-kanak

Sebelum mengadakan sesuatu persembahan maka pemimpin (AKELA) yang bertanggungjawab


terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menyediakan beberapa perkara seperti berikut :-

a. Menentukan tempat mengadakan Malam Pengakap Kanak-kanak.


b. Membuat aturcara (Program) dan Juruacara sekali.
c. Membuat jemputan kepada kumpulan-kumpulan pengakap yang berdekatan.
d. Menentukan seorang yang dianggap berpengaruh di kawasan itu untuk merasmikan
Malam Pengakap Kanak-kanak.
e. Menjemput dua atau tiga orang kenamaan dan ibu bapa kanak-kanak, pesuruhjaya-
pesuruhjaya pengakap, pemimpin dll.
f. Menyediakan jawatankuasa persiapan, kerusi, obor, minuman dll :-
i. jamuan ringan untuk VIP
ii. jamuan untuk pengaap dll
ISL 5

Sebelum Malam Pengakap Kanak-kanak dimulakan, pastikan :-

a. Semua peserta yang mengambil bahagian bersedia di tempat masing-masing, senyap,


berdisiplin dan mendengar arahan ketua
b. Tuan rumah hendaklah menyediakan tempat duduk para jemputan VIP
c. Memberi penghormatan kepada ketua pengakap atau wakilnya, wakil rakyat, Menteri /
Wakil Menteri apabila datang
d. Memberi tahu kepada orang yang merasmikan masa untuk dia menyampaikan ucapan
dan perasmian
e. Apabila ucapan perasmian telah selesai :-
i. memberi tepukan yang gemuruh
ii. diikuti dengan nyanyian pembukaan Malam Pengakap Kanak-kanak
iii. memulakan acara seberapa segera yang boleh
f. Tiap-tiap kumpulan diminta mengadakan YELL kepada kumpulan yang memberi
persembahan
g. Masa persembahan tidak lebih daripada 5 hingga 6 minit sahaja, kecuali lakonan dan
terian iaitu selama 7 minit
h. Tarian hendaklah sopan. Buatlah tarian yang baik dipandang orang
i. Alat penerang biasanya menggunakan unggun api. Ianya boleh digantikan dengan obor
yang diperbuat dari bambu yang dipacak ke tanah di sekeliling kawasan persembahan.
Boleh juga menggunakan lampu (letrik). Adalah diingatkan bahawa unggun api boleh
merosakkan kawasan. Oleh itu, ianya sesuai di kawasan pantai atau hutan. Faedah
unggun api :-
i. menjauhkan nyamuk dan agas
ii. memanaskan badan semasa sejuk
iii. menjauhkan binatang buas
iv. boleh dijadikan tempat memasak air atau memanggang ikan, roti dll
j. Pakaian seragam pengakap harus dipakai sebelum mengadakan sesuatu persembahan
dll
k. Jamuan ringan untuk VIP dan para jemputan hendaklah disediakan lebih awal.
l. Jaga kebersihan kawasan
m. Ketua-ketua kumpulan pengakap hendaklah bekerjasama menjaga dan mengemas alat-
alat yang telah digunakan dan juga memulangkan kerusi atau bangku yang telah dipakai.
ISL 5

9. Bagaimana untuk menyediakan kawasan Malam Pengakap

a. Cari satu kawasan yang luas dan lapang, dan jauh dari tempat-tempat larangan seperti
balai polis, hospital, bomba dan tempat ibadat
b. Boleh juga meminjam Dewan Masyarakat dan Balairaya, tetapi hendaklah menjaga
keselamatan dan kebersihan

10. Aturcara Malam Pengakap Kanak-kanak

a. Mesyuarat harus diadakan di antara kumpulan pengakap yang turut serta dalam
persembahan
b. Menyusun acara
c. Mengadakan penapisan awal sebelum dipersembahkan. Pilih seorang pengerusi khas
untuk menjaga persembahan tersebut
d. Semua persembahan harus dapat didengar dan dilihat oleh penonton
e. Masa persembahan hanya 2 jam sahaja
f. Adakan muzik sendiri dari kanak-kanak itu sendiri, kalau ada.

Anda mungkin juga menyukai