Anda di halaman 1dari 8

Jurnal

Guru dapat mengenal pasti proses pembelajaran murid.


Murid membuat refleksi pembelajaran mengenai apa
yang telah dilakukan melalui jurnal. Ini merupakan bukti
bagi menunjukkan seseorang murid itu telah
menjalankan proses pembelajaran.

Buku nota
Melalui nota yang dibuat oleh murid sendiri, guru boleh
menilai murid tentang penguasaan dan kefahaman
mereka mengenai sesuatu topik yang dikaji.
Guru juga boleh mengenal pasti cara berfikir dan cara
pembelajaran melalui nota yang dibuat itu.
- Nota itu perlu mempunyai aspek-aspek berikut:
a) Lengkap dan padat dengan isi-isi penting.
b) Tersusun.

Jurnal di mana murid mencatatkan


respons peribadi, pertanyaan,
perasaan, idea dan pengetahuan
tentang proses dan isi kandungan
mengenai pembelajarannya.

Log
pembelajar
an

Murid membuat refleksi pembelajaran


mengenai aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan. Melalui log, guru dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh murid dan seterusnya menilai
tahap perkembangan murid.

Guru juga dapat menilai


keberkesanan strategi
pembelajaran dalam kalangan
murid.

Laporan bertulis dan penulisan


kreatif
Laporan bertulis:
Laporan berformat mengenai sesuatu perkara yang telah berlaku
seperti laporan tahunan.
Guru dapat menilai kemahiran murid untuk menyediakan laporan
bertulis. Contoh: Guru dapat menilai pemikiran kritis murid melalui
penulisan perbincangan dalam laporan bertulis.
Penulisan kreatif:
Penulisan yang menggambarkan buah fikir, perasaan, daya imaginasi
dan daya kreativiti.
Guru dapat menilai pemikiran murid yang kreatif.

Aktiviti makmal dan lembaran kerja


Guru dapat menilai murid secara autentik melalui
aktiviti makmal. Contoh: Dalam aktiviti hands-on,
penilaian boleh dibuat dengan memerhati cara murid
menggunakan bahan dan radas yang betul.
Lembaran kerja:
Guru boleh menilai penguasaan murid bagi kosa kata
dalam sesuatu topik sains.
Guru juga boleh mengenal pasti sama ada murid telah
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan itu.

Lukisan dan gambar rajah berlabel


Melalui hasil lukisan murid, guru dapat mengenal pasti
kesilapan murid dengan jelas. Contoh: Bagi topik
Tumbuhan, murid dikehendaki untuk melukis 2 jenis
urat daun. Kesilapan murid dalam lukisan dapat dilihat
dengan ketara.
guru dapat mengenal pasti kesilapan murid semasa
mereka diminta untuk melabel sesuatu gambar rajah.
Contoh: Murid diminta untuk melengkapkan gambar
rajah berlabel bagi bahagian-bahagian utama
tumbuhan.

Peta konsep
Guru dapat menilai tahap penguasaan dan kreativiti
murid melalui persembahan peta konsep yang telah
dibuat oleh murid.
Sesuatu peta konsep perlu mempunyai aspek-aspek
berikut:
- Ringkas dan padat
- Tersusun
- Mudah difahami

Anda mungkin juga menyukai