Anda di halaman 1dari 40

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

HBEF2503

PENGGUNAAN KAEDAH POWER POINT INTERAKTIF DALAM


PENGUASAAN KONSEP SAINS DI KALANGAN MURID TAHUN 5
BAGI TAJUK FASA-FASA BULAN

NORHAZURA BINTI HASSHIM


NO. MATRIK : 821226025226001
PUSAT PEMBELAJARAN OUM SUNGAI PETANI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN

ABSTRAK

BAB 1
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8

Pendahuluan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Batasan Kajian

BAB 2
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

5
6
6-7
8
8
8-9
9
10

TINJAUAN LITERATUR
Pendahuluan
Komputer Dalam Pendidikan
Kelebihan Penggunaan Power Point
Tinjauan Kajian Lepas
Rumusan

BAB 3
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

MASALAH KAJIAN

11
11-14
14-15
15-17
17

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan
Reka Bentuk Kajian
Populasi dan sampel Kajian
Instrumen Kajian
Tatacara Pengumpulan Data Kajian
Tatacara Penganalisisan Data Kajian
Rumusan

18
18-19
20-21
21-24
24-25
25-26
27

PENGHARGAAN

norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya
dapat juga saya menyiapkan penyediaan kertas cadangan penyelidikan tindakan ini dengan
sempurna . Walaupun banyak halangan dan rintangan yang saya hadapi dalam menyiapkan
tugasan ini tetapi berkat kesabaran dan dorongan dari semua pihak yang terlibat, kajian ini
berjaya juga siapkan.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada
penyelia saya bagi kajian tindakan ini iaitu En.Tangavelo a/l Marimuthu diatas segala
bimbingan tunjuk ajar dan galakan yang telah diberikan oleh beliau dalam menyiapkan
kajian ini. Juga kepada En. Ng Tiak Siu pensyarah kajian tindakan OUM yang juga banyak
membantu dalam penyediaan kertas cadangan kajian tindakan ini.
Akhir sekali ribuaan penghargaan yang tak terhingga kepada keluarga tersayang, suami dan
anak-anak , rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memahami, memberi galakan dan
semangat serta mendoakan kejayaan ini. Kalian tetap dalam ingatan dan jasa kalian terpahat
dalam sanubari dan tidak akan dilupakan. Terima kasih semuanya.

ABSTRAK
norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah power
point dalam meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 dalam mata pelajaran Sains .Tajuk
yang dipilih ialah Fasa-fasa Bulan dalam bidang Bumi dan Alam Semesta.

Kajian ini

berbentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 50 orang murid tahun lima dari

kelas 5

Dedikasi dan 5 Wawasan di Sekolah Kebangsaan Pida Tiga , Jitra Kedah. Sampel kajian
dipilih secara bertujuan terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap
pencapaian yang hampir sama, dikelompokkan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, dengan kumpulan eksperimen
diajar dengan kaedah Power Point sementara kumpulan kawalan pula diajar secara
konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang
mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki
ujian pra dan ujian post.

ABSTRACT

This study aim


to assess how
much effectiveness use of method
power
point in
improving Tahun mastery pupil 5 in .Tajuk Science subject that chosen is Fasa-fasa Bulan
in Earth field and
Alam
Semesta.
This study is shaped kuasi-eksperimen which
involves 50fifth year student from class 5 Dedikasi and 5 Wawasan in Sekolah Kebangsaan
Pida Tiga, Jitra Kedah. Research sample chosen by aim comprise from two pupil
group with levels
of
achievement which
almost same, grouped to experimental
group and control group.Researcher directly involved in this study, with experimental group
taught with Power
Point method while control
group on
the
other
handtaught conventionally. Instrument study
used is a
set achievement
test which
contains 20 choice variety objective question. Both pupil group will sit pre test and post test.

BAB 1

norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

MASALAH KAJIAN
1.1

Pendahuluan

Mata pelajaran sains adalah satu mata pelajaran yang mencabar dan sangat menarik bagi
mereka yang dapat menguasainya dengan baik. Penguasaan pelajar secara maksimum dalam
proses pembelajaran perlu dibantu dengan menggunakan kaedah dan peralatan yang baik.
Penggunaan multimedia adalah merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk melihat
sejauhmana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Multimedia

adalah alat

komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan
lisan atau bertulis sahaja.
Menurut Fox (1991) Multimedia is commonly defined as the combination of text, graphics,
audio, video and animation on a computer. Dalam konteks pendidikan satu definisi
multimedia yang boleh digunakan adalah definisi yang diberikan oleh Edgar (1972), iaitu
Multimedia is the integration of audio, graphics, animation and text using the notebook as a
control and presentation platform so as to enhance significantly the learning and information
environment.
Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh pensyarah
maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru tetap dan kekal
mengamalkan gaya pengajaran sehala chalk and talk. Kenyataan ini disokong oleh Jemaah
Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama
mereka sebagai pengajar. Sementara itu guru-guru masih membahaskan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997). Dengan
memberi fokus kepada peperiksaan semata-mata akan menjadi suatu pengajaran itu kurang
menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh. Pembelajaran
merupakan satu proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan persekitaran. Interaksi
individu dengan persekitaran adalah penting bagi mewujudkan pengalaman yang pelbagai
dan menyeluruh untuk terjadinya pembelajaran yang berkesan.
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan multimedia
(Power Point Interaktif) dapat membantu pelajar memahami konsep dalam topik Fasa-fasa
BulanTahun 5.

norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

1.2

Latar Belakang Kajian

Penggunaan pengajaran berbantukan komputer atau (PBK) telah diterima oleh guru,
pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan terutama di negara luar. Di Malaysia
pula, penggunaan pengajaran berbantukan komputer ini mula
meluas terutamanya di kalangan guru sains dan matematik

digunakan secara
(Pengajaran &

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Berdasarkan kajiankajian yang lepas, jelas menunjukkan bahawa kaedah PBK mempunyai peranan yang
besar dalam pengajaran sains, khususnya dalam mengatasi masalah miskonsepsi
pelajar. Secara tidak langsung ia juga dapat berfungsi sebagai alat yang boleh
meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sains dan membantu mereka
mempelajari sains melalui pengalaman yang menyeronokkan.

1.3

Pernyataan Masalah
Mata pelajaran sains

merupakan pelajaran teras di sekolah rendah di Malaysia.

Justeru, mata pelajaran ini merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan
perlu dikuasai oleh semua pelajar. Terdapat 5 bidang pembelajaran sains iaitu
Menyiasat Alam Kehidupan, Menyiasat Alam Fizikal, Menyiasat Alam Bahan ,
Menyiasat Bumi dan Alam Semesta dan Menyiasat Dunia Teknologi. Dalam kajian ini
pengkaji memfokuskan Bidang Bumi dan Alam Semesta tajuk Fasa-fasa Bulan bagi
murid Tahun 5.
Kajian dijalankan di atas kesedaran dan pemerhatian bahawa Fasa-fasa bulan
menjadi masalah bagi kebanyakan pelajar. Kebanyakan pelajar cuba memahami tetapi
hakikatnya mereka hanya sekadar menghafal fenomena terbabit. Hasil analisa soalan
tahun-tahun lepas, topik fasa-fasa bulan sentiasa ditanya sama ada di bahagian A atau
bahagian B. Tinjauan awal membuktikan pelajar tidak memahami perubahan fasa-fasa
bulan dan cuba meneka bentuk yang terhasil mengikut tarikh yang tertentu. Data
dapatan yang digunapakai meliputi soal selidik, temubual, pemerhatian dan ujian.
Hasil temubual dengan beberapa orang murid menunjukkan bahawa mereka sukar
untuk memahami peringkat-peringkat fasa bulan.

norhazurahasshim@oumsp.2013

Daripada ujian tertutup yang

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

dijalankan terhadap beberapa orang pelajar jelas menunjukkan bahawa mereka hanya
meneka sahaja bentuk fasa bulan yang berlaku berdasarkan jawapan mereka .
Oleh itu pengkaji telah menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer
iaitu Powerpoint untuk mengatasi masalah murid ini. Dengan bimbingan guru, pelajar
akan mempu memahami fenomena yang terbabit. Ia akan diulang sehingga
kefahaman pelajar betul-betul mantap. Alternatif yang disarankan oleh kementerian
melalui kaedah main peranan agak kabur dan menyukarkan pelajar untuk memahami
fenomena sebenar. Ia merupakan pendekatan yang dapat membantu pelajar untuk
berada dalam situasi sebenar semasa kejadian.
Topik Alam Semestar ini amat sukar dijelaskan melalui secara nyata dan ia hanya
melalui gambaran mental sahaja. Ia abstrak dan pengetahuan sedia ada pelajar pun
kurang. Ia juga agak susah untuk dijelaskan jika hanya menggunakan kaedah Chalk
and Talk sahaja. Dengan adanya kaedah pembelajaran berbantukan komputer ini
menggunakan Powerpoint pelajar akan dapat merasai sendiri pengalaman seperti
berada di angkasa lepas melalui perisian yang telah disediakan ini . Menurut Rashidi
(1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang
sihat seronok untuk pelajar. Walau bagaimanapun, Rashidi (1986) menyatakan
sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Peranan

guru

sebagai

fasilitator

katau

pembimbing

yang

bertanggungjawab untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan dan


penerokaan ilmu dikalangan pelajar. Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri melalui
garis panduan yang diberikan oleh guru.( Thomas, 1994).
Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan
potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan
latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang
lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga
mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan
prestasi mereka.

norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

1.4

Tujuan Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah
pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif)
terhadap peningkatan penguasaan konsep sains dalam tajuk Fasa-fasa Bulan tahun 5
dan seterusnya mengkaji keberkesanan penggunaan program Power Point yang dibina
oleh guru dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap sains.

1.5

Objektif Kajian
Objektif kajian ini secara spesifiknya adalah untuk mengenal pasti sama ada :
1. Penggunaan perisian power point interaktif ini boleh dijadikan sebagai alat
pengajaran yang berkesan.
2. Penggunaan perisian power point interaktif ini lebih sesuai dalam pengajaran
3.

topik Fasa-fasa bulan berbanding kaedah biasa/tradisional.


Penggunaan perisian power point interaktif ini akan dapat meningkatkan minat
dan
motivasi pelajar terhadap pelajaran sains.

4. Adanya jurang perbezaan pencapaian di antara pelajar yang didedahkan dengan


penggunaan perisian power point interaktif dengan pelajar yang diajar dengan
kaedah tradisional

1.6

Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian persoalan yang dapat dijawab ialah:
a. Adakah penggunaan Powerpoint sesuai untuk menjadi alat pengajaran yang
berkesan

bagi murid-murid tahap lemah bagi murid tahun 5?

b. Adakah penggunaan Powerpoint lebih sesuai untuk tajuk Fasa-fasa Bulan


daripada kaedah tradisional.?

norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

c. Adakah penggunaan Powerpoint dapat meningkat dan memupuk minat serta


motivasi murid dalam pembelajaran Sains?
d. Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik murid yang didedahkan dengan
penggunaan perisian Powerpoint dengan murid yang diajar dengan kaedah
tradisional?

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting kerana dapatan hasil kajian nanti akan dapat membantu guru membuat
refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan
tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pembelajaran Sains guru seharusnya menggunakan
kaedah pengajaran yang boleh meransang pembelajaran murid. Kaedah penggunaan power point
interaktif ini akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan
seterusnya akan meningkatkan pencapaian murid dalam tajuk Fasa-fasa Bulan tahun 5.

Hasil kajian ini juga penting kepada murid-murid yang berpencapaian rendah dalam matapelajaran
Sains. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara tradisional dan
membosankan. Dengan penggunaan power point interaktif yang memaparkan imej, warna, frasa serta
garisan anak panah yang sesuai akan dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang
dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah
mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej,
warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan
(2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata kunci dalam peta
minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah
menerima ransangan yang berbentuk pola.

Selanjutnya kajian ini juga dapat merangsang guru-guru Sains untuk lebih bersedia, kreatif dan
sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan power point interaktif ini
memerlukan seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran.
Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan perisian power point sendiri yang menarik,
padat

dan

mudah

untuk

difahami

oleh

murid-murid.

Selain itu, hasil kajian ini juga mungkin mempunyai kepentingan kepada pihak pentadbiran sekolah,
norhazurahasshim@oumsp.2013

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

iaitu guru besar yang ingin tahu kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Penggunaan power point interaktif dapat
dilaksanakan oleh guru-guru kerana kebanyakan guru-guru telah menguasai kemahiran asas
menggunakan komputer.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan 50 orang murid daripada 2 buah kelas tahun lima di Sekolah Kebangsaan Pida
Tiga, Tunjang Jitra, Kedah. Sampel dipilih secara bertujuan untuk maksud kajian. Oleh itu, dapatan
kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-mana kumpulan lain.

Kajian ini hanya melibatkan tajuk Fasa-Fasa bulan yang terkandung dalam Sukatan pelajaran Sains
tahun lima dalam bidang Bumi dan Alam Semesta. Tajuk ini memerlukan pelajar menyatakan jenis
fenomena fasa bulan, menyusun atur setiap peringkat fasa bulan dan menamakan gambarajah yang
diberi dengan maklumat yang betul.

Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan pula akan di ajar oleh guru Sains kelas mereka iaitu Guru X. Langkah ini mungkin akan
memberi kesan ke atas keputusan kajian.

BAB 2
norhazurahasshim@oumsp.2013

10

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

TINJAUAN LITERATUR
2.1

Pendahuluan
Bab ini akan meninjau beberapa kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan
keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran. Pengkaji
menggunakan perisian power point interaktif untuk mengajar tajuk Fasa-Fasa Bulan
yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sains tahun 5 bidang Bumi dan Alam Semesta.
Oleh itu antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa hasil kajian yang berkaitan
dengan penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer dan kesannya
terhadap pencapaian pelajar dalam menguasai konsep sains dan memahami sains
dengan lebih baik dan dapat menarik minat pelajar terhadap sains serta kelebihan
menggunakan power point interaktif dalam proses pengajaran.

2.2

Komputer Dalam Pendidikan


Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid
untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah
satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh
komputer dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau
telah dicipta oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula
berpendapat, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi
pembelajaran di mana murid-murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh komputer
melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat
pembelajaran.
Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah
satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu
kemahiran. Selain itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer, adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing,
melatih dan menilai prestasi murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer juga dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif
kerana pelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut
Kanagambal lagi, antara matlamat yang dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan

norhazurahasshim@oumsp.2013

11

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih
mudah serta lebih banyak mengingati kembali bahan yang dipelajari, merperoleh sikap
positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan
fleksibel dalam pembelajaran, iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan
pengajaran

dan

pembelajaran

berbantukan

komputer.

Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses


pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya
ialah (i) komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan
secara tidak langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar, (b) kecanggihan bahan
grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya kreativiti pelajar dan
memperbaiki kemahiran penulisan murid, (c) terdapat beberapa program komputer yang
mencabar, yang mendorong kepada kemahiran berfikir di kalangan murid, (d) guru-guru
dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya dari segi isi
pelajaran, (e) pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang
tertekan, dan (f) komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua
maklumat, menyalin maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk
perbincangan

atau

persembahan.

Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zoraini Wati
Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum
sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap
sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau
kemahiran. Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai
cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan
semasa proses pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan
menatijahkan sesuatu yang diharapkan.
Menurut Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989 Perubahan yang sedang melanda dalam
dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum
setiap mata pelajaran. Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan
penting (Nik Azis, 1989 );

norhazurahasshim@oumsp.2013

12

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer


2.

Penggunaan

komputer

untuk

menyelenggara

dan

memproses

data

- memproses data penyelidikan


- memproses perkataan
3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
- pengaturan murid
- pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Jamaluddin, 1989 berpendapat Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer


(PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan
untuk membantu seseorang belajar. Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara
aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian.
Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis,
1989).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( PBK ), komputer boleh dianggap sebagai tutor
atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai
pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan
ini boleh diambil alih oleh komputer dalam PBK ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran
berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping
aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :
pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap
dirinya

dan

berkeupayaan

menyelesaikan

masalah

yang

lebih

kompleks.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar

memahami

konsep

dan

prinsip

dengan

mudah

dan

berkesan

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara


Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan
maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidangbidang lain.

norhazurahasshim@oumsp.2013

13

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

2.3

Kelebihan menggunakan Power Point Interaktif

Teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat penting pada zaman moden yang serba
canggih ini. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama
ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya.
Perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan gambar
atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan
kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas.
Perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan perisian
pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai. Tambahan pula,
perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah
atau sekolah. Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau
ditambah untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah. Tentulah
keadaan ini menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya..
Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang,
mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah.
Sebagai guru, sudah lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka. Maklum
balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.
Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang
memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya digunakan dengan
berkesan.Ini kerana ia memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar
diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai
dengan diri sendiri. Selain itu dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran yang berbeza di
kalangan pelajar dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia itu sendiri serta
menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan
dan projek kumpulan.
Menurut Tim Boyer (1997), istilah multimedia memberikan idea satu sistem di mana pelbagai
media seperti teks, grafik, video dan audio digabungkan menjadi satu sistem penyampaian di
bawah kawalan komputer. Sistem multimedia interaktif mungkin mengadunkan bersama
teks, grafik, animasi, data, video dan audio, dari pelbagai sumber, termasuk cakera padat dan

norhazurahasshim@oumsp.2013

14

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

komputer itu sendiri. Keupayaan komputer digunakan dalam memberi jawapan segera secara
maya, menyimpan dan memanipulasikan maklumat serta melayan ramai pelajar secara
serentak.
Grabe (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan melalui bahan multimedia dengan kombinasi teks, grafik, sudio, video dan
animasi mampu meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar yang berbeza stail
pembelajaran pelajar.
Menurut Ginder (1999), apabila kita mengajar dengan melibatkan deria penglihatan,
pendengaran, pergerakan dan sentuhan pelajar, seluruh kelas dapat menerima maklumat
melalui salah satu atau lebih saluran komunikasi. Pendekatan berbagai deria penerima ini
dapat memaksa pelajar menggunakan keupayaan deria mereka.

2.4

Tinjauan Kajian Lepas

Gladwin et al (1990) telah mencirikan beberapa kebaikan-kebaikan yang menggunakan


multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:
a.

Konsep boleh dijelaskan dengan lebih berkesan dengan adanya paparan grafik.

b.

Teknik animasi memberi kesan aktif kepada pengajaran dimana tidak diperolehi
dengan menggunakan bahan pengajaran yang kaku.

c.

Sesetengah situasi dapat diterangkan lebih jelas dengan adanya teks.

d. Penggunaan multimedia membolehkan pelajar mempelajari mengikut kebolehan


mereka.
Leong Mei (1998) telah menjelaskan kelebihan penggunaan Powerpoint dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu:
a. Paparan menarik Kombinasi warna yang tepat menghasilkan paparan yang
menarik. Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan

norhazurahasshim@oumsp.2013

15

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

persembahan yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan pembelajaran yang


berkesan
b. Sikap positif Perisian ini mempunyai ciri interaksi dengan murid secara tidak
langsung dapat memotivasikan murid menjadi aktif. Ini dapat mengatasi sikap
murid yang negative dan menggalakkan murid mengambil bahagian dalam
perhubungan pelajaran.
c. Membantu murid lemah Murid yang lemah belajar mengikut keupayaannya.
Murid boleh

mengulangkaji pelajaran sehingga Berjaya memahami konsep-

konsep yang diajar.


d. Membantu dalam pemahaman Bantu murid faham dengan cepat. Ini kerana
penggunaan

grafik,

animasi

warna

muzik

simulasi

dan

dialog

akan

mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep


yang ingin disampaikan dengan berkesan
Aszoura Bt Muhamed Salleh (2007) telah menjalankan kajian keberkesanan kaedah
pembelajaran berbantukan komputer (Penggunaan perisian Power Point Interaktif) terhadap
pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Saujana Impian Kajang . Hasil kajian mendapati
dari segi perbezaan nilai min didapati bahawa terdapat perbezaan skor yang signifikan
dimana skor min kumpulan eksperimen (5.33) lebih besar dari skor min kumpulan kawalan.
Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan
penguasaan konsep sains.
Irene Tee Ai Lin (2009) dalam kajiannya terhadap keberkesanan penggunaan power point ke
atas murid tahun 3 yang berpencapaian sederhana lemah dalam Sains di Kuching . Didapati
bahawa hanya seoran (25%) daripada empat orang peserta kajian berkata dia berminat untuk
belajar dan pengajaran dan pembelajaran Sains adalah menyeronokkan sebelum penggunaan
powerpoint manakala kesemua (100%) peserta kajian berkata mereka lebih berminat untuk
belajar dan berasa lebih seronok selepas penggunaan perisian powerpoint dalam pengajaran
dan pembelajaran sains. Statistik tersebut menunjukkan peningkatan peratusan sebanyak
75%. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan powerpoint dalam pengajaran dan

norhazurahasshim@oumsp.2013

16

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

pembelajaran sains adalah sangat berkesan dalam meningkatkan minat dan keseronokan
peserta kajian..
Saridah bt Hussein (2006) kajian bertajuk keberkesanan penggunaan multimedia dalam
pengajaran lokus dua matra terhadap pelajar tingkatan 2 di SMK Ungku Aziz. Hasil kajian
mendapati ujian pra kumpulan eksperimen adalah 21.92 dan min ujian pos kumpulan
eksperimen adalah 63.48. Perbezaan dua skor min ialah 31.03. Ini menunjukkan terdapat
perbezaan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan perisian multimedia dengan
pelajar yang diajar dengan kaedah tradisional.

2.5

Ringkasan
Kajian literatur menunjukkan bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
sains adalah memerlukan penggunaan multimedia (powerpoint) bagi membuahkan
hasil yang memberangsangkan. Ini kerana multimedia (powerpoint)

berupaya

merangsang minda dan minat pelajar untuk memahami sesuatu konsep yang abstrak
kepada bentuk yang lebih konkrit. Penggunaan multimedia adalah merupakan
gabungan multimedia yang dicadangkan bagi mengatasi masalah pelajar kurang minat
terhadap pelajaran sains dan pelajar gagal mendapat maklumat dari guru jika ia
disampaikan secara lisan.

norhazurahasshim@oumsp.2013

17

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian,
prosedur kajian, kajian rintis serta analisis data. Reka bentuk kajian menyatakan jenis kaedah
yang digunakan untuk menjalankan kajian dan sebab-sebab kaedah tersebut dipilih. Sampel
kajian pula menyatakan siapakah sampel yang terlibat dalam kajian ini dan ciri-ciri pemilihan
sampel. Instrumen kajian menyentuh bahan-bahan yang digunakan serta bagaimana kajian ini
dijalankan. Kajian rintis adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
kajian yang digunakan oleh pengkaji. Analisis data menyatakan bagaimana data dianalisis
oleh pengkaji.
Berdasarkan analisis kajian-kajian yang telah lepas, pengkaji telah mendapat maklum
balas bahawa terdapat kesan dan tindak balas yang positif daripada penggunaan perisian
terutamanya Power Point dalam pembelajaran dan pengajaran. Dalam kajian ini,
metodologi yang digunakan khususnya tertumpu kepada kecenderungan pengkaji untuk
mengesan keberkesanan penggunaan perisian yang dibina iaitu khusus kepada perisian Power
Point sama ada dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan konsep sains murid-murid
terutamanya dalam tajuk Fasa-fasa Bulan atau sebaliknya. Selain itu, kajian yang
dijalankan ini juga bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan kaedah tersebut sama ada
dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah
tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru di sekolah rendah.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan (8) reka bentuk kajian yang biasa
digunakan dalam kajian pendidikan iaiati sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang
gabungan antara kedua-duanya. Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah menggunakan
kaedah reka bentuk gabungan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif iaitu berbentuk
kuasi-eksperimen dan kajian tindakan. Dalam rekabentuk kuasi-eksperimen, pengkaji
menggunakan kumpulan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen. Manakala dalam rekabentuk kajian tindakan pula, pengkaji membuat
kajian dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah atau isu spesifik berkaitan amalan

norhazurahasshim@oumsp.2013

18

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

professional harian seorang guru. Kajian tindakan ini memberi peluang kepada pengkaji
menjalankan kajian dalam bilik darjah untuk pengkaji membuat refleksi tentang pengajaran
pengkaji. Justeru, melalui kajian ini, pengkaji dapat meningkatkan amalan professional dan
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah. Kaedah penyelidikan
secara kuasi-eksperimen menggunakan soalan ujian dipilih kerana jumlah sampel yang besar
tidak memungkinkan kaedah temubual dan pemerhatian dilaksanakan oleh pengkaji. Sebelum
kajian sebenar dijalankan di sekolah, pengkaji menjalankan kajian rintis terlebih dahulu.
Populasi Murid Tahun 5

( 2 kelas yang berlainan)

Sampel (N=50)

Pengukuhan diberikan

Kumpulan
Kumpulan Eksperimen
(N=25) Kawalan (N=25)

Minggu 1

Soalan Ujian Pra diedarkan

Kumpul dan analisa data

Minggu 2-3

Kaedah pembelajaran
menggunakantradisional
Power Point
Interaktif
Kaedah pembelajaran
(tanpa
menggunakan Power point Interaktif

Minggu 4

Soalan Ujian Pos diedarkan

Kumpul dan analisa data

Kesimpulan
Rajah 3.1 : Ringkasan Prosedur Kajian
Sumber : Ubahsuai daripada Amina & Sabariah (2008)
norhazurahasshim@oumsp.2013

19

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

3.3 Populasi dan Sampel Kajian


Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai Populasi adalah
kumpulan

sasaran

pengkaji,

iaitu

kumpulan

kepada

siapa

hasil

kajian

akan

digeneralisasikan. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk
mewakili sesuatu populasi. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pida Tiga, Jitra
Kedah. Terdapat 2 kelas bagi murid-murid tahun 5 iaitu kelas Dedikasi dan kelas Wawasan.
Dalam kajian sebenar, pengkaji memilih untuk menggunakan persampelan kelompok iaitu
sampel kajian seramai 50 orang murid iaitu murid-murid terdiri daripada 2 kelas yang
berlainan. 25 orang murid dari kelas Dedikasi dijadikan sampel mewakili kumpulan
eksperimen iaitu kumpulan yang diajar dengan menggunakan power Point Interaktif oleh
pengkaji. Manakala 25 orang murid dari kelas Wawasan dijadikan sampel yang lain mewakili
kumpulan kawalan iaitu kumpulan yang diajar tanpa penggunaan Power Point Interaktif
(kaedah pembelajaran tradisional) oleh guru sains kelas tersebut iaitu Guru X.
Intervensi yang dilakukan ke atas murid-murid melibatkan sesi pembelajaran dan
pengajaran selama 5 jam iaitu dalam tempoh dua (2) minggu manakala kajian ini dilakukan
selama empat (4) minggu iaitu bermula sebelum proses pembelajaran dan pengajaran
berbantukan computer dan pengajaran secara tradisional dilaksanakan. Sebelum kajian
dijalankan murid-murid akan diberi ujian sikap terhadap mata pelajaran sains terlebih dahulu
dan sekali lagi murid-murid akan diberikan ujian sikap terhadap mata pelajaran sains selepas
kajian dijalankan.

Pada permulaan, murid-murid akan diberitahu dahulu tentang topik

tersebut iaitu pengukuhan akan diberikan terlebih dahulu kepada sampel kajian sebelum
soalan ujian pra diedarkan memandangkan topik Fasa-fasa bulan masih belum diajar
kepada sampel. Ini bagi membolehkan sampel menjawab soalan ujian pra

tersebut

berdasarkan pengetahuan lepas dan pemahaman sedia ada. Pengukuhan ini dilakukan sendiri
oleh pengkaji. Kedua-dua kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menjawab soalan ujian
pra. Selepas itu, pengajaran menggunakan perisian Power Point Interaktif dijalankan kepada
kumpulan pemboleh ubah dimanipulasi dan pengajaran yang tidak menggunakan Perisian
Power Point Interaktif dijalankan kepada kumpulan pemboleh ubah dikawal.
Murid-murid akan diberikan ujian pencapaian berkaitan topik yang diajar iaitu
tentang Fasa-fasa Bulan selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
sains menggunakan perisian Power Point dijalankan. Ujian pencapaian tersebut juga dikenali

norhazurahasshim@oumsp.2013

20

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

sebagai ujian pos. Soalan ujian pos diedarkan kepada kedua-dua kumpulan pemboleh ubah
untuk menilai keberkesanan penggunaan perisian Power Point Interaktif terhadap pencapaian
pelajar. Tempoh masa penggunaan perisian Power Point Interaktif oleh pengkaji terhadap
kumpulan manipulasi adalah selama dua (2) minggu. Sementara itu, kumpulan kawalan diajar
dengan pengajaran biasa (tradisional) oleh guru sains mereka iaitu Guru X juga adalah
selama dua (2) minggu juga. Seterusnya, masa selama 30 minit diperuntukkan kepada sampel
untuk menjawab soalan ujian pos bagi kedua-dua kumpulan pemboleh ubah.

Ujian

dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan


computer yang telah digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi kumpulan
eksperimen.
Pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan perisian
power point memaparkan gambar tentang fasa-fasa bulan dalam bentuk Power Point kerana
Power Point bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan satu hala
malahan mampu menjadikan persembahan lebih interaktif di bilik darjah. Ia mempunyai ciri
media seperti grafik yang dapat menarik minat pelajar secara spontan (Yusup & Razmah,
2006). Namun begitu dari semasa ke semasa, pengkaji juga mendapatkan maklum balas
daripada Guru X tentang respon murid-murid kumpulan kawalan terhadap kaedah
pembelajaran dan pengajaran tradisional yang digunakan oleh Guru X dalam kelas mereka
bagi memantau kelancaran proses kajian yang dijalankan.

3.4 Instrumen Kajian


Dalam kajian ini, instrument kajian murid terdiri daripada borang maklumat murid, satu set
kertas ujian sikap terhadap mata pelajaran Sains, 2 kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos
serta soal selidik. Ujian pra digunakan untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam tajuk
Fasa-fasa Bulan berdasarkan pengetahuan sedia ada yang guru berikan dalam pengukuhan
tentang topik dan pengalaman lepas murid-murid melalui pembacaan mereka sendiri. Ujian
pos pula diberikan setelah habis sesi kajian pembelajaran dan pengajaran menggunakan
kaedah perisian Power Point dalam menguasai konsep sains bagi topik Fasa-fasa Bulan.
Manakala set soalan soal selidik pula digunakan untuk menentukan persepsi murid terhadap
keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan computer menggunakan
perisian Power Point dalam tajuk yang sama.
norhazurahasshim@oumsp.2013

21

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

3.4.1 Borang Maklumat Murid


Borang maklumat murid (lampiran 1) digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan
maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Maklumat yang dikehendaki dalam borang
ini meliputi nama, jantina, bangsa, tempat tinggal, pekerjaan bapa, markah sains dalam
peperiksaan sebelumnya dan beberapa maklumat lain lagi. Borang soal selidik ini perlu
dilengkapkan oleh semua murid yang terlibat dalam kajian ini iaitu kedua-dua kumpulan
kajian.

3.4.2 Ujian Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains


Set ujian sikap terhadap mata pelajaran Sains ini diberikan kepada semua murid yang terlibat
sebelum proses pembelajaran dan pengajaran secara tradisional dan berbantukan komputer
dijalankan. Ujian ini diberikan adalah untuk melihat minat sampel kajian terhadap mata
pelajaran Sains. Sekali lagi ujian sikap diberikan kepada semua sampel kajian selepas proses
pembelajaran dan pengajaran tentang topik selesai. Ini bertujuan untuk melihat perubahan
sikap sampel dari kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan selepas mereka selesai
mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran mengikut kaedah yang telah ditentukan bagi
kumpulan masing-masing. Soalan dalam set ujian ini meliputi sikap dan minat sampel kajian
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan mata pelajaran Sains. Ujian sikap dilampirkan
sebagai lampiran 2.

3.4.3 Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian yang diberikan kepada murid adalah menepati sukatan huraian pelajaran Sains Tahun 5.
Soalan-soalan ujian adalah dirujuk daripada buku-buku rujukan untuk dijadikan instrument
kajian. Item-item ujian ini adalh berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun 5. Ujian
pra dan pos ini mengandungi 15 item jenis aneka pilihan (Lampiran 3 dan Lampiran 4).
Kedua-dua ujian ini adalah hampir sama tetapi yang membezakan antara kedua-dua ujian
adalah terdapat pindaan nombor soalan yang dilakukan pada ujian pos. Kedudukan nombor
soalan disusun semula menjadi satu set ujian yang baru dan diberikan kepada semua sampel
kajian. Jadual 3.1 menunjukkan susunan soalan ujian pra dan soalan ujian pos.
norhazurahasshim@oumsp.2013

22

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Jenis Ujian
Pra
Pos

Nombor Soalan
1
20

2
19

3
18

4
17

Jenis Ujian

5
16

Pra
Pos

6
15

7
14

8
13

9
12

10
11

18
3

19
2

20
1

Nombor Soalan
11
10

12
9

13
8

14
7

15
6

16
5

17
4

Jadual 3.1 : Susunan Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra akan diambil oleh kedua-dua kumpulan pada hari yang sama sebelum proses
pembelajaran dan pengajaran tradisional bagi kumpulan kawalan dan pembelajaran
berbantukan computer bagi kelas eksperimen dijalankan. Ujian ini akan dijalankan selama 30
minit bagi setiap kumpulan. Manakala ujian pos pula akan diberikan juga kepada kedua-dua
kumpulan selepas proses kaedah pembelajaran dan pengajaran kelas masing-masing
dijalankan iaitu selepas 2 minggu kaedah pengajaran tradisional dan pembelajaran
berbantukan computer diaplikasikan bagi kelas masing-masing. Ujian ini juga dijalankan
selama 30 minit dan bertujuan untuk melihat keberkesanan pembelajaran berbantukan
komputer iaitu perisian Power Point yang telah dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen.

3.4.4 Borang Soal Selidik


Soal selidik hanya dijalankan ke atas murid-murid dari kumpulan eksperimen sahaja selepas
tamat pembelajaran berbantukan komputer menggunakan perisian Power Point selama 2
minggu bagi tajuk Fasa-fasa Bulan. Soal selidik ini dijalankan bertujuan untuk melihat
persepsi murid terhadap penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer dengan
menggunakan perisian Power Point yang telah mereka lalui selama 2 minggu tersebut. Item
soal selidik kajian mengandungi 10 item yang dikemukakan mengikut Skala Likert. Borang
soal selidik dilampirkan sebagai lampiran 5.

norhazurahasshim@oumsp.2013

23

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

3.6 Tatacara Pengumpulan Data Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji akan mengumpul data melalui alat kajian yang akan digunapakai
sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Segala maklumat tentang murid-murid yang
terlibat dalam kajian ini dapat diperoleh melalui Borang Maklumat Murid yang akan
diedarkan dan perlu diisi oleh semua sample kajian ini. Bagi mengenalpasti tahap minat dan
tanggapan sampel terhadap mata pelajaran Sains, pengkaji dapat memperoleh maklumat
tersebut melalui Borang Soal Selidik Ujian Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains yang akan
diberikan kepada semua sampel kajian sebelum dan selepas proses pembelajaran berbantukan
komputer dan pengajaran secara tradisional diberikan kepada 2 kumpulan sampel yang
terlibat. Tahap penguasaan dan pengetahuan sedia ada semua sampel dapat diukur oleh
pengkaji melalui Ujian Pra yang akan dijalankan kepada semua murid sebelum
pembelajaran dan pengajaran kajian berlaku. Tahap keberkesanan pengaplikasian
pembelajaran berbantukan computer dengan menggunakan perisian Power Point dapat dinilai
oleh pengkaji melalui Ujian Pos yang akan dijalankan sejurus selepas tamat proses
pembelajaran berbantukan komputer bagi kumpulan eksperimen dan pengajaran tradisional
bagi kumpulan kawalan. Akhir sekali, pengkaji boleh memperoleh ukuran tahap
kebolehpercayaan keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer melalui Borang Soal
Selidik Tentang Keberkesanan Belajar Menggunakan Komputer (Power Point) yang akan
dilengkapkan oleh murid-murid dari kumpulan eksperimen sahaja. Semua instrumen kajian
yang telah lengkap diisi oleh semua sampel kajian akan dikumpul oleh pengkaji bagi
kumpulan eksperimen dan Guru X bagi kumpulan kawalan. Jadual 3.2 di bawah
menunjukkan ringakasan tentang cara pengumpulan data yang akan dibuat oleh pengkaji:
Aktiviti
Murid mengisi Borang Maklumat
Diri
Ujian Sikap Terhadap Mata Pelajaran
Sains (sebelum kajian)

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Ujian Pra (tajuk Fasa-fasa Bulan)

Aktiviti Pengajaran secara Tradisional


Aktiviti Pembelajaran
Komputer (Power Point)

Berbantukan

norhazurahasshim@oumsp.2013

24

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Ujian Pos (tajuk Fasa-fasa Bulan)

Ujian Sikap Terhadap Mata Pelajaran


Sains (selepas kajian)

Soal selidik tentang keberkesanan


belajar berbantukan komputer.

Jadual 3.2 : Ringkasan Cara Pengumpulan Data diperoleh.

Skor
Tahap Pencapaian
80-100
Sangat baik
3.7 Tatacara
Penganalisisan
60-79
Baik
Data Kajian
40-59
Sederhana
20-39
Lemah
Analisis
data
dilakukan dengan
0-19
Sangat lemah
menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. 100 markah ialah
skor bagi setiap ujian dan skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap
pencapaian murid iaitu baik, sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.3
seperti di bawah:

Jadual 3.3 : Skor Markah Ujian dan Tahap Pencapaian Murid

Setelah data dikumpulkan dalam sesuatu kajian, data yang diperoleh perlu dianalisis untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi melakukan tindakan susulan sekiranya
perlu. Berdasarkan data yang akan dikumpul oleh pengkaji setelah mengendalikan instrumen
kajian mengikut perancangan, pengkaji akan menganalisis data tersebut mengikut kesesuaian
yang tertentu seperti menentukan jenis analisis statistik yang sesuai sama ada menggunakan
norhazurahasshim@oumsp.2013

25

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

statistik deskriptif atau statistik inferential atau kedua-duanya untuk menganalisis jenis data
kajian yang telah dikumpulkan.
Reka bentuk kajian kualitatif yang digunakan oleh pengkaji seperti Ujian Sikap Terhadap
Mata pelajaran Sains dan Soal Selidik Tentang Keberkesanan Belajar Berbantukan Komputer
(Power Point) boleh dianalisis dengan menggunakan statistik inferential iaitu untuk
membantu pengkaji mendapatkan perkara-perkara yang menyebabkan kemerosotan murid
dalam mata pelajaran Sains dan membantu pengkaji untuk melihat akan keberkesanan
penggunaan power point dalam pembelajaran Sains bagi topik Fasa-fasa Bulan.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif seperti Ujian Pra dan
Ujian Pos. Data daripada kedua-dua ujian ini boleh dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif
iaitu dapat membantu pengkaji bagi menjelaskan ciri-ciri berkaitan sampel seperti bilangan
sampel yang dapat menguasai topic Fasa-fasa Bulan sebelum dan selepas aktiviti
pembelajaran berbantukan komputer dan pengajaran secara tradisional tersebut. Dengan
memilih statistic deskriptif ini, pengkaji boleh menggunakan statistik kekerapan, peratus, min
atau sisihan piawai bagi mendapatkan ketepatan kajian tentang sampel. Berdasarkan statistikstatistik tersebut, pengkaji boleh memilih untuk memudahkan dapat sama ada dalam bentuk
graf palang, carta bar dan sebagainya.

Akhir sekali, secara ringkasnya pengkaji menganalisis data kualitatif dan data kuantitatif
yang diperoleh dengan menggunakan langkah-langkah seperti pengkaji akan menyediakan
dan menyusun data yang diperoleh untuk dianalisis. Kemudian, pengkaji perlu menghurai
dan membina tema daripada data tersebut serta melaporkan dapatan kajian yang telah
diperoleh. Seterusnya pengkaji akan mentafsir dapatan kajian dan akhir sekali, pengkaji akan
mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian tersebut dalam bentuk laporan
yang jelas dan mudah untuk difahami.

Rumusan
norhazurahasshim@oumsp.2013

26

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa dalam bab Metodologi Kajian ini menerangkan
tentang reka bentuk kajian, populasi & sampel kajian, instrument kajian, tatacara
pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data yang diperoleh dalam kajian. Selain
daripada itu, bab ini juga menghuraikan bagaimana pembelajaran berbantukan komputer
dijalankan di dalam kelas. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini menggunakan reka
bentuk eksperimen maka terdapat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan
eksperimen mengendalikan perisian yang dibina tetapi masih di bawah bimbingan daripada
guru manakala kumpulan kawalan pula menjalani proses pengajaran secara tradisional oleh
guru Sains yang mengajar kelas mereka. Kedua-dua kumpulan ini menjalani ujian pra dan
ujian pos mengikut ketetapan yang telah dirancang oleh pengkaji. Diharapkan agar data yang
diperoleh akan dapat menentukan tahap keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer
khususnya dengan menggunakan perisian Power Point bagi topic Fasa-fasa Bulan. Akhir
sekali, sangat penting adalah diharapkan juga agar kajian pembelajaran berbantukan
computer ini akan dapat meningkatkan minat murid-murid untuk mempelajari Sains dan
seterusnya dapat meningkatkan murid-murid dalam mata pelajaran Sains.

Rujukan
norhazurahasshim@oumsp.2013

27

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

1. Rusdina Abdul Rahim (1993).Ke arah Pengkomputeran Pengajaran Bahasa:Cereka atau


fakta.Dewan Bahasa.Jan(37):16-30.
2. Mazila Bt. Abdul Rashid (2000).Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Terhadap Keberkesanan
Penggunaan Program Microsoft Power Point Dalam P&P Matematik.Latihan Ilmiah Fakulti
Pendidikan.UKM.Bangi.
3. Long Siew Fun (2002).Pembinaan PerisianPengajaran-Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) dalam Topik Asas Nombor.Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan.UKM.Bangi.
4. Chua Yih Yun(2002).Pembinaan Perisian P&P Berbantukan Komputer dalam Tajuk
vektor.Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan.UKM.Bangi.
5. Nik Azis Nik Pa(1989).Komputer dalam Pendidikan.Proceeding of the National
Symposium on Educational Computing.USM: MCCE.
6. Rashidi Azizan&abdul Razak Habib (1995).Pengajaran dalam Bilik Darjah: Kaedah dan
Strategi.Kajang:Masa Enterprise.Hlm 2-6.
7. Zackeriya(1995).Teknologi Multimedia.Majalah PC, Oktober-November:22-23.
8. Ee Ah Meng (2000).Pedagogi 1.Kurikulum Bilik Darjah(Semester II).Shah Alam. Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
9. Lee Sau Lan(1986).CAL Allow children to learn at their own pace.Computimes.14
August:4.
10. Aziz Abdul Rahman (2000).Kamus Millenium.Selangor.Federal Publication.

norhazurahasshim@oumsp.2013

28

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Lampiran

norhazurahasshim@oumsp.2013

29

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

MAKLUMAT DIRI MURID

1. NAMA :_____________________________________________________
2. NO. SURAT BERANAK: ______________________________________
3. NO. KAD PENGENALAN : ____________________________________

4. JANTINA : ___________________________________________
5. BANGSA :___________________________________________________
6. AGAMA : ___________________________________________
9. TARIKH LAHIR : _______________________________________
10. NAMA IBU: __________________________________________
11. PEKERJAAN IBU: ____________________________________________
12. NAMA BAPA:_________________________________________
13. PEKERJAAN BAPA:___________________________________________
14. ALAMAT TEMPAT TINGGAL SEKARANG:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
15. MARKAH SAINS YANG TERDAHULU: _________________________

norhazurahasshim@oumsp.2013

30

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Nama Responden
Nama Sekolah
Kelas
Jantina

: ___________________________________
: ___________________________________
: ___________________________________
: _____________________

Soal Selidik Minat dan Sikap Responden Terhadap Pembelajaran Berbantukan


Komputer (Powerpoint).

Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Jawab setiap pernyataan yang diberi dengan jujur.
Tandakan ( ) pada ruangan jawapan yang dipilih.

Item

Ya

Tidak

Saya amat berminat terhadap mata pelajaran Sains


Saya memberi penuh perhatian semasa guru mengajar
Saya mengulangkaji mata pelajaran Sains di rumah
Saya menyiapkan semua latihan yang diberikan oleh
guru.
Saya belajar tentang Sains topik Fasa-fasa bulan
dengan menggunakan komputer dan internet di rumah.
Saya mengatur masa yang sesuai untuk belajar (ada
jadual belajar di rumah)
Jika saya kurang faham pengajaran guru, saya suka
berbincang dengan kawan-kawan.
Saya sentiasa bersedia dengan membaca perkaraperkara yang akan dipelajari terlebih dahulu sebelum
masuk ke kelas.
Saya tidak meniru kawan malah bertanya kepada guru
jika tidak faham latihan yang diberi
Saya sentiasa menunggu guru masuk ke kelas untuk
belajar Sains.

norhazurahasshim@oumsp.2013

31

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Ujian Pra
Sains Tahun 5
Tajuk : Fasa-fasa Bulan
Nama:_________________________________

Kelas: 5 ___________________

Bahagian ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan
empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang betul. Hitamkan hanya
satu jawapan sahaja pada kertas jawapan. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu
soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

1. Rajah 1 menunjukkan satu fasa Bulan.

Rajah 1
Apakah fasa Bulan yang ditunjukkan di atas?
A. Bulan Penuh

C. Bulan Separa

B. Anak Bulan

D. Bulan Sabit

2. Rajah 2 menunjukkan kedudukan Bulan yang berlainan apabila bergerak mengelilingi


Bumi.

norhazurahasshim@oumsp.2013

32

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Rajah 2
Antara kedudukan fasa Bulan berikut, yang manakah menunjukkan fasa bulan purnama?
A.

C.

B.

D.

3. Maklumat yang berikut adalah tentang satu fasa Bulan.

Anak bulan tidak kelihatan daripada


Bumi

Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan pernyataan di atas?


A. Terletak berjauhan dari Bumi.
B. Bahagian Bulan yang disuluh Matahari tidak menghadap Bumi.
C. Dihalang oleh awan yang tebal.
D. Terlalu kecil untuk diperhatikan.

4. Rajah 3 menunjukkan 2 fasa Bulan.

Rajah 3
Apakah yang diwakili oleh P dan Q?

norhazurahasshim@oumsp.2013

33

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Anak bulan

Bulan sabit

Bulan separa

Bulan Purnama

Bulan purnama

Bulan separa

Bulan sabit

Anak bulan

A.
B.
C.
D.

5. Antara fasa Bulan berikut, yang manakah boleh dilihat pada malam ke-15 berdasarkan
takwim Qamari?

6. Rajah 4 menunjukkan fasa-fasa Bulan.

Rajah 4
Pilih urutan fasa-fasa Bulan yang betul.
norhazurahasshim@oumsp.2013

34

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

A.

Q, S, P, R

B.

P, Q, R, S

C.

R, S, P, Q

D.

S, Q, R, P

7. Fasa anak bulan boleh dilihat pada


A. hari pertama dalam takwim Qamari
B. hari ke-7 dalam takwim Qamari
C. hari ke-15 dalam takwim Qamari
D. hari ke-23 dalam takwim Qamari

8. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang Bulan?


A. Ia melengkapkan satu peredaran mengelilingi Bumi setiap 27 1/3 hari.
B. Ia memantulkan cahaya daripada Matahari.
C. Ia hanya boleh dilihat pada waktu malam.
D. Ia memancarkan cahayanya sendiri.
9. Di kedudukan yang manakah membolehkan kita melihat bulan purnama?

10. Kita boleh melihat Bulan pada waktu malam kerana ia..

norhazurahasshim@oumsp.2013

35

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

A. lut sinar
B. memancarkan cahayanya sendiri
C. memantulkan cahaya daripada Matahari
D. memantulkan cahaya daripada Bumi

11. Kita tidak boleh melihat Bulan pada waktu malam apabila ia berada dalam fasa..
A. anak bulan
B. bulan separa
C. bulan penuh
D. bulan sabit

12. Rajah 5 menunjukkan fasa Bulan.

Rajah 5
Berdasarkan Takwim Qamari, fasa Bulan yang ditunjukkan di atas boleh dilihat pada hari ke
_____________ dalam bulan tersebut.
A. ke-3

C. ke-13

B. ke-7

D. ke-15

13. Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa Bulan.

norhazurahasshim@oumsp.2013

36

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan urutan yang betul?


A. S, V, T, U, W

C. S, U, V, T, W

B. S, T, W, U, V

D. S, W, V, U, T

14. Rajah di bawah menunjukkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi.

Apakah fasa-fasa Bulan pada kedudukan P, Q, dan R?

15. Rajah 6 menunjukkan pergerakan Bulan mengelilingi Bumi.

norhazurahasshim@oumsp.2013

37

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Rajah 6
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan fasa Bulan pada hari ke-15 mengikut
takwim Qamari?
A.

C.

B.

D.

16. Maklumat yang berikut adalah tentang satu fasa Bulan.

Tidak kelihatan dari Bumi


Boleh dilihat pada hari pertama
mengikut takwim Qamari

Antara yang berikut, yang manakah berkaiatan dengan maklumat di atas?


A. Bulan Purnama

C. Bulan Sabit

B. Anak Bulan

D. Bulan Separa

17. Rajah 7 menunjukkan fassa-fasa Bulan.


norhazurahasshim@oumsp.2013

38

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

Rajah 7
Apakah yang diwakili oleh T dan U?
T
A.

Anak bulan
Bulan separa
Bulan sabit
Bulan purnama

B.
C.

Bulan purnama
Anak bulan
Bulan Separa
Bulan sabit

D.

18. Berikut menunjukkan fasa-fasa Bulan.


P - Bulan sabit
Q Bulan purnama
R Bulan separa
S Anak bulan

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan fasa Bulan yang betul?
A.

P, Q, S, R

C.

Q, S, R, P

B.

S, P, R, Q

D.

S, R, Q, P

19. Mengapakah yang kelihatan menukar bentuk setiap malam?

norhazurahasshim@oumsp.2013

39

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan


HBEF2503

A. Ia dilindungi oleh awan


B. Semasa ia bergerak, cahaya Matahari melindungi sebahagian daripada Bulan
C. Ia dilindungi oleh Bumi
D. Semasa ia bergerak, ia hilang tenaganya

20. Rajah 8 kedudukan Bulan mengelilingi Bumi.

Rajah 8
Berdasarkan rajah 8, fasa Bulan yang manakah akan dapat dilihat?

Kertas Soalan Tamat


(*Catatan- Ujian Pos sama seperti Ujian Pra, tetapi berbeza dari segi nombor soalan.)

norhazurahasshim@oumsp.2013

40

Anda mungkin juga menyukai