Anda di halaman 1dari 15

2.

Penggunaan ujian kertas dan pensel


amat popular dan sering digunakan oleh
penilai. Ujian kertas dan pensel boleh dibina
sama ada dalam bentuk objektif atau
subjektif.
2(a) Bincangkan kekuatan dan
kelemahan ujian kertas dan pensel.

-Masa ujian -Melibatkan


kertas dan kemahiran
pensel dijalankan menggunakan
adalah singkat. perkataan dan
-Proses bahasa.
permarkahan -Bidang yang
yang mudah. diuji terhad.
-Guru boleh menilai -Menguji kebolehan
pencapaian murid murid untuk
secara individu. menghafal.
-Murid yang tidak
mengetahui jawapan
boleh menjawab
dengan betul
sebanyak 25% jika
soalan mempunyai 4
pilihan jawapan.
2(b) Penilaian secara ujian pen dan pensel lebih mudah
dan lebih baik berbanding portfolio. Beri komen anda.

Kedua-dua penilaian ini memiliki kebaikan dan kekurangannya.


Oleh itu, guru perlu bijak untuk memilih cara penilaian yang
sesuai mengikut masa,apa yang hendak dinilai dan tujuan
penilaian tersebut.
Penilaian secara ujian kertas dan pensel hanya dapat
menguji aspek kognitif sahaja. Manakala bagi penilaian
secara portfolio, murid dapat diuji dari pelbagai segi iaitu
aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Contoh, pencapaian
ujian pen dan pensel lebih berdasarkan kepada
pengetahuan atau fakta yang telah dihafal manakala
penilaian portfolio adalah lebih berdasarkan kepada
perkembangan murid secara holistik.
Ujian kertas dan pensel lebih mudah dijalankan berbanding
dengan penilaian portfolio. Hal ini demikian kerana guru hanya
menyediakan kertas soalan untuk menguji tahap penguasaan
murid. Manakala bagi penilaian secara portfolio mengambil
masa yang lebih panjang. Alat pertaksiran ini adalah proses di
mana guru tidak menguji murid secara spontan.
Proses pemberian markah dan pengredan pen dan pensel
adalah lebih mudah berbanding dengan penilaian portfolio. Hal
ini adalah kerana guru perlu lebih banyak masa untuk
menimbangkan pemberian markah bagi hasil kerja portfolio.

Guru boleh menyediakan soalan ujian berdasarkan standard


murid dengan merujuk kepada portfolio murid.Dengan ini, guru
dapat menguji dengan lebih berkesan.
2(c) Pendekatan semasa yang
mementingkan alat ujian dan peperiksaan
tidak menggalakkan kreativiti dalam
kalangan pelajar. Apa pendapat anda?

Saya bersetuju.

Alat ujian dan peperiksaan hanya menguji kebolehan murid


untuk menghafal pengetahuan yang telah dipelajari.
Guru lebih cenderung untuk memberi markah berdasarkan
sampel/skema jawapan yang telah diberikan dalam buku-buku.
Sekiranya murid tidak menjawab soalan seperti yang
dinyatakan dalam skema jawapan, markah murid mungkin akan
dipotong.

Contoh: Bagi laporan amali yang diuji, hipotesis yang ditulis


tidak boleh bercanggah dengan kesimpulan eksperimen.
3. Ada pandangan yang mengatakan bahawa
sekiranya tiada penilaian dan pentaksiran murid-
murid tidak akan serius dalam pembelajaran
mereka. Apa komen anda?
Kewujudan penilaian dan pentaksiran mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Sekiranya tiada penilaian dan pentaksiran di sekolah, murid tidak akan serius
dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana masyarakat mempunyai pemikiran di
mana murid belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan
bukannya bagi tujuan menuntut ilmu pengetahuan. Maka, murid akan tidak
mempunyai hala tuju yang jelas mengenai pembelajaran mereka di sekolah. Hal
ini turut akan menyebabkan mereka tidak serius dengan pembelajaran di
sekolah.
Sekiranya tiada penilaian dan pentaksiran di sekolah, kami
berpendapat bahawa hal ini membolehkan murid untuk
mengembangkan bakat dan minat mereka dalam bidang yang disukai.

Jika murid belajar berdasarkan minat dan bakat mereka, maka sudah
pasti murid akan serius dalam pembelajaran mereka. Murid dapat
mencapai pencapian yang lebih baik dalam bidang yang disukai.

Ketidakwujudan penilaian dan pentaksiran di sekolah membolehkan


murid dapat belajar dalam keadaan yang lebih menyenangkan dan
seronok. Hal ini kerana kebanyakan murid mempunyai tekanan yang
besar semasa mereka menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini
membolehkan proses pembelajaran yang efektif berlaku.
4. Laporan amali atau eksperimen perlu digabungkan dengan pentaksiran
pemerhatian. Adakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut dan beri
justifikasi anda.

1) Ya. Sekiranya laporan amali/ekperimen digabungkan


dengan pentakisran pemerhatian, murid dapat dinilai
dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.
) Guru dapat menilai murid secara teoritikal dan
praktikal.
Kognitif:
a) Guru boleh mengesan tahap pengetahuan murid
melalui pelaksanaan eksperimen.
-)Contoh: Sekiranya murid gagal menjalankan
eksperimen, ia bermakna murid tersebut masih tidak
menguasai konsep Sains tersebut secara lengkap.

b) Memantapkan kefahaman dan pengetahuan tentang


teori dan konsep sains murid.
- Apabila murid menjalankan eksperimen secara inkuiri,
mereka lebih mudah untuk mengingat sesuatu konsep
sains.
Psikomotor:
a) Guru dapat menilai murid mengenai penguasaan
terhadap kemahiran manipulatif dengan betul.
- Contoh: menggunakan dan mengendalikan peralatan
dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan
bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan
peralatan sains dengan cara yang betul.
Afektif:
a) Sikap saintifik dan nilai murni murid dapat dilihat
semasa murid menjalankan aktiviti sains.
- Contoh: Jujur dan tepat dalam merekod dan
mengesahkan data, Bertanggungjawab ke atas
keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar,
bekerjasama dll.

Anda mungkin juga menyukai