Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan sejauh manakah setiap bentuk pentaksiran

yang anda huraikan dalam soalan (2) dapat menilai


secara berkesan pelbagai bidang pembelajaran Sains?
Penilaian Formatif
Contohnya, dalam proses PdP bagi kemahiran proses sains mengelas,
guru menjalankan pelbagai aktiviti sains secara berterusan untuk
menguji sama ada murid menguasai kemahiran tersebut. Dengan ini,
guru akan mengetahui tahap murid dan seterusnya menjalankan aktiviti
pengukuhan dan pengayaan.

Penilaian Sumatif
Contohnya, dalam peperiksaan akhir tahun , seseorang pelajar dapat
dinilai secara menyeluruh dalam mata pelajaran Sains pada tahun
tersebut.Mereka perlu mengaplikasikan segala kemahiran yang dipelajari
sebelum ini untuk menjawab soalan.Misalnya, murid dikehendaki
mengaplikasikan kemahiran proses sains yang sesuai mengikut suatu
situasi dengan tepat.Keputusan peperiksaan ini dapat memberi gambaran
besar kepada guru dan murid tentang tahap penguasaan Sains murid.

Penilaian autentik

Contohnya, murid-murid menjalankan eksperimen dalam kumpulan tanpa


bimbingan guru.Dalam aktiviti berkumpulan sebegini,guru dapat menilai
sama ada murid-murid telah berjaya mengamalkan sikap saintifik seperti
sikap bekerjasama dengan tingkah laku mereka semasa menjalankan
eksperimen.Jika terdapat murid yang duduk berseorangan dan tidak
menjalankan eksperimen bersama ahli kumpulannya,maka ini dapat
menunjukkan

murid

tersebut

tidak

mengamalkan

sikap

bekerjasama.Jelasnya, penilaian autentik adalah berkesan untuk menguji


sikap seseorang murid dalam situasi yang sebenar.Hal ini demikian kerana
sikap seseorang murid tidak dapat diuji dalam peperiksaan secara bertulis.

Anda mungkin juga menyukai