Anda di halaman 1dari 22

Pemuliharaan

Tanah
Hakisan Tanah
-Tiada fenomena kerosakan tanah di seluruh
dunia yang lebih teruk dari hakisan sama ada
oleh air ataupun angin.

-Tamadun yang terdahulu telah terhapus


apabila tanah yang subur telah menjadi tandus
akibat kerosakan yang dibawa oleh hakisan
yang dahsyat.
-Pada masa ini, masalah hakisan semakin
menjadi-jadi akibat tekanan populasi dunia
yang semakin bertambah yang memerlukan
makanan.

-Hakisan bukan sahaja merosakkan alam


sekitar tetapi juga menyebabkan kerugian
besar kepada ekonomi sesebuah negara.
- Terdapat 2 jenis hakisan:

1.Hakisan geologi (semulajadi)


2.Hakisan dipercepat (perbuatan manusia)
1. Hakisan geologi

-Hakisan geologi berlaku dengan perlahan secara


semula jadi di mana proses pembentukan tanah
dari batuan dan regolis adalah lebih cepat
daripada proses tanah atas hilang dari
permukaan.
2. Hakisan dipercepat

-Hakisan dipercepat berlaku apabila manusia


mengganggu tanah atau vegetasi semula jadi
sama ada oleh ragutan binatang, penebangan
hutan, pembajakan cerun atau pembinaan jalan
dan bangunan.

-Hakisan dipercepat biasanya 10 – 1000 kali


lebih merosakkan daripada hakisan geologi.
Prinsip Pengawalan Hakisan
Prinsip pengawalan hakisan boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian:

1.Mengurangkan erositiviti hakisan


- melindungi permukaan tanah dengan kanopi
atau sungkupan mengurangkan jumlah dan
kadar larian mengurangkan panjang dan
kecuraman cerun meningkatkan kekasaran
permukaan tanah.
2. Mengurangkan kerentanan tanah
-memperbaiki pengurusan tanah seperti
menambahkan bahan organik mengurangkan
pembajakan.

3. Gabungan antara 1 dan 2


1. Penanaman Kontor

-Barisan tanaman mengurangkan kelajuan air


larian jika ia melalui kontor yang merentasi
cerun.

-Batas kontor mestilah cukup kuat untuk


menahan air dari bergerak mengikut cerun.
-Biasanya tanaman yang ditanam diselang
selikan.

-Talian air juga dibina supaya air mengalir


mengikut aliran yang disediakan merentasi
cerun dan talian air ini ditanam dengan
rumput untuk mengurangkan kelajuan larian
dan memerangkap tanah yang diangkut.
2. Penanaman berteres
-Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di
kawasan cerun bukit untuk menanam pelbagai
jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, dan
teh.

-Tujuan utama langkah ini adalah untuk


mencegah kejadian hakisan tanih dan tanah
runtuh di kawasan cerun bukit.
3. Tanaman tutup bumi

-Tanaman tutup bumi seperti tanaman


kekacang dan rumput ditanam di lereng bukit
antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit.

-Kaedah ini adalah bertujuan untuk


mengurangkan kejadian hakisan tanih dan
mengekalkan kesuburan tanih.
Tanaman kekacang
4. Pertanian tetap

-Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional


yang mengamalkan pertanian pindah supaya
mengubah cara penanaman mereka kepada
pertanian tetap.

-Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan


kemusnahan kawasan hutan dan mengurangkan
hakisan tanih.
5. Melandaikan cerun dan membuat
tarahan
-Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di
kawasan cerun curam kini dilakukan dengan
lebih terancang untuk mengurangkan kesan
terhadap alam sekitar.

-Kawasan cerun bukit yang curam akan


dilandaikan untuk mengurangkan hakisan tanih
dan kejadian tanah runtuh.
-Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan
ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan
raya yang dibina melalui kawasan tanah tinggi.
6. Pembinaan tembok konkrit dan
longkang konkrit
-Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit
yang telah ditarah untuk mengurangkan
hakisan tanih.

-Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah


pula diperbaiki melalui pembinaan longkang
konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan
seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan
di kawasan tersebut.
Kerja-kerja tanah dan
pembinaan tembok
penahan konkrit
Rujukan:
http://annursubject.blogspot.com/2009/06/langk
ah-langkah-pemeliharaan-dan.html

http://www.doa.gov.my/web/guest/soil_resource
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai