Anda di halaman 1dari 12

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

KERTAS KERJA MINI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG TAHUN 2012

1.0

PENDAHULUAN Mini Sukan adalah kejohanan yang disertai oleh murid-murid berumur 7 hingga 12 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek dan Sosial ( JERIS ).

2.0

MATLAMAT Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0

KUMPULAN SASARAN 4.1 4.2 15 orang murid lelaki dari setiap rumah sukan untuk permainan Bola Sepak 10 orang murid perempuan dari setiap rumah sukan untuk permainan Bola Jaring

5.0

CADANGAN MINI SUKAN 5.1 Dijalankan selama 1 hari untuk 3 jenis permainan dijalankan iaitu : i. Padang A Permainan Bola Sepak ii. Padang B Permainan Bola Jaring iii. Padang C - Sukaneka

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

6.0

PERBELANJAAN 6.1 Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. JUMLAH RM 2564.00

Perkara Hadiah Tempat Pertama Plak RM 5.00 X 55 orang Hadiah Tempat Kedua Plak RM 4.00 X 55 orang Hadiah Tempat Ketiga Plak RM3.00 X 55 orang Jamuan Murid RM 2.00 X 693 Urusetia Lain-lain (Peralatan & Sewaan)

Jumlah RM 275.00 RM 220.00 RM 165.00 RM 1386.00 RM 100.00 RM 418.00

Catatan

7.0

PELAKSANAAN 7.1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING Bilangan semua pemain untuk pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring termasuk simpanan ialah 10 orang. Peraturan-peraturan semasa pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring diberi kelonggaran mengikut persetujuan dari semua pihak. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini Sukan adalah muktamad. PERATURAN PERTANDINGAN SUKANEKA

7.2 8.0

NAMA PERTANDINGAN Mini Sukan SK Bandar Baru Selayang

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

9.0

BILANGAN PEGAWAI/PESERTA 9.1 Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring ialah seperti berikut: Bola Sepak Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Peserta Bola Jaring Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Peserta Sukaneka Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Peserta 1 orang ( setiap pertandingan ) 1 orang ( setiap pertandingan ) 15 orang ( setiap pertandingan ) 1 orang ( setiap pertandingan ) 1 orang ( setiap pertandingan ) 10 orang ( setiap pertandingan ) 1 orang ( setiap pertandingan ) 1 orang ( setiap pertandingan ) 15 orang ( setiap pertandingan )

10.

PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid SK Bandar Baru Selayang. Setiap rumah sukan hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja bagi setiap pertandingan. Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola tiga hari sebelum pertandingan.

11.

TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring adalah seperti berikut: Bahagian pertama Rehat Bahagian kedua 7 minit tidak melebihi 1 minit 7 minit 3

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

12.

SISTEM PERTANDINGAN Liga Satu Pusingan

13.

MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola sepak dan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :Menang Seri Kalah Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut: Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jika kedudukan masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara mengambil keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya. Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara LAMBUNGAN DUIT. Jika di peringkat ini lebih daripada dua (2) pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan CABUTAN UNDI. 3 Mata 1 Mata 0 Mata

14.

PERTUKARAN PEMAIN 14.1 Penggantian dan Pertukaran posisi

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira. Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi. Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

i. Masa rehat ii. Apabila permainan dihentikan atas sebab berlaku kecederaan. Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi bilangan pemain yang telah di daftarkan

15.

PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

16.

GELANGGANG DAN PERALATAN 16.1 Gelanggang Bola Sepak 16.2 Cadangan luas padang Bola Sepak ialah 60 m X 30 m

Gelanggang bola jaring (merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai mengikut kesesuaian murid). Cadangan luas padang bola jaring ialah 30.5m X 15.25m

16.3

Peralatan Bola Sepak 2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 4. Tiang gol. Gol Net Marker/kon

16.4

Peralatan Bola Jaring Permainan di jalankan di atas gelanggang padang: Tiang gol Jenis bola jaring : rubber Ukuran bola : saiz 5 Marker / kon Bip

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

17. KELEWATAN Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu. ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit. ii.Sebaik sahaja selepas rehat

18. BANTAHAN DAN RAYUAN Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

19. JURI RAYUAN Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada rumah sukan berkecuali. Ahli juri rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi. ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya. iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan. iv. satu hingga dua orang wakil daripada rumah sukan yang berkecuali. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

20. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap rumah sukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit sendiri.

21. PENANGGUHAN PERLAWANAN Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut : Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Sepak dan Bola Jaring akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.

22. PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK Jawatankuasa Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pengerusi Teknik bagi permainan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

23.

CADANGAN PERALATAN Bangku Kerusi - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan) -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1 pencatat skor) 7

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

Meja Payung Borang pertandingan Jam randik Papan skor Bola pertandingan

- 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa) - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat) - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan - 2 buah - 1 unit - 2 biji

24.

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

25.

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi Naib Pengerusi Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Pengerusi Teknik

: En. Sharim bin Hashim : Pn. Zulkhaina bt. Md.Zaid : Pn. Zariah bt. Muhammad Sharif : Pn. Norma bt. Shukor : En. Mohd Izwan bin Mohd Raffie : : : i.En. Ahmad Sanusi b. Mohamed ii.Pn. Shariah bt. Samsudin iii. : Pendaftaran dan Borang Persiapan Tempat / Padang Teknikal / Peralatan Makanan / Minuman 8

Ahli Jawatankuasa i. ii. iii. iv.

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

v. vi. vii. viii.

Hadiah dan Cenderahati Buku Program / Jemputan Juruacara Penyelia Peserta

26.

LAMPIRAN

1. Borang Penyertaan Pertandingan 2. Borang Senarai Nama Pasukan

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

LAMPIRAN 1

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN


RUMAH SUKAN NAMA PASUKAN NAMA GURU NAMA PEMBANTU WARNA BIP/JERSI BIL : . : : . : . : . NAMA PESERTA KELAS POSISI

Disediakan oleh, .. 10

Disahkan oleh, .

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA PASUKAN


BIL NAMA PASUKAN JURULATIH / PENGURUS PASUKAN

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

11

MINI SUKAN SKBBS TAHUN 2012

12

Anda mungkin juga menyukai