Anda di halaman 1dari 3

Kepada penaja budiman

Melalui: En.Anuar Bin Yahya Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang MEMOHON SUMBANGAN DAN PENAJAAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT CFGS 2013 Dengan segala hormatnya, saya Mohd Ridhuan Bin Khairi merupakan Pengarah Program telah mendapat kelulusan dari pihak Uniten/CFGS KSHAS untuk mengadakan program yang berkonsepkan kesukanan dan keusahawanan, dan kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk memberikan sedikit sumbangan dan penajaan bagi menjayakan program tersebut sebagaimana butiran berikut: Tarikh : 13/4/2013 Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat: Gelanggang Futsal PPA, UNITEN Caw. Muadzam Shah 2. Program yang akan berlangsung ini, dapat memupuk para siswa/siswazah tentang kepentingan bersukan dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah serta dapat mendisiplinkan para pelajar dengan aktiviti didalam dan juga diluar kejohanan dengan menetapkan peraturan. 4. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, kami berharap akan menarik semua pelajar dan juga staff datang ke program ini. Kesemua implikasi kewangan melibatkan hadiah, kos pengurusan, kos kenderaan, air mineral, kos komunikasi, sewa gelanggang, baju T-shirt seragam biro bertugas dan tag nama semasa program. 5. Kami berharap pihak tuan dapat memberikan sedikit sumbangan melalui sumber kewangan atau hadiah bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan/ puan amatlah kami hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih

Sekian. Yang Benar,

. (MOHD RIDHUAN BIN KHAIRI) PENGARAH PROGRAM

Kelebihan Kepada Penaja:


1. Logo pada backdrop, banner, poster, baju biro bertugas, tag biro bertugas semasa Kejohanan Futsal Peringkat CFGS 2013. 2. Logo pada buku/majalah program Kejohanan Futsal Peringkat CFGS 2013 di mana pihak penaja diberi ruang untuk mempromosikan produk dan syarikat di kampus Uniten Muadzam Shah. 4. Hebahan nama syarikat penaja sepanjang Kejohanan Futsal Peringkat CFGS 2013 berlangsung. 5. Pengecualian cukai bagi tajaan: Jumlah sumbangan sebanyak RM 1000.00 dan ke atas akan dikecualikan daripada cukai di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.

ULASAN PENGARAH:
1. KAMI MEMERLUKAN DANA UNTUK PAKAIAN BIRO BERTUGAS DAN JUGA TAG BIRO BERTUGAS. JUMLAH BIRO BERTUGAS ADALAH SEBANYAK 40 ORANG. DIJANGA SEHELAI BAJU UNTUK BIRO BERTUGAS ADALAH SEBANYAK RM25 SEHELAI. 2. KAMI MEMERLUKAN DANA UNTUK KOS MAKANAN PARA PESERTA DAN BIRO BERTUGAS. ANGGARAN SEBANYAK RM300.00. 3. KAMI MEMERLUKAN DANA UNTUK KOS HADIAH CABUTAN BERTUAH. INI BAGI MENARIK PERHATIAN PENGUNJUNG SUPAYA HADIR KE PROGRAM KAMI

Anda mungkin juga menyukai