Anda di halaman 1dari 48

Menang dengan taktik

Kebanyakan pemain catur baru amat lemah dalam TAKTIK. Kebiasaannya mereka
menghabiskan masa yang banyak untuk fasa buka mainan (opening). Sebenarnya, taktik amat
mudah dipelajari. caranya ialah dengan membanyakkan latihan membuat PUZZLE daripada
buku-buku taktik yang ada di pasaran dan anda pasti akan menjadi MASTER dalam taktik.
90% kemenangan di peringkat permulaan (beginner) dan pertengahan (intermediate) bergantung
kepada TAKTIK. Kita akan lihat satu permainan daripada pemain MSSMKL 2009, iaitu Olivia
Madhavan. Bagaimana taktik amat mempengaruhi keputusan permainan.
[Event "Pertandingan atur MSSM Bawah 18 Perempuan"]
[Site "Klang, Selangor"]
[Date "2009.03.18"]
[Round "4"]
[White "Olivia Madhavan, KL."]
[Black "Aurora Fay Jimmy, Sabah"]
[Result "1-0"]
1. d4 d5 2. e3 Nf6 3. Bd3 a6 4. f4 Nc6 5. c3

Diagram 1
5.c3. Giliran hitam

Putih baru sahaja menggerakkan bidak ke petak c3 untuk menghalang kuda hitam bergerak ke
petak b4, menyerang gajahnya di petak d3.
Dalam peringkat buka mainan (opening) penguasaan petak tengah (centre) amat penting. Putih
menguasai petak e5 dan sepatutnya hitam mesti menguasai petak e4 supaya permainan menjadi
seimbang.
PUTIH
Buka mainan (opening) yang dipilih oleh putih menyebabkan gajah (bishop di petak c1
terperangkap di dalam kawasan putih sendiri. Bagaimana cara untuk mengaktifkan gajah di petak
c1?
(a) Putih perlu menggerakkan bidak e3 dan bidak f4 untuk membebaskan gajah (bishop) c1.
(b) gerakkan bidak b ke petak b3, kemudian Ba3.
HITAM
Sekarang hitam perlu berfikir cara untuk mengaktifkan dua gajahnya (bishop) di petak c8 dan f8.
Petak e5 di bawah penguasaan putih. Hitam langsung tidak mempunyai peluang untuk
menguasai petak e5. Sebaliknya hitam berpeluang e4 di pihak putih.
Caranya ialah gerakkan gajah c8 kemudian gajah f8. 5. ... g6, 6. ... Bf5, 7 ... Bg7.
5. ... e6? gerakan ini lemah. Menyebabkan gajah c8 terperangkap dan hitam tidak dapat
menguasai petak e4. 6. Nf3 Bd6 7. O-O h6 8. Nbd2 Bd7 9. Ne5

Diagram 2
9. Ne5. Giliran hitam.
Kesan daripada mengabaikan penguasaan medan tengah pertempuran. Buah catur putih lebih
bebas bergerak dan menguasai lebih banyak petak. Satu-satunya masalah buah catur putih ialah
gajahnya yang berada di petak c1 tidak aktif.
Apakah perancangan pihak putih dan pihak hitam?
PUTIH:
Putih akan cuba mengaktifkan gajah c1 dengan cara menggerakkan bidak e3 ke petak e4
dan bidak f4 ke petak f5.
HITAM:
Hitam akan mencabar putih di petak tengah. Hitam akan cuba menggerakkan bidak c7 ke
petak c5. Jadi 10... Ne7, 11 ... c5.
10. ... g5? 10. Nxd7 Nxd7 11. Nf3 Qe7 12. Ne5 Bxe5 13. fxe5 h5 14. e4 O-O-O 15. Qe2

Diagram 3
Kedudukan selepas gerakan 15.Qe2. Giliran hitam untuk bergerak.
15.Qe2 bukanlah gerakan terbaik. 15.exd5 exd5 16. Rf5 Rdg8 17.Qf3 lebih baik kerana putih
membuat taktikal serangan berganda terhadap hitam iaitu serangan ke atas bidak d5 dan bidak f7.
15. .. Ndb8? Gerakan yang lemah daripada hitam. Apakah gerakan yang lebih baik?
15 ... Ndb8 membawa kuda hitam ke petak b8 untuk menjadi pasif. Sebaliknya jika 15 ...
Nb6, kuda hitam lebih aktif.
16. exd5 Rxd5 17. Be4 Rdd8 18. b4!

Diagram 4
Putih telah menggerakkan 15.Qe2. Giliran hitam untuk bergerak.
Apakah analisis posisi untuk pihak putih dan hitam?
PUTIH:
1.Bidak putih lebih kuat dan tersusun.
2.Putih mempunyai 2 gajah.
3.Kedudukan rajanya lebih selamat berbanding hitam.
4.Buah catur putih lebih bebas bergerak.
5.Putih boleh melancarkan serangan ke sebelah pihak menteri hitam, b5.
6.Kedua-dua benteng putih belum aktif.
HITAM:
1. Kedua-dua bentengnya sudah aktif.
2. Kedua-dua kuda hitam pasif dan tidak mempunyai petak yang sesuai.
3. Raja hitam lebih mudah diserang kerana bidak berada di petak a6.
Berdasarkan analisis posisi di atas, putih mempunyai kelebihan yang banyak berbanding
hitam. Hitam mengancam menggerakkan bidak ke petak b5. 19.. b5.
18. ... Nxd4? Hitam panik dan membuat kesilapan ini untuk membuat serang balas. 19.
cxd4 Rxd4 20. Bb2 Rxb4

Diagram 5
Giliran hitam untuk bergerak.
Peluang untuk putih membuat taktikal? Atau tiada taktikal?
Tiada taktikal untuk putih di sini.
21. Ba3? Kesilapan dari pihak putih. Qc5+? 22. Kh1? (22.Rf2 Rxe4 23.Bxc5 Rxe2)
22. .. Rxe4! 23. Qxe4 Qxa3

Diagram 6
Giliran putih untuk bergerak.
Kesan daripada taktikal hitam gerakan 22, nilai material kedua-dua pihak hampir sama. Apakah
rancangan yang sesuai untuk pihak putih?
Rancangan putih mudah sahaja. Ancam membuat syahmat di petak b7 hitam. Tempatkan
benteng di lajur b1.
24. Rf3 Qe7 25. Rb1 Nc6 26. Rc3 Qd7 27. Rd3 Qe7 28. Rdb3 Qd7 29.Rxb7 Rd8?

Diagram 7
Giliran putih untuk bergerak. Syahmat 2 langkah. Bagaimana putih melakukannya?
30.Rb8+ Nxb8 31.Qb7 checkmate.
1-0
Tahniah kepada Pasukan MSSM Kuala Lumpur khususnya Olivia Madhavan di atas
kemenangan ini.
Posted by Shamsuddin Bin Mat Isa at 3:14 PM 1 comments
Labels: aurora fay, beginner, buka mainan, intermediate, mssm 2009, olivia, taktik

Monday, February 21, 2011


Pemain catur peringkat permulaan
Akhir-akhir ini saya banyak melatih pemain catur yang baru belajar bermain. Konsep belajar
bermain catur yang betul ialah belajar bermain mengikut tahap/peringkat yang bersesuaian
dengan kebolehan pemain itu sendiri.
Pemain catur yang baru belajar bermain tidak perlukan seorang Grandmaster untuk mengajarnya
menjadi pandai bermain catur. Seorang guru penasihat catur peringkat kelab catur sekolah
mampu mengajar murid bermain catur. Selepas murid sudah tahu pergerakan catur, peringkat
seterusnya ialah mengecam bentuk-bentuk syahmat dan membuat taktikal mudah.

Perkara yang paling penting ialah belajar mengikut peringkat yang bersesuaian. Salah satu
peringkat asas bermain catur ialah kebolehan mengenalpasti posisi syahmat. Artikel kali ini
berkaitan dengan syahmat satu langkah dan strategi membuat syahmat satu langkah.
[Event "Pertandingan Catur Zon Bangsar Rendah 2011"]
[Site "SK Seri Indah"]
[Round "5"]
[White "Nur Syauqin"]
[Black "Rebecca"]
[Result "1-0"]
[EventDate "2011.02.08"]
Permulaan pembukaan permainan yang lemah dari kedua-dua belah pihak. Hasilnya putih
mempunyai kelebihan material iaitu satu kuda selepas gerakan ke-19.

Gerakan ke 17. Nbc3. Giliran


hitam dan Rebecca telah menggerakkan 17... Nxd4 di dalam permainan ini.
18.Ne3 Nxe2 19. Kxe2 ...

Posisi selepas gerakan ke 19


putih, 19.Kxe2
Analisa
Putih
Material:
1. Mempunyai kelebihan material ( kuda)
Posisi :
1. Baris f yang terbuka untuk benteng (rook) putih
2. Petak f5 untuk kuda putih sekaligus mengancam menteri (queen) hitam dan bidak hitam
(g7)

Hitam
Material:

1. Mempunyai kekurangan material ( kuda)


Posisi :
1. Baris d yang terbuka untuk benteng (rook) hitam
2. Petak d4 untuk kuda hitam sekaligus mengancam raja putih dan bidak putih (c2)
Sambungan permainan
19... c6 (hitam merancang untuk mengancam Menteri putih di petak h4. 20.Qg5! Bd8

Posisi selepas gerakan hitam 20...


Bd8
Pemain yang berpengalaman akan nampak satu peluang taktikal di sini. 21. Qxg7+ Kxg7
22.Nf5+ Kg8 23.Nxd6 menang menteri dan lebih satu bidak lagi. Pengakhiran permainan yang
mudah untuk dimenangi.
Pemain putih, peringkat permulaan (beginner) akan nampak peluang membuat syahmat di sini.
21.Nf5 di sini putih merancang membuat syahmat satu langkah di sini atau membuat pertukaran
menteri supaya dapat masuk ke fasa pengakhiran yang mudah dimenangi 21... Bxg5 22. Nxd6
Re6 23. Bxg5 Rxd6 24.Rd1 (pertukaran buah catur hanya menguntungkan putih kerana putih
mempunyai kelebihan material/kuda)

21. ... Qc5?? (kesilapan hitam) 22. Qxg7++. 1-0

Posisi selepas gerakan putih


22Qxg7 syahmat. 1-0
Kesimpulan daripada permainan ini, untuk menang pemain peringkat permulaan (beginner) perlu
tahu bentuk-bentuk syahmat. Pemain perlu membuat strategi menyusun buah caturnya kepada
posisi syahmat dan kemudian barulah membuat syahmat.
Dengan kemenangan ini, putih layak bermain ke peringkat negeri pada 5-8 April 2011. Pemain
hitam, walaupun tewas, beliau turut sama layak ke peringkat negeri. Kepada semua pemain yang
layak, "Selamat berjaya!"
Posted by Shamsuddin Bin Mat Isa at 5:55 AM 0 comments
Labels: baru belajar, beginner, posisi syahmat

Friday, February 11, 2011


Nik Ahmad Farouqi Menang Pertandingan Tertutup Kelantan
Nik Ahmad Farouqi telah menang Tertutup Kelantan minggu lepas ( 4-5 Februari 2011). Dalam
pusingan akhir, beliau telah mendapat mata yang sama dengan Syed Azizi. masing-masing
mendapat 6.5 mata selepas pusingan ke-7. Bagaimana pun Nik berjaya menewaskan Syed Azizi
2-0 di dalam play-off.

Di sini saya telah memilih satu permainan daripada juara baru Kelantan 2011 untuk tatapan
bersama. (Sumber: File di muat turun bersama keputusan dari swiss manager)
[Event "KEJOHANAN CATUR TERTUTUP KELANTAN 2011"]
[Site "SMK Pahi, Kuala Krai, Kelantan"]
[Round "3"]
[White "Nik Ahmad Farouqi"]
[Black "Mohamad Mat Isa"]
[Result "1-0"]
[EventDate "2011.02.04"]
[EventRounds "7"]
1. e4 c5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5 d6 4. Bxc6+ bxc6 5. O-O Bg4 6. d3 Bxf3 7. Qxf3 e5 8. Na3 Be7 9.
Qg3

Bagaimana nak mempertahankan bidak g7?


(a) 9. ... g6?
(b) 9. ... Kf8? Jika 10.f4 dan membuka laluan untuk Benteng putih di f1, dan menyebabkan
benteng hitam sendiri pasif di h8.
(c) 9. ... Bf6. Mengekalkan struktur bidak dan mengaktifkan Biskop yang pasif.
9. ... g6? 10. Nc4 Nf6 11. Bh6 Nh5 12. Qh3 Bf6 13. Rae1 Bg7 14. Bxg7 Nxg7

Dalam posisi ini, kedudukan buah catur putih lebih aktif.


(a) Putih: Rajanya sudah berada dalam posisi selamat. Kudanya di petak c4 tidak boleh diserang
oleh bidak hitam, kuda ini aktif dan menyerang bidak d6. Kedua-dua Bentengnya (Rook) lebih
aktif berbanding hitam. Menteri (Queen) juga dalam posisi menyerang.
(b) Hitam: Rajanya masih di tengah. Kudanya pasif. Kedua-dua Bentengnya (Rook) pasif.
Menteri (Queen) tidak dapat bergerak aktif kerana terpaksa mempertahankan bidak d6 yang
diserang kuda putih.
Rancangan putih mudah sahaja. Tukar atau korbankan bidak f supaya memberi laluan aktif
kepada bentengnya. Kemudian gabungkan kedua-dua Bentengnya. Dan SERANG!
15. f4 Qe7 16. f5 Qf6 17. fxg6 Qxg6 18. Re3 O-O 19. Rg3 Qe6 20. Qxe6 fxe6 21. Nxd6 Rxf1+
22. Kxf1 Kf8

Putih menang satu bidak tengah hitam. Ini menyebabkan posisi hitam runtuh dengan cepatnya.
23. Nc4 Rb8 24. b3 Nh5 25. Rf3+ Ke7 26. Nxe5 Kd6 27. Nc4+ Ke7 28. g4 Ng7 29. Ne5 Rf8

Putih mengancam Rf7+ dan memenangani kuda hitam di petak g7. Pertukaran benteng hanya
menguntungkan pihak putih. Endgame ini sangat mudah untuk dimenangi! Syaratnya anda mesti
ada rancangan yang jelas.
Prinsip mudah:
(a) Apabila anda mempunyai kelebihan material, tukar buah catur supaya menjadi lebih sedikit
dan mudah. Main endgame yang mudah untuk menang.
(b) Apabila anda mempunyai kekurangan material, JANGAN tukar buah catur. Sebaliknya
carilah variasi yang rumit dan banyak taktik.
30. Nxc6+ Ke8 31. Rxf8+ Kxf8 32. Nxa7 e5 33. Nc6 Ne6 34. Nxe5 Ke7
Rancangan putih di sini sangat mudah. Tawan bidak yang tidak dijaga menggunakan kuda.
Kemudian raja akan datang membantu bidaknya untuk dipromosikan menjadi Menteri (Queen).
35. Nf3 h6 36. a4 Nc7 37. h4 Na6 38. c3

Hitam menyerah kalah. 1-0


TAHNIAH kepada Nik Ahmad Farouqi kerana menjadi Johan Kelantan 2011.
Posted by Shamsuddin Bin Mat Isa at 3:28 PM 0 comments

Monday, January 31, 2011


Menang dengan taktikal
Catur adalah permainan yang penuh dengan strategi dan taktikal. Untuk pemain amatur peringkat
pertengahan dan novis (baru belajar), 90% kemenangan bergantung kepada taktik. Jika kita
mengikuti permainan di antara 2 Grand Master (GM), kita tidak dapat banyak belajar taktikal.
Tetapi jika kita mengikuti permainan di antara GM dan amatur, kita dapat lihat bagaimana GM
menang secara taktikal dengan mudah. Tetapi peluang untuk bermain dengan GM susah untuk
kita dapat. Maka jurulatih atau pemain catur yang lebih kuat, dapat menolong untuk kita faham
strategi dan taktikal dengan lebih mudah.
Cukuplah dulu bercakap. mari kita lihat permainan persahabatan di antara 2 murid saya, pemain
catur peringkat sederhana (peringkat daerah/zon).
Kedua-duanya memohon nama dirahsiakan jika permainan ini dimasukkan dalam blog. Jadi saya
letak nama mereka nama samaran.

[Date "2011.01.31"]
[Round "?"]
[White "Isaac"]
[Black "Khalid"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "1488"]
[BlackElo "1549"]
1. d4 d5 2. c4 c6 3. Nf3 Nf6 4. e3 Bg4 5. Nc3 e6 6. Qc2 Bf5 7. Qb3 Qc7 8. cxd5 cxd5 9. Nb5
Qc6?

Soalan 1.
Kesilapan pertama hitam. Apakah gerakan terbaik hitam?
Jawapan: 9. ... Qb6
10. Ne5 ?
Soalan 2.
Apakah gerakan terbaik putih menghukum kesilapan hitam?
Jawapan: 10. Nxa7 Rxa7 11.Bb5
10... Qb6 11. Bd2 a6?

Soalan 3.
Apakah gerakan terbaik putih menghukum kesilapan hitam?
Jawapan: 12. Rc1
12. Qa4? Nc6 13. Nxc6 bxc6 14. Nc3 Bb4 15. Be2 Bxc3 16. Bxc3 O-O 17. O-O Ne4 18. Bf3
Nxc3 19. bxc3 Bd3 20. Rfc1 Rab8 21. g3 Bb5 22. Qc2 Rfc8 23. e4 Bc4 24. Rcb1 Qc7 25. e5 c5
26. Qd2 cxd4 27. cxd4 g6 28. Rc1 Qa7 29. Rc2 Kg7 30. Qg5 Qxd4

Posisi sama dan seimbang. tak ada taktik di sini. Tetapi putih cuba mengubah posisi menterinya
(queen) untuk menyerang hitam. Satu tindakan yang tidak tepat. Hasilnya putih hilang satu bidak
tengah.
31. Rd1 Qb6 32. Qf6+ Kf8 ( 32... Kg8 lebih selamat dan berpeluang untuk menang!) 33. Qh8+
Ke7 34. Qxh7 Qc7 35. Qh4+ Kf8 36. Qh8+ Ke7 37. Qf6+ Ke8 38. Rdc1

Posisi seimbang di sini. Tetapi 2 gerakan selepas ini hitam tersilap langkah dan tewas. Tewas
kerana taktikal.
38 ... Qa5 39. h4 Rc7??

Kesilapan terakhir yang membawa kekalahan.


Soalan 4.
Apakah gerakan terbaik putih menghukum kesilapan hitam?
Jawapan: 40. Qh8+
40. xxx 1-0
Di sini hitam menyerah kalah selepas 40. Qh8+ kerana 40. ... Ke7 41. Qxb8, putih lebih
satu benteng (rook) berbanding hitam.
Nota:
Sesiapa yang ingin memberi jawapan, sila beri di dalam komen untuk artikel ini. Sesiapa yang
mahu permainan dianalisis sila e-mail kepada saya. Terima kasih kerana membaca.
Posted by Shamsuddin Bin Mat Isa at 8:49 PM 0 comments

Friday, January 28, 2011


Pusingan ke-11, Tata Steel. Endgame yang menarik, Kuda lawan Bishop
Malam tadi saya mengikuti secara langsung (http://live.tatasteelchess.com/f3/) Pertandingan
Catur Tata Steel. Pusingan ke-11, 28 Januari 2011 (Jumaat). Saya hanya menumpukan perhatian
kepada permainan di antara Levon Aronian - Ruslan Ponomariov dan Vladimir Kramnik Magnus Carlsen sahaja.

Fokus kali tulisan saya kali ini ialah endgame dengan kelebihan material.
Pusingan ke-11, 28 Januari 2011
Putih: Kramnik
Hitam: Carlsen
1.d4 Nf6 2.c4 e6 3.g3 Bb4+ 4.Bd2 Bxd2+ 5.Qxd2 d5 6.Bg2 Nbd7 7.Nf3 c6 8.0-0 b6 9.Rc1 0-0
10.cxd5 cxd5 11.Na3 Bb7 12.Nb5 a6 13.Nd6 Qb8 14.Qb4 a5 15.Qa3 Ba6 16.Ne5 b5
17.Qxa5?! Qxd6 18.Rc6 Qb8 19.Rxa6 Rxa6 20.Qxa6 Nxe5 21.dxe5 Qxe5 22.Qxb5 Rb8
23.Qd3 Rxb2 24.Qe3 Qxe3 25.fxe3 Rxe2 26.a4 Rc2 27.a5 Rc7 28.a6 Ra7 29.Bf1 Kf8 30.Rb1
Ke7 31.Rb7+ Rxb7 32.axb7 Nd7 33.Kf2 Kd6 34.Bb5 Nb8 35.Be8 Ke7 36.Bb5 f6 37.Kf3 Kd6
38.Be8 Kc7 39.Bf7 Kxb7 40.Bxe6 Kc6 41.Bg8 h6 42.Kg4 Nd7 43.Kf5

Putih telah menggerakkan 43. Kf5.


Sekarang giliran hitam untuk bergerak.
Ketika posisi ini , jam sudah sekitar pukul 11.30 malam. Saya menganalisa permainan ini
bersama dengan cikgu Hafez.
Analisa posisi:
Putih kekurangan satu bidak. Tetapi raja hitam tak dapat memasuki kawasannya. Apakah
rancangan hitam? Jika boleh pastinya melalui pihak permaisuri melalui petak b5-b4-b3.
Gerakan seterusnya pastilah kuda hitam ke petak e5, 43... Ne5, Persoalan di sini di manakah raja

hitam patut pergi? Perhatikan baik-baik gerakan raja hitam dan cara belliau menang.
Kita ikuti permainan sebenar mereka.. 43.... Ne5 44.h3 Kc5

Posisi catur selepas gerakan 44...


Kc5
45.g4 (menurut Carlsen, 45. Ke6 adalah cukup untuk mencari seri) Kd6 46.Bh7 Ke7 47.Bg8 g6+
48.Kf4 Nf7 49.Bh7 g5+ 50.Kg3 Nd6 51.Bg8 Ne4+ 52.Kg2 Kd6

Posisi catur selepas gerakan 52..


Kd6
Menariknya! Raja Hitam bergerak ke petak e7 (46.. Ke7) terlebih dahulu. Selepas berjaya
mempertahankan bidak di pihak raja, dengan meletakkannya di petak gelap barulah beliau
menggerakkan rajanya sehingga ke petak g1!!. Oleh itu Bishop putih tidak dapat menyerang
bidaknya lagi. Kemudian perhatikan gerakan raja hitam selepas ini (Kd6-c5-b4-b3-c2-d1-d2-e1f1-g1). Menggunakan raja hitam untuk menyerang bidak putih di petak h3.
53.Kf3 Kc5 54.Bh7 Nc3 55.Bd3 Kb4 56.Ba6 Kb3 57.Bb7 Kc2 58.Ba6 Kd1

Posisi catur selepas gerakan 58...


Kd1
59.Bb7?! Dia (Kramnik) mungkin akan menggerakkan 59.Bc8 untuk mengelakkan zugzwang,
tetapi kerana kemungkinan dia berfikir permainanan ini akan seri, Kramnik telah bermain secara
tidak tepat sehingga ke akhirnya.- (Carlsen) (diterjemah kata-kata Carlsen ini daripada
chessbase.com)59...Kd2 60.Bc6 Ke1 61.Bb7 Kf1 62.Ba8 Kg1 (akhirnya Raja Hitam sampai ke
petak g1) 63.Kg3 Ne4+ 64.Kf3

Posisi catur selepas gerakan


64.Kf3
64...Nd2+ 65.Kg3 Nf1+ 66.Kf3 Nd2+ 67.Kg3 Nc4 68.Bxd5 Nxe3 69.Bb7 Nf1+ 70.Kf3 Kh2
71.Kf2 Nd2 72.Bg2 Nc4 73.Bf1 Ne5 74.Ke3 Kg1 75.Be2 Kg2 76.Ke4 Kxh3 77.Kf5 Kh4
78.Bd1 Nc4 79.Ke4 Nd6+ 80.Kd5

Posisi catur selepas gerakan


80.Kd5
80...f5! taktikal akhir yang menyebabkan putih menyerah kalah. Sambungan yang mungkin ialah
81.Kxd6 fxg4 82.Ke5 g3 83.Bf3 Kh3 84.Kf6 g4 85.Bc6 g2 0-1
Dalam permainan ini perhatikan bagaimana hitam mempertahankan bidaknya terlebih dahulu.
Selepas bidaknya selamat (dengan cara meletakkannya di petak yang berlainan warna dengan
warna bishop lawan), barulah beliau menyerang pihak lawan. Sangat menarik!
S. Balen (fide rating-1848) vs Candidate Master Fadli (fide rating-2048)@PART 4
(Final)

Diagram 4
Selepas putih jalan 13. g4, SM nampak ada 3 pilihan pergerakan yang SM teringin nak buat iaitu
13. f6, 13. Nxd4 atau 13. b5. Mula-mula SM kira dulu pergerakan Nxd4. Macam tak
logik sebab knight SM dah keluar ke c6 dari b8 dan knight itu dah jaga centre di d4 dan e5.
Knight tuu juga beri tekanan pawn putih di e5,maka kenapa SM nak bunuh knight SM hingga
boleh sebabkan hilang semua kawalan centre dan juga tekanan pawn putih di e5. Macam buang
masa jee makan knight lawan di d4. Memang betul knight putih di d4 macam nampak kuat sebab
berada di centre d4 dan juga beri tekanan pawn hitam di e6, tapi rasa macam tak sesuai. Dalam
teori bab makan-makan buah ni, ada mengatakan jangan atau tidak digalakkan buat pertukaran
buah catur lawan sekiranya didapati tiada kelebihan material gain atau kelebihan kekal dan
kelebihan sementara .So SM dah reject pergerakan Nxd4 lepas ambil kira semua tuu. SM pun
ambil kira juga pengiraan 3 langkah kehadapan (dalam buku catur kata itu syarat minima
jumlah langkah ke hadapan yang mesti kita nampak bagi setiap pergerakan) kalau Nxd4
tapi minda SM tidak nampak apa-apa yang boleh mendapat kelebihan untuk hitam buat masa ni.
SM pula cuba kira pawn hitam jalan b7-b5. Waduh, banyaknya nak kira. Kena kira lebih dari 3
pergerakan, mungkin sampai 5-7 pergerakan. Ada cabang-cabang lain lak kena kira. Malas pulak
nak kira jauh-jauh. Tapi apa yang SM belajar dulu, cuba kira semua jalan hitam tanpa putih jalan
dan tengok sampai move berapa putih boleh kena checkmate atau mungkin hilang buah caturnya.
Contohnya 1.b5 2. b4. knight putih di c3 katakan lari ke b1,kemudian 3. Na4 kemudian Nc6 ke
4.a5. kemudian 5.Nc4 kemudian rook kat a8 ke 6. c8. Banyaknya pergerakan hitam kena buat
kalau nak serang bertubi-tubi queen side putih. paling kurang 6 pergerakan. Itu baru kira
pergerakan hitam,belum lagi kira apa putih nak jalan. So SM KIV dulu pergerakan nii. Tapi
dalam minda SM dah simpan maklumat iaitu kalau nak jalan b5, ada paling kurang 6 atau 7

pergerakan SM kena buat kalau nak serang queen side putih.SM kira f6 pula. Lepas f6,terus nak
ugut makan e5,dan kalau pawn putih di f4 makan e5, pawn e5 putih tuu jadi isolated pawn
pulak. dan g4 kekal pawn yang lemah. So putih sekarang ada 2 weakness pawn di petak e5 dan
petak g4. hehehe. Cepatnya minda SM boleh faham. Macam logik pulak kalau jalan f6 sebab
baru 3 pergerakan dah boleh nampak kelemahan buah putih. Akhirnya SM pilih 13. f6 (1:21) .
SM makan masa 2 minit untuk buat pergerakan ini.
SM pun tunggu pergerakan putih. S. Balen jalan 14.Nxc6 (1:08). Beliau makan masa 5 minit
untuk buat pergerakan ini.(lihat diagram 5)

Diagram 5
Mana satu SM nak makan ni.b7xc6 atau Bd7 x c6. Kalau b7xc6,nampak macam tak logik sebab
pawn di a6 akan jadi isolated pawn dan rook hitam di a8 akan jadi beban sebab kena jaga pawn
di a6 pula. Dan kalau pawn di b7 makan knight di c6, maka pawn hitam di c6 dah jadi backword
pawn pula. Dan Bishop hitam di d7 jadi macam batu pula sebab tak boleh gerak langsung.
Bishop tu pula jadi beban nak jaga c6 dan e6. Kita boleh gelar dia bad bishop. Teruknya main
chess nii. Kalau kita silap makan walaupun sekali jee,semua kedudukan menarik buah catur
hitam akan secara tiba-tiba akan jadi teruk.
SM pun kira kalau Bishop hitam di d7 makan knight putih di c6. Hmmm. tiba-tiba terasa macam
Bishop hitam di c6 tu kata AKU BEBAS, YABADABEDU. Bayangkan bishop yang lepak kat
c8 tu boleh sampai ke c6. Tiba-tiba bad bishop jadi good bishop. Apa tu maksud bad bishop dan
good bishop. Dalam buku catur kata,biasanya bad bishop kalau bishop itu bawah pawnnya
dan good bishop sekiranya berada atas pawnnya. Atau juga bad bishop berada sama

warna petak dengan beberapa buah pawnnya dan good bishop kalau warnanya tidak sama
dengan warna petak kedudukan pawnnya. Sekiranya Bishop sudah berada di c6, ia akan
pula ada sasaran taktik elemen double attack iaitu lepas nii pawn hitam boleh jalan d4 dan
terkena knight putih di c3 dan juga rook di h1. SM pun jalan 14. Bxc6 (1:18).
Untuk elakkan berlaku taktik iaitu elemen double attack, putih pun jalan 15. Qd4 (1:07).
Selepas pergerakan queen itu, SM sendiri buat kesimpulan bahawa queen putih itu sudah jadi
beban pula kerana nak halang/sekat pergerakan pawn hitam dari d5 ke d4 disamping juga
tujuannya sekali gus nak jaga pawn putih di e5. So ada 2 beban atau tanggungjawab yang queen
putih terpaksa pikul.
Giliran SM pula nak jalan. Selepas pergerakan Qd4, SM analisa balik semua kedudukan buah
SM dan buah lawan. Bagi hitam, SM rasa Bishop di c6 sudah cantik kedudukannya. Knight di
c5, SM rasa cukup kuat di kedudukan tuu sebab dah jaga petak lawan di a4,b3,d3 dan e4.Semua
petak itu di kawasan lawan. Knight itu juga boleh patah balik ke d7 untuk beri tekanan kepada
pawn putih di e5 sekiranya perlu. Rook SM di f8 pula bila-bila masa akan ada open file (f1-f8)
kalau f6 makan e5. Queen SM pula berada di kedudukan yang sangat menarik kerana boleh bilabila masa gerak ke kawasan queen side dan juga king side. Cuma rook hitam di a8 yang belum
lagi aktif tapi bila-bila masa boleh gerak ke c8 atau buat double rook di file f.
Bagi putih pula, Bishop di f1 dan rook di h1 masih tidak aktif lagi. Putih pula sekarang mungkin
akan hadapi pawn weakness di e5 dan juga g4. Pawn putih di e5 boleh jadi isolated pawn dan g4
masih kekal pawn yang lemah sebab tidak dijaga langsung oleh kawan-kawannya. Queen putih
pula dah jadi beban sebab kena halang pawn hitam gerak dari d5 ke d4 dan juga kena jaga pawn
putihnya sendiri iaitu di e5.
Kesimpulannya selepas sedikit kira-kira, SM pun pilih jalan15. f6xe5 (1:15). 16. f4xe5 (1:15)
. Queen tidak boleh jalan 16. Qxe5 sebab 16. d4. Knight putih di c3 atau rook di h1 akan
hilang. 16. Qg5+(1:15) (lihat diagram 6)

Diagram 6
Selepas queen hitam jalan 16. Qg5+, pawn putih di e5 dan di g4 dah kena tekanan dari Queen
hitam. Sekarang dah mula nampak kelemahan 2 pawn putih, king terpaksa lari atau putih boleh
jalan Rd2. Tak mungkin putih nak jalan Rd2 sebab kalau putih buat pergerakan itu, Rook di d2
pula akan kena salah satu elemen taktik iaitu PIN. Rook tuu jadi beban pulak sebab tak boleh
gerak. 17. Kb1 Nd7 (1:06 1:15) . Hitam beri tekan lagi di e5 dengan pergerakan Nd7. 18.Bg2
(0:58). Putih seperti nak biarkan hitam makan e5 dengan queen atau knight. Tapi kalau kira
sekali imbas, kalau makan terus e5, bahayanya ialah pawn hitam di e6 sebab putih boleh gerak
Re1. Pandai juga S. Balen nak buat perangkap saat-saat macam ni.
18. Rf4 ! (1:06) Cantik ! . Bukan sahaja sasaran nak makan queen di d4 tapi sasaran pawn g4
iaitu pawn putih yang SM kata paling lemah yang digerakkan pada pergerakkan ke-13.
Disamping untuk beri laluan kepada rook di a8 ke f8 untuk double rook kalau ada peluang yang
sesuai.
19. Qe3 Rxg4 (0:52 0:57). Pawn g4 tumbang akhirnya. Material gain diperolehi oleh hitam
apabila pawn g4 dimakan oleh rook di f4. Putih ada masalah kerana apabila Rxg4, Rook di g4
nak makan Bishop di g2 pula. Queen di e3 terpaksa makan Queen hitam di g5. Disebabkan SM
dah ada kelebihan pawn selepas tumbang pawn putih di g4, exchange buah-buah lawan
sepatutnya boleh buat tapi kena berhati-hati. 20. Qxg5 Rxg5 (0:52 0:51).Putih masih ada
masalah lagi kerana Rook hitam di g5 masih ada sasaran Bishop putih di g2. 21. Rd2 ? (0:47)
Blunder. 21. Rxg2 ! (0:46)(Sacrifice). 22. Rxg2 d4 ! (0:43 0:46) (Putih terkena double
attack/discovery attack lagi) 23. White Resign

Diagram 7
Putih menyerah kalah apabila hitam gerak 22. d4 ! .

Filed under: Analisa Permainan, Mari Belajar Catur


Trackback Uri

17 Sep 11

Tags: game analysis.


Written by stonemaster, Comments (0)
S. Balen (fide rating-1848) vs Candidate Master (CM) Fadli (Fide Rating-2048)-PART 3

diagram 3
Selepas SM makan pawn di c5 iaitu 10. Nxc5, Balen buat pergerakan seterusnya iaitu 11. Nd4
(1:22) . Balen ambil masa 4 minit untuk buat pergerakan ini. SM tak pasti kenapa beliau buat
pergerakan ini. Mungkin centralising the knight iaitu letakkan kudanya di petak tengah (centre).
Memang ada tema ini dan boleh diterima alasan kalau itu tujuan Balen. Mungkin juga Balen nak
sekat pawn SM di d5 dari gerak ke d4 dan seterusnya.Logik dan bagus juga cara Balen nak
korordinasi buah catur minor dia.
Cuma SM boleh tambah lagi iaitu kuda beliau di f3 sudah develope. Kenapa nak gerakkan lagi
knightnya. Beliau masih lagi belum aktifkan Bishopnya di f1, Rooknya masih di h1 dan dia tidak
castling lagi. Walaubagaimanapun, pergerakan Nd4 tu tidak merugikan atau kehilangan buahnya.
Tapi kalau dari segi kefahaman Temporary Advantage, SM boleh bagi pendapat bahawa hitam
boleh mengatasi putih dari segi Temporary Advantage dengan mempercepatkan development
buah minor dan buah major hitam semasa opening.
11. Bd7 (1:25), 12. 0-0-0 0-0 (1:20 1:23) 13. g4 (1:13) ? Tanda soal tu bukan bermakna
Balen buat blunder tapi SM terkejut Balen buat pergerakan tuu. Beliau ambil masa 7 minit untuk
fikirkan pergerakan g4 ni.

diagram 4
g4? kalau tengok pergerakan Balen ni, memang gerun dan macam ganas. Rasa beliau cuba
serang dulu dan tak bagi peluang SM serang dulu sebelah Queen side. Jadi memang betul katakata mengenai classical variation ini. Putih akan serang king side dan hitam akan serang queen
side.
Balen cuba gunakan pawnnya untuk buat serangan dan mungkin akan dibantu buah minor dan
major dia. Takkan SM nak biarkan Balen serang SM dan hanya bertahan jee. Kira punya kira,
SM ada 3 pilihan pergerakan iaitu f6 atau b5 atau Nxd4. SM pilih 13. f6 (1:21) .
Cepatnya SM pilih. Hanya makan masa 2 minit jee. Kenapa?Mari kita berbalik sekejap 13. g4 .
Sekali pandang gerakkan ini memang cantik, ganas dan gerun sebab dah mula nak serang king
side hitam. Di sinilah mula SM kena gunakan understanding of positional chess. SM kena
check satu persatu semua kedudukan buah-buah putih adakah berada di petak yang betul atau
tidak.
Cuba kita fahamkan dulu pawn struktur putih dan definasi maksud pawn weakness. Pernahkan
anda baca atau terjumpa ayat ini. Pawn yang tidak dikawal/jaga oleh buah caturnya yang lain,
boleh dianggap lemah (weakness). Satu lagi definasi weakness dalam permainan catur iaitu A
weakness is only weak if it can be attack or exploit .
Jangan terkejut kerana jawapannya ialah pawn di g4 kerana pawn di g4 tidak dijaga oleh buah
caturnya yang lain. Jadi antara semua pawn hitam dan pawn putih yang berada di papan

sekarang, pawn di g4 dianggap paling lemah. Biar betul. Banyaknya teori yang kita kena faham.
Kalau kita rajin baca buku,banyak ilmu dapat kita pelajari.
Luasnya ilmu catur nii. Sekali pandang,memang gerakkan g4 dianggap paling best sebab ia
memulakan arah serangan dahulu terhadap hitam tapi bila kita ambil kira teori-teori dan prinsip
yang wujud dalam positional play dan kefahaman pawn weakness, SM masih percaya dan yakin
dan ambil kesimpulan pawn di g4 adalah lemah dan boleh diambil kira boleh jadikan ia sasaran
nanti.

Filed under: Analisa Permainan, Mari Belajar Catur


Trackback Uri

17 Sep 11

Tags: game analysis.


Written by stonemaster, Comments (0)
S. Balen (fide rating 1848) vs Candidate Master (CM) Fadli (fide rating 2048) :
PART 2

Sekarang dah pukul 5.37pm, jom sambung analisa semula.

diagram 2
Selepas pergerakan ke-6, Balen ada 3 pilihan pergerakan yang biasa pemain catur buat iaitu 7. f4,
7. Qd2 atau Nb5. Balen pilih 7. f4(1:31). Lajunya Balen main, dah masuk pergerakan ke-7 dan
masa dia 1 jam dan 31 minit. Selepas gerak ke-6, SM lebih yakin berentap di variation classical
ini kerana dah 2 minggu study line yang banyak wujud. Kalau putih jalan 7.Qd2 atau 7. f4 atau 7.
Nb5, semua SM ingat jawapan yang patut dibuat. Pergerakan 7. f4 mudah dijawab iaitu 7. 0-0
tetapi bila baca buku classical variation ini, ada dinyatakan bahawa ada beberapa line yang susah
hitam nak jawab. Sebab tuu dah mula pemain french defence sudah tukar pergerakan 7. 0-0
kepada 7. a6. SM pun ikut jee nasihat buku tu. hehehe.
Lepas main beberapa games yang hitam buka 7. 0-0 dan 7. a6 masa SM training, memang
boleh perasan ada perbezaan dari tekanan oleh putih. Jadi SM ambil keputusan akan buka a6
kalau ada peluang buat. Jadi ini pilihan pergerakan SM masa lawan Balen 7. a6(1:29).
8. Nf3 c5 (1:30 1:29) 9. Qd2 Nc6 (1:28 1:29), seperti biasa gerak ke-8 dan gerak ke-9 adalah
development moves iaitu gerak buah minor dan major secepat mungkin semasa opening.
10. dxc5 (1:26). Lepas Balen buat pergerakan ke-10 iaitu dxc5 ini, terasa SM yang Balen dah
biasa lawan classical variation. SM perasan Balen ambil masa 1-2 minit untuk buat gerak ke-1
hingga ke 7 dan ambil masa 4-5 minit untuk gerak ke-8 hingga ke-10. Apa yang buat SM teruja
ialah apabila pergerakan terakhir dia, memaksa SM buat 2 pilihan jawapan iaitu nak makan pawn
dia guna Queen (Qxc5) atau guna Knight (Nxc5). SM pilih 10. Nxc5 (1:27). SM ambil masa
2 minit untuk pilih Nxc5. Dalam buku kata, Qxc5 atau Nxc5 pun boleh tapi SM pilih Nxc5.
Kenapa? Antara sebabnya ialah SM tidak berapa suka Queen SM digerakkan banyak kali semasa

opening. Dengan maksud lain rugi tempo. Kalau makan guna knight iaitu Nxc5, Bishop di c8 ada
ruang dan masa untuk develop iaitu di d7 dan juga akan beri laluan kepada Rook SM iaitu di a8
cepat aktif dalam permainan.
Ok, to be continue again..nak kuar gi 2 jemputan open house aidilfitri malam ni. Malam ni
SM sambung analisa.

Filed under: Analisa Permainan, Mari Belajar Catur


Trackback Uri

17 Sep 11

Tags: game analysis.


Written by stonemaster, Comments (0)
S. Balen (fide rating 1848) vs Candidate Master (CM) Fadli (fide rating 2048) :
PART 1

1st CM Fadli Chess Challenge telah diadakan dengan jayanya. Ia telah diadakan pada 15 Sept,
jam 9 pagi dan tamat jam 12 tengahari. Buat pertama kalinya, CM Fadli akan analisa permainan
ini untuk tatapan semua.
Ini adalah 1 konsep latihan baru yang diperkenalkan oleh CM fadli. Ia bertujuan untuk
memperbanyakkan lagi aktiviti permainan catur. Banyak faedah dengan adanya latihan seperti
ini. Antaranya kita boleh meningkatkan permainan catur kita sendiri kerana kita analisa
permainan kita sendiri.
Kenapa kita nak analisa permainan catur orang lain kalau permainan kita sendiri kita tak nak
perbaikinya. Faedah lain ialah kita boleh makin mahir menggunakan kawalan masa fide iaitu 90
minit dengan tambahan masa 30 saat baik setiap pergerakan.
Jom kita mulakan analisa permainan ini.
S. Balan (Putih) Candidate Master (CM) Fadli
1.e4 e6 (1:30 1:29) 2.d4 d5 (1:31 1:30) 3.Nc3 (1:30) (lihat diagram 1)

diagram1
Bila SM buat pergerakan 1. e6, bukaan permainan ini sudah dinamakan Pertahanan Perancis
(French Defence). Selepas putih buat pergerakan ke-3 iaitu 3.Nc3, hitam ada 3 pilihan
pergerakan yang biasa pemain catur buat. Mana satu pilihan SM. Nak cuba masuk ke arah
Classical Variation iaitu 3. Nf6 atau Rubinstein Variation iaitu 3. dxe4 atau nak terjebakkan
diri dalam Winawer Variation iaitu 3. Bb4 atau pergerakan lain yang jarang kita jumpa seperti
3. Nc6.
Sebenarnya sebelum kita terjebak ke mana-mana variation yang kita nak masuk, pastikan kita
faham tema-tema dan strategi-strategi yang wujud dalam variation tuu. Jangan kita main redah
jee masuk mana-mana variation tanpa persediaan. Tak salah kita juga buat gitu tapi ini bermakna
kita harapkan kekuatan dan kemahiran kita buat pengiraan dan kefahaman kita dalam taktik dan
positional dan mempunyai asas kukuh dalam ending. Apa tu maksud tema dan strategi dalam
variation? atau dalam bahasa inggeris iaitu Themes/Strategy. Contohnya Classical Variation.
Kalau kita rajin buat research di buku-buku catur, majalah catur dan juga internet, kita akan
jumpa banyak maklumat tentang Classical Variation seperti petuanya kalau kita boleh bertahan
dan selamat (survive) serangan dan tekanan dari putih dalam 20 pergerakan pertama, maka hitam
biasanya akan mendapat kelebihan positional dan tiada masalah selepas itu. Putih pula ada
kelebihan space dan permainan hitam biasanya cramp.
Alamak, teruknya petua tuu. Lain-lain maklumat yang diperolehi ialah biasanya putih akan
serang sebelah king side dan hitam buat counter attack sebelah queen side. Hitam akan
menggunakan pergerakan pawn c7-c5 dan f7-f6 untuk pecahkan kekuatan centre putih. pawn

putih e5 perlu menjadi sasaran dan tekanan dari hitam sekiranya ada peluang dan bermacammacam lagi yang hitam perlu tahu kalau nak masuk variation classical.

Papan catur terdiri dari 64 petak yang sama besarnya, dengan warna petak berganti-ganti hitamputih-hitam-putih. Cara meletakan papan catur seperti gambar diatas, dan menurut ketentuan
F.I.D.E ( Federation Internationale Des Echecs = Peraturan Federasi Catur Internasional ) petak
putih terletak sebelah kanan pemain ( petak h1 dan a8, sedangkan petak hitam terletak disebelah
kiri pemain ( petak a1 dan h8 ), yang saya maksudkan disini ialah petak sudut. Saya pernah
lihat kejuaran tingkat kecamatan ,mereka mengadakan kejuaraan caturpapan caturnya dibikin
dari triplekeh..saya lihat letak papan caturnya asal-asal ajaada petak hitam sebelah kanan
dan ada juga petak putih..ya amburadur dong.nah moga anda nggak melakukan kesalahan
yang sama.
LAJUR = sederetan petak-petak dengan warna selang-seling yang membujur dari hadapan kita
kearah lawan petak A,B,C sampai H ( lihat gambar ), contoh petak a1.a2.a3.a4.a5.a6.a7 dan a8
( ini dinamakan lajur A )
BARIS =sederetan petak-petak sama seperti lajur tetapi membelintang dari kiri ke kanan ,yaitu
baris 1,2,3 sampai 8 ( lihat gambar ), contoh petak a3,b3,c3,d3,e3,f3,g3 dan h3 ( ini dinamakan
baris 1 )
DIAGONAL = sederetan petak-petak yang sama warnanya ,contohnya petak
a1,b2,c3,d4,e5,f6,g7 dan h8
NAMA-NAMA PETAK DI PAPAN CATUR..lihat aja gambar diatas ada petak a1,a2,a3
dsb..e1,e2,e3 dsb ( setiap petak terdiri dari kombinasi huruf dan angka )
NAMA BUAH CATUR
K = King = Raja = R ( 1 buah ) terletak ditengah (kalo 2 buah lama beud menang nya)
Q = Queen = Menteri = M ( 1buah ) terletak ditengah dekan dengan Raja (kalo lbih dr 1 pastinya
gampang maenin nya)
B = Bishop = Gajah = G ( 2 buah ) terletak disisi Menteri dan disisi Raja
N = Knights = Kuda = K ( 2 buah ) terletak disisi Benteng
R = Rook = Benteng = B ( 2 buah ) terletak di petak pinggir
P = Pawn = Bidak ( 8 buah ) lihat gambar
CARA LANGKAH MASING-MASING BUAH CATUR

Aduh gimana cara menerangkannya ya..ngak ada papan peraga sihsaya coba aja terangkan
dengan kata-kata..mudah-mudahan bro sekalian bisa mengerti..
Raja jalannya satu-satu langkah, kemana aja boleh kiri/kanan/atas/miring..ingat hanya satu
langkah (nilai = infinite)
Menteri jalannya seperti X ( kali ) dan + ( tambah ) atas/bawah/kiri/kanan/miring kanan
atas/miring kiri atas/miring kanan bawah/miring kiri bawah, boleh dekat dan jauhyang nggak
boleh meloncati buah lain (nilai = 9)
Benteng jalannya seperti + ( tambah ) atas/bawah/kiri/kanan, boleh dekat dan jauhngak boleh
meloncati buah lain (nilai = 5)
Gajah jalannya seperti x ( kali ) miring kanan atas/miring kiri atas/miring kanan bawah/miring
kiri bawah, boleh jauh dan dekat..ngak boleh melompati buah lain (nilai = 3)
Kuda jalannya seperti huruf L, bigini cara menjalankannya = maju dua petak lalu belok kiri atau
kanan satu petak = mundur dua petak lalu belok kiri atau kanan satu petak = kekiri dua petak lalu
keatas atau kebawah satu petak = kekanan dua petak lalu keatas atau kebawah satu petak.cara
gampangnya ingat aja huruf Ldan kuda boleh melompat buah lainnya, contohnya kuda yang
petak awalnya di b1 bisa dilangkahkan kepetak a3 atau c3 (nilai = 3)
Bidak jalannya lurus kedepan satu petak dan ngak boleh mundur, khusus untuk Bidak yang
belum pernah jalan boleh melangkah dua petak kedepan ( tergantung keinginan kita, ingin
dijalan kan satu langkah atau dua langkah kedepan )tetapi untuk selanjutnya hanya satu petak aja
ke depan.bidak yg belum pernah jalan artinya dia masih berada pada posisi awal ( lihat aja
gambar diatas tu..Bidak belum lagi jalan ) (nilai = 1)
Nilai yg saya maksud tuh nilai tukar Misal : klo Menteri (9 point) anda dimakan lawan, tp
anda dapat 2 benteng sebagai gantinya (masing 2 nilainya 5) Mungkin anda masi tetep unggul
dlm permainanGitu lo..iss:
CARA MAKAN : Raja, Menteri ,Benteng, Gajah dan Kuda cara makannya sama dengan
langkahnya.nah sekarang cara makan ( pukul )buah lawan , letakkan buah kita dipetak tempat
buah lawan duduk dan buah lawan tersebut keluarkan dari papangampang khan !!
o iyaKhusus untuk Bidak cara makannya beda sama jalannya, kalau jalannya satu petak
kedepan dan makannya miring kekiri atau kekanan satu petak tetapi tetap maju yacontohnya
Bidak di petak d2 jalannya ke petak d3 atau d4, tetapi kalau mau makan bidak dipetak d2
dijalankan ke petak c3 atau petak e3
Oke deh ! moga bro sekalian mengerti dengan uraian diatas..klo anda belum ngerti..ulang terus
bacanya sampai anda paham

Yup..Sekian untuk posting belajar dasar catur kali ini heheee.


Ini ada beberapa tambahan untuk langkah istimewa
LANGKAH ISTIMEWA DALAM PERMAINAN CATUR :
kita telah mempelajari cara melangkah atau memukul setiap buah catur. Terapi semua itu baru
mengaaangkut langkah yang umum. Masih ada beberapa lalngkah istimewa yang juga penting
diketahui. Terutama yang berhubungan dengan bidak dan Raja.
1) Memukul en passant
Salah satu keistimewaan langkah bidak ialah memukkul en passant ( baca : ang pasang) atau
memukul sambil lalu.
Ketentuaannya demikian : bila satu bidak melangkah dua petak sekaligus ke depan dan melewati
lawan, maka bidak lawan dapat memukul bidak itu seolah-olah bidak tadi hanya dimajukan
selangkah saja. Lihat contoh di bawah ..

jika pion hitam melangkah ke titik X, maka pion putih yg berada dalam posisi demikian bisa
memakan pion hitam dan berpindah ke titik ep
Demikian ketentuan mengenai pukulan en passant.

2) promosi bidak
Kita sudah mengenal cara bidak melangkah, yaitu lurus ke depan. Kalau memukul buah lawan
maka jalannya menyerong ke kiri atau ke kanan, seperti huruf V. bidak tidak boleh mundur.
Bagaimana jika bidak itu sampai pada baris terakhir perjalannannya?
Bidak yang sudah mencapai baris terakhir harus naik pangkat. Atau dengan istilah catur yang
populer :
Promosi..
Bidak itu tidak boleh tetap menjadi bidak, Dia harus segera diganti dengan salah satu perwira
seperti Menteri, Benteng, Gajah atau Kuda yang sama warna dengan bidak itu (pastinya mau jd
Menteri lah yg powerful). Bidak tidak boleh menjadi Raja. Raja setiap pemain hanya ada satu
sejak awal sampai akhir. saya rasa udah pada tau deh aturan yg satu iniTul ga..??
Tujuan Permainan

Tujuan permainan catur ialah menangkap Raja lawan. Raja lawan tidak boleh dipukul atau
dimakan. Raja hanya boleh diserang atau dikepung sehingga tidak bisa lari atau diselamatkan
lagi.
Bila Raja itu sudah tidak dapat menghindar dari ancaman, maka berarti Raja itu sudah
tertangkap. Pihak yang mengkap Raja itu keluar sebagai pemenang..
Syah atau Sekak
Kalau Raja diserang oleh buah lawan, maka dikatakan Raja itu kena syah atau sekak. Serangan
terhadap Raja harus segera ditangkis. Ada tiga cara untuk menangkis sekak itu.

1. Memukul atau memakan buah lawan yang melakukan sekak itu dengan buah sendiri.
2. Melarikan Raja dari arah serangan buah lawan.
3. Menutup arah serangan buah lawan dengan buah sendiri. .
Nah klo skak nya uda ga ada obat nya lg (raja nya huda ga bisa kemana mana), nama nya skak
mat..!!

Aturan Rokade
mungkin temen-teman pemula masih ada yang belum tau tentang rokade ini istilah asing nya
(castling queen side)Bahasa kita orang awam nya, Roker, Blokir dll.

Rokade (Castling) adalah menggerakkan dua buah biji catur sekaligus yaitu raja dan benteng
dimana dalam melakukan rokade hanya diizinkan sekali saja
Mekanisme rokade cukup sederhana, yaitu:
1. Gerakkan raja ke arah benteng
2. Gerakkan benteng raja dari sebelah kanan raja ke sebelah kiri raja. Gerakan ini ditandai
dengan 0-0.Sedangkan rokade dari sayap mentri ditandai dengan 0-0-0
Pemain tidak dapat melakukan rokade apabila
1. Raja dalam keadaan diancam skak
2. Raja sudah melakukan gerakan sebelumnya
3. Benteng yang akan di-Rokade sudah melakukan gerak sebelumnya
4. Buah catur lawan mengancam petak yang akan ditempati Raja dalam Rokade (petak c1 atau
g1 untuk putih, c8 dan g8 untuk hitam)
5. Buah catur lawan mengancam petak d1 atau f1 yang akan dilewati Raja pada waktu Rokade
(untuk hitam d8 dan f8)
6. Buah catur lawan berada pada petak antara Raja dan Benteng yang akan di-Rokade-kan
7. Buah catur kawan sendiri berada antara Raja dan Benteng yang akan di-Rokade-kan
wah ternyata cukup banyak ya syarat rokade..tapi mudah untuk dipahami kan..??
Tambahan :

- Usahakan Rokade dahulu sebelum keluar menyerang lawan.


- Rokade pendek lebih baik dari pada rokade panjang, karna kalau rokade panjang wilayah yang
dijaga lebih luas ( tidak harus selalu begitu, tergantung posisi nya nanti jika kita sedang
bermain
Aturan Seri
keadaan seri dalam catur bisa juga disebut remisRemis/Seri adalah apabila dalam permainan
itu dicapai suatu tahap tanpa keputusan, tidak menang dan tidak kalah
Ada dua aturan yang memungkinkan permainan catur diakhiri dengan remis:
1. Aturan 50 langkah, artinya jika permainan telah melewati 50 langkah dan belum terjadi
pemukulan serta gerakan bidak, salah satu pemain dapat mengajukan remis
2. Jika suatu posisi tertentu diulang sebanyak 3 kali
Dalam permainan sesungguhnya kedua aturan di atas jarang ditemukan. Pada umumnya remis
terjadi karena skak abadi, pat dan materi yang sudah tidak mencukupi untuk permainan sampai
mat
Remis merupakan hasil draw untuk permainan catur, ditandai dengan skor
Bentuk-bentuk remis dalam permainan catur adalah sebagai berikut.
1. Stalemate
bangunan dimana tidak ada lagi perwira lain selain raja, dan tidak ada lagi langkah yang sah.

untuk raja. contoh :


2. Pat (jalan buntu)
suatu keadaan dimana Raja berada dalam tidak keadaan skak tetapi Raja dan buah/biji lainnya
juga tidak dapat dilangkahkan secara sah
3. Kurang materi (insufficient material), misalnya:
- Raja vs Raja
- Raja Kuda vs Raja
- Raja Gajah vs Raja
- Raja dua Kuda vs Raja
4. Rangkaian langkah berulang atau mencapai posisi tertentu sebanyak tiga kali (threefold
repetion)

Anda mungkin juga menyukai