Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK TAYANGAN SLIDE DAN MULTIMEDIA

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BAKONG TAHUN 2017

Pengenalan

Mesyuarat Agung PIBG SMK Bakong diadakan pada 18 Februari 2017 bersamaan dengan hari Sabtu
di Dewan Serbaguna SMK Bakong. Mesyuarat Agung ini disertai oleh ibu bapa pelajar yang
menuntut di SMK Bakong, guru-guru SMK Bakong dan Ahli Kumpulan Pelaksana. Sempena
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bakong, Puan Genevieve Yong dan Cik Lee Yung Ching ditugaskan
untuk menyediakan tayangan slide dan multimedia.

Objektif

Objektif Tayangan Slide dan Multimedia ini diadakan adalah untuk:-


a) mempamerkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PIBG sepanjang tahun 2016 – Februari 2017
b) membentangkan laporan Setiausaha Sesi 2015/2017
c) membentangkan laporan kewangan oleh Bendahari PIBG Sesi 2015/2017
d) melicinkan perjalanan pilihanraya yang sedang berlangsung

Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan : 18 Februari 2017


Tempat : Dewan Serbaguna SMK Bakong
Masa : 0700 – 1400
Sasaran : Ibu bapa, guru dan AKP terlibat

PELAKSANAAN

Tarikh penting Perincian perlaksanaan Tindakan

Mesyuarat Penyelarasan untuk Mesyuarat Agung PIBG Puan Genevieve Yong


2 Februari 2017
Pengagihan tugas AJK
a) Tayangan Slide Aktiviti PIBG Sesi 2015/2017 untuk Cik Lee Yung Ching
Tahun 2016
3 Februari 2017 b) Powerpoint Laporan Setiausaha dan Laporan Puan Genevieve Yong
Bendahari
c) Powerpoint Biro Pilihanraya PIBG SMK Bakong

 Menyediakan bahan elektronik yang perlu untuk Puan Genevieve Yong


tayangan slide dan multimedia seperti projector,
kabel, wayar, televisyen, meja, kerusi dan
sebagainya
17 Februari 2017
 Mencari pelajar pembantu iaitu Kenny Jabing,
Maxwell Wan, Jeffendi Adam, Rona, Neymar
Magong

Menayangkan:-
a) Slide Aktiviti PIBG Sesi 2015/2017 untuk Tahun Puan Genevieve Yong
18 Februari 2017
2016 Cik Lee Yung Ching
b) Aturcara Program
c) Laporan Setiausaha
d) Laporan Kewangan Bendahari
e) Usul-usul daripada ahli PIBG
f) Pencalonan nama untuk Pilihanraya Exco PIBG
Tahun 2017/2019

20 Februari 2017 Menyediakan laporan Puan Genevieve Yong

Menghantar laporan kepada Setiausaha PIBG Sesi


8 Mac 2017 Puan Genevieve Yong
2017/2019

ULASAN
Kelebihan

1. Disediakan mengikut masa yang ditetapkan kerana terdapat pembahagian tugas yang baik
terutama dalam penyediaan bahan multimedia dan slide.

2. Pelajar pembantu banyak membantu dalam set-up semua peralatan elektronik yang diperlukan.

Kelemahan

1. Televisyen tidak dapat berfungsi di saat akhir apabila exco PIBG 2015/2017 naik ke atas pentas

2. Nama pencalon, pencadang dan penyokong tidak sempat ditaip dengan cepat kerana laptop Cikgu
Lee Yung Ching agak lambat

3. Cikgu Genevieve perlu memastikan semua peralatan elektronik disimpan ke tempat asal bersama-
sama dengan pelajar sedangkan dia terpilih sebagai Juruaudit Dalaman Sesi 2017/2019. Cikgu
Lee Yung Ching tidak dapat membantu dengan alasan beliau mengalami haid pada hari tersebut.
Ini menyebabkan keadaan kelam kabut kerana pelajar pembantu tidak berada di tempat kejadian
dan membantu guru lain.

Penambahbaikan

Exco PIBG 2017/2019 tidak harus dilibatkan dalam AJK tayangan slide dan multimedia pada masa
akan datang kerana terpaksa menghadiri Jamuan Makan selepas majlis selesai.

Laporan disediakan oleh:

……………………………..
(GENEVIEVE YONG LI LI)
Ketua AJK Tayangan Slide dan Multimedia

8 Mac 2017

Anda mungkin juga menyukai