Anda di halaman 1dari 4

Antara topik lain yang dapat dikaitkan dengan filem Adiwiraku adalah topik Profesion

perguruan dan peranan guru. Tugas utama guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar-pelajarnya dan ini dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam kelas. Selain itu, guru juga bertanggungjawab menanam nilai-nilai murni dalam diri
pelajarnya dengan memberi motivasi agar mereka mempunyai tingkah laku yang postif. Pada
minit ke 1:30:55 saat, minit ini menceritakan bagaimana pelajar-pelajarnya berasa sangat
takut dan gusar apabila melihat pasukan lawannya dalam pertandingan ‘Choral Speaking’
membuat persembahan dengan sempurna. Apabila pelajarnya mengadu bahawa mereka
berasa mereka takut, cikgu Cheryl terus memberikan kata-kata semangat kepada mereka
bahawa mereka perlu percaya pada diri mereka, buat sehabis baik dan tidak perlu
membandingkan dengan orang lain. Oleh itu, setiap guru memainkan peranan penting bagi
memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa dalam minda yang positif kerana apabila minda
pelajar sudah positif maka hasilnya juga turut positif.

Selain itu, topik yang boleh dikaitkan adalah teori fungsionalisme. Dalam pendidikan
terdapat kumpulan-kumpulan manusia yang saling bergantung antara satu sama lain seperti
pelajar bergantung pada guru. Hal ini kerana bertujuan untuk mencapai matlamat mereka
bersama. Dalam filem Adiwiraku, teori ini dapat dikaitkan pada minit ke 1:42:50 saat dimana
pelajar-pelajar SMK Pinang Tunggal telah memenangi tempat ke-5 dalam pertandingan
‘Choral Speaking’ peringkat Kawasan Kuala Muda. Kemenangan ini adalah hasil kerjasama
dan saling bergantungan antara pelajar dan guru. Tambahan pula, pada minit ke 1:48:20 saat,
minit ini pelajar-pelajar cikgu Cheryl berasa sangat sedih kerana cikgu Cheryl akan berhenti
mengajar di SMK Pinang Tunggal kerana ingin menyambung pelajarannya. Perkara ini dapat
dilihat dimana hubungan antara cikgu Cheryl dengan pelajar-pelajarnya begitu rapat dan
mereka saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, teori fungsionalisme dapat
diaplikasikan dalam hubungan antara guru dan pelajar.

This study source was downloaded by 100000831888517 from CourseHero.com on 06-11-2022 09:35:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/72748272/EG4-Tugasan-Akhir-Adiwirakudocx/
Seterusnya, topik yang dapat dikaitkan dalam filem Adiwiraku adalah Sekolah
Berkesan. Mengikut Mortimore (1990) sekolah yang berkesan adalah sekolah yang mampu
melahirkan pelajar yang berkembang lebih dari yang diharapkan. Antara ciri-ciri sekolah
berkesan ialah perhubungan guru-pengetua, guru-guru dan guru-pelajar adalah baik. Ciri-ciri
sekolah berkesan ini dapat dikaitkan dengan filem Adiwiraku pada minit 1:43:50 saat. Pada
minit ini, pengetua SMK Pinang Tunggal membuat pelancaran kecil-kecilan bersama guru-
guru dan beberapa pelajar iaitu pelancaran ‘Tabung Sayang Murid’. Tabung ini bertujuan
untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam segi kewangan.
Perkara ini dapat dilihat bahawa hubungan pengetua, guru dan pelajar adalah sangat baik dan
dapat menghasilkan SMK Pinang Tunggal antara sekolah berkesan.

Tambahan pula, topik Budaya Sekolah juga dapat dikaitkan dalam filem Adiwiraku.
Antara ciri-ciri budaya sekolah yang positif dapat ditunjukkan dalam filem Adiwiraku.
Sebagai contoh, pada minit ke 1:44:37 saat, Alia dimana wataknya seorang pelajar yang
kurang berkemampuan dan mempunyai keluarga yang kurang senang kerana ibunya
mengalami sakit mental. Aliah mendapat basikal baru daripada hasil sumbangan pihak
sekolah untuk memudahkan Alia pergi ke sekolah. Perkara ini menjadi ciri-ciri budaya
sekolah yang positif kerana pihak sekolah dan guru saling menjalinkan hubungan yang baik
kepada pelajar-pelajar supaya pelajar dapat menanam rasa sayang akan sekolah. Di samping
itu, subtopik kepercayaan guru terhadap budaya sekolah juga dapat dikaitkan dalam filem
Adiwiraku. Sebagai contoh, pada minit ke 1:45:50 saat, cikgu Cheryl telah menjalankan
khidmatnya sebagai seorang guru di SMK Pinang Tunggal selama 3 tahun dan beliau ingin
berhenti kerana ingin menyambung pelajarannya. Perkara ini kita dapat lihat bahawa cikgu
Cheryl perlu memahami budaya sekolah SMK Pinang Tunggal untuk membuat pembaharuan
positif di sekolah tersebut. Kesimpulannya, seseorang guru itu perlu peka dan memahami
sekolahnya bagi dapat membantu sekolah mencapati visi dan misi sekolah.

This study source was downloaded by 100000831888517 from CourseHero.com on 06-11-2022 09:35:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/72748272/EG4-Tugasan-Akhir-Adiwirakudocx/
Apa yang kami pelajari dalam filem Adiwiraku ialah tugas seorang guru tidakla hanya
mengajar di dalam kelas sahaja, malah tugas seorang guru turut merangkumi dalam pelbagai
aspek seperti kebajikan pelajar serta masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Guru
yang hebat haruslah bijak dalam membahagikan masa antara masa mengajar dan masa
berhubung dengan pelajar-pelajar supaya tidak menimbulkan sebarang masalah. Selain itu,
kami mendapati disiplin dalam kalangan pelajar merupakan satu aspek yang penting dalam
memastikan kelancaran sesebuah organisasi. Dalam konteks ini, pelajar-pelajar SMK Pinang
Tunggal terdiri daripada pelajar yang kurang berdisiplin disebabkan faktor kehidupan mereka
di luar sekolah. Contohnya, pada watak Iqbal yang melanggar peraturan jalan raya akhirnya
membawa kepada kemalangan yang tidak diduga. Bukan itu sahaja, segelintir pelajar SMK
Pinang Tunggal berkelakuan biadab terhadap guru mereka menyebabkan sukar untuk
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Selain itu, kami juga mendapati bahawa nilai kerjasama merupakan tunjang utama
dalam menerapkan budaya di sekolah. Contohnya, kerjasama antara pengetua sekolah dan
guru-guru yang ditunjukkan di SMK Pinang Tunggal dimana pengetua sekolah telah terlibat
secara langsung bagi memastikan kelancaran proses persiapan untuk pertandingan ‘Choral
Speaking’. Hal ini dapat membantu sekirannya timbul permasalahan kerana sifat pengetua-
guru berorientasikan penyelesaian masalah. Selanjutnya, kerjasama yang dipamerkan dalam
kalangan pelajar dapat kami amati seperti sewaktu latihan sebagai persediaan untuk
menyertai pertandingan ‘Choral Speaking’. Sikap pentingkan diri sendiri amatlah tidak
digalakkan kerana akan menimbulkan konflik di antara pelajar. Oleh itu, toleransi dan
semangat berpasukan amatlah penting dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, filem Adiwiraku banyak memberikan inspirasi kepada kami sebagai


bakal guru yang akan mendidik dan membentuk generasi baru akan datang. Justeru itu,
semangat dan keazaman adalah penting meneruskan kehidupan sebagai seorang guru kerana
banyak cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi.

This study source was downloaded by 100000831888517 from CourseHero.com on 06-11-2022 09:35:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/72748272/EG4-Tugasan-Akhir-Adiwirakudocx/
Antara babak menarik yang kami paling minati adalah pada minit ke 1:42:50 hingga
1:43:30 dimana SMK Pinang Tunggal memenangi tempat kelima dalam pertandingan ‘Choral
Speaking’ dengan jayanya. Pada mulanya sebelum mereka membuat persembahan, mereka
sudah berasa takut dan gusar apabila melihat pasukan sekolah lain membuat persembahan
dengan sempurnanya. Disebabkan itu, cikgu Cheryl terus memberikan motivasi kepada
mereka bahawa mereka boleh dan ingat akan kata motivasi ini iaitu “sakit itu sementara,
gemilang itu selamanya!”.

This study source was downloaded by 100000831888517 from CourseHero.com on 06-11-2022 09:35:03 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/72748272/EG4-Tugasan-Akhir-Adiwirakudocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai