Anda di halaman 1dari 9

ISU PELANGGARAN ETIKA KEGURUAN

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada semua guru-guru
yang turut serta dalam syarahan kita pada hari ini yang bertajuk Etika Profesionalisme
Keguruan. Sebelum saya meneruskan syarahan saya pada hari ini, ingin saya merakamkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas jemputan pihak sekolah, SK Bandar Baru Sri
Damansara 2 untuk menyampaikan syarahan pada hari ini.

Pendidikan mementingkan aspek kualiti dan kecemerlangan seseorang individu.


Kewujudan pendidikan yang berkualiti akan mengangkat martabat individu seseorang. Dalam
mencapai usaha untuk memnuhi pendidikan berkualiti, kualiti seorang guru itu harus
dititikberatkan. Perkembangan dalam dunia memberi cabaran yang hebat kepada guru dalam
membentuk peribadi diri dan murid agar menjadi seorang insan yang berguna. Sama ada sedar
atau tidak sedar, seorang guru itu memikul satu tanggungjawab yang besar dalam melahirkan
seorang insan yang dapat membantu negara menjadi lebih baik.

 ‘Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin’.

(Falsafah Pendidikan Guru)

Jadi matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru berkualiti dari segi peribadi,
professional sosial dan amalan tingkah laku yang baik. Guru juga diharapkan boleh menguasai
ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan. Malah harapan yang tinggi berupaya
mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan pendidikan dalam
abad ke 21. Oleh itu guru seharusnya memiliki sahsiah yang sewajarnya.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari
bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method
pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan
tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan
ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang
dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam
profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan
pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan
dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran
(Rohani Abdul Hamid,1998).

Banyak isu pelanggaran etika keguruan dan perundangan dalam Pendidikan telah
terjadi. Isu yang cuba saya ketengahkan ialah isu kepedulian guru. Tingkah laku guru memberi
kesan terhadap pencapaian akademik serta sikap mereka terhadap persekitaran pembelajaran.
Amanah seorang guru adalah untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berguna pada masa
hadapan. Guru juga bertindak sebagai pelindung dalam menjaga maruah serta keselamatan
pelajar mereka. Perbuatan guru yang menyalahi etika seperti mencabul kehormatan pelajar,
berkhalwat serta berperangai sumbang seharusnya dijauhi. Seperti contoh di keratan akhbar
berikut, Guru telah meraba kemaluan murid. Guru tersebut telah melakukan perbuatan terkutuk
itu di dalam makmal sekolah. Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat 18 kali.
Tertuduh merayu agar hukumannya diringankan atas alasan sudah insaf dan mempunyai isteri
dan 5 orang anak untuk ditanggung.

Punca berlakunya perlanggaran etika keguruan tersebut disebabkan pelbagai faktor


antaranya ialah guru tersebut tinggal berjauhan dengan anak dan isteri dan dia merasa
kesunyian dan alami tekanan yang menyebabkan guru tersebut berbuat demikian. Selain itu,
nafsu guru yang telah dipenagaruhi oleh hasutan syaitan juga menyebkan perkara ini terjadi.
Guru seharusnya peduli akan murid dan memelihara maruah murid tersebut. Ibu bapa
mempercayai guru untuk mendidik anak-anak mereka bukannya harapkan pagar, pagar makan
padi.

Isu ini boleh dibendung dengan usaha kerajaan serta pihak sekolah dalam memupuk
keperibadian guru yang unggul. Pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari
semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Dengan adanya
pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk melakukan tingkah laku negatif akan
berkurangan kerana guru mengetahui bahawa persekitarannya sedang dipantau. Pihak
pentadbir boleh mengenakan tindakan tegas seperti tindakan tatatertib kepada guru yang
terbabit dengan kesalahan tingkah laku ini. Selain itu, pihak pentadbir juga boleh memberi
khidmat nasihat kepada guru tersebut melalui sesi kaunseling. Rakan sejawat juga perlu
memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan
kepada rakan – rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang
terlibat dalam tingkah laku negatif ini dapat berubah menjadi guru yang lebih baik. Sokongan
orang sekeliling adalah sangat penting sebagai pemangkin semangat guru untuk melakukan
sesuatu dengan lebih baik.

Isu yang kedua berkatian isu etika kesantunan guru, Ibu bapa amat bergantung harap
sepenuhnya kepada para guru supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna. Namun, berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi
tindakan atau hukuman yang dikenakan guru terhadap murid secara melampau sering kali
dilaporkan. Hal ini memberikan gambaran bahawa penerapan nilai kesantunan tingkah laku
dalam diri segelintir guru semakin terhakis.

Jika merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula, kesantunan atau perihal santun
bermaksud kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Kehalusan budi bahasa
atau budi pekerti pula merujuk kepada seseorang yang mempunyai perangai, akhlak, tingkah
laku, kelakuan dan watak yang baik. Berdasarkan rujukan kamus dan pendapat tokoh-tokoh
akademik dapatlah diringkaskan bahawa seseorang yang santun bukan sahaja perlu menjaga
tutur kata malah tingkah lakunya juga perlu dijaga. Oleh itu, nilai kesantunan tingkah laku ini
perlu ada dalam diri setiap guru kerana guru merupakan ‘role model’ yang menjadi contoh dan
teladan kepada murid-murid.

Selain menjadi rol model kepada murid, keperluan mempunyai nilai kesantunan tingkah
laku dalam diri seorang guru juga adalah supaya tidak berlakunya pelanggaran kod etika
keguruan. Merujuk kepada prinsip kesetiaan dalam kod etika keguruan, seorang guru tidak
harus mengamalkan tingkah laku yang tidak sopan terhadap murid yang boleh menyebabkan
jatuhnya martabat profesion keguruan (Foo, 2005). Oleh itu, apabila berlakunya kes guru pukul
murid, guru dera murid, guru mencederakan murid dan sebagainya, guru tersebut boleh
dikatakan sebagai guru yang tidak mempunyai ciri kesantunan tingkah laku dan telah
melanggar kod etika keguruan yang telah digariskan.

Sebuah artikel daripada sumber akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Julai 2014 bertajuk
“Cikgu Naik Angin Baling Kasut” yang dikarang oleh Nurulatiq Ahmad Bandi membuktikan
bahawa seorang guru telah melakukan perbuatan yang menyalahi etika perguruan. Seorang
guru dikatakan ‘naik angin’ lalu membaling kasut setelah mendapati seorang murid perempuan
ingkar arahannya supaya tidak bermain di dalam kelas. Seorang guru lelaki di sebuah sekolah
kebangsaan di Port Dickson telah didakwa kerana membaling kasut kepada seorang murid
perempuan tahun dua sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan menerima tiga jahitan.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada tindakan murid tersebut yang bermain di
belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Moral. Bukan setakat itu sahaja, guru tersebut juga langsung tidak menghiraukan
kecederaan yang dialami mangsa setelah berlaku insiden tersebut. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa guru tersebut telah bertindak mengikut emosi tanpa menghiraukan
keselamatan murid berkenaan.

Berdasarkan isu yang dilaporkan ini, guru tersebut jelas telah melanggar kod etika
keguruan kerana melakukan perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada muridnya.
Merujuk kod etika perguruan di Malaysia, guru perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada
pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara (Foo, 2005). Keadaan ini jelas
menunjukkan perbuatan guru tersebut bertentangan dengan akauntabiliti keguruannya terhadap
murid. Jika diamati, kes yang dilaporkan ini termasuk dalam isu kesantunan tingkah laku guru.
Dalam kes ini, guru tersebut seharusnya bertindak secara matang untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi tanpa bertindak mengikut emosi.

Apabila melihat kepada kes yang berlaku ini, boleh dikatakan bahawa guru ini tidak
mempunyai sifat santun kepada anak muridnya. Guru seharusnya menegur perbuatan
muridnya dengan lebih berhemah. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam artikel tersebut,
guru yang berkenaan mengajar subjek Pendidikan Moral. Dimanakah letaknya nilai moral
seseorang guru jika menegur murid dengan menggunakan kekerasan? Kelas pendidikan moral
sepatutnya mengajar murid-murid tentang budi bahasa dan nilai-nilai moral, namun sebaliknya
pula yang berlaku.

Antara punca-puncca berlakunya isu ini adalah tekanan yang dihadapi oleh guru adalah
berpunca daripada ketidakmampuan guru mengawal disiplin di dalam bilik darjah dan sekolah.
Oleh itu, masalah disiplin murid boleh dijadikan sebagai punca seseorang guru ‘naik angin’
terhadap murid dan melakukan sesuatu diluar kawalan emosinya. Dalam era modenisasi kini,
murid kurang menghargai dan menghormati perasaan guru. Guru sering kali dikejutkan dengan
tindakan murid diluar jangkaan seperti tidak mematuhi arahan, melanggar disiplin sekolah dan
sebagainya. Oleh itu, sekiranya masalah disiplin murid tidak dapat ditangani dengan baik, guru
cenderung untuk melakukan tindakan yang tidak profesional sebagai penyelesaian kepada
permasalahan tingkah laku murid yang kurang disenangi.

Selain itu, tekanan kerja guru juga merupakan salah satu punca yang boleh
menyebabkan seseorang guru ‘naik angin’ terhadap murid. Mengikut Kyriacou & Sutcliffe
(1978) dalam Kamaruzaman (2007) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan
sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta
kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai guru. Oleh itu, tidak hairan jika
tekanan kerja yang dialami oleh guru menyebabkan segelintir guru hilang pertimbangan
semasa mengenakan hukuman terhadap murid.

Bersangkutan dengan isu tekanan kerja guru, bekas Menteri Pelajaran, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mendedahkan bahawa beban kerja para guru pada
masa kini adalah terlalu berat. Selain tugas-tugas hakiki selaku pendidik, isu longkang sumbat,
isu siling bocor juga antara bebanan yang terpaksa dipikul guru. Pengharapan untuk
menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah turut meningkatkan bebanan kerja para guru
selain tanggungjawab remeh-temeh yang terpaksa digalas mereka (Utusan Online, Januari
2008).

Gangguan emosi guru juga boleh dikatakan sebagai punca guru ‘naik angin’ terhadap
murid. Menurut Goleman (1998) dalam Mok Soon Sang (2010), kecerdasan emosi adalah
kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek
perasaan, emosi dan tingkah laku. Kecerdasan emosi juga merupakan tindakan dan
kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.
Emosi yang tidak stabil akan boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu perbuatan di luar
kewarasan akal.

Emosi yang tidak stabil ini boleh terhasil apabila guru tidak mencapai keperluan
peribadi. Misalnya, seorang guru mempunyai sasaran terhadap tingkah laku murid agar tidak
bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila telah berulang kali
tingkah laku yang sama dilakukan, guru akan merasa kecewa, rasa putus asa dan akhirnya
menyebabkan guru bertindak diluar kawalan kerana berasa tercabar apabila murid ingkar
arahannya.

Cadangan pertama bagi mengatasi masalah guru ‘naik angin’ terhadap murid ini ialah
peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan,
sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar. Hal ini kerana menurut Sapora
Sipon (2010), program pengurusan tekanan mampu membantu individu mengurus punca-punca
tekanan selain diberikan input-input tentang cara untuk menterjemahkan perasaan dengan cara
yang betul tanpa menggangu prestasi kerja.

Cadangan kedua pula ialah para guru disarankan untuk melaksanakan peraturan
berkaitan dengan sifar masalah disiplin di dalam kelas. Menurut Noriati et.al (2009),
penguatkuasaan peraturan di dalam kelas ini merujuk kepada Model Disiplin Asertif yang telah
diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter setelah mendapati majoriti guru tidak mampu
mengawal tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah. Cadangan ini juga releven
setelah mendapati masalah disiplin murid merupakan salah satu punca guru bertindak diluar
kawalan emosinya. Dengan adanya peraturan kelas sebegini, murid akan dikenakan tindakan
berdasarkan hukuman yang telah dipersetujui secara bersama sahaja. Oleh itu, masalah
disiplin di dalam kelas berjaya dikurangnya sekali gus dapat mengelakkan kejadian guru
bertindak secara keterlaluan bagi tujuan menghukum murid yang melanggar disiplin.

Cadangan ketiga ialah para guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh
kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni
seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu
diterapkan ke dalam diri setiap guru. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka
daripada melakukan tindakan yang bertentangan dengan norma hidup masyarakat. Dengan
kata lain, para guru perlu melibatkan diri secara produktif dalam setiap proses perubahan yang
mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka

Isu etika keguruan seterusnya ialah isu pengurusan masa guru. Banyak isu yang
diketenahkan mengenai pengurusan masa guru antaranya adalaha isu guru ponteng kerja. guru
ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada
mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas sampingan seperti hadir
mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama yang menyebabkan
berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri. Ponteng boleh dikategorikan
dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan. Kesemua
jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah

Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau
dengansebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar
kepada pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan
yang sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng
sekolah dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan
musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.

Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk
ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan
pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di
kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan,
melayari facebook dansebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan
lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah.

Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir
sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum
dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang
munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya.

Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil
jalan mudah untuk ponteng. Hal ini merangkumi aspek dalaman dan luaran yang mana masing-
masing memberi impak kepada pembangunan sahsiah seorang guru. Kurang motivasi dari
dalaman guru. Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru
dibelenggu rasa kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru
merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri,
seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada
matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman.

Selain itu, Gangguan emosi. Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan.
Kemurungan yang melampau boleh memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga
membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga
kemurungan boleh menyebabkan seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan
dan masyarakat.

Selain itu, Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan. Keadaan ini biasanya merujuk
kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar di luar bandar, dan di pulau-pulau
guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan kurangnya lawatan dari pihak
atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masayang ditetapkan untuk tujuan
tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti persekolahan.
Selain itu, Pengaruh rakan-rakan sejawat. Pengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling
juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh
dengan sifat rakan guru yang malas, membuat kerja sambil lewa dan sering ponteng. Besar
kemungkinan ponteng telah menjadi kebiasaan kepada guru-guru di sekelilingnya dan ini
menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-
lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan tegas.

Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah
ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir
perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering ponteng.
Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil tindakan sedemikian
sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan merekadi sekolah. Pihak pentadbir perlu
bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagimengetahui punca masalah ini
berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang
dikemudian hari. Langkah perbincangan ini bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di
mana guru tersebut diberikan ruang kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang
berlaku dan punca masalah ini berlaku.

Di samping pihak pentadbir juga boleh mendekatkan diri lagi kepada guru yang
bermasalah ponteng kerja ini supaya hubungan lebih akrab dan harmonis di mana persetujuan
dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh kedua- dua pihak.  Jika perbincangan telah pun
dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat
tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab
ini menunjukkan bahawa pihak  pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam
sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut.
Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai
kuasa merujuk guru bermasalahtersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan
25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)
1993 Bahagian III.

Selain itu, fenomena ponteng dalam kalangan guru juga boleh diatasi dengan cara
aplikasi teori kepimpinan transformasi. Pemimpin transformasi adalah seorang yang suka
melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi yang dibentuknya. Oleh
itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan
visi dan misi sehingga difahami, diterima dan dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang
pemimpin transformasi juga adalah seorang yang mempunyai kasih sayang dan dapat
memahami subordinatnya. Beliau mesti sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka
yang sentiasa berubah. Oleh itu, pentadbir bijak mengendalikan keperluan persekitarannya iaitu
budaya sekolah agar semua mereka yang terlibat di bawah organisasinya berasa puas dan
selamat serta mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Pemimpin
transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima pandangan orang lain jika pandangan
tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli dalam organisasi. Dengan cara ini,
masalah ini yang berfaktor dalaman guru seperti kurang motivasi dan gangguan emosi boleh
diatasi dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai