Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, pembangunan modal insan telah menjadi
suatu isu utama dalam agenda pembangunan negara. Negara kita turut mengalami banyak
perkembangan dan pembangunan. Kita perlu sedar bahawa semua perkembangan dan
pembangunan yang kita nikmati hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya
golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan,
kejuruteraan, perundangan dan lain– lain.

Guru sebagai golongan yang dihormati dalam sesebuah masyarakat sering menjadi
perhatian dalam masyarakat. Kesilapan yang dilakukan oleh guru akan menjadi suatu isu yang
hangat dalam masyarakat. Isu-isu yang sering dipertikaikan dalam masyarakat adalah kaedah
guru mengajar, cara guru menguruskan hal-hal disiplin dalam sekolah malah hal-hal peribadi
guru turut menjadi isu dalam masyarakat. Cara hidup guru, tingkah laku guru di luar waktu
sekolah dan pengurusan kewangan guru turut menjadi isu dalam masyarakat.

2.0 AMALAN PROFESIONALISME GURU YANG MENJADI AMALAN DI SEKOLAH

Menurut Carr (2000), terdapat lima kriteria umum yang sering dikaitkan dengan
profesionalisme. Kriteria-kriteria yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

(a) Suatu profesion yang menawarkan perkhidmatan yang penting kepada masyarakat.
(b) Ia melibatkan kepakaran dari segi teori dan praktikal.
(c) Ia mempunyai kod etika yang dinyatakan dalam bentuk ‘code of practice’.
(d) Ia mempunyai organisasi untuk menguruskan pengambilan ahli dan menjaga disiplin
ahli.
(e) Ahli dalam profesion ini mempunyai autonomi yang tinggi dalam menjalankan tugasnya.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang
mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi
serta ada kod etika yang tersendiri.

Daripada temubual yang dijalankan, boleh dirumuskan bahawa guru-guru di sekolah


yang ditemubual mengamalkan amalan profesionalisme keguruan yang sepatutunya untuk
menjaga martabat keguruan. Antara amalan-amalan profesionalisme yang diamalkan oleh
gurug-guru di sekolah teramsuklah mengutamakan proses pengajaran dan pembelajaran di

1
dalam bilik darjah, menepati masa, membentuk sahsiah murid, sentiasa menjaga penampilan
dan personaliti, dan berintegriti dalam menjalankan tugas.

2.1 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sebagai ‘Core Business’

Amalan profesionalisme keguruan yang paling diutamakan oleh guru-guru di sekolah


yang ditemubual adalah guru-guru sentiasa mengutamakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru-guru di sekolah tersebut sentiasa memastikan murid-
murid adalah dalam keadaan bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Guru-guru sentiasa memastikan yang objektif pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah dapat dicapai dan membuat refleksi ke atas proses pengajaran mereka.
Mereka membuat rancangan pelajaran dan menyediakan bahan bantu mengajar dengan teliti
dan terancang sebelum masuk ke kelas. Guru-guru juga memastikan murid-murid dapat
mengikuti proses pengajaran yang disampaikan. Proses penilaian dijalankan melalui latihan dan
soal jawab dalam kelas. Suasana pembelajaran dipastikan berada dalam keadaan yang
kondusif sebelum proses pembelajaran dimulakan.

Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan bidang tugas seorang pendidik.


Kelebihan ini menjadikan pendidik adalah seorang yang profesional dalam mendidik insan.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan teori psikologi diguna pakai selain perlu
mahir dari segi intelektual, emosi, sahsiah serta beriman demi mencapai agendanya iaitu
memanusiakan insan (Norfazila Bt Abd Malik, 2013). Guru yang professional perlu membuat
persediaan yang rpi dan merupakan pakar dalam bidang yang diajarnya supaya maklumat yang
disampaikan kepada anak murid adalah tepat.

Guru-guru juga sentiasa bersabar dan menggunakan profesionalisme mereka untuk


menyampaikan isi pelajaran. Mereka cuba sedaya upaya untuk membantu kesemua murid
untuk mencapai objektif pembelajaran dan tidak mengherdik atau mengabaikan murid-murid
yang lemah. Pendekatan guru penyayang digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya
lebih meminati proses pengajaran dan pembelajaran guru. Guru-guru tidak bertindak secara
fizikal untuk menghukum murid-murid yang tidak dpat mengikuti proses pengajaran yang
dijalankan.

2.2 Menepati Masa

Seterusnya, amalan menepati masa juga dititik beratkan oleh guru-guru di sekolah
tersebut. Guru-guru akan masuk ke dalam kelas tepat pada masanya dan menggunakan masa

2
yang diperuntukkan dengan seoptimanya. Mereka akan bersiap sedia sebelum loceng berbunyi
dan cuba sedaya upaya untuk sampai ke pintu kelas sebaik sahaja loceng pertukaran waktu
berbunyi.

Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari
emas. Jika seseorang guru sentiasa menepati masa untuk memasuki ke kelas, murid akan
berasa senang hati kerana guru tersebut merupakan seorang guru yang tidak membazirkan
masa. Dengan ini, murid akan mencontohi teladan guru tersebut dan dapatlah memupuk nilai
yang baik dalam kalangan murid (Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, et. al, 2012).

Seterusnya, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik


darjah, guur-guru juga sentiasa memastikan murid-murid tidak keluar masuk bilik darjah sesuka
hati. Murid-murid mesti menepati masa dengan berada tepat di dalam kelas apabila kelas
bermula. Selain itu, masalah murid berjalan keliling kelas adalah dilarang sama sekali kerana ini
dianggap sebagai membazirkan masa murid-murid. Masalah guru hilang kesabaran seperti
yang berlaku di sebuah sekolah di Port Dickson tidak wujud kerana murid-murid dilarang untuk
bergerak sesuka hati mereka. Sebaliknya, murid-murid diingatkan untuk memberikan perhatian
kepada pengajaran guru supaya mereka boleh menggunakan masa di kelas dengan
optimumnya. Sekiranya mereka diberi masa untuk membuat latihan, guru akan memastikan
murid-murid menyiapkan latihan dalam masa yang ditetapkan.

2.3 Pembentukan Sahsiah Murid

Di samping itu, disiplin murid-murid juga adalah amat dititk beratkan di sekolah tersebut.
Setiap minggu kuku murid-murid akan diperiksa untuk memastikan tiada murid-murid yang
berkuku panjang. Guru-guru disiplin juga akan meronda setiap hari untuk mengelakkan
masalah murid ponteng kelas, murid keluar dari kelas tanpa kebenaran guru ataupun tanpa pas
keluar, murid-murid tidak tidur di dalam kelas, murid-murid tidak membuat bising semasa guru
mengajar, serta pakaian dan gaya rambut murid-murid adalah mematuhi peraturan sekolah.

Di sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman. Murid-murid di harap supaya berkelakuan
baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mekanisme disiplin
bertujuan memupuk pertumbuhan dan mewujudkan perhubungan yang sihat antara semua
masyarakat sekolah (Azizi Bin Yahaya & Rohaya Binti Ahmad, 2010).

3
Bertentangan dengan kes di mana guru membaling kasut kepada murid-murid yang
tidak berdisiplin di dalam kelas, guru-guru di sekolah yang ditemubual menggunakan sistem
merit demerit untuk mendisiplinkan murid-murid. Murid-murid yang ingkar dengan arahan guru
akan diberi markah demerit dan apabila markah demerit telah mencapai satu jumlah, ibu bapa
akan berjumpa dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid. Dalam kes yang
lebih serius, murid-murid akan digantung sekolah. Guru-guru adalah dilarang untuk
menggunakan kekerasan atau bertindak secara fizikal ke atas murid-murid. Ini adalah kerana
guru-guru perlu menunjukkan satu teladan yang baik kepada murid-murid. Kes guru di Port
Dickson ini menunjukkan guru tersebut bukan sahaja tidak menjalankan tugas dalam
membentuk sahsiah murid, sebaliknya dia telah menunjukkan satu contoh yang sangat buruk di
depan murid-murid.

2.4 Menjaga Penampilan Dan Personaliti

Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepadamurid-murid. Oleh itu, guru haruslah
mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk
dicontohi. Antara tingkah laku guru yang boleh menjadi contoh teladan muridnya ialah menepati
masa, berpakaian kemas, bersopan santun dan mempunyai sikap positif (Cheegu, 2010).

Tambahan pula, guru-guru sentiasa menjaga perlakuan, tingkah laku, pertuturan serta
pemakaian mereka. Guru-guru sentiasa menjaga tutur kata mereka terutama sekali semasa
mereka menegur murid-murid yang bermasalah. Guru-guru sentiasa diingatkan untuk
menggunakan perkataan positif untuk memotivasikan murid-murid dan dilarang untuk
menggunakan pertuturan yang boleh mengguris hati murid-murid. Ini juga adalah juga menjaga
nama baik sekolah selain daripada menjaga etika profesionalisme guru.

Selain itu, guru-guru juga berpakaian kemas dan santun. Mereka menunjukkan satu
penampilan yang kemas dan professional. Pakaian guru perempuan tidak menjolok mata, gaya
rambut yang kemas serta berkasut formal ke sekolah. Guru-guru lelaki pula memakai tali leher
supaya kelihatan formal. Setiap guru juga memakai tag nama. Penampilan guru yang kemas ini
menjadi teladan kepada murid-murid untuk supaya berpakaian kemas.

Guru-guru juga dilarang untuk menggunakan perkataan yang kasar ke atas murid-murid.
Kes guru membaling kasut ke atas murid menunjukkan guru tersebut adalah tidak professional
dalam mengendalikan masalah murid-murid. Guru-guru sentiasa diingatkan untuk menjaga
etika mereka dan mengekalkan imej sekolah dalam melakukan sebarang tindakan.

4
2.5 Berintegriti Dalam Menjalankan Tugas

Guru-guru di sekolah yang ditemubual juga boleh dikategorikan sebagai guru yang
berintegriti. Seseorang guru yang berintegriti merupakan seorang guru yang amanah, telus,
mempunyai akauntabiliti dan adil. Mereka menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan
beretika serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuh hati. Guru
sebagai pemimpin kepada murid-murid mempunyai nilai integriti untuk dijadikan ‘role model’
dan teladan kepada murid-murid.Integrity in leadership is expressed in terms of constancy and
consistency.

Nilai integriti adalah penting dan sewajarnya dihayati oleh semua pihak. Dalam sesebuah
organisasi pendidikan, guru atau tenaga pengajar serta kakitangan akademik memainkan
peranan
dalam mengamalkan budaya integriti dalam tugasan yang dilakukan. Seseorang guru atau
tenaga
pengajar seharusnya mengikut kod etika perguruan bagi memastikan isu integriti
tidak
dipersoalkan
Sebagai pendidik, guru akan mengajar dan mendidik anak murid supaya jadi orang yang
berintegriti. Pendidikan nilai tidak boleh diajar seperti subjek lain tetapi perlu dipamerkan,
diamalkan dan tunjuk contoh yang baik. Dengan perkataan lain pendidik harus menjadi role
model atau teladan yang baik (rashid, 2014).

Integrity is so important that functioning in our society would be impossible without it.
Integriti juga adalah sangat penting dalam masyarakat kita. Guru yang disegani dan
disanjungi merupakan guru yang berintegriti dalam profesionnya. GWe could not make even a
simple purchase without a high level of confidence that the price was honest and that the
change was correct.uru yuru profesional dan berjaya adalah mereka dengan reputasi integriti
yang tinggi di kalangan murid-murid serta dalam profesion perguruan.

3.0 ISU PELANGGARAN ETIKA DAN PERUNDANGAN YANG BERKAITAN DENGAN


KERJAYA GURU

5
Guru sebagai golongan yang dihormati dalam sesebuah masyarakat sering menjadi
perhatian dalam masyarakat. Kesilapan yang dilakukan oleh guru akan menjadi suatu isu yang
hangat dalam masyarakat. Isu-isu yang sering dipertikaikan dalam masyarakat adalah kaedah
guru mengajar, cara guru menguruskan hal-hal disiplin dalam sekolah malah hal-hal peribadi
guru turut menjadi isu dalam masyarakat. Cara hidup guru, tingkah laku guru di luar waktu
sekolah dan pengurusan kewangan guru turut menjadi isu dalam masyarakat.

Profesion keguruan yang seketika dulu dihormati oleh masyarakat kini mengalami
kemerosotan martabatnya dalam tanggapan masyarakat kerana terdapat segelintir guru yang
sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin
banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan akhbar. Ini sudah tentu akan
menggugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia.

3.1 Isu Perlaksanaan Hukuman Ke Atas Murid

Antara isu-isu perlanggaran etika keguruan yang salah di sisi undang-undang


termasuklah bertindak secara fizikal ke atas anak murid. Guru-guru biasa yang tidak diturunkan
kuasa oleh pihak pentadbir tidak boleh merotan murid-murid. Hukuman fizikal seperti merotan,
mencubit dan menampar murid-murid adalah salah di sisi undang-undang. Tambahan pula,
pihak yang diturunkan kuasa untuk melaksanakan hukuman merotan perlulah mengikuti
panduan merotan murid di mana guru yang melaksanakan hukuman merotan mestilah
mengempitkan sebuah buku di bawah ketiaknya sebelum dia menjalankan hukuman merotan.
Ini adalah untuk mengelakkan guru tersebut daripada menggunakan tenaga yang terlebih
dalam merotan murid sehingga boleh mencederakan murid tersebut.

Selain daripada hukuman merotan, hukuman fizikal lain yang dilarang termasuklah
hukuman seperti berdiri di atas meja, berlari mengelilingi padang di bawah matahari yang terik,
menarik telinga, ketuk ketampi ataupun berdiri di luar bilik darjah untuk tempoh masa yang lain.
Manakala untuk hukuman mental dan emosi pula, guru-guru adalah dilarang untuk memaki
hamun murid, memalukan murid di khalayak ramai, menggantung label pada badan murid,
menghina murid, menggertak murid, ataupun tidak menghiraukan murid.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa guru besar atau Pengetua
adalah orang yang bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan hukuman terhadap murid.
Walau bagaimanapun, kuasa menghukum murid dengan tujuan untuk memberi pengajaran

6
boleh diturunkan kepada guru-guru lain yang berdaftar dan guru yang dipertanggungjawabkan
mestilah mengetahui tatacara yang telah ditetapkan dan surat penurunan kuasa juga hendaklah
dikeluarkan kepada guru tersebut. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 juga
memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menjalankan hukuman rotan.

Intipati peraturan tersebut adalah seperti berikut:

a) Murid perempuan adalah dikecualikan daripada hukuman rotan


b) Hukuman rotan ke atas murid-murid lelaki hendaklah menggunakan rotan yang ringan
dikenakan sama ada di tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian
c) Hanya guru besar atau guru yang diberikan kuasa sahaja yang boleh melakukannya.
d) Semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah
laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan
saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan. Kemudian, rekod tersebut akan disimpan
secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
e) Guru yang dipertanggungjawab melaksanakan hukuman rotan bukanlah melakukan
berdasarkan perasaan dendam atau marah kepada murid tetapi ia adalah
sebahagian daripada proses mendidik. Tindakan yang dikenakan terhadap murid
seharusnya difahami oleh semua pihak iaitu sebagai alat untuk mendisiplinkan murid
bukannya sebagai alat untuk mencederakan fizikal dan mental murid.
f) Hukuman rotan di khalayak ramai sama ada di tapak perhimpunan atau di tempat
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Tindakan ini boleh menjatuhkan maruah dan memberi impak negatif yang lebih besar
terhadap keperibadian murid.

(Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003)

Hukuman-hukuman yang tidak berpatutan ini adalah salah dari segi perundangan dan
ibu bapa serta penjaga murid-murid boleh mendakwa guru tersebut. Sekiranya ianya menjaga
kes undang-undang, kerjaya seseorang guru akan terjejas dan dalam konteks yang lebih
umum, ianya akan mencemarkan imej guru-guru si seluruh negara.

3.2 Isu Keruntuhan Moral Guru

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk
Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak
41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008).

7
Antara kes keruntuhan moral disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan
bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru
besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan
sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.

Berita Mediacorp pada 14 November 2018 telah melaporkan seorang guru disiplin di
Klang dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan 18 sebatan kerana mencabul kehormatan
para pelajarnya. Guru tersebut mengaku mencabul kehormatan enam pelajar lelaki berusia 12
tahun di dalam makmal sekolah antara Januari hingga September 2017.

Isu ini merupakan satu isu yang serius kerana masalah ini bukan sahaja melibatkan
etika guru tersebut, malahan ianya merupakan satu kesalahan jenayah. Wujudnya guru-guru ini
menyebabkan profesionalisme guru dipertikaikan oleh masyarakat umum. Guru merupakan
orang yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak telah memecahkan amanah
tersebut dan menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

3.3 Isu Guru Tidak Menepati Masa Memasuki Kelas

Isu penyalahgunaan masa tidak sama dengan keadaan di mana seseorang itu
mempunyai pengurusan masa yang kurang efisien. Antara contoh penyalahgunaan masa di
sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas. Jadual waktu telah menyatakan
dengan jelas waktu dan tempoh bagi seseorang guru untuk masuk ke kelas untuk mengajar
mata pelajaran yang telah ditetapkan. Kebanyakan guru hanya akan bergerak dari bilik guru
apabila loceng menandakan masa permulaan waktu tersebut bermula. Apabila guru sampai di
kelas, masa yang digunakan untuk mengajar adalah kurang daripada yang telah ditetapkan.
Malah terdapat guru yang hanya akan bermula mengemaskan bahan untuk dibawa ke kelas
apabila loceng berbunyi. Apabila guru masuk ke kelas, pelajar-pelajar terpaksa menunggu
selama 5 hingga 10 minit sebelum guru muncul di kelas.

Guru yang tidak menepati masa untuk masuk ke dalam kelas tidak menunjukkan nilai
integriti seorang guru. Dia berlaku tidak adil ke atas anak muridnya dengan mencuri masa
mereka. Apabila guru sudah menunjukkan contoh yang tidak bagus, adalah susah untuk anak
muridnya menghormatinya. Ini akan membawa kepada kesan di mana anak murid tidak
mendengar cakap guru dan kawalan disiplin murid susah dilaksanakan. Apabila anak murid
tidak menghormati dan mendengar cakap guru, guru kemungkinan bear akan hilang kesabaran
dan bertindak menyalahi profesionalisme mereka.

8
Guru yang tidak menepati masa memasuki kelas boleh membawa kepada munculnya
masalah-masalah yang lain. Satu satu masalah yang akan timbul adalah pelajar-pelajar
mengambil kesempatan ketiadaan guru dalam kelas untuk merayau-rayau keluar dari bilik
darjah. Pelajar-pelajar yang merayau-rayau di sepanjang koridor akan menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas lain. Ada juga pelajar-pelajar yang mengambil
kesempatan ini untuk ponteng kelas dengan bersembunyi daripada dikesani oleh guru. Selain
itu, masalah yang lebih serius timbul sekiranya terdapat pergaduhan semasa ketiadaan guru
dalam kelas. Pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin mungkin ada mengambil kesempatan
ketiadaan guru dalam kelas untuk bergaduh dengan pelajar lain. Ini akan membawa kepada
masalah yang lebih serius yang mungkin akan melibatkan pihak polis.

3.4 Guru Menggunakan Masa Bekerja Untuk Urusan Peribadi

Apabila kita masuk ke bilik guru, kita sering mendapati terdapat guru yang
menggunakan komputer untuk melayari internet. Jika tujuan melayari internet ialah untuk
mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kita perlu
menggalakkan penggunaannya. Namun ramai guru yang menggunakan internet untuk melayari
laman web sosial seperti Facebook semata-mata untuk bersembang dengan rakan. Kita juga
boleh memerhatikan sebilangan guru berkumpul dan bersembang antara satu sama lain dan
bergosip. Malah terdapat guru yang menggunakan komputer untuk memerhatikan pasaran
saham dalam waktu persekolahan. Tidak kurang juga guru yang melepak di kantin sebaik
sahaja waktu pengajaran dan pembelajarannya tamat. Semua aktiviti ini adalah tidak berkaitan
dengan tugas sebagai seorang guru di sekolah. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini tidak
menunjukkan profesionalisme seseorang guru malah ia akan menjatuhkan martabat guru dalam
masyarakat.

Ramai guru yang terlibat dalam kerja sambilan seperti memberi tuisyen, berniaga di
pasar malam, menjadi agen insurans, menjadi agen pelaburan dana, menjadi ahli dalam
syarikat jualan terus dan sebagainya. Semua aktiviti ini memerlukan masa untuk membuat
persediaan. Ini akan mengganggu masa yang diperlukan oleh seseorang guru untuk
melaksanakan tugas hariannya sebagai seorang guru. Guru yang terlibat dengan kerja

9
sambilan selepas waktu persekolahan turut menjejaskan martabat profesionalisme keguruan.
Ini kerana apabila guru tersebut menggunakan terlalu banyak masa untuk membuat kerja
sambilan ia akan menjejaskan produktiviti guru tersebut semasa waktu persekolahan. Beliau
tidak dapat menyampaikan pelajaran dengan baik.

Ini menunjukkan guru tersebut tidak berintegriti dalam menjalankan tugasnya. Mereka
tidak bersungguh-sungguh mendidik anak murid dan ini mempengaruhi profesionalisme
mereka.

3.5 Guru Tidak Mempunyai Akauntabiliti Dalam Tugas

Selain daripada isu perundangan, isu etika keguruan juga wujud apabila guru tidak
menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Contohnya, guru tidak memantau
aktiviti di luar bilik darjah dan masalah timbul apabila kemalangan berlaku. Isu murid-murid
cedera semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum tetapi pada masa tersebut guru tidak berada
di tempat kejadian menyebabkan profesionalisme guru tersebut dipertikaikan.

Kes pelajar cedera oleh anak panah semasa pelajar lain menjalankan latihan memanah
yang berlaku baru-baru ini merupakan satu contoh di mana guru tidak mempunyai akauntabiliti
dalam menjalankan tugasnya. Menurut Nor Farhani Che dalam Berita Harian (7 Feb 2020)
mengatakan bahawa latihan memanah yang dilakukan sekumpulan remaja, nyaris bertukar
tragedi apabila seorang pelajar Tingkatan Empat cedera pada mata kiri akibat tertusuk anak
panah dilepaskan rakannya secara tidak sengaja ketika menjalani latihan di padang sekolah
mereka. Ketika kejadian, tiada pemantauan guru dan pelajar terbabit mendakwa mengambil
sendiri peralatan sukan memanah dari stor sekolah untuk menjalani latihan. Guru tersebut main
lepas tangan sahaja dengan membiarkan anak pelajarnya menjalankan latihan memanah
sendiri. Aktiviti-aktiviti di luar kelas yang tidak dipantau mempunyai risiko yang tinggi. Malang
tidak berbau; kemalangan boleh berlaku tanpa disangka. Anak didik yang
dipertanggungjawbkan kepada guru tidak diawasi dengan sepatutunya dan ini merupakan satu
tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Isu guru membaling murid dengan kasut juga menunjukkan guru tersebut tidak
mempunyai akauntabiliti dalam tugasnya. Guru yang diamanahkan untuk mendidik murid-murid
telah menunjukkan satu contoh yang teruk dengan tidak dapat mengawal perasaan sendiri dan
bertindak seperti orang yang tidak bertamadun. Tambahan pula, guru tersebut sedang

10
mengajar Pendidikan Moral. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku di kalangan guru
yang professional.

4.0 PENUTUP

Seorang guru yang profesional merupakan guru yang mampu menunjukkan sikap yang
cemerlang dalam mendidik anak didiknya. Nilai-nilai bitara merupakan petunjuk yang sesuai
dalam membantu guru mencapai nilai-nailai unggul yang boleh diteladani pelajar-pelajarnya.
Nilai-nilai bitara juga dapat membantu seseorang guru untuk memperkembangkan sahsiah
seseorang guru bagi mencapai tahap guru yang profesional.

Guru yang bersahsiah merupakan guru yang menjalankan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab dan mengikut kod etika profesion perguruan. Guru yang berintegriti dan
berdedikasi merupakan guru yang profesional dalam tugasnya dan mampu untuk
melaksanakan bidang tugasnya dengan optimum. Mereka akan menunjukkan sikap
bersungguh-sungguh dalam tugas serta sanggup menghabiskan masa dan tenaga dengan
harapan anak didiknya akan berkembang menjadi individu yang berguna dalam membantu
pembangunan negara bangsa.

Profesion keguruan sering kali tidak dianggap sebagai satu bidang professional oleh
orang awam kerana wujudnya satu dua orang guru yang melanggar etika keguruan
menyebabkan imej guru terjejas. Bak kata pepatah, “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Guru-guru perlu sentiasa mematuhi etika keguruan untuk meningkatkan profesionalisme
keguruan di negara ini.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada
kod etika yang telah digariskan. Isu–isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu
penyalahgunaan masa di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya
membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan
masa depan anak bangsa.

11
5.0 RUJUKAN

Azizi Bin Yahaya & Rohaya Binti Ahmad. (2010). Masalah-Masalah Disiplin Di Sekolah.
Diambil Mac 3, 2020, daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10405/1/MASALAH-
MASALAH_DISIPLIN_DI_SEKOLAH.pdf

Cheegu, P. L. (2010). Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang guru bagi membantu
menghasilkan sistem pendidiakan bertaraf dunia.Diperoleh pada 16 Mac, 2014 daripada
http://permatapemulihan.blogspot.com/2010/03/ciri-ciri-yang-perlu-dimiliki-oleh.html

David Carr. (2000). Profesionalism and ethics in teaching. New York: Routledge.

Dictionary.com. (2011). Ethical. Diambil Mac 3, 2020, daripada


http://dictionary.reference.com/browse/ethical

12
Dr. Fauzee. (2008). Amanah Dan Personaliti. Diambil Mac 3, 2020, daripada
http://drfauzee.blogspot.com/2008/04/amanah-dan-personaliti.html

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan


Profesionalisme Keguruan. Diambil Mac 3, 2020, daripada
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-awal-
pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan/file

Medicorp. (2018). Guru dispilin cabul pelajar dipenjara 10 tahun, disebat 18 kali. Diambil Mac
3, 2020, daripada https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/guru-dispilin-cabul-pelajar-
dipenjara-10-tahun-disebat-18-kali/4179048.html

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Aslina Ahmad & Hazalizah Hamzah (2012). Pengenalan
Pembangunan Sahsiah. Tanjong Malim: Emeritus Publications.

Noor Lela bt Ahmad, et. al. (2014). Amalan Pembangunan Profesional (LDP) Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah Daerah Manjung. Diambil Mac 3, 2020, daripada
https://www.researchgate.net/publication/310440830_AMALAN_PEMBANGUNAN_PRO
FESIONAL_LDP_DALAM_KALANGAN_GURU_SEKOLAH_MENENGAH_DAERAH_M
ANJUNG

Noor Rosmawati Yusuf, Abdul Razak Bin Ahmad & Mohd Mahzan Bin Awang. (2017). Amalan
Profesional Kearah Mengukuhkan Profesionalisme Dalam Kalangan Pensyarah
Politeknik Malaysia. Diambil Mac 3, 2020, daripada
https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/113-noor-rosmawati-yusuf.pdf

Nor Farhani Che. (2020). Pelajar cedera di mata tertusuk anak panah. Diambil Mac 3, 3030,
daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/653657/pelajar-cedera-di-mata-tertusuk-
anak-panah

Norhafiza bt. Abd. Malik. (2013). Penerapan Ciri-Ciri Guru Berkesan Dalam Proses

13
Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa Latihan Mengajar Dalam Kalangan Pelajar
Sarjana UTHM. Diambil Mac, 3, 2020, daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4186/1/NORFAZILA_BINTI_ABDUL_MALIK.pdf

Rashid. (2014). Integriti Guru Dalam Pendidikan. Diambil Mac 3, 2020, daripada
http://smkpahikk.blogspot.com/2014/11/integriti-guru-dalam-pendidikan.html

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. (2005). Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian
di beberapa Sekolah Menengah di Malaysia. Diambil Mac 3, 2020, daripada
http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2005/shahrilUM.pdf

Zainal Arifin. (2013). Menjadi Guru Profesional (Isu Dan Tantangan Masa Depan). Diambil
Mac 3, 2020, daripada
https://www.researchgate.net/publication/313827940_MENJADI_GURU_PROFESIONA
L_ISU_DAN_TANTANGAN_MASA_DEPAN

LAMPIRAN: TRANSKRIP TEMUBUAL

TARIKH: 11 MAC 2020

TEMPAT: BILIK GURU PENOLONG KANAN HEM

MASA: 9.30-10.00AM

GURU YANG DITEMUBUAL: PUAN LEE PEI LING

KANDUNGAN TEMUBUAL: AMALAN PROFESIONALISME GURU DI SEKOLAH, ISU


PELANGGARAN ETIKA DAN PERUNDANGAN YANG
BERKAITAN DENGAN KERJAYA GURU

Saya: Selamat pagi, Guru Penolong Kanan HEM. Saya ialah guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

GPK HEM: Selamat pagi.

Saya: Cikgu, saya ingin membuat suatu temubual ringkas dengan cikgu.

14
Bolehkah cikgu meluangkan sedikit masa kepada saya?

GPK HEM: OK, tentu sekali.

Saya: Terima kasih cikgu.

Cikgu, temubual ini adalah berkaitan dengan amalan profesionalisme


guru.

GPK HEM: OK, apakah yang ingin saudari ketahui?

Saya: Cikgu masih ingat tentang kes guru di Port Dickson yang membaling kasut
kepada murid yang bermain di belakang kelas semasa dia mengajar
Pendidikan Moral? Apakah komen cikgu mengenai kes tersebut?

GPK HEM: Bagi saya, guru tersebut sangat tidak professional. Dia mesti mampu
mengawal kemarahannya dan tidak boleh bertindak dengan melulu.
Sebagai guru P. Moral, dia mesti menunjukkan nilai moral yang bagus
untuk dijadikan contoh kepada anak muridnya. Guru tersebut bukan
sahaja tidak menunjukkan contoh yang bagus, sebaliknya dia
menunjukkan apa yang tidak harus dilakukan ke atas anak muridnya.
Bagaimana kita mahu mendidik anak murid kita sekiranya kita sendiri
tidak mampu mempraktikkan apa yang kita ajar?

Saya: Cikgu, bolehlah cikgu ceritakan serba sedikit amalan profesionalisme


keguruan yang menjadi amalan di sekolah ini?

GPK HEM: Amalan profesionalisme guru di sekolah ini? Err.. saya rasa guru-guru di
sekolah ini paling mengutamakan proses pdp di dalam bilik darjah. GB
kita amat menekankan proses pdp di dalam bilik darjah. Beliau mahukan
proses pdp di dalam bilik darjah berjalan dengan selancarnya.

Saya: Jadi, apakah amalan profesionalisme yang dipraktikkan?

GPK HEM: GB mahukan semua guru menggunakan masa pdp dengan


seoptimumnya. Pastikan guru mengajar dengan aktif di dalam kelas, guru
penuh mempunyai kawalan kelas sepenuhnya, disiplin murid-murid di
dalam kelas perlu dikawal, murid-murid tidak boleh diberi terlalu banyak
kebebasan…Jadi guru-guru semua tidak duduk semasa mengajar di
dalam kelas, kita sentiasa berjalan di sekeliling kelas untuk memastikan

15
semua murid menumpukan perhatian, murid tidak boleh tidur di dalam
kelas, cikgu juga pastikan murid-murid ada membawa buku dan membuat
latihan yang diberikan, murid-murid mesti duduk di tempat sendiri dan
tidak boleh tukar tempat duduk sesuka hati… apabila kawalan kelas
dijalankan dengan baik, tidak akan timbul masalah seperti murid berjalan
di sekeliling kelas seperti dalam kes di Port Dickson itu…

Saya: Bagaimana pula dengan amalan profesionalisme guru yang bukan


semasa pdp?

Cikgu Wong: GB juga amat menekankan ketepatan masa. Beliau sentiasa menegaskan
supaya kita tidak boleh mencuri masa, dan guru-guru mesti masuk ke
dalam kelas tepat pada waktunya. Jadi ada di antara guru kita yang sudah
bersiap sedia dan bergerak ke kelas sebelum loceng berbunyi supaya
mereka akan sampai ke kelas tempat pada masanya. Jadi, ini juga boleh
mengelakkan murid-murid yang keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu.

Saya: Wah, cikgu-cikgu di sekolah ini sangat dedikasi.

Er, bagaimana pula dengan disiplin murid-murid?

GPK HEM: Kita menjalankan pemeriksaan kuku setiap minggu selepas waktu
perhimpunan. Pakaian dan gaya rambut murid-murid juga diperiksa pada
masa itu. Selain itu, terdapat satu jadual rondaan guru disiplin di mana
guru-guru disiplin bertugas untuk meronda sekeliling sekolah untuk
mengelakkan masalah murid ponteng kelas, murid keluar dari kelas tanpa
kebenaran guru ataupun tanpa pas keluar, murid-murid tidak tidur di
dalam kelas, dan murid-murid tidak membuat bising semasa guru
mengajar. Apabila disiplin murid-murid dapat dikawal, proses pdp dapat
berjalan dengan lancer.

Saya: Bagaimana pula dengan perlakuan guru?

GPK HEM: Guru-guru di sekolah ini sentiasa menjaga perlakuan, tingkah laku,
pertuturan serta pemakaian mereka. Kita sentiasa beringat untuk menjaga
tutur kata kita terutama sekali semasa memarahi murid-murid. Jangan
menggunakan pertuturan yang boleh mengguris hati murid-murid. Ini juga

16
adalah untuk mengelakkan diri kita daripada aduan oleh ibu bapa.

GB juga sentiasa menngingatkan semua cikgu supaya menjaga tutur kata


dan perlakuan supaya tidak diadu oleh ibu bapa. Kes di Port Dickson itu
memberi peluang kepada ibu bapa untuk membuat aduan ke atas guru
dan pihak sekolah. Guru tersebut bukan sahaja bertindak tidak rasional,
dia juga mencemarkan nama baik semua guru di sekolah tersebut.

Saya: Ok, terima kasih Cikgu.

Seterusnya saya ingin meminta pandangan cikgu mengenai isu


pelanggaran etika dan perkara-perkara yang salah di sisi undang-undang.

GPK HEM: Yang salah di sisi undang-undang, tentu sekali adalah perkara yang boleh
mencederakan murid-murid. GB selalu mengingatkan kita mengenai
hukuman merotan murid-murid. Kita boleh merotan murid-murid supaya
mereka lebih berdisiplin dan menurut kata, tetapi yang paling penting tidak
boleh pukul terlalu kuat sehingga cedera. Sekiranya murid cedera, ini
akan menjadi isu yang besar dan melibatkan proses undang-undang dan
sangat melecehkan.

Saya: Bagaimana pula dengan hukuman yang lain?

GPK HEM: Biasanya kita juga menghukum murid-murid untuk berdiri di dalam kelas
atau menyalin pembetulan banyak kali. Sekolah ini jarang menggunakan
hukuman seperti berdiri di atas kerusi atau meja, atau lari keliling padang.
Kita sentiasa beringat untuk tidak hilang kesabaran dengan murid-murid
kerana takut kita akan membuat sesuatu yang boleh mencederakan
murid-murid. Seperti kes Port Dickson, kita sebagai guru faham mengapa
dia boleh hilang kesabaran, kerana sememangnya ada murid-murid yang
boleh membuat sesuatu perlakuan untuk mencabar kesabaran kita, tetapi
kita perlu sentiasa beringat supaya tidak bertindak secara fizikal dengan
murid-murid.

Saya: Apakah isu etika keguruan lain yang menjadi isu pada masa kini?

GPK HEM: Isu guru meraba pelajar, merogol pelajar, serta isu sumbang mahram juga
adalah sangat serius. Ini merupakan kes jenayah di mana saya rasa guru
tersebut harus dipenjarakan dan dibuang tugas. Ianya telah merosakkan

17
nama baik bidang keguruan.

Saya: Ya, saya setuju dengan pandangan cikgu.

Bagaimana pula dengan isu lain yang bukan merupakan kesalahan


jenayah tetapi iaitu mempengaruhi etika dan profesionalisme keguruan?

GPK HEM: Isu guru tidak bersama murid-murid semasa aktiviti KK. Guru mesti
sentiasa bersama murid-murid semasa aktiviti KK. Kalau berlaku
kemalangan, itu tanggungjawab guru. Sekiranya guru tidak ada di situ
semasa sesuatu berlaku, ini akan menjadi satu kes yang besar. GB selalu
mengingatkan kita tidak boleh meninggalkan murid-murid sendiri semasa
KK. Kes pelajar terkena anak panah baru-baru ini menjadi peringatan
kepada semua guru.

Saya: Bagaimana pula dengan masalah sikap guru?

GPK HEM: Yang menjadi isu dengan sikap guru adalah guru menggunakan masa
bekerja untuk tujuan peribadi. Banyak yang kita dengar adalah guru
menjalankan direct selling, jual insurans, adakan kelas tusiyen dan
mempunyai kerja lain selain daripada bekerja di sekolah. Ini menjadikan
profesion keguruan menjadi tidak professional.

Saya: Adalah isu-isu yang lainkah?

GPK HEM: Setakat ini yang menjadi selalu dititiberatkan dan menjadi tajuk berita.

Saya: Ok, saya rasa setakat ini sahaja temubual kita.

Terima kasih cikgu kerana sudi menjalankan temubual ini.

GPK HEM: Sama-sama.

Disediakan oleh:

...............................................................
(HII CHING WEN)
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar

18
Disahkan oleh,

..........................................
(PUAN LEE PEI LING)
Guru Penolong Kanan Hem,
SJK (C) CHAN WA,
46, Jalan Tan Sri Manickavasagam
70200, Seremban.

PROSES MENJALANKAN TEMUBUAL DENGAN GPK HEM

19

Anda mungkin juga menyukai