Anda di halaman 1dari 22

Ruj. Kami : IPGKRM 700-1/16 Jld.

7 (04)
Tarikh : 20 November 2019
Guru Besar

…………………………………………………..

…………………………………………………..

Tuan/Puan,

PROGRAM INTERNSHIP – PISMP AMBILAN JUN 2016


MULAI 24 FEBRUARI 2020 hingga 27 MAC 2020

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pelajar berikut yang sedang mengikuti kursus Program


Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2016 di Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar akan menjalani program Internship di sekolah tuan/puan mulai 24
Februari 2020 hingga 27 Mac 2020 (04 minggu).

3. Maklumat pelajar berkenaan adalah seperti berikut:-

Nama:……………………………………………………………………………

No.Kad Pengenalan: ……………………………………

Opsyen :……………………………………………………………………………

4. Kerjasama, perhatian dan tindakan pihak tuan/puan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(Dr.MAZLAN BIN ARIS)


Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
Seremban.

1
PISMP AMBILAN JUN 2016
(INTERNSHIP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA


MELEWAR JADUAL KERJA PENYELIAAN
INTERNSHIP
(24.02.2020 hingga 27.03.2020)

Aktiviti dan Tindakan


Minggu
Dan Tarikh Catatan
PELAJAR MENTOR PENGURUS
SEKOLAH

Minggu 1 - PERANCANGAN AKTIVITI Memberi


24.02.2020 / PROJEK Bimbingan kerjasama
28.02.2020 - Berbincang dengan
mentor dan pengurus
sekolah
-
Minggu 2 - PERANCANGAN Memantau
02.03.2020 AKTIVITI/ PROJEK perancangan
Bimbingan projek Pemantauan
06.03.2020 - menyediakan kertas
IPGK
cadangan projek
anggaran 2000
perkataan

Minggu 3 - PELAKSANAAN AKTIVITI / Memantau Pemantauan


09.03.2020 PROJEK pelaksanaan IPGK
Bimbingan projek
13.03.2020 Pencalonan
kes
lemah/gagal
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
13.03.2020 HINGGA 21.03.2020

Minggu 4 -PENILAIAN AKTIVITI /


23.03.2020 PROJEK • Pemantauan
PENILAIAN PENILAIAN IPGK
27.03.2020 -menyediakan laporan BERSAMA BERSAMA
bertulis anggaran 2000
perkataan

Nota :

1. Buku rekod mengajar dan semua penyediaan bahan berkaitan pelaksanaan Internship
bertaip
2. LAPORAN BERTULIS (2000 perkataan) dibenarkan ditaip dengan kemas.
3. Pengurus sekolah dan mentor hendaklah menggunakan Borang PR3 semasa
membuat penilaian bersama
4. Pelajar dikehendaki menghantar satu salinan laporan dan lengkap dengan CD yang
telah disemak oleh Mentor ke Unit Praktikum.

2
INTERNSHIP
1. Konsep

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru
permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti
rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu
menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan
bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan
keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai
profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Manakala
Internship kaunseling merupakan pengalaman klinikal pasca praktikum yang diselia dengan
tujuan untuk membolehkan pelajar menghalusi, meningkatkan dan memantapkan
pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran kaunseling di tempat latihan profesional.

2. Objektif

Melalui Internship, pelajar dapat:

2.1 merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

2.2 menyediakan kertas cadangan/kertas kerja projek/aktiviti yang dipersetujui oleh


pihak sekolah.

2.3 menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan


integriti dalam melaksanakan tugas.

2.4 menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang


diberikan.

2.5 membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan
kejelekitan pasukan.

2.6 berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi.

2.7 menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah
seorang guru.

2.8 menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak


program pendidikan semasa.

2.9 membuat refleksi dan menilai amalan PdP, projek/ aktiviti di dalam dan di luar
bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

2.10 menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan

secara berterusan.

3
3. Kaedah Pelaksanaan

3.1 Pelajar telah menyempurnakan setiap fasa PBS dan setiap fasa Praktikum mengikut
struktur program yang telah ditetapkan bagi setiap semester.

3.2 Pelajar ditempatkan di sekolah yang sama semasa menjalani Praktikum Fasa 2.
Sepanjang tempoh Internship pelajar akan dibimbing oleh mentor yang dilantik oleh
IPG. Pertukaran tempat menjalani Internship hanya dengan kelulusan Unit Praktikum
IPG.

3.3 Tempoh pelaksanaan Internship adalah selama empat (4) minggu dalam semester 2
tahun 4 seperti yang ditetapkan dalam struktur program.

3.3.1 Bilangan Waktu Mengajar

a. Minimum dua (2) waktu seminggu.

b. Maksimum empat (4) waktu seminggu.

c. Pelajar wajib mengajar kurus bidang teras sahaja.

d. Pelajar kursus bidang teras Pendidikan Awal Kanak-kanak dikehendaki


menjalani satu (1) hari rutin penuh dalam seminggu.

e. Pelajar kursus bidang teras Bimbingan dan Kaunseling dikehendaki


mengajar salah satu kursus elektif teras untuk dua hingga empat (2 -
4) waktu seminggu.

4. Peranan dan Tanggungjawab

4.1 Pelajar

a. Menyediakan kertas cadangan/kertas kerja bagi projek / aktiviti


yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship.

b. Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum / Unit


Amalan Profesional IPG.

c. Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan


objektif Internship.

d. Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor untuk mencapai


persefahaman dan persetujuan tentang projek / aktiviti yang akan
dilaksanakan.

e. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-


guru dan staf sokongan di sekolah.

f. Mematuhi dan mengamalkan Etika Profesion Perguruan, peraturan


IPG dan peraturan sekolah.

g. Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di


sepanjang tempoh Internship.

4
h. Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan.

i. Mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum semasa.

j. Menulis persediaan mengajar mengikut format yang digunakan oleh guru di


sekolah mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan.

k. Melaksanakan projek atau aktiviti yang dicadangkan secara individu. Projek atau
aktiviti hendaklah praktikal, boleh disempurnakan dalam masa empat minggu, tidak
mengganggu pentadbiran sekolah dan proses PdP serta tidak melibatkan kos yang
tinggi.

l. Menyediakan kertas cadangan anggaran 2000 patah perkataan yang menjelaskan


tentang objektif, strategi dan pelan tindakan projek / aktiviti yang ditetapkan dan
dipersetujui oleh pihak sekolah.

m. Menilai keberkesanan projek / aktiviti yang telah dilaksanakan.

n. Membuat laporan bertulis dengan anggaran 2000 patah perkataan mengenai


projek / aktiviti yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan dan
serahkan kepada pihak pengurusan sekolah (Lampiran 1).

o. Mengamalkan penulisan refleksi bagi setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang


tempoh Internship. Sila rujuk Lampiran 2 dan catatan refleksi hendaklah ditulis
berpandukan format yang ditetapkan (Lampiran 2a).

p. Melengkap dan mengemaskini portfolio Internship.

q. Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship ke Unit Praktikum


/ Unit Amalan Profesional IPG.

r. Menyerahkan portfolio Internship yang telah dilengkapkan kepada mentor


pada minggu akhir Internship.

s. Menyerahkan Portfolio berserta soft copy (CD) Internship yang


lengkap mengikut unit kepada Unit Praktikum pada minggu pertama selepas
tamat Internship.

s. Menyerahkan borang kehadiran internship LAM-PT05-09 dan borang Refleksi


Amalan Profesional LAM-PT05-12 ke unit Praktikum pada minggu pertama
tamat praktikum.

4.2 Pengurus Sekolah

a. Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum /


Unit Amalan Profesional IPG.

b. Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif


Internship.

c. Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan


tugasan yang dipersetujui oleh pihak sekolah sepanjang tempoh Internship.

9
d. Mencalonkan mentor dalam kalangan guru berpengalaman untuk dilantik
oleh IPG bagi membimbing pelajar semasa Internship.

e. Memaklumkan kes-kes disiplin dan ketidakhadiran pelajar kepada IPG (jika ada ).
f. Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan borang PR3 (Lampiran 3) dan
menghantar markah ke IPG seminggu selepas tamat Internship.

g. Melaporkan kes gagal Internship kepada pihak IPG

4.3 Mentor

a. Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum /


Unit Amalan Profesional IPG.

b. Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai mentor


(Lampiran 4).

c. Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan tugasan, projek /


aktiviti yang dijalankan.

d. Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang


cemerlang.

e. Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan


dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.

f. Menilai pelaksanaan projek / aktiviti di akhir tempoh Internship


(Lampiran 3).

4.4 Pensyarah Penilai

a. Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah


IPGK.

b. Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum / Unit Amalan


Profesional.

c. Menyelia dan menilai proses pelaksanaan projek / aktiviti Internship.

d. Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR3) kepada Unit Praktikum /


Unit Amalan Profesional.

4.5 Unit Praktikum / Unit Amalan Pofesional

a. Melaksanakan dasar Internship yang diputuskan oleh IPGM.

b. Menguruskan surat pelantikan mentor dengan kerjasama JPN.

c. Merancang dan menguruskan penempatan pelajar.

d. Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada pelajar dan


menyalurkan maklumat kepada pihak pengurus sekolah.

10
e. Memantau kelancaran pelaksanaan program Internship.

f. Menguruskan pengumpulan borang penilaian PR3.

g. Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh JKIAPIPG


sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian.
h. Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship untuk dibawa ke
mesyuarat JKIAPIPG (sekiranya ada)

4.6 Jawatankuasa Induk Amalan Profesional IPG

a. Memastikan pelaksanaan Internship dipatuhi.

b. Menjalankan pemantauan pelaksanaan Internship secara rawak.

c. Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh


Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

d. Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar- pelajar.

5. Projek / Aktiviti Internship

5.1 Pelajar dikehendaki melaksanakan satu projek / aktiviti berinovasi secara individu dengan
berbantukan pelbagai sumber dan teknologi yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang
dijalankan di sekolah dan mempunyai nilai-nilai komersial iaitu:

a. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu melibatkan pengurusan


organisasi yang menampilkan ciri-ciri kepemimpinan.

b. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan
tindakan projek inovasi.

c. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi yang
telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan laporan perlu
melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

d. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis dengan anggaran 2000 patah perkataan
(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti
rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan
berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1).

e. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam Portfolio internship berserta rakaman video
proses pelaksanaan projek inovasi berdurasi antara 10 hingga 20 minit hendaklah
diserahkan kepada mentor sebelum tamat tempoh Internship untuk dinilai dan diserahkan
kepada pensyarah penyelia sebaik sahaja tamat tempoh internship.

f. Borang Penilaian PR 3 yang lengkap hendaklah diserahkan oleh pihak sekolah


kepada Unit Praktikum dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship.

g. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau
bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.
Contoh Projek Inovasi:
11
i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang Pendidikan
Islam)

ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)


iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)
iv. Pengurusan Projek Secara Automasi.
v. Pembelajaran Interaktif.
vi. Mengendalikan kem motivasi

vii. Sukaneka / sukan mini


Vii. Pameran

6. Kehadiran Internship

6.1 Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir Internship hanya dengan kebenaran
Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari Internship ialah:
a. Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

b. Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

c. Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.

d. Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

e. Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG.

f. Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran, kesnya
akan dirujuk kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG untuk diambil tindakan.

7. Penangguhan Internship

a. Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada Rektor IPGM


melalui pengarah IPG.

b. Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Rektor
IPGM.

c. Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh pengajian.

d. Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan sebelum boleh
dianugerahkan ijazah.

e. Pelajar mesti melaporkan diri ke IPG asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan
yang dipohon untuk meneruskan Internship.

12
f. Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali dengan
kelulusan pengarah IPG.

g. Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPG ketika melaksanakan Internship kecuali dengan
kebenaran Rektor IPGM.
8. Penilaian Internship

a. Penilaian pelajar dalam Internship dibuat oleh mentor (60%) dan pensyarah penilai (40%).
Penilaian dibuat secara berterusan selama empat minggu melibatkan aspek-aspek
perancangan projek / aktiviti, pelaksanaan projek / aktiviti, penulisan laporan projek / aktiviti,
catatan refleksi dan pembinaan portfolio.

b. Pensyarah penilai dan mentor perlu melengkapkan borang PR3 bagi tujuan penilaian
Internship pelajar (Lampiran 3).

c. Wajaran Penilaian Internship dinyatakan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Komponen dan Wajaran Penilaian Internship

Komponen Penilaian Rujukan Wajaran


1. Perancangan projek/aktiviti Portfolio Internship 15%

Portfolio Internship dan


2. Pelaksanaan projek/aktiviti 40%
pemerhatian mentor
3. Penulisan laporan projek/aktiviti Portfolio Internship 15%

4. Catatan Refleksi Portfolio Internship 20%

5. Pembinaan portfolio Portfolio Internship 10%

Jumlah 100%

8.1 Penentuan Keputusan

a. Pencapaian pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang


ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan dan penilaian IPGM.

b. Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

 Berjaya menyempurnakan projek / aktiviti dalam jangka masa yang ditetapkan.

 Melengkapkan laporan akhir pelaksanaan projek / aktiviti.

 Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan.

9. Kes Gagal Internship

9.1 Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

13
a. Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori lulus.
b. Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan
bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasa walaupun telah diberi amaran
secara bertulis (contoh tidak menyediakan persediaan mengajar, tidak membuat
perancangan, melaksana dan menilai projek, tidak menulis jurnal reflektif).

c. Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan.

d. Pelajar yang gagal perlu disahkan oleh JKIAPIPG.

e. Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.

14
LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


(Laporan antara 2000 patah perkataan)

NAMA PELAJAR : ……………………………………………………………………………………

PROGRAM :…………………………………………………………………………………….

NAMA SEKOLAH :…………………………………………………………………………………….

NAMA PROJEK/AKTIVITI:………………………………………………………………………………….

TEMPOH PELAKSANAAN:………………………………………………………………………………….

OBJEKTIF :

1) …………………………………………………………………………………………………..
2) …………………………………………………………………………………………………..
3) …………………………………………………………………………………………………...

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
KESIMPULAN :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------

15
LAMPIRAN 2
PENULISAN REFLEKSI

Definisi Refleksi:
 Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk
membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
 Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia
memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat
andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
 Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih
strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan
refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme
keguruan secara efektif.
Tujuan Refleksi:
 Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.
 Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan
kualiti setiap tugasan secara berterusan.
 Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi
dalam setiap tugas yang dijalankan.
 Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.
Ciri-ciri Refleksi:
 Bermula dengan mengingat kembali
 Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
 Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
 Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif
Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship
Ia merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar
sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan
yang boleh dilaksana ialah:
1. Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti
membincangkan:
 Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai ?
 Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?
 Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti
tersebut ?
 Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah
baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

2. Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 2a

16
LAMPIRAN 2a
CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

Kekuatan:

Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

17
LAMPIRAN 4
PERANAN MENTOR

1. Pendahuluan

Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional guru-guru.


Pendedahan melalui program ini membolehkan guru mengukur kemampuan refleksi
secara praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian
kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan
ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses penyeliaan klinikal dan penilaian
kendiri dalam kalangan mentor dan pelajar. Oleh itu, mentor merupakan kumpulan
sokongan yang perlu membimbing pelajar menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman
masing-masing secara bersama.

2. Objektif

1.1 Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa amalan


profesional.

2.2 Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dengan IPG.

3. Tanggungjawab Mentor
3.1 Rancangan Pembangunan Individu (Individual Development Plan)

Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada mentor bagi tujuan
pembinaan pengalaman dan mengukuhkan kecekapan pelajar.

3.2 Pementoran dan Maklum Balas

Mentor mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan dan prestasi
pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih konsisten perlu
diadakan bagi merenung dan mengkaji semula Rancangan Pembangunan
Individu. Pemerhatian klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif
diambil kira dalam setiap perbincangan.

3.3 Penasihat Strategi Kerjaya

Mentor memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan peluang-


peluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya serta syarat yang
diperlukan untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang pelajar. Mentor
dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran sekolah
merupakan individu yang paling layak untuk membantu pelajar belajar mengenai
kehidupan di sekolah dan dalam blilik darjah.

3.4 Pementoran dalam Bilik Darjah

Mentor ini akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model, pemberi penjelasan
dan memberi “resipi” untuk membantu para pelajar. Dengan bimbingan melalui
latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik pelajar akan belajar mengambil
18
alih tugas dan tanggungjawab guru bilik darjah. Pementoran akhirnya
menggerakkan pelajar ke arah suatu kefahaman yang lebih mendalam
mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan yang pembelajaran
telah berlaku dalam bilik darjah. Cara ini mereka akan dipandu ke arah
perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang guru.

3.5 Pemudah cara dan Pengantara

Mentor merupakan pemudah cara dan membantu menyusun tugasan


membina secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab.
Sebarang perhubungan yang saling menyokong memerlukan perhatian
yang aktif oleh kedua pihak. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan,
nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan
mentor di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat
secara profesional.

4. Prinsip Pementoran
4.1 Mendengar lebih daripada bercakap.

4.2 Mencelah hanya apabila perlu.

4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya

penyelesaian masalah)

4.5 Komitmen kepada perkembangan berterusan.

4.6 Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.

4.7 Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.

4.8 Bersifat menyokong dan bukan menyerah.

4.9 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, rajin dll).

24
PISMP AMBILAN JUN 2016- INTERNSHIP LAM-PT05-12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

REFLEKSI AMALAN PROFESIONAL

Nama Sekolah: ………………………………………………………………...............

Pengkhususan: ………………………………………………………………………….

Pensyarah Pembimbing : ....................................................................................

Guru Pembimbing : ............................................................................................

Saudara/Saudari,

Soalan-soalan berikut bertujuan membantu anda membuat refleksi mengenai pengalaman Amalan Profesional yang telah anda
lalui. Sila jawab semua soalan dengan jujur dan ikhlas. Semua maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.

Untuk menjawab soalan-soalan berikut, sila bulatkan angka di hujung setiap pernyataan yang anda rasa paling tepat
menggambarkan pandangan anda mengenai kualiti penyeliaan yang diterima daripada pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing. Sila guna Ruang Pensyarah untuk penilaian ke atas Pensyarah Pembimbing dan Ruang Guru untuk Guru
Pembimbing. Angka "1" menunjukkan anda sangat tidak puas hati dengan kenyataan tersebut dan angka "5" pula menunjukkan
anda sangat berpuas hati.

Bagi menjawab pernyataan di bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5, sila gunakan skala Likert 5 poin berikut serta bulatkan pada jawapan
yang bertepatan dengan pendapat anda.

Sangat Tidak Tidak Agak Puas Sangat


Puas Hati Puas Hati Puas Hati Hati Puas Hati
1 2 3 4 5

Kualiti Penyeliaan dan bimbingan yang diterima:

Pensyarah
Pernyataan Guru Pembimbing
Penyelia
1 PERANCANGAN
1 2 3
a Menulis hasil pembelajaran dengan tepat. 1 2 3 4 5
4 5
1 2 3
b Menulis isi pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran 1 2 3 4 5
4 5
1 2 3
c Merancang kaedah dan strategi p&p yang sesuai 1 2 3 4 5
4 5
1 2 3
d Memilih sumber p&p yang sesuai dan menarik 1 2 3 4 5
4 5
1 2 3
e Memilih nilai-nilai murni yang sesuai 1 2 3 4 5
4 5
1 2 3
f Menyenaraikan unsur-unsur yang sesuai (kemahiran pelbagai kecerdasan) 1 2 3 4 5
4 5
2 PELAKSANAAN
1 2 3
a Melaksanakan set induksi 1 2 3 4 5
4 5
1 2 3
b Menjelaskan perkembangan pengajaran mengikut urutan/langkah 1 2 3 4 5
4 5

c Melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan 1 2 3


1 2 3 4 5
4 5
d Menguasai teknik penyoalan 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
e Mengendalikan aktiviti pengayaan dan pemulihan 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
f Menguruskan bilik darjah yang kondusif 1 2 3 1 2 3 4 5

25
4 5
g Menerap nilai-nilai murni di bilik darjah 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
h Mengurus masa pembelajaran dengan berkesan 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
i Membuat penilaian di akhir p&p 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
3 AMALAN REFLEKSI

a Membimbing penulisan refleksi p&p secara berkesan 1 2 3


1 2 3 4 5
4 5
b Membina pemikiran reflektif terhadap p&p 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
c Menyemak dan menilai portfolio Amalan Profesional secara berterusan 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
4 SIKAP DAN SAHSIAH

a Penampilan saya semasa bertugas 1 2 3


1 2 3 4 5
4 5
b Keprihatinan saya terhadap GDL 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
c Pemilikan budi pekerti semasa interaksi di kelas 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5
d Sifat profesional semasa bertugas 1 2 3
1 2 3 4 5
4 5

5. Pada keseluruhannya, bimbingan yang diberi berkesan untuk membantu saya dalam :

Pensyarah
Pernyataan Guru Pembimbing
Penyelia
1 2 3 4
a Merancang pengajaran saya. 1 2 3 4 5
5
1 2 3 4
b Melaksana pengajaran saya 1 2 3 4 5
5
1 2 3 4
c Memupuk nilai keguruan 1 2 3 4 5
5

6. Nyatakan perkara-perkara lain yang anda ingin luahkan atau sebarang cadangan.

_________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

26
27
PISMP AMBILAN JUN 2016 - INTERNSHIP

BORANG KEHADIRAN INTERNSHIP –


Borang K
NAMA SEKOLAH: ..................................................................................................

ALAMAT: ............................................................................................................................... No. Telefon: ..............................


PERHATIAN: Sila tanda kehadiran dengan tanda ( / ) di dalam ruang yang berkenaan.

MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4


BIL NAMA MAJOR

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
CATATAN :
.........................................................................................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan Pelajar : Tandatangan Guru Besar:

.............................................................. .......................................................................
( ) ( )

Tarikh: Tarikh:
Setiap cuti mestilah disertakan dengan salinan surat akuan doktor (MC) atau surat
Kemaskini 2015

27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JUN 2016

LAPORAN
INTERNSHIP
(24 FEBRUARI 2020 – 27 MAC 2020)

NAMA PELAJAR :
NO. KAD PENGENALAN :
KUMPULAN / UNIT :
NAMA SEKOLAH :
NAMA MENTOR

28
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
RAJA MELEWAR

SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP

Tandakan 
Bahagian No. Perkara Catatan
Ada Tiada

A01 Biodata Pelajar

A02 Surat Pengenalan Diri

Maklumat
A A03 Salinan Borang Kehadiran
Diri

A04 Penyataan Profesional

B01 Kertas Cadangan Projek


Inovasi
Menyediakan Laporan
B02 Projek Inovasi
Maklumat
Projek
B Inovasi
B03 Cadangan Penambahbaikan

Membuat rakaman video


B04 proses projek

C01 Catatan Refleksi Mingguan


Amalan
C
Refleksi
C02 Jurnal Reflektif Mingguan

Maklumat Tambahan
D01 Projek Inovasi
Rakaman video yang disimpan
dalam CDR
D02

D03 Garis Panduan Internship

D Lain-
lain
D04

D05

29
30

Anda mungkin juga menyukai