Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN TELEFON ROSAK (1.00-2.

30)
1. Permainan ini akan dijalankan secara kumpulan
2. Pemain pertama setiap kumpulan akan diberikan masa selama 30 saat untuk
membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang
terdapat di dalam petikan tersebut. (KERUSI)
3. Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua.
Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh
daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan
juga adalah 30 saat.
4. Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan
seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama
tadi kepada pemain yang ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat
juga.
5. Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi maklumat yang
didengar dan sampaikan kepada pemain keempat. Permainan akan
diteruskan sehinggalah pemain yang terakhir.
6. Apabila sampai kepada pemain yang terakhir, dia akan menulis jawapannya
di atas satu kertas kosong.
7. Pemain terakhir akan menyebut semua maklumat yang didengar daripada
pemain kedua akhir dan kumpulan yang menyampaikan maklumat yang
paling kurang dan tidak tepat akan dikira kalah dan dikenakan hukuman
(CHICKEN DANCE)

6 orang
10 A4, 6 pen, pembesar suara, LCD,
Petikan (3 peringkat)

PERMAINAN KERJASAMA (5.00-8.00)

Tempat dicadangkan: DAB


1. Permainan ini akan dijalankan secara kumpulan
2. Pemain setiap kumpulan diminta memegang kayu penyapu yang diikat pen
marker di hujungnya.
3. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA, GURU, (lukis gambar) di
atas kertas A4 dengan syarat tiada seorang pun yang boleh melepaskan
pegangan dari pen marker tersebut.
4. Kumpulan terakhir akan dihukum.

6 orang
Mahjong paper, kayu penyapu, tali rafia, pen marker
LUKIS GAMBAR

PERKARA TERPENTING (5.00-8.00)


1. Satu video yang berkaitan dengan kehidupan akan ditayangkan.
2. Kemudian, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap
kumpulan akan dibimbing oleh satu fasilitator.
3. Fasilitator mengagihkan pen dan kertas A4 kepada setiap peserta.
4. Fasilitator memberi arahan,
Tulis 20 perkara yang kamu berasa penting dalam kehidupan. Kamu
diberikan masa selama 15 minit bagi menyelesaikan tugasan ini. Kamu
dibenarkan untuk berbincang dengan rakan sekumpulan anda.
5. Selepas 15 minit, Fasilitator akan memberi arahan selanjutnya,
Kamu diminta memilih 5 perkara daripada 10 perkara yang kamu senaraikan
sebentar tadi yang kamu anggap ia terpenting dalam hidup anda.
6. Selepas peserta selesai memilih, Fasilitator memberi arahan lagi,
Andai kata kamu berpeluang hidup seminggu lagi sahaja, pilih satu daripada
5 perkara yang kamu anggap ia adalah perkara terpenting.
7. Setiap pelajar diberi ruang untuk menjelaskan sebab pilihan mereka tersebut
dan memberi hujah mengapa ia dianggap sangat penting.

2 orang
Penting dan cemas, penting tak cemas, tak penting cemas, tak penting

tak cemas
Video
A4, pen

PERMAINAN TARIKAN KASIH (4.30-5.30)


Tempat dicadangkan: DAB
1. Setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air
2. Setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali dan diminta mengikatkan tali
di pinggang masing-masing dan kemudian semua ahli kumpulan perlu
mengikat tali di pinggang pada cawan tersebut
3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki bergerak serentak dari garisan permulaan
hingga ke garisan penamat sambil membawa cawan yang berisi air tersebut
di mana setiap peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan untuk
menyentuh atau menarik tali tersebut.
4. Permainan akan dinilai berdasarkan isi padu air yang masih terdapat dalam
cawan tersebut.

Tali rafia, 6 Tong, 6 Cawan plastik, Teko

Anda mungkin juga menyukai