Anda di halaman 1dari 11

KELAB BUKU

BOOK CLUB

PENGENALAN
Membaca bukanlah amalan individu semata-mata sebaliknya perlu diamalkan
secara berkumpulan. Sebagai contoh, sewaktu tamadun Islam,, membaca

telah

pun diamalkan secara berkumpulan ketika membaca Al-Quran. Manakala semasa


kecil, anak-anak diajar mengaji dan membaca kitab

di kampung bergurukan

seorang ustaz.
Malangnya, amalan murni dan terancang ini tidak pula dipraktikkan dalam gerakan
membaca. Jika ada pun, ia hanya dilakukan ketika anak-anak anda berusia bawah
10 tahun, yang sering kali dianjurkan oleh perpustakaan. Tetapi, rata-rata
masyarakat kita tidak pula melihat membaca itu sebagai satu amalan berkumpulan.
Berlainan dengan negara-negara maju, yang telah mengamalkan amalan atau lebih
bijak jika dirujuk sebagai budaya membaca secara berkumpulan. Misalnya di United
Kingdom, telah wujud lebih 50,000 kumpulan pembaca. Manakala di Amerika
Syarikat (AS), lebih 100,000 kumpulan pembaca wujud dalam masyarakat mereka.
Budaya membaca bukanlah
Malaysia.

Malah

wujud

merupakan satu hobi yang diminati oleh rakyat


persepsi negatif terhadap para pencinta buku yang

diibaratkan seperti kera sumbang. Tanggapan itu sama sekali tidak tepat. Pencinta
buku juga menikmati dan menghargai keseronokan berkumpul dengan rakan-rakan,
terutamanya para penikmat buku yang dapat bertukar cerita tentang buku-buku yang
telah dibaca. Demi mencipta ruang ini, mereka akan menyertai kelab buku atau
kumpulan pembaca tertentu.

Menurut agensi Reading Groups yang mengkaji tentang

kewujudan kelab-kelab

buku di negara Barat, mendapati kelab buku telah wujud seiring dengan sejarah
penerbitan buku. Di Malaysia, aktiviti kelab buku boleh dikatakan masih baru, kurang
pendedahan, ataupun tidak mendapat sambutan. Walau bagaimanapun, pengaruh
membaca kian meningkat, terutama dengan kemunculan beberapa kelab buku
terbaru dalam talian atau media sosial seperti Facebook.

Berikut adalah antara beberapa kelab buku dalam talian yang aktif di Malaysia,:

Bookster Hub Dinaungi Malaysian Publication House (MPH) yang boleh


diakses melalui laman web MPH.

Baca@LRT Dinaungi PTS, menggunakan Facebook sebagai medium


kumpulan. Aktiviti bertumpu di LRT dan stesennya, dengan tujuan
menggalakkan rakyat membaca dalam kenderaan awam tersebut.

Goodreads Malaysia Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat penggunapengguna Goodreads. Aktiviti menjurus perbincangan mengenai buku-buku
dan dikendalikan oleh para peminat buku. Sekali sekala ada ahli akan
memberikan
buku/bookswap.

buku

percuma

Cabaran-cabaran

ataupun
membaca

mengadakan
turut

pertukaran

diadakan

seperti

menghabiskan sasaran 50 buku setahun.

BookCrossing Malaysia Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat penggunapengguna BookCrossing. Aktiviti melibatkan pembebasan buku-buku untuk
dimiliki oleh para peminat secara rawak ataupun secara tangan-ke-tangan.
Antara kumpulan yang paling lama bertapak di Malaysia.

Kelab Buku Malaysia Bebas, menggunakan Facebook sebagai medium.


Konsep santai dan tidak fokus kepada apa-apa aktiviti khusus.

Kelab Tidur Dengan Buku Bebas, baru ditubuhkan pada tahun 2014 tetapi
giat merancang aktiviti yang pelbagai. Menggunakan Facebook sebagai
medium. Turut serta dalam aktiviti Kelab Baca@LRT dan lain-lain.

Kewujudan kelab-kelab buku di atas nyata telah memeriahkan lagi dunia buku tanah
air. Kini, pencinta buku dapat

menambah luas pengalaman hidup dan

persahabatan, merentas minat, kerjaya dan budaya/agama.

Saudara Wasif Wan, salah seorang yang hadir, pernah menjalankan program kem
buku di bawah anjuran Jaringan Anak Muda. Sesuatu yang menarik bagi saya,
kerana mereka bermalam bersama-sama untuk membaca buku-buku berkualiti dan
kemudian saling mengupas isi buku sesama mereka.
Maka, jika anda berminat, mari kita lihat apa yang dimaksudkan oleh kumpulan
pembaca ini.
Penerangan yang mudah; sesuatu kumpulan yang berkumpul untuk berbincang,
berkongsi, membedah isi sesebuah buku yang dikongsi bersama untuk sesuatu
masa.
Malah, kadang kala kumpulan pembaca ini dirujuk sebagai Kelab Buku. Tetapi bagi
penulis, kumpulan pembaca ini lebih bersifat mikro jika dibandingkan dengan kelab
buku yang lebih bersifat makro. Skop kumpulan pembaca ini lebih kecil dan
menjurus kepada kumpulan pembaca yang tidak lebih daripada 10 orang. Manakala
ahli kelab buku boleh lebih daripada 10 orang, malah lebih daripada itu sehingga
menjangkau ribuan pembaca.
Antara contoh kelab buku yang aktif dan popular ialah Kelab Buku Oprah, yang
dimiliki oleh Oprah Winfrey, seorang 'pengacara buku' yang popular di AS.
Manakala di Malaysia, kelab buku diwujudkan oleh perpustakaan dan juga toko-toko
buku. Misalnya Kelab Buku Kanak-kanak Dewan yang telah ditubuhkan pada 14
Julai 1979. Oleh kerana ia bersifat komersial, maka ahli-ahlinya perlu membeli bukubuku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dan DBP pula akan menerbitkan
Berita Buku Dewan yang akan menyenaraikan tajuk-tajuk buku baru dan kegiatankegiatan kelab.
Jika peranan kelab buku diuruskan oleh sesuatu organisasi, sama ada perpustakaan
atau toko buku, kumpulan pembaca pula diuruskan oleh masyarakat itu sendiri.
Malah anda pun boleh mewujud dan menguruskan kumpulan pembaca anda sendiri.
Tidak perlu dilantik sebagai Ketua Pustakawan atau mempunyai puluhan juta ringgit
untuk berjaya sebagai seorang usahawan buku. Yang anda perlukan ialah
perancangan, kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama, makanan dan yang
paling penting - buku!
Jika dirujuk pada The Reading Group Handbook tulisan Rachel W. Jacobsohn,
beliau menyenaraikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh sesebuah

kumpulan pembaca ketika 'bersidang' yang lebih dikenali sebagai Rachel's Rule of
Order, antaranya:
1. Ahli-ahli tidak boleh merokok semasa kumpulan pembaca ini bertemu.
2. Kanak-kanak tidak boleh mencampuri urusan pembacaan ketika kumpulan
pembaca ini sedang 'bersidang.'
3. Ahli-ahli kumpulan pembaca dilarang bersosialisasi atau bersembang-sembang
kosong.
4. Binatang peliharaan tidak dibenarkan berkeliaran.
5. Tiada gangguan kebisingan yang keterlaluan.
6. Tiada deringan telefon.
7. Tiada urusan kraftangan.
8. Kurangkan pergerakan ahli-ahli ketika berbicara.
Mungkin ia agak keterlaluan, tetapi percaya atau tidak, inilah antara peraturan yang
telah dikenakan pada setiap kumpulan pembaca di negara-negara barat. Malah,
perlu ditambah di sini, makanan dan minuman (dan kadang-kala peneraju sesebuah
kumpulan pembaca menyediakan menu yang bersesuaian) juga merupakan satu
peraturan yang diwajibkan bagi sesebuah kumpulan pembaca.
Namun begitu, untuk mewujudkan kumpulan pembaca di dalam masyarakat kita,
mungkin tidak perlu mewujudkan peraturan-peraturan ketat seperti di atas.
Sebaliknya satu perancangan yang rapi perlu diwujudkan. Mungkin jika gerakan
kumpulan pembaca ini sudah serasi dan berjaya di Malaysia, maka kajian lebih
mendalam perlu dilakukan untuk memantapkan kumpulan pembaca ini.

OBJEKTIF

Memupuk sikap cintakan buku

Memartabatkan buku sebagai sumber ilmu

Memperoleh pengetahuan dari perbincangan melalui pembacaan rakan kelab

Soalan lazim mengenai garis panduan penubuhan kelab buku

1 Apa kategori kelab buku yang perlu ditubuhkan?

Kelab buku
berbentuk
akademik

Kelab buku
berbentuk sosial

2 Apakah kategori buku yang perlu dibaca?


Pemilihan genre buku seperti buku berunsurkan PdP atau buku motivasi.
3 Berapa orang keahlian untuk kelab buku?
Empat hingga 15 merupakan keahlian yang sempurna untuk perbincangan
dalam kelab buku
4 Berapa kerap ahli perlu berjumpa ?
Sebulan sekali merupakan kekerapan yang terbaik untuk perjumpaan.
5 Bilakah waktu perjumpaan dilakukan?
Cadangan hari bekerja waktu petang.
6 Dimanakah perjumpaan diadakan?
Di kantin, restauran, pusat sumber atau bilik mesyuarat.
7 Apakah nama kumpulan yang perlu diberikan kepada kumpulan kelab buku?
Beri kelab buku anda identity contoh SISC + Kinta Utara memberi nama Die
Hard Readers. Contoh lain Goodreaders club.
8 Bagaimana ahli kelab berhubung?
Hantar peringatan perjumpaan melalui email, whatapps atau memo.
9 Bagaimana menjadikan pembacaan yang dikongsi manfaat untuk semua
ahli?

Adakan jurnal kelab dalam bentuk sinopsis yang dijilidkan atau simpan dalam
fail.
10 Apakah manfaat perbincangan kelab buku ini?
Buatkan rumusan dan pendapat ahli untuk sesuatu buku.

MODUS OPERANDI KELAB BUKU PLC

Bentukkan kumpulan Kelab Buku dalam panitia.


Tentukan masa untuk mengadakan sesi perjumpaan ahli kumpulan.
Ketua Panitia menghantar emel kepada ahli panitia untuk menyenaraikan
tajuk buku ilmiah ( yang berkaitan dengan motivasi dan PdP ).
Ahli kumpulan akan menghantar senarai buku kepada ketua panitia.
Semasa perjumpaan, ketua panitia akan menyenaraikan tajuk-tajuk buku
kepada ahli panitia untuk dipilih. (Sarana BC01)
Perjumpaan untuk pemilihan buku boleh dibuat sekali untuk buku yang perlu
dibaca dalam setahun atau boleh dibuat sebelum sesuatu perjumpaan kelab
buku dibuat. Sekurang-kurangnya 4 buah buku dipilih untuk di baca.
Selepas buku telah dipilih, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk
pembacaan :
a. seorang ahli akan ditentukan untuk membaca dan membuat
sinopsis buku tersebut. Sinopsis boleh dihasilkan dalam bentuk
persembahan powerPoint.
b. Semua guru membaca sebuah buku dan isikan borang 4A
protocol.
c. Semua ahli membaca berdasarkan bab tertentu yang ditetapkan
oleh ketua panitia dan persetujuan bersama.
Selepas 2 minggu, ahli / ahli-ahli yang membaca buku tersebut perlu
membuat pembentangan kepada semua ahli kumpulan dalam satu
perjumpaan yang telah ditetapkan. Selepas pembentangan, soalan akan
ditanya kepada ahli kumpulan secara lisan.
Sesi refleksi akan dibuat selepas sesi pembentangan dan soal jawab.
Rumusan akan dihasilkan daripada pandangan ahli kelab mengenai buku
tersebut dan disimpan dalam fail PLC.

Cadangan : Panitia boleh mewujudkan blog/portal untuk memasukkan sinopsis buku yang telah dibaca.

Sesi perbincangan buku (boleh guna classtool). Contoh yang boleh dijadikan
panduan.

Bagaimana hendak mengadakan perbincangan buku?


Kalau anda mengetuai satu perbincangan buku

Pilih satu soalan pada satu masa dan lontarkan kepada kumpulan ( Lihat
perbincangan soalan generik di bawah )

1 Pilih beberapa soalan, tulis setiap satu dalam satu kad indeks, dan
edarkan. Setiap ahli / kumpulan, memilih dan mengambil satu kad dan
menjawab soalan itu.
2 Gunakan latarbelakang / atau objek yang berkaitan dengan cerita. Ia
boleh membantu menjana kemahiran berfikir para ahli mengenai
beberapa aspek dalam cerita yang dibaca. Ia adalah satu adult show
and tell
o Peta, gambar, lukisan, makanan, pakaian, rakaman muzik,
pita filem
3 Pilih suatu petikan spesifik dari sebuah buku, 1 idea, 1 ayat dialog dan
minta ahli untuk membuat komen.
- Bagaimana petikan dapat memberi iktibar mengenai suatu watak atau
tema cerita atau kehidupan ahli atau kepercayaan kendiri?
4 Pilih satu watak utama dan minta ahli untuk memberi komen mengenai
watak tersebut. Pertimbangkan :
-

Perwatakan, motivasi, bagaimana watak tersebut memberi kesan


kepada peristiwa dalam cerita dan wataknya

5 Permainan bahasa dan


buat aktiviti icebreaker untuk membuka
minda dan merangsang sesi seterusnya.
6 Edarkan nota kepada semua yang terlibat untuk mengingat kembali
atau menggunakan nota sebagai isi perbincangan. Kenalpasti watak
utama dan ringkaskan plot cerita.
Sekiranya anda mengambil bahagian dalam perbincangan buku
-

Elakkan istilah suka atau tak suka. Istilah itu tidak membantu
untuk merancakkan perbincangan, malah akan menyebabkan ahli
yang lain tidak mahu menerima idea atau pandangan yang
dikemukakan.
Perkongsian
mengenai
pengalaman
kendiri,
pandangan mengenai buku yang dibaca adalah lebih sesuai dan
lebih baik diutarakan dalam perbincangan buku.

Sokong pandangan anda. Gunakan petikan yang terpilih dalam buku


yang dibaca untuk menyokong pandangan dan idea yang diberi.
Teknik analisis literature ini dikenali sebagai Bacaan Terperinci Close Reading.

Catat nota semasa membaca. Buat catatan terhadap mana-mana


petikan yang menarik: sesuatu yang menarik perhatian anda atau
mungkin tidak difahami. Kongsi bersama catatan anda semasa
perjumpaan.

Sarana BC01
SENARAI BUKU

BUKU AKADEMIK (PdP)

BUKU MOTIVASI

1.

1.

2.
.

2.
.

3.
..

3.
..

4.
..

4.

Sarana BC02
FOUR A PROTOCOL

What do you AGREE


with the book?

What part of the book


do you want to ACT
upon?

What ASSUMPTIONS does


the author of the book hold?
What do you want to
ARGUE with the book?

Anda mungkin juga menyukai