Anda di halaman 1dari 1

http://wadiyahwawa.blogspot.my/2013/11/isu-dan-cabaran-dalam-pendidikan.

html

ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai
dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai halangan dan rintangan dalam
melaksanakan pendidikan inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama
ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke
dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas
berkaitan pendidikan inklusif mendapati halangan dan rintangan yang sering dihadapi termasuklah :
a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran
pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif.
b. Penyelarasan pengajaran : Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan
Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan
antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.
c. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian
menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah
satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.
d. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid berkeperluan khas yang jauh terasing, atau di
tempat yang tidak selesa. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.
e. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan
mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar
menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu, mereka diberikan tugas
lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.
f. Hubungan dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa : Ibu bapa kurang menunjukkan minat dalam
pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang
berjumpa. Hal ini adalah disebabkan ibu bapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas
khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

http://specialedurokam.blogspot.my/2014/03/isu-dan-cabaran-pendidikan-inklusif.html

Anda mungkin juga menyukai