Anda di halaman 1dari 18

MENGUMPUL DAN MENYUSUN MAKLUMAT TENTANG DEFINISI, OBJEKTIF

DAN RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DAN


MENGOLAH BAHAN-BAHAN TERSEBUT DALAM BENTUK ESEI DAN GRAFIK
SECARA BERPASANGAN.
1.0.PENGENALAN
Program KBSR, KBSM dan yang paling terkini iaitu KSSR sangat menitikberatkan
program pemulihan yang bertujuan untuk mengatasi masalah 3M. Program
pemulihan yang dilaksanakan semenjak tahun 60-an menghubungkan kanak-
kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan
merupakan langkah khas yang perlu dilakukan oleh guru untuk membantu murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira. Setelah masalah dikesan dan dikenal pasti
, program ini akan dilaksanakan . Murid-murid dalam kategori pemulihan sama ada
dalam kelas biasa atau kelas khas, adalah diharapkan akan mendapat peluang
meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.
Pengayaan pula adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya kreativiti , dan semangat kepimpinan mereka. Aktiviti ini
diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas
tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan
aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang
tertentu.
1.1.DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN
Kamus Dewan Edisi keempat (2005: 1245, 1246) mendefinisikan pemulihan
sebagai perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Konsep
pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran yang dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan
atau memperbetul sesuatu.
an merupakan langkah khas yang perlu dilakukan oleh guru untuk membantu murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira. Setelah masalah dikesan dan dikenal pasti
, program ini akan dilaksanakan . Murid-murid dalam kategori pemulihan sama ada
dalam kelas biasa atau kelas khas, adalah diharapkan akan mendapat peluang
meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.
Pengayaan pula adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya kreativiti , dan semangat kepimpinan mereka. Aktiviti ini
diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas
tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan
aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang
tertentu.
1.1.DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN
Kamus Dewan Edisi keempat (2005: 1245, 1246) mendefinisikan pemulihan
sebagai perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Konsep
pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran yang dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan
atau memperbetul sesuatu.
Blair (1956) pula mengatakan pemulihan ialah program khas berbentuk
tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti
pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.
Menurut Syarifah Alawiah Alsagoff(1983) pemulihan adalah satu tindakan yang
diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari
segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran
biasa.
1.2.OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan mempunyai objektif untuk membantu murid-murid
mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan
pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan
dan potensi serta minat mereka.
Ia juga bertujuan untuk memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari
segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di
antara satu dengan yang lain.
Selain itu, pendidikan pemulihan juga mempunyai objektif untuk
mengembangkan potensi dan minat murid-murid terhadap pelajaran sehingga ke
peringkat yang memuaskan.
Adalah diharapkan juga agar murid-murid pendidikan pemulihan ini akan dapat
meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa, dan seterusnya
mengurangkan masalah keciciran.
Selain itu, pendidikan pemulihan mempunyai objektif untuk membantu memupuk
dan memperkembangkan konsep kendiri dan mengamalkan sikap positif terhadap
pelajaran .
Di samping itu, ia juga diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah
sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran dan seterusnya
dapat memperoleh serta mengamalkan sikap positif apabila mereka berada dalam
kumpulan atau masyarakat.
Pendidikan pemulihan juga mempunyai objektif untuk menyuburkan emosi,
mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga
yang bermasalah.
Objektif pendidikan pemulihan juga adalah untuk memberi peluang atau
keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira dengan
melibatkan murid-murid itu dalam aktiviti-aktiviti soaial baik dalam bilik darjah mahu pun
di luar bilik darjah.
1.3.RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
Dari sudut teori, pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic
Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya yang
merupakan asas kepada pelaksanaan program ini. Menurut kajian pakar-pakar
pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan
yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan
sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan memahami pelajaran
yang abstrak, Justeru, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti
pembelajaran. Untuk membantu mereka, program pendidikan pemulihan adalah
merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.
Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang
ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Murid-murid di
dalam sesebuah kelas adalah berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi,
pengalaman , minat, bakat dan sebagainya. Justeru, kadar keupayaan mereka belajar
juga berbeza. Perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan layanan
guru yang sama rata. Dalam situasi ini, murid yang mempunyai tahap kebolehan
belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajar oleh guru. Akibatnya,
murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-
kemahiran asas. Rasionalnya, pendidikan pemulihan disediakan untuk murid-murid
supaya masalah pembelajaran dapat dipulihkan.
Jika dilihat dari sudut pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan
bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Murid yang
lemah dalam pelajaran memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa
menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Justeru itu, program
pemulihan haruslah disediakan untuk mencegah masalah pembelajaran yang mereka
hadapi.

1.4.DEFINISI PENDIDIKAN PENGAYAAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) memberi takrifan pengayaan sebagai
perihal(usaha, proses dan sebagainya) mengayakan, contohnya mengayakan atau
meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu
persekolahan.
Menurut Mok Soon Sang (1990: 55) pula, aktiviti pengayaan disediakan untuk
semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah,
kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. Melalui aktiviti pengayaan juga murid-murid
akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan
minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
1.5.OBJEKTIF PENDIDIKAN PENGAYAAN
Salah satu objektif pengayaan adalah untuk memberi peluang kepada murid supaya
mereka dapat menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran
biasa untuk mmeperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-
pelajaran tertentu.
Murid-murid yang cerdas dan sederhana juga dapat menjalani aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian
mereka.
Selain itu, murid-murid ini dapat menggunakan masa lapang untuk
memperkembangkan minat dan bakat mereka.
Aktiviti pengayaan juga dapat memupuk tabiat membaca melalui satu program
membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
Pendidikan pengayaan juga mempunyai objektif agar murid-murid dapat
menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya
membolehkan mereka terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
Ia juga diharap dapat memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan
menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja
projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.
Akhirnya adalah diharapkan agar pendidikan pengayaan ini dapat
mmeperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara
kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
1.6.RASIONAL PENDIDIKAN PENGAYAAN
Setiap orang murid akan diberikan aktiviti pembelajaran yang sama pada setiap
peringkat permulaan sesuatu pelajaran. Kebolehan, minat dan bakat yang berbeza
juga menyebabkan keupayaan murid-murid untuk menguasai sesuatu kemahiran atau
pengetahuan juga berbeza. Justeru itu, murid-murid yang mempunyai kebolehan yang
berlainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan
keupayaan dan perkembangan mental mereka.
Pada kebiasaannya dalam setiap kelas murid-murid boleh dibahagikan kepada
tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Murid-murid dalam
kumpulan cerdas dan sederhana akan mungkin menghadapi masalah pembelajaran
sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang sama dengan
murid-murid kumpulan lambat dan berasa bosan terhadap pelajaran mereka kerana
aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak memenuhi minat dan keperluan mental
mereka. Untuk memenuhi keperluan murid-murid cerdas dan sederhana, adalah wajar
bagi para guru menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang
menarik dan mencabar kepada murid-murid.
Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid
bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
menggembirakan tetapi juga memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat,
kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.


1.7.RUMUSAN
Berhubung dengan kenyataan yang telah diutarakan, aktiviti pemulihan perlu
dikendalikan oleh guru biasa sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah.
Murid-murid yang diberikan program pemulihan adalah murid-murid yang gagal
menguasai satu-satu kemahiran dalam masa yang tertentu. Setiap program pemulihan
perlu diikuti dengan aktiviti penilaian untuk menentukan kejayaan atau kegagalan
program itu. Kes-kes yang tidak dapat diatasi oleh guru biasa hendaklah diserahkan
kepada guru khas untuk pemulihan lanjut.
Pada tahun 1988, Kementerian Pendidikan Malaysia , menyarankan bahawa
guru harus mencungkil dan memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar
berdasarkan perbezaan daripada segi kebolehan, latar belakang, bakat, minat dan
kesediaan menerima pelajaran. Di samping itu, guru-guru diharapkan menyediakan
program pemulihan bagi pelajar yang masih belum menguasai pengajaran yang
diberikan oleh guru dan program pengayaan bagi murid yang sudah menguasai
kemahiran yang diajar.
Pengayaan pula adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu persekolahan. Ia
mengandungi unsure-unsur untuk meluaskan pengetahuan serta mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid akan mendapat
peluang tambahan untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap
berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk
diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.





1.8.DEFINISI, OBJEKTIF DAN RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM
BENTUK GRAFIK




















DEFINISI
Kamus Dewan Edisi Keempat
Perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan
semula
Konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran yang
dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu
kekurangan atau memperbetul sesuatu
Blair (1956)
Program khas berbentuk tambahan
bagi memenuhi keperluan kanak-
kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran agar ketidakupayaan
yang menghalangnya dapat diatasi
Syarifah Alawiah Alsagof (1983)
Satu tindakan yang diambil untuk mengatasi
keperluan pandidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah
khas di sekolah biasa atau pusat khusus yang
diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam
darjah.




























OBJEKTIF
PENDIDIKAN
PEMULIHAN




Memberi keseronokan kepada
murid untuk belajar
Menyuburkan emosi,
mental, sosial dan intelek
Membantu murid mengatasi masalah
dalam penguasaan kemahiran asas
Meneruskan pelajaran dalam sistem
persekolahan biasa
Memberi khidmat layanan dan
perhatian individu
Mengembangkan potensi dan minat
murid terhadap pelajaran
Membantu memupuk dan
memperkembangkan konsep kendiri
Menyelesaikan masalah sikapdan
tingkah laku yang negatif



























RASIONAL
PENDIDIKAN
PEMULIHAN
Ramai murid yang
menghadapi masalah
dalam aktiviti
pembelajaran
Supaya masalah
pembelajaran dapat
dipulihkan


Untuk mencegah masalah
pembelajaran

1.9.DEFINISI, OBJEKTIF DAN RASIONAL PENDIDIKAN PENGAYAAN DALAM
BENTUK GRAFIK























DEFINISI
PENGAYAAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693)
Perihal (usaha, proses dan sebagainya)
Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran
Mok Soon Sang (1990: 55)
Disediakan untuk semua murid di dalam
kelas sama ada di peringkat sekolah
rendah, menengah, cerdas atau lambat
Murid akan dapat memperluas
pengalaman dan pengetahuan sejajar
dengan kebolehan dan minat mereka


























OBJEKTIF
PENDIDIKAN
PENGAYAAN
Memberi peluang kepada murid
supaya dapat menggunakan
kemahiran yang telah dikuasai
dan memperluas pengalaman dan
pengetahuan

Murid yang cerdas dan
sederhana dapat dapat
menjalani aktiviti pembelajaran
yang menarik dan mencabar

Dapat menggunakan masa
lapang untuk mengembangkan
minat dan bakat
Memupuk
tabiat
membaca
Dapat
memperkembangkan
bakat ciptaan serta
keupayaan menilai
hasil kerja
Murid dapat menyemai sifat
berdikari dan minat belajar serta
akhirnya membolehkan mereka
mencari ilmu pengetahuan mereka
dalam seumur hidup
Dapat
memperkembangkan
bakat kepimpinan ke
peringkat yang lebih
tinggi


























RASIONAL
PENDIDIKAN
PENGAYAAN

Murid mempunyai
kebolehan
berlainan
Untuk memenuhi
keperluan murid
cerdas dan
sederhana agar
mereka tidak
berasa bosan
Memperkembangkan
aspek fizikal, minat,
kebolehan, daya cipta
dan bakat individu
secara menyeluruh
3.0.MENGAPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN AKTIVITI KEMAHIRAN LISAN,
MEMBACA ATAU MENULIS SECARA BERPASANGAN.
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 1 Pintar
Tarikh : 28 Ogos, 2012
Masa : 8.00 9.00 pagi
Bilangan murid : 12 orang
Tema : Keluarga
Tajuk : Keluarga Huda
Standard pembelajaran : 2.1.2. Mengeja dan membatang suku kata terbuka
dengan sebutan yang betul.
Literasi : 5.1. Membina dan menulis perkataan mengandungi
suku kata KV + KV
Objektif:-
Pada akhir pelajaran murid dapat:-
1.Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.
Objektif Literasi:-
1.Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV + KV dengan
betul.
Elemen Merentas Kurikulum : -Teknologi maklumat dan komunikasi.
-keushawanan

Sistem bahasa :-
Tatabahasa : Kata nama am
Kosa kata : bapa
Pengisian kurikulum :-
Nilai : Kasih sayang, kerjasama
Ilmu : Pendidikan Moral
Kemahiran bernilai tambah :-
Kemahiran berfikir - mengecam
Belajar cara belajar - mengingat
Bahan bantu mengajar :-
Lap top, LCD, kad perkataan dan gambar.
Pengetahuan sedia ada:-
Murid mempunyai keluarga yang sentiasa menyayanginya.
LANGKAH/
MASA
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Set induksi
(5 minit)
Senikata lagu
Ibu Bapa
saya
1.Murid dibimbing oleh guru
membaca seni kata lagu yang .
2.Murid dibimbing menyanyikan
lagu mengikut irama Burung
Kakaktua.
EMK
-TMK
-LAMPIRAN
1
Langkah 1
(10 minit)
Suku kata
terbuka (KV)
1.Murid dipamerkan dengan slaid
suku kata terbuka
2.Murid dibimbing oleh guru untuk
mengeja dan membatang suku
KBT
-Mengecam
LAMPIRAN
2

LANGKAH/
MASA
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
kata KV
3.Murid mengikut guru mengeja
dan membatang suku kata KV
BBM
-Lap top
-LCD
Langkah 2
(15 minit)
Perkataan
suku kata KV
KV
1.Murid diminta oleh guru berada
di dalam kumpulan
2.Murid ditunjukkan dengan kad
lipat yang bertulis suku kata KVKV
3.Murid dibimbing untuk membina
perkataan KVKV dengan
mencantum dua suku kata
4.Murid berbincang dalam
kumpulan untuk membina
perkataan dan mencatatnya
5.Murid bertukar kad lipat dengan
kumpulan lain
5.Murid dipilih untuk membaca
suku kata yang dicatat
BBM
-kad lipat
KBT
-Mengecam
Ilmu

Langkah 3
(15 minit)

Tatabahasa:
-Kata nama
am
1.Murid dipamerkan dengan
gambar yang ditampal pada papan
putih
2.Murid menyebut gambar yang
ditunjukkan oleh guru
3.Murid dipilih untuk memadankan
kad perkataan dengan gambar
KBT
-Mengecam
BBM
-Gambar
-Kad
perkataan
Nilai
-Berhati-hati
LAMPIRAN3



LANGKAH/
MASA
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Langkah 4
(10 minit)
Membina dan
menulis suku
kata KV dan
KVKV
1.Murid diedarkan dengan
lembaran aktiviti
2.Murid dibimbing untuk membina
dan menulis suku kata
3.Murid perdana diedarkan dengan
satu lagi lembaran aktiviti lain
sebagai aktiviti pengayaan selepas
diberi bimbingan

Penutup
(5 minit)
Kuiz spontan 1.Murid diminta oleh guru
mendengar perkataan yang
disebutkan oleh guru (suku kata
KV bagi murid pemulihan dan suku
kata KVKV bagi murid perdana)
2.Murid mengeja perkataan yang
disebutkan oleh guru
3.Murid yang Berjaya mengeja
perkataan diberikan ganjaran










http://www.google.com.my/imgres?q=gambar+roti&num=10&hl=en&biw=1138&bih=555&tbm=isch&t
bnid=
http://www.google.com.my/imgres?q=gambar+nasi&num=10&hl=en&biw=1138&bih=555&tbm=isch&t
bnid=kwzOA2OeIfYeZM:&imgrefurl=http://tembaring.blogspot.com/2011
http://www.google.com.my/imgres?q=gambar+mata&hl=en&biw=1138&bih=555&tbm=isch&tbnid=j8s
NYVsd7xc3oM:&imgrefurl=http://www.redani.co.cc/archives/20
http://www.google.com.my/imgres?q=gambar+susu&num=10&hl=en&biw=1138&bih=555&tbm=isch&t
bnid=QeykXsa1JjEENM:&imgrefurl=

http://www.scribd.com/doc/53954112/aktiviti-pemulihan-dan-pengayaan
http://zackzahran.blogspot.com/2011/05/konsep-pengayaan.html

Anda mungkin juga menyukai